In gula pengedar shaklee wangsa maju superstars tsunami Tips Cantik tsunami shaklee

Petua Cantik Cik Lisa Wangi - Gula

Assalamualaikum dan hello semua! 🙋🏻

Duduk duduk bosan nak tunggu 4-5 jam lagi untuk Fruit Cake saya siap, tiba tiba terasa nak share tips cantik dengan awak semua, so lepas ni boleh jadi makin cantik! Ha, toksah lah buang masa pok pek pok pek kan, here goes:-

If hari tu, saya dah share petua CANTIK dengan MADU ASLI tu, kali ni cuba teka apa pulak bahan dapur yang jadi 'main ingredient' untuk resepi cantik kita kali ni...?


GULA. Memang selama ni kita hanya gunakan gula untuk makanan dan minuman kan? Tapi, GULA ni jugak boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan diri dan wajah tau! Haaa… terkejut tak? Sebab kandungan GULA ni ada ‘glycolic acid’ yang berfungsi untuk memelihara kelembapan kulit dan juga melindungi badan / kulit dari toksin! Selain itu, fungsi GULA juga mampu untuk:-

🍋 menghilangkan jeragat
🍋’exfoliator’ semulajadi yang terbaik
🍋 tidak menyumbat liang liang pori di wajah 


👸🏻 SCRUB MUKA + BADAN + KAKI
=========================
1. OBJEKTIF
       =======
(UNTUK KULIT KUSAM) 
Menghilangkan daki daki lama di badan dan kulit menjadi lebih licin dan bersih.


4 sudu besar gula putih (yang kita buat kopi tu? Ha… yg gula putih kasar tu); 
2 sudu besar jus perahan lemon; dan,
1 sudu besar madu asli.

Gaulkan semua ni sampai sebati. Kemudian, lumurkan seluruh badan dan gosok gosok perlahan sehingga ketulan gula ‘dissolved’ sepenuhnya. Terpulang lah if awak nak basuh badan awak dengan sabun mandi ke apa ke lepas tu kan, tapi usually bila saya buat, tak perlu dah nak sabun sbb kandungan madu dan lemon tu dah cukup wangi dan segar sebenarnya. So, takkan ada masalah bau badan ke apa ke pas tu, okay?

Oh! Lagi satu, kalau awak tak rasa nak buat ‘scrub’ seluruh badan, ni boleh je buat kat muka sahaja. Takde masalah. Okay?


2. OBJEKTIF
       =======
(UNTUK KULIT YANG TONA TIDAK SEKATA)
Menjadikan tona muka sekata dan menghilangkan bintik hitam (blackhead) dan bintik putih (whitehead).


4 sudu besar gula putih; dan,
2 sudu besar minyak badam.

Cara caranya seperti di atas. Kandungan minyak badam tu akan membantu untuk mnghilangkan bintik hitam dan bintik putih di muka. 


3. OBJEKTIF
      =======
(UNTUK KULIT KERING)
Menjadikan kulit halus, lembut dan lembab.


4 sudu besar gula putih; dan,
2 sudu besar minyak kelapa (boleh gunakan samada yang cair ataupun yang berbentuk krim tapi ‘dissolve’ bila digosokkan di badan)

Cara caranya seperti di atas. Kandungan minyak kelapa yang bersifat pelembab semulajadi akan menjadikan kulit lembut, lembab dan tidak kering lagi.



👸🏻 ‘SCRUB’ BIBIR
==============
OBJEKTIF
========
Menghilangkan sel kulit mati di bibir dan menajdikan bibir lembut dan halus.


2 sudu besar gula putih (ya, betul. Gula yang sama macam yang atas tadi tu. i.e. Gula Prai); dan,
1 sudu kecil minyak masak (haha! acah je!! 😆). Bukan minyak masak tau, tapi minyak zaitun (olive oil).

Gaulkan semua ni sampai sebati. Kemudian, ambil secubit dengan jari dan gosokkannya di seluruh permukaan bibir tu. Tapi, jangan lah gayanya macam sental periuk pulak! Karang, tak pasal pasal ulser mulut tu pulak naik. Tak pun, berdarah luka pulak! Haih, hati hati ya menggosok tu?

Itu saja dari saya untuk kali ini.

Selamat berjaya dan jangan lupa untuk cuba Tips Cantik Cik Lisa Wangi kali ni, bersama GULA ya? Bila dah cuba, jangan lah segan segan singgah sini lagi and bagitahu apa rasa dia bila awak dah try semua di atas tu, tau? 

Okaylah, sampai kita berjumpa lagi untuk tips cantik yang akan datang minggu depan okay? And saya dah pun decide untuk Tips Cantik Cik Lisa Wangi ni akan ada setiap minggu on Tuesday’s post. So, minggu depan jangan lupa okay?

Terima kasih semua and terima kasih jugak sebab sudi datang.

Selamat malam. 😎

NOTA KAKI: Walaupun banyak orang gunakan gula merah (brown sugar), saya lebih rekemen guna gula putih biasa tu. Alasan saya? Sebab kita nak gunakan sebagai 'scrub', jadi tekstur gula pasir lebih 'awesome' nak jadi 'scrub' daripada gula halus yang dissolved dalam masa seminit! Betul? But terpulang, okay? 

Related Articles

0 comments: