In Infused Water Set Detox Shaklee Set Kurus Shaklee Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Tips Minum Air Kosong

Tips Minum Air Kosong

Sapa yang dah kenal Cik Lisa dari dulu, mesti dah tahu perangai buruk Cik Lisa ni yang boleh bikin malu! Cik Lisa tak suka langsung minum air kosong! Air putih tu yang tak ada rasa langsung? Air takde kaler yang bosan giler. Air yang bila kita minum sikit jer terus macam eishhh, apakah yang dok lalu kat tekak kita tu yang rasa bluehhh taste dia? Teringat kisah silam sendiri, tu sebabnya Cik Lisa nak kongsi Tips Minum Air Kosong dengan awak pagi pagi ni.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Ini bukan feveret Cik Lisa dulu dulu taww?



TIPS MINUM AIR KOSONG - AIR KOSONG NI ORANG BUAT MANDI JER!


Tahu ke yang masa dulu kan time Cik Lisa dok kerja overseas… bila kengkawan dok suruh / paksa minum air kosong jer, Cik Lisa konfem dah ada jawapan siap sedia,

“Takmo lah air kosong! Rasa dia tak sedappp sebab tak ada flavor. Air ni untuk shower jer!”


Haha. Boleh? Alasan konkrit Cik Lisa masa tu, air kosong ni buat mandi jer… so kenapa pulak nak suruh Cik Lisa togak hari hari sampai bergelen gelen kekonon itu yang terbaik buat kita? Bagi Cik Lisa masa tu, this is kerja gila! Lama jugak dok tegakkan benang yang basah dengan depa, sampai last last mereka pun akhirnya tewas!

Dan Cik Lisa senang lenang dengan kehidupan riang ria tanpa air kosong yang nak kacau jiwa raga!

Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Muka orang yang tak suka nak togak air kosong langsung
camni lah every single time!


Until… bila Cik Lisa akhirnya berubah rupa dari seorang girl yang kecil molek kepada seorang gorilla yang sebesar kampit beras, obviously nampak too pelik! Memula tu okay lagi, cakap kat diri sendiri,


“Alaahhh… chill lah! Bukannya besar mana pun sekarang ni. Muat jer baju baju yang ada ni lagi”


Tapi, masa tu konfiden ingatkan panas hingga ke petang, tapi hujan pulok di tengahari! Baju baju dari saiz XS dan S dah mula rasa sendat dan susah giler nak bernafas penuh semangat! Pastu, kejap kejap je dah rasa penat! Baru jalan selangkah dua, dah rasa macam baru lepas lari marathon dengan gaya lompatan kuda bergaya!

Masa baju jadi ketat, cuba cuba jugak dok salahkan dryer (sebab masa dok Abu Dhabi, Cik Lisa tokleh sidai sidai baju kat ampai. Tapi kami semua guna dryer, sampai rangup rangup baju kita!). Kata dryer tu setting dah messed up, sebab tu baju baju jadi kecik dan tak muat!

Sebab tu lah pagi ni Cik Lisa nak kongsi Tips Minum Air Kosong dengan awak. Konfem lah ada orang mesti sama dengan Cik Lisa jugak!





TIPS MINUM AIR KOSONG - NAK JADI GORILLA TUA ATAU NENEK SEDARA YANG VOGUE?


Tapi akhirnya, terpaksa sedar diri dan ngaku yang okay fine, memang dah mula membesar bagai juara. Mana taknya, tetiba nak beli baju memang tak muat lah citernya kalau cuba cuba saiz dulu. Nak sarung saiz M pun kena tahan nafas? Giler frust!!! Last last, kalau nak beli jugak terpaksa amik saiz L pulak! Whattttt?

Lepas tu lah mula buat research sendiri sana sini. Amik Set Kurus Shaklee tu satu hal, tapi dok Google sana sini cari tips nak kecilkan diri lah kan, obviously! Kalau baca 20 buku buku yang ada including tips yang orang ramai dok share merata: semua pun akan kata KENA MINUM AIR KOSONG! 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Gorilla tua??? Noooo! Ofkos lah nenek sedara
yang vogue okeh?

Itu tak campur the fact that berapa liter pulak nak kena togak hari hari? OMG!!! Really?

