In Beli Shaklee Online Daftar Ahli Shaklee Kenapa Perlu Makan Supplements pengedar shaklee hulu klang pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju Supplement Penting Makan Hari Hari

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement

Pagi pagi hari ni, Cik Lisa nak kongsi 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement. Femes nau nauuu soklan ni dan Cik Lisa selalu sangat dapat prospek yang suka tanya jenis soklan macam kat bawah ni. 
 
"Saya nak cari supplement yang boleh buat saya kurus macam model dalam masa 7 hari! Tapi, takmo exercise. Penat! Makan pun, saya nak kebebasan untuk makan apa apa jer. Rugi lah nak jaga makan bagai kan? We live only once! Faham takk, RUGI? So... ada awak jual benda camtu?"
Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Nak jadi model dalam masa 7 hari hanya dengan supplement,
tapi tak nak kawal makan dan exercise??? Serius ke ada orang
dalam dunia khayalan camni lagi?
Main point dia senang jer - NAK KURUS HANYA DENGAN SUPPLEMENT SAHAJA SELAMA 7 HARI! DAN TERUS NAK NAMPAK COMEY DAN SELIM MELIM BERIA MACAM MODEL AMERIKA! Haih! Kenapa suka sangat duduk dalam alam khayalan yang cenggini? Pengsan!



5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement - Sapa Kata Supplement Tu Adalah Pengganti Makanan, Sila Piat Telinga Dia!


Hahaha. Ada tak dalam hati awak tu rasa nak tepek kat dahi dia setepek? Dah kenapa dok ingat masih dalam dunia fantasi ciptaan diri sendiri? 

Kalau lah umur dia tu masih muda belia, kekanak ribena yang riang ria... tak apa lah jugak nak mengarut cerita camni yang obviously tak tentu hala nak masuk kat kepala. 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Penat sungguh nak melayan orang yang rasa apa dia dah
tengok kat iklan yang super-HYPE tu wujud!

Contoh: Kurus dalam masa 7 hari!
Serius lah weh!

Tapi, ini dah melepasi umur remaja, dah kita masuk kategori dewasa. Ini mereka yang sepatutnya dah ada akal fikiran yang logikal, bukannya mereka yang nampak macam ada masalah mental!





5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement - Ramuan Penting Dalam Kek Butter


Supplement, makanan dan senaman: tiga tiga ni penting dan wajib ada dalam life kita seharian. Bukan aci nak main pilih pilih yang mana suka, yang mana tak berapa nak suka so rasa tak payah nak amik kira? Sapa kata???

Awak pandai baking? Alaa... tak perlu kek yang serius or beria. Let's say, kek butter. Benda BASIC yang kena ada: butter (obviously!), tepung gandum, telur dan gula. 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Kek butter perlukan ramuan basic tu untuk jadi kek.
Kalau tak, takdok rupa kek lah weh!

Rasa rasanya, kalau awak sengaja tak masukkan tepung gandum, jadi dakk kek butter? Atau, let's say tak rasa nak masuk gula... jadi dakkk kek butter? 


Or even better, toksah masuk lah butter ni. Nampak berlemak sangat, lagipun tengah dalam proses nak diet untuk raya yang dah nak dekat. Ha! Secara logiknya, jadi ke kek butter yang awak dok idam nak makan sangat? 

Konfem lah tidakkkk!





5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement 


Sama lah dengan keperluan yang diri kita wajib ada. Kita perlukan makanan yang seimbang, for sure! Senaman so badan tu boleh gerak gerak dan aktif sentiasa. Bukan melepek saja semata mata dok jadi couch surfer saja saja. Dan tentunya supplement untuk melengkapi semua yang badan kita perlukan untuk kekal sihat sepanjang masa.


Dah pot pet berjela jela, Cik Lisa sebenar benarnya pagi ni nak kongsi cerita. Nak kata kenapa kita masih perlukan supplement dalam kehidupan seharian kita. Walau kita dah hebat beria dok kawal makan dan bersenam serupa macam atlet negara.


So, apakah 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement?



❤️ Lengkapkan Nutrisi Yang Badan Perlukan


Macam yang kita tahu, badan kita perlukan dos nutrisi harian yang cukup untuk kekal sihat. Sebab tu lah wujudnya piramid makanan.

Dalam piramid tu siap tunjuk berapa servings sayuran nak kena makan. Protein berapa banyak kali. Karbohidrat berapa pulak servings nya hari hari dan macam macam lagi. 

Tak semua benda yang kita makan tu mampu nak capai keperluan nutrisi badan kita hari hari. Sebab tu kita perlukan supplements untuk melengkapi.

Contohnya: 

Vitamin C harian untuk badan kita kekal sihat perlukan kita untuk makan 7 biji oren sehari. Secara congak mudah (plus kehidupan seharian yang superbusy selalu ke sana ke mari), mampu ke nak makan 7 biji oren sehari untuk setiap hari? Entah entah sekarang ni, nak dapat sebijik seminggu pun belum tentu jadi realiti!



❤️ Makanan Terdedah Dengan Racun Serangga


Sumber makanan dari ladang ladang dan kebun kebun yang ada di merata dunia takkan terlepas dari guna racun serangga. Unless, those yang memang organik bebetul tu, takdok lah guna racun serangga semua.

Tapi, jom lah kita be honest sesama kita. Berapa ramai jer yang guna pilihan organik sebenarnya? Secara honestnya, Cik Lisa sendiri tak guna organik semua benda. Mana yang ada terjumpa, then organik lah kita beli. Kalau tak, cuma yang biasa biasa ada kat kedai yang kita pegi.

Lagipun, kat negara kita ni... barangan organik tak ditekankan macam kat negara luar kan? 

Macam dulu masa Cik Lisa kat Europe, masuk supermarket jer, bahagian organik sama banyak dengan tak organik. Kekadang organik tu yang lebih banyak option nak cari. 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Sayur sayuran organik di Malaysia ni mahai nau nauuu
nak compare dengan yang biasa. Cemana semua orang nak dapatkan
khasiat yang ohsem ni bersama

Harga pun best, sebab tak banyak beza. So, takdok lah nak rasa gundah gulana dan sekepuk duit nak kena belanja, kalau nak pilih yang organik tu punya. Tak macam kat negara kita, harga beza ya ALLAH beria ia!

So, toksah serabut nak pikir nak buka kebun sendiri nak tanam sayur organik kat belakang rumah dengan tanah sekangkang kera yang ada tu. Kita amik supplement untuk complete kan diet harian. Kan senang tu? Tak perlu nak cuak and rasa haru biru tak menentu. 



❤️ Lifestyle Orang Sekarang


Maklumlah, keje opis. Dah keje opis, busy jer memanjang dan takdok masa untuk menjalani kehidupan normal seorang orang. Kalau dah habis waktu opis, balik umah terus mandi dan tido. Masak? Eh! Susah susah jer. Beli kat kedai sudah, tak perlu nak buat kotor kitchen. Lagipun, sapa nak cuci satgi kalau dok bersilat kat dapur nak sedia makan?

Ha. Ni lah lifestyle orang zaman sekarang. Banyak benda rasa susah, so lelaju amik shortcut pintas ikut trend orang orang bujang! But sadly, family pun ada yang turut praktis benda yang sama sekali. 

Yang ada anak kecik dua tiga pun, syiok melayan makanan kat kedai most of the time. Jarang jarang nak dapat makan air tangan mommy depa tu. Air tangan Bibi Endon kat kedai depan rumah tu lagi selalu! 

Makan luar tu tak salah, tapi kalau hari hari tu apakah kisahhhh? 

Jadi, sebab tu lah kita perlu ambil supplements hari hari dan bukan sebab nak ganti makan bila kita berdiet or apa. Tapi untuk completekan nutrisi dalam badan tu, especially tengok lifestyle kita kita lately ni yang lagi prefer makan luar dari buat kecah dapur!



❤️ Makanan Seharian Tak Seimbang


Kopi. Contohnya. 

