In Handsock Dwi Colour Handsock Lace Handsock Murah Handsock Muslimah Kenapa Kita Perlu Pakai Handsock Malabis Muslimah Projek Ramadhan 2017 Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017

Kenapa Kita Perlu Pakai Handsock?

Masa mula mula dulu, Cik Lisa pun tertanya tanya jugak: apa benda yang orang dok selalu sebut handsock ni? Sebab kalau refer to sock, itu ialah sarung kaki / stokin. So, kalau direct translation adakah handsock ni bermaksud stokin tangan? Kenapa wujudnya stokin tangan? Kenapa kita perlu pakai stokin kat tangan? Tangan tu nak pakai kasut ke cemana? Kenapa Kita Perlu Pakai Handsock sebenarnya? 

Handsock Muslimah
Banyak pilihan Handsock Muslimah sekarang ni


KENAPA KITA PERLU PAKAI HANDSOCK?


Macam yang kita semua tahu, kita pakai stokin di kaki sebab nak jaga aurat dengan yang bukan muhrim especially kalau kita pakai selipar, sandal atau mana mana kasut yang tak tutup sepenuhnya. Sama jugak alasannya Kenapa Kita Perlu Pakai Handsock. 

Apa fungsinya sebenarnya? Hanya untuk kita semua nak tutup aurat atau pun fesyen nak ikut orang ramai yang tetiba semua turut sama nak pakai handsock, so orang pakai kita pun pakai lah! Ada jugak some of muslimah yang walaupun dah cantik ayu bertudung labuh dan berjubah litup, masih sarung handsock. Mereka rasa, Kita Perlu Pakai Handsock.

Ye lahhh. Mana nak tahu musim hujan ni angin dok gatai tiup sepoi sepoi kann? Terkuak sikit lengan tu, dah nampak aurat tak pepasal kann? Bila ada handsock ni kat tangan, tak perlu nak rasa cuak atau apa apa lagi pastu. Baru lah tenang sentiasa nak jalani kehidupan seharian, ceewahhhh!

Handsock Muslimah
Macam macam kaler dan fesyen okeh!

Walau camtu sekalipun, hari tu ada je Cik Lisa dok tengok non-muslim pun pakai handsock masa tengah drive time sangkut kat dalam traffic jam tahu ke? Ye lah, kalau pilih yang elok buatannya memang selesa sebenarnya nak pakai sebab tak panas dan sendat tak pasal. 

Siap boleh protect kita dari panas matahari berhari hari. Takdok lah isu kat tangan gelap koko koko gittew tapi lengan cerah sikit macam kopi susu Old Town camtu. Haih! Dah tak pasal pasal kulit loreng berbelang pulak kann? Sebab tu lah regardless of what reason, Kita Perlu Pakai Handsock kan sebenarnya?



KENAPA KITA PERLU PAKAI HANDSOCK DARI MALABIS MUSLIMAH?


Tadi Cik Lisa dok pot pet, handsock ni ada banyak pattern semuanya. Ada banyakk gila brand yang ada. Kita cuma kena pandai pilih yang sesuai dengan keadaan semasa. Cari kaler yang cecantiks untuk pakai waktu bebila, kalau boleh mesti lah nak matching dengan baju yang kita ada. Ye dok?

Handsock Muslimah
#GengProtege Cik Lisa


Malabis Muslimah ni ialah kepunyaan salah sorang daripada #GengProtege Cik Lisa taww: Cik Puan Sherah. Sebelum ni, Cik Lisa tak lah mengamalkan penggunaan handsock ni tapi adik Cik Lisa memang pengguna tegar handsock (yes, dia sangat jeles bila Cik Lisa dapat dua handsock dari Malabis Muslimah ni taww!) .

Rasanya macam rata rata orang yang tak pernah pakai handsock, konfem lah depa mesti fikir sama maca apa yang bermain di fikiran Cik Lisa masa awal awal dulu,

“Ish. Kenapa lah nak pakai handsock? Dah lah panas terik kat luar tu, nak sarung stokin pulak kat tangan masing masing? Apakah? Merapu je depa ni!"


Adik Cik Lisa pun Cik Lisa bambu sekali”



HANDSOCK DARI MALABIS MUSLIMAH UNTUK RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017


Haa, masa tu baru lah nak tahu apa syiok sangat yang orang dok sarung handsock selama ni! Lain jenama, lain rasanya. Tapi the moment Cik Lisa sarung pelan pelan handsock dari Malabis Muslimah tu jer,  memang terus diam diam sambil anggukkan kepala tanda setuju. Eh!