Fine, fine. Walaupun Cik Lisa tak kawen dan obviously takdok anak anak sendiri, tapi takkan tua tua esok nak jadi nenek sedara yang besar giler badan macam gorilla tua yang busukkkk? 

Oh no! Takdok anak sendiri pun bila dah pangkat nenek esok esok, WAJIB okeh Cik Lisa nak jadi nenek sedara yang vogue! Hahaha.

Mesti awak pun takmo jadi gorilla tua kan, sebab tu mai sini baca Tips Minum Air Kosong yang Cik Lisa nak kongsi pagi ni kan?

Kat sini pun Cik Lisa pernah cerita di entri blog bertajuk Set Detox Shaklee: Buang Toksin Hati Riang dan Set Detox Shaklee: Awas Dengan Kesan Sampingan Yang Melampau! masa zaman Cik Lisa mula nak berupa Gorilla Tua dan apa Cik Lisa buat untuk jadi kecil molek semula.





TIPS MINUM AIR KOSONG - RASA CINTA TU NAK KENA PUPUK, BARU MEKAR SETAMAN AKHIRNYA!


Mula mula, sumpah susah giler! Bila baca informasi sana sini, akhirnya tahu sukatan yang kita patut minum minimum hari hari:-


25 kg = 1 liter, so kalau kita 50 kg maksudnya kita kena minum at least (min.) 2 liter sehari!



Hoih! 

Nak minum botol kecik Evian tu pun menangis tak berlagu macam lah dok sumbat masuk racun suh mati dan dan tu!!! Haha. Seriously, ini bukan acah acah derama, tapi ini lah hakikat sebenar. 

Boleh gi tanya kengkawan Cik Lisa dulu dulu, memang depa will vouch for it that Cik Lisa dan air kosong memang tak gu! Tak masuk, tak gangg… kata orang. Haha.

Nak selim melim punya pasal dan clearly tak mahu pakai baju saiz L kan, Cik Lisa pun selow selow usahakan. Bila pikir masa depan nanti jadi nenek sedara yang besar gila macam gorilla tua… okay, lelaju togak air kosong macam tu air feveret kita! Haha. 

First few weeks, besa lahhh… buat perangai mengada ngada. Muntah air tu dah macam event hari hari yang biasa. Sebab dok pulun minum berliter right before bedtime sebab tak cukup sukatan masa siang tadi. Padan muka sendiri!


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Muntah air beria ia sebab kekonon nak main tipu secara
togak 2 liter before tido? Padan muka sendiri!

Then, terdetik nak check cemana orang minum air kosong ni sebenarnya? Sebab rasa dia takdok lah sedap mana. Dah buat research sendiri, kalut lah cari info sana sini macam lah nak buat thesis tajuk gini. 

Akhirnya Cik Lisa jumpa few ways nak paksa diri  untuk jatuh cinta dengan air kosong yang tak berapa nak attractive ni. Sebab tu jugak Cik Lisa lelaju rasa berbaloi nak kongsi Tips Minum Air Kosong ni dengan awak pepagi hari!





3 TIPS MINUM AIR KOSONG


Jadi, tanpa lengah lengahkan masa mai sini Cik Lisa pot pet sikit 3 Tips Minum Air Kosong kat awak, especially yang sama jenis dengan Cik Lisa yang mengada ngada lelebih ni:-




❤️ SET REMINDER MINUM AIR!


Bila kita tak suka, mesti kita akan berusaha untuk cuba kata tak boleh nak buat apa apa. Alasan tak henti henti, kalau boleh tu setiap hari! Sebab tu kena set reminder untuk minum air kosong secara berkala. 

Mobile apps pun ada spesifik untuk ni tahu ke? Boleh siap siap kata nak remind kita pukul berapa. 

Syiokkk kan? Sebab lepas ni takkan ada alasan untuk tak minum air ikut sukatan! Dan dalam masa yang sama, kita boleh monitor berapa liter air kita dah togak untuk tengok kita achieve tak target minimum yang kita dah set kan!



❤️ BUAT INFUSED WATER YANG SYIOKK!