Cik Lisa suka kopi. Benda ni tak elok bila dah kerap sangat dan berkali kali. Cik Lisa tahu benda ni. Tu satu contoh jer dan ada banyak jer benda lain lagi.

Tak suka makan sayur / pilih jer sayur mana yang nak makan dan mana yang tak akan masuk pinggan. Ada jer orang yang camni kan? Macam: tak suka makan sayuran hijau? Sebab rasa ia terlalu lembik dan tak suka bila nak telan jer, tekak rasa nak meragam, meracau? 😱


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Kena lah tengok lifestyle dan gaya makan kita,
nak kurus tapi makan merapu hari hari... berjaya ke gittew?

Sayuran hijau ni bagus sebab ada kandungan magnesium yang tinggi. Dah lah mudah nak cari. Kat mana mana jer ada jual seikat dua sayur hijau yang pelbagai jenis: bayam, kangkung, sawi.

So, bila tak cukup serba serbi dalam badan kita... lagi lah nak kena ambil supplement untuk make sure semua cukup dan lengkap sekata. Sebab nak kekal sihat lah kan? Bukan asyik asyik jatuh sakit, sebab nutrisi tak cukup dalam badan kita!



❤️ Langkah Berjaga Dari Awal Untuk Elak Penyakit


Pernah dengar ni;

"Prevention is better than cure"


Mencegah lebih baik dari merawat. Takkan bila dah sakit tenat, baru kalut nak cari supplement itu dan ini sebab tak suka makan ubat? Obviously lah dah terlambat!

Supplement bukan dijadikan untuk merawat. Tapi supplement tu cuma untuk menambah baik taraf kesihatan kita untuk cegah dari kena penyakit yang ada. Kira macam pakaikan 'shield' untuk kita terelak dari penyakit yang kronik dan merbahaya.

Contohnya:
Kita amik supplement untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Ini untuk bagi badan jadi kuat dan elakkan dari kena sakit batuk, demam, selsema. Contohnya. 

Bukannya bila hidung dah sok sek sok sek selsema tanpa henti, beria nak telan sebotol Vitamin C sebab rasa ini yang boleh bantu selsema tu benti satgi? 

Faham kan?

===







5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement - Kesimpulannya?


So, cerita dia sekarang: Nak supplement untuk kurus dalam masa 7 hari. Tapi tak mahu exercise sebab takut cepat penat nanti. Dan tak nak kawal makan sebab kita hidup di dunia cuma sekali? 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Nak kurus, kena lah jaga makan, exercise
dan amik supplements untuk lengkapkan diet harian kita.


Supplement yang dia nak tu tak wujud dalam kamus kesihatan kata mana mana. But, maybe ada dalam alam khayalan dia semata mata. Most probably, ada. 

Macam yang Cik Lisa kata, tiga tiga benda ni WAJIB ADA dan tokleh main ganti ganti dan kata, 

"Eh! Aku dah buat dua dari tiga benda tu semua. So, aku tak perlu nak buat yang satu lagi tu rasanya. Sebab ni dah boleh cover!"

Ha. Silakan bermimpi seorang diri. Ia bukannya pilihan syiok sendiri. Ingat nak pilih yang mana berkenan di hati nak buat hari hari? Mimpi! 

Nak kekal sihat sepanjang masa, pastikan awak cukup ketiga tiga benda utama ni.

Sebab, suka atau tidak... ketiga tiganya penting demi menjamin kehidupan seharian yang lebih bermakna! 

Sampai sini saja buat masa ni dan kita jumpa lagi lain hari untuk next entry, InshaALLAH.

Thank you. 


Related Articles

1 comments:

sabreenamaccubbin berkata...

The Wizard of Oz casino review - KTNV
We have thoroughly reviewed 안산 출장마사지 The 김해 출장마사지 Wizard 군산 출장안마 of Oz casino 구리 출장안마 and its bonus, safety, and customer support. You can find the complete 천안 출장마사지 review here. Rating: 2.5 · ‎Review by MJH