Sempena Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Cik Puan Sherah hadiahkan Cik Lisa dua pasang handsock untuk direview. So, jom tengok apa review Cik Lisa untuk handsock Malabis Muslimah ni ya dan kata kata Cik Lisa bila pakai handsock:-


Handsock Muslimah
Ini Najma Dwitone Handsock


Nama: Najma Dwitone
Jenis corak: Dua warna (dwitone)
Material: cotton + polyester
Harga runcit: RM 8 sepasang
Harga borong (50 pasang ke atas): RM 5 sepasang


APA KATA CIK LISA:
=== 

Bila Cik Lisa sarung handsock ni kat tangan, rasa macam sangat selesa dan licin mudah je nak masuk. Memula Cik Lisa agak skeptikal sebab rasa jenis material kain macam nipis so lelaju nak assumed jarang ni. 

Handsock Muslimah
Cukup cantik terletak, tak perlu rasa
stress terlalu ketat atau longgar. Just nice!


Bila pakai handsock ni sepenuhnya, sedap terletak handsock kat tangan dan tak rasa pun nipis kain tu lagi. Elok elok terletak. Oh. Lupa nak cerita. Najma Dwitone ni ialah dwi warna gittew! Boleh terbalikkan untuk dapat corak plain dan another untuk yang bercorak! Cool sesangat kan?


Handsock Muslimah
Ni the other side of it! Ada kaler lain pulak
okeh? Ohsem ke ohsem?


Score ‘ohsem’ Cik Lisa: 4/5




===

Handsock Muslimah
Oh! Cik Lisa dah jatuh cinta dengan handsock
yang ini! Sooo feminin dan sangat puteri
gunung ledang sangat taww!


Nama: Haura (berjari)
Jenis corak: Plain colour dengan detailing kemas
Material: cotton + polyester
Harga runcit: RM 19 sepasang
Harga diskaun (10 pasang): RM 14 sepasang



APA KATA CIK LISA:
===

Satu perkataan untuk describe handsock ni ialah classy! Rasa macam puteri raja je taww! Cantik dan detail kat jari jari tu macam tersangat lah feminin. Jahitan kemas, sedap kat tangan bila pakai handsock Malabis Muslimah ni. 


Handsock Muslimah
Nampak tak cantik dan feminin nya tangan ini???


Selekeh mana pun kita masa tu, tapi Bila pakai handsock ni dan dan tu jugak kita boleh rasa secantik bidadari kayangan, okeh? Ini Cik Lisa palingggg suka! Cik Lisa rasa setiap orang wajib ada Haura handsock ni! Cantikkkkk sangat!


Handsock Muslimah
Nampak detailing yang super kemas tu??
Tahu dah kenapa Cik Lisa dah jatuh cinta dengan yang ini?


Handsock Muslimah
Hoih! Runcingnya jari jemari Cik Lisa dengan handsock ni!
Boleh ke dari handsock turun ke hati? Kekonon orang jatuh hati
bila tengok kita pakai handsock cantikk ni? Hihi


Score ‘ohsem’ Cik Lisa: 5/5



Ada pelbagai jenis dan corak handsock lagi di Malabis Muslimah dan awak boleh jamu mata di FB Page mereka di MALABIS MUSLIMAH bebila masa dan ketika! Now memang Cik Lisa dah tahu dah Kenapa Kita Perlu Pakai Handsock. Uishh! Cantik sangat tawww handsock depa ni!


Handsock Muslimah
Lagi banyak pilihan di FB Page Malabis Muslimah


TAWARAN HEBAT DARI MALABIS MUSLIMAH UNTUK RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017


Untuk julung julung kalinya dan sempena kolaborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Cik Puan Sherah telah sudi untuk menawarkan:-


HANDSOCK + KOS POSTAGE DITANGGUNG OLEH MALABIS MUSLIMAH UNTUK YANG BERTUAH!!!


Handsock Muslimah
Handsock feveret Cik Lisa tu datang dalam kotak cantik ni!


Best kan offer yang ditawarkan oleh Malabis Muslimah ni? Rasa teruja tak nak cecepat beli handsock ni? Kalau rasa dah tak sabar sabar nak dapatkan handsock dari Malabis Muslimah ni boleh sepantas kilat Whatsapp Cik Puan Sherah kita sendiri di:-





dan dapatkannya HARI INI JUGA!


Handsock Muslimah
Kenapa tak boleh get over lagi kecantikan handsock ni!
Haha... leleh air liur sebab handsock ni sangat jelita okeh!


Terima kasih untuk Cik Puan Sherah sebab beri kepercayaan kat Cik Lisa dengan kesanggupan Cik Puan dan Team Malabis Muslimah untuk turut serta dalam Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ini. 

Semoga kita semua diberkati-Nya, inshaALLAH. 


Terima kasih dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: