Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu tu bila sedar yang rupa rupanya masih ada secebis harapan untuk saya teruskan hidup dan Cara Saya Mendapatkan Semula Keyakinan Diri Melalui Shaklee akan terus menjadi ‘success story’ saya untuk jadi pedoman awak semua (jika mahu!) dan inshaAllah anak dan cucu cicit saya, suatu hari nanti.
Kalau ditakdirkan takde peluang untuk saya berkeluarga pun, kisah ni akan tetap jadi kebanggaan saya hingga ke akhir hayat. Sungguh.
Saya bukannya budak muda. Si cilik graduan uni. Apatah lagi gadis muda lepasan SPM. Semakin hari kita bukanlah semakin muda. Tapi taklah kita dimamah usia secepat macam Benjamin Button tu; menghidap Progeria atau lebih dikenali sebagai Benjamin Button Disease; di mana seorang kanak kanak mengalami pre-mature aging dan kelihatan 10 tahun (sekurang kurangnya) tua daripada umur sebenarnya.
Nauzubillah, kita patut bersyukur yang kita ni masih dalam lingkungan golongan yang normal. Subhanallah! Syukur.
Saya kehilangan segala galanya. Saya tahu yang saya takkan ke mana. Saya akan tetap di takuk lama dan saya yang dikenali sebagai seorang yang periang, musnah! Gelak ketawa? Tersenyum manis? Hoih! Mimpi lah awak nak nampak semua tu. Kalau dulu semua tu normal. Normal untuk lihat saya riang dan gembira, tapi ‘zaman kejatuhan’ saya merubah segalanya.
Saya berubah menjadi seseorang yang murung, negatif dan langsung berhenti bersedekah senyuman terus terusan. Ye lah, kalau diri sendiri dah tak rasa nak teruskan hidup masa tu, pelik lah pulak kalau saya masih tersengih kan? Hoho… Ada pulak time time kesedihan manghantui, siap nangis nangis macam bini mati laki?!
Haha… menyedihkan!
Apa sebenarnya yang berlaku? Fikir fikirkan semula, mungkin saya mengalami sindrom ‘mid-life crisis’ kot? Entah lah. Kurang pasti jawapan sebenar tapi ia ada berkait rapat dengan kisah CINTA. Cinta monyet?
Tak mungkin cinta monyet kan melainkan saya masih lagi seorang gadis lincah di sekolah, ya dak? Ataupun lepasan graduan uni? Kann? Boleh lah nak panggil cinta monyet. Tapi dah 30an pun. Cinta agung? Mana agungnya kalau ia buat saya jatuh merudum di lantai tak henti nangis? Patah dan luluh di tengan jalan.
Apakah?
Susah jugak nak dapatkan kepastian sebenar tentang kejadian tu. Tapi yang pasti, cinta hati yang saya agung agungkan selama tu hancur musnah. Insiden tu benar benar melumpuhkan saya dengan dunia luar dan keyakinan diri saya mulai jatuh pelan pelan, sampai saya hampir menemui ‘depresssion mode’ state of mind!
Mana taknya?
Antara dua wanita, saya bukan pilihan hatinya. Sekali takpe jugak. Tapi hati yang suci luluh ni, dimainkan dua kali… macam lah saya ni kayu. Ada rupa Pinnochio ke awak tengok saya ni? Kayu rupanya aku selama ni.
Hoho… ‘Rejection’ bukan sekali tapi dua tu, betul betul hancurkan hidup saya masa tu.
Coklat lagi lah, ‘ubat penenang perasaan’ kata saya dalam hati. Sikit je, bukan banyak pun. Takkan lah secubit coklat boleh buat GEMOK kan? Secubit demi secubit, mula lah jadi sepeket. Bukan peket main main tau? Peket gergasi tu.
Cadbury yang gabak tu, ha tu lah secubit saya masa tu. Apalah sangat. Bukan makan hari hari pun kan?
Nak buat lagi kalut, time time kemelut dalam jiwa ni lah, kena posting ke Middle East pulak dah! Sebab nak attend few meetings dengan Court. Aduh! Sorang sorang??? Projek dah lah projek abnormal.
Pakej projek yang penuh dengan disputes issues, memang satu group handle boleh pecah kepala. Ni nak suruh saya posting sana for few months? Mereka nak suruh saya mati di oversea ke?
Bukan. Tapi marathon, sepp sepp dengan makanan. Asal nampak kelibat makanan, pi sepp dia dan masuk mulut cepat cepat! By the time balik raya, badan dah mula menggempal! Budak budak ofis mula tegur,
“Eh, nampak bulat sekarang?”
