In Geng Protege pengedar shaklee hulu klang pengedar shaklee wangsa maju Projek Ramadhan 2017 Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 Review Produk Review Servis The Protege Majalah Niaga

Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017

Dah tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan, rasa macam kejap je pejam celik pejam celik… tahu tahu nak puasa dah kita sama sama kan? Biasanya, bila bulan posa menjelma, laju lah sana sini dok arrange Projek Ramadhan masing masing. Likewise, Cik Lisa pun turut nak memeriahkan suasana kali ni. Tahun ni Cik Lisa nak launch Project Ramadhan Cik Lisa iaitu Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017.

Pengedar Shaklee Wangsa Maju



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - ADA APA DENGAN RAMADHAN REVIEW?


Ada apa dengan Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 ni sebenarnya?

Since Cik Lisa ni masih di takat bilis comel untuk nak bantu kengkawan Cik Lisa yang berbisnes, Cik Lisa dok pikir pikir dan rasa eh eh, cara ni pun best! 

Kita nak tolong dengan wang ringgit, mungkin tak dapat since duit pun masih sikit. Tapi, memandangkan Cik Lisa ni boleh lah sikit sikit menulis, so apa salahnya Cik Lisa bantu mana yang boleh.


Pengedar Shaklee Wangsa Maju


Cik Lisa hari tu ada buka peluang kat kengkawan Cik Lisa ni semua, sapa nak join Projek Ramadhan 2017 Cik Lisa yang akan berlangsung sepanjang bulan posa. 

Apa yang Cik Lisa offer, ialah Review Tanpa Bayaran untuk setiap produk atau servis yang mereka sediakan. Haaa, best kan? Rasa eksaited dan tak sabar nak tunggu review yang pertama kan? 



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - OFFER INI UNTUK SIAPA?


Cik Lisa offer ni untuk setiap mereka yang bergelar kawan kepada Cik Lisa dan harus lah ada usahakan sesuatu bisnes kan? Sama ada produk atau pun servis yang mereka sediakan. 


The Protege Majalah Niaga


Tapi, macam Cik Lisa dah pot pet kat Facebook Personal Cik Lisa; memandangkan Cik Lisa ialah part of #GengProtege Majalah Niaga, jadi Cik Lisa utamakan kengkawan dari #GengProtege tu seawalnya. Kenapa Cik Lisa pilih mereka over anyone else yang jugak kawan Cik Lisa yang lain?

#GengProtege terdiri daripada mereka yang bermula dari bawah dan setiap mereka tak pernah lokek ilmu termasuk mereka yang even dah pangkat jerung jerung bisnes kecil tahu ke? Ada antara mereka yang lepas dua tiga bulan struggle, mereka menyinar bagai bintang dan secara tak langsung dah terinspirasikan Cik Lisa.


The Protege Majalah Niaga


Walau pun camtu, segemok mana pun pangkat jerung jerung bisnes kecil yang mereka dah bertukar kepada, mereka tetap humble dan rendah diri kekonon macam orang biasa! Tanya soklan sebodoh mana pun, lelaju mereka bantu. 

Sebab tu Cik Lisa intentionally dahulukan mereka dan berikan servis untuk review produk atau servis mereka secara eksklusif dari blog Cik Lisa sebagai ganti untuk setiap detik yang mereka dah bantu Cik Lisa hari hari.


The Protege Majalah Niaga


Tapi, Cik Lisa ada juga buka untuk Facebook friends dan followers Cik Lisa dan nantikan review Cik Lisa untuk setiap produk dan servis yang dah slot in kan awal awal dalam jadual Cik Lisa sepanjang bulan posa nanti.



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - WHAT’S IN IT FOR ME?


Apa yang Cik Lisa dapat sebab dah lah Review Tanpa Bayaran? 

Sebab Cik Lisa tahu yang Cik Lisa masih dalam kategori blogger bilis comel, so takkan lah beria ia nak suruh orang buat bayaran kan? Haha. Tapi, dengan Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 ni akan bantu Cik Lisa untuk lebih KONSISTEN menulis! Hari hari ada review untuk setiap produk atau servis akan mula mantapkan gaya Cik Lisa menulis. Jadi lagi best!

Selain tu, Cik Lisa jugak dapat new exposure untuk mereka yang memang nak cari produk atau servis yang list out dalam senarai klien Cik Lisa yang dah berbaris baris! New exposure tu secara tak langsung boleh bantu untuk bagi AWARENESS kepada mereka di luar sana tentang blog Cik Lisa si bilis!

Dan yang paling penting, Cik Lisa dapat BANTU kengkawan Cik Lisa setakat yang Cik Lisa mampu dengan nikmat yang ALLAH bagi kat Cik Lisa untuk boleh menulis. Walau takde lah best, tapi boleh lahhh. Kan?

Kan Cik Lisa dulu pernah cerita, sebaik baik benda yang kita boleh buat… ialah share / kongsi sesuatu yang bermanfaat. Tak kisah lah directly or indirectly. Sebab sebelum kita mula menulis, kita kena fikir dulu… benda aku nak tulis ni boleh bagi manfaat atau lebih kepada mudarat?

Faham kan?



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - WHAT’S IN IT FOR THEM?


Apa pulak yang kengkawan Cik Lisa akan dapat dari Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 ni?

Free Cost Marketing (FCM) dari Cik Lisa lah! Dan yang paling best untuk mereka, setiap entri review ni Cik Lisa tak akan remove dari blog dan akan kekal sebagai entri blog Cik Lisa either di http://ciklisawangi.com atau http://ciklisawangi.blogspot.my 


The Protege Majalah Niaga
Salah seorang pemilik bisnes dari #GengProtege yang
turut serta dalam Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017


Bila Cik Lisa tak remove, maksudnya promosi atau marketing untuk setiap produk atau servis mereka akan kekal sepanjang masa sebagai entri blog Cik Lisa selagi nyawa Cik Lisa dikandung badan. Ceewahhhh! Suweet kan Cik Lisa kan? Nampak tak semut dah mula dah nak hurung handphone korang tu? Haha. 



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - TAKKAN TANPA SEBARANG ‘PENGERAS’?


PENGERAS - tips?

Haha. Kan kata dah takdak bayaran. 

Tapi, kalau produk yang nak direview tu, Cik Lisa cuma mintak depa bagi Cik Lisa satu produk dan ianya akan dikembalikan selepas review dibuat (kecuali kueh raya, tokleh nak pulang balik lah! haha).

The Protege Majalah Niaga


Nak buat suweet lagi cerita hari ni, kan Cik Lisa dah kata kengkawan Cik Lisa ni memang lah suka nak buat Cik Lisa berlinangan air mata gembira hari hari. 


The Protege Majalah Niaga


Sebab setiap mereka ‘hadiahkan’ produk mereka kat Cik Lisa taww sebab sudi reviewkan produk produk mereka walaupun mereka tahu status bilis Cik Lisa takat hari ni!

Suweet kan? Tapi mengada kan sebab buat Cik Lisa rasa super terharu sambil air mata berjurai jurai menangis kegembiraan?



❤️ RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - BILA BERMULA REVIEW PERTAMA?


Review pertama akan bermula pada 25 Mei 2017 dan berakhir 24 Jun 2017.

Sebelum start ni pun, Cik Lisa sendiri dah rasa tak senang duduk pun ya jugak. Nervous sesangat sebab most of the products dan services ni ialah mereka yang otai otai besar di #GengProtege sebab Cik Lisa ada 23 reviews untuk #GengProtege dan 5 reviews untuk yang lain buat masa ni.

Doakan semuanya berjalan lancar ya? Dan nantikan review pertama soon!


Terima kasih awak dan assalamualaikum.

Related Articles

2 comments:

Siti Nur Ain berkata...

Didoakan semua berjalan lancar. In syaa Allah.. Aamiin

Pengedar Shaklee Wangsa Maju berkata...

Hi Ain :D

Terima kasih singgah blog kita. Baru sempat nak reply komen. Hihi.

InshaALLAH dan thank youuu sebab percaya kat kita untuk review Bantal Hotel DAG tu.

All the best untuk awak dan bisnes ya?

Love,
Cik Lisa