Kalau masih rasa sengsara dan macam dipaksa, cuba cara ni pulak! Cuba buat infused water instead of minum air kosong macam gittew ajer. Apa pulok doh infused water ni? 

Infused water ni adalah air kosong yang kita tambah perasa sikit so untuk awak yang baru nak mula berjinak jinak merpati dengan air kosong, sesuai sangat lah cara ni sebab tak rasa sangat air kosong tu secara langsung!


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Antara contoh infused water ni taww! Cantik bila
campur memacam buah, lagi seronok nak minum!


Tapi, TOKLEH TAMBAH GULA taww! Antara yang simple dan tak perlu nak pening dan serabut nak mula dijadikan alasan kan; ialah dengan tambahan kepingan lemon dalam air kosong yang tak sedap tu. 

Tak pun, hiris timun nipis nipis dan biar mereka berenang riang dalam air kosong awak tu. Yang lelain tu: strawberi, pic (baca: peach), oren dan ehh… macam macam lagi lah. 

Ni Cik Lisa kongsi resepi mat salleh untuk idea infused water yang awak boleh cuba bila mood rajin datang menjengah. Ceewah!



❤️ SET REWARD KALAU ACHIEVED KPI!


Okay, ni mengada sikit. Tapi it works taww!

Sebab kita manusia ni memang suka nau nauuu kalau dihargai hasil usaha kerja keras kita kan? Contohnya camni; mungkin minggu pertama kita tak berapa nak boleh togak air kosong tu kan? So… buat lah KPI setiap minggu. 

Atau dua minggu sekali. Kalau achieve at least 1.5 liter sehari untuk 7 hari berturut, boleh reward diri sendiri dengan satu gelas Starbucks frappucino yang awak suka! Ataupun, sehelai baju baru so ada alasan nak pi kedai untuk shopping gaya ala ala santai? 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Perasaan bila dah boleh togak air kosong tu, haihhh...
priceless! Tokleh nak citer seronok dia tu tahu ke?


Ikut lah. Toksah lah mahai mahai sampai menangis pulak time nak reward diri sendiri tu. Hanya sekadar pengiktirafan untuk kerja keras awak yang ohsem tu!

Ha, got it?





TIPS MINUM AIR KOSONG - KESIMPULANNYA?


Jadi, itu lah dia Tips Minum Air Kosong yang Cik Lisa rasa macam tergerak hati nak kongsi dengan awak pepagi ni. Sebab takkan lah dalam dunia ni Cik Lisa sorang jer yang anti air kosong ni kan? 

Mesti ada antara awak pun sama tokleh nampak air kosong, konfem dan dan tu nak meroyan? Haha. Sepppp sikit!

Sekarang Cik Lisa dah berubah sebab sehari at least Cik Lisa minum 3 liter air kosong taww! Haa, dah maju dan ohsem sekarang ni sebab dah pandai berbuat baik dengan air kosong evil tu. Dulu jer musuh ketat!

Cik Lisa doakan awak berjaya nak capai kata sepakat dengan air kosong lepas ni ya dan harap harap Tips Minum Air Kosong Cik Lisa ni boleh bantu beri manfaat dan bukan mudarat. 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Nak join Cik Lisa dan jadi Bisnes Partner kita dakk?
Mai call kita mai! 

Kalau rasa entri blog Cik Lisa hari ni worth to be shared, jemput lah untuk SHARE dengan mereka yang lain kat luar sana. Mana tahu, depa pun ada masalah macam kita kita ni jugak?

Sampai sini saja untuk hari ni dan Cik Lisa akan sambung lagi pot pet seterusnya di lain hari. 


Tengs awak dan see you soon! 

Related Articles

3 comments:

Mad Malaysia berkata...

Ngade-ngade la awok..patut lg banyak minum air o tu kasi ok..hehe

Unknown berkata...

Hi Mad. Thanks singgah blog Cik Lisa. 🙋🏻

Ha, tu dulu masa tak suka air kosong. Tapi sekarang dah minum air kosong macam orang lain jugak. Haha.

Humaira Zain berkata...

Wah.. Tq for sharing.
Sy pun tgh try nk minum bnyk air. Tp yg memcabarnya bila kt negara musim sejuk ni. .Nk kena gi tandas bnyj kali tu😂