“Sihat betul nampak sekarang you ni eh?”
Dan paling tak leh nak terima, Managing Director sendiri turut join the crowd dan tegur,
“Amboi Najiha!!! Gembira betul awak sekarang eh? Sedap eh makan kat sana? Dah bulat betul awak sejak balik dari sana eh???”
Oh. Pengsan tak?
Bukan ada sapa kisah pun. Hari hari perkataan macamni berlegar dalam kepala otak! Hari hari. Dan hari hari tu jugak lah, cakap kat diri sendiri yang makan tu takpe, sebab bukan makan banyak sangat pun. Dierg yang menegur ni tak leh nak tengok orang senang agaknya.
Kat tempat lain pun sama. Ada pulak satu moment tu bila jalan dari cubicle (almost 3 minit) nak ke toilet; sampai toilet mengah bersungguh macam baru lepas jogging? Biar benar??? Tahu lah umur dah 30an, tapi saya tahu saya bukan 50an pun lagi?
Dan lepas tu jugak, makin ramai mulut lincah kat ofis dok tegur, kenapa rasa nampak macam saya dah mengembang??? Oh. Pengsan. Ini pengsan!
Saat tu lah saya tahu saya kena buat sesuatu. Yes, okay. Saya bukan lah perempuan pilihan untuk hari si dia. Tapi, takkan lah sebab dia taknak saya, jadi itu lah penutup untuk kisah cinta saya kan??? Itu lah yang terjadi bila saya bersua kembali dengan Shaklee melalui Mami Salwa (Superstar Group Founder & Mami Bisnes Online Shaklee saya).
Masa tu jugak lah saya mula dekat semula dengan Allah. Pelan pelan saya cuba olah diri saya semula, uli diri sendiri taknak ada tompok tompok tepung yang tak rata tu. Dalam masa yang sama, lepas hari hari tengok cermin dan rasa ‘SUPER-LOSER’ masa tu, saya tekad nak serius dapatkan supplement Shaklee ni yang sesuai untuk diri saya!
Ish, takkan masih nak duduk di takuk lama, kan?
But lepas tu, dan semua kesakitan dan teguran
“Eh, dah bulat lah!”
Betul betul buat saya kecil hati dan terus bertekad, ish! Tak boleh jadi ni!!! Saya perlu buat sesuatu!!!
Berkat usaha yang gigih dan daya ketahanan yang tinggi, saya akhirnya berjaya meloloskan 11kg (dari awal September 2016 hingga ke hari ini)!! Ramai orang berpendapat yang saya buat ni semata mata untuk KURUS dan RASA CANTIK untuk diri sendiri?
Tapi TIDAK!
Apa yang saya harapkan daripada hal ini sebenarnya ialah untuk KESIHATAN YANG BAIK dan tentunya, RASA KEYAKINAN YANG TINGGI. Bila dah 11kg ditarik keluar dari badan saya, ternyata saya rasa lebih ringan.
Niat di hati cuma nak KURUS, taktau pulak yang kandungan yang hebat dalam setiap produk SHAKLEE yang saya consume, buatkan KULIT SAYA JADI CANTIK dari sebelumnya. Apa tu orang panggil? Situasi macam ni? Win-Win situation?
Ha! Ya, itu lah dia. Takde apa yang rugi melainkan UNTUNG BERGANDA! Saya mula sedar perkara ni dan akhirnya memutuskan untuk buat sesuatu, ye lah sapa tak cuak kan? Hari hari fikir Apa Nak Buat Bila Badan Dah Kembang Semangkuk?
SET KURUS SHAKLEE tu terdiri daripada ESP, Omega Guard, Lecithin, Alfafa Complex dan Herb-Lax. Manakala, VIVIX yang merupakan the best product dalam SHAKLEE ni memang ternyata tambahan supplement yang hebat dalam SET KURUS yang saya consume ni.
Eh! Tapi jangan ingat hanya dengan telan supplement, awak dah boleh kurangkan berat badan camtu jer? Haha. WAJIB lah nak kawal makan dan buat senaman ringan jugak. Awak tokleh nak kata supplement tu nak sedut semua berat badan awak camtu jer! Haha.
Tiga tiga ni penting, bukan hanya bergantung pada supplement semata mata. Ingat tu!
So, apa lagi? Dah tentunya SHAKLEE bantu saya! Semestinya!
Yang nak makan sendiri pun takde masalah. Tapi, yang paling penting ialah untuk cepat cepat DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE serta merta dan jadi sebahagian dari ahli keluarga SUPERSTAR SHAKLEE yang sangat AMAZING ni lah, apa lagi?
0 comments:
Catat Ulasan