Kelompok Positif Di Hujung Minggu: Kisah Inspirasi Buat Saya Terinspirasi

Semua tahu kan sekarang ni musim cuti sekolah? Sapa sapa yang ada anak anak sekolah, mesti busy minggu ni untuk bawak anak anak jalan kan? Maklumlah, time cuti sekolah lah baru boleh nak berjalan sekeluarga kan? Tapi, macam Cik Lisa; semua mesti dah kenal Cik Lisa by now kan?

Cik Lisa takde anak. Sebab Cik Lisa tak kawen. Cik Lisa ni kan single dan sedang seronok belajar bina Bisnes Online Shaklee Cik Lisa sekarang ni, inshaALLAH nak lebih berjaya dari hari ke sehari. 

Kalau nak cerita aktiviti cuti sekolah kali ni, Cik Lisa tergerak hati pulak nak cerita kat awak ni apa yang Cik Lisa buat last weekend sempena permulaan hari minggu cuti sekolah bermula. 

Nak tahu tak?



Bersama Tuan Burhanudin
Pemilik Butik Ijmal Muslimah
Rakan The Protege Cik Lisa
Semalam Cik Lisa pergi Seminar MBK Finale. Best. Memang seronok. Macam super amazing!

Tapi kenapa? Macamana seronok sangat tu? Apa yang best tu? Bukan before ni Cik Lisa dah pergi ke? Kenapa pergi lagi kali ni? Tak membazir ke?

Bagi yang clueless sesangat bila Cik Lisa dok sebut Seminar MBK tu; ha… ni ialah seminar untuk bisnes kecil yang dianjurkan oleh Majalah Niaga

Dan dua sifu muda terkenal dan juga adik beradik; Tuan Hasbul Ariff dan Tuan Hasbul Aqill merupakan pelopor event ni dan mereka memang best sebab walaupun still muda belia; tapi sangat sangat berwawasan! 

Bersama Tuan Rafique
Founder Jom Buat Mobile App
Rakan The Protege Cik Lisa
Cik Lisa kan pernah cerita sebelum ni. Bila kita pergi majlis ilmu; macam seminar ke, workshop ke, sesi coaching ke kan…? 

Cik Lisa rasa kita bukan hanya pegi semata mata untuk serap ilmu, atau belajar benda benda tu semua. Tapi, kita pi sana untuk serap aura positif orang orang kat sana tu jugak.

Tak kisah lah; aura perserta yang bersemangat tu ke. Atau aura aura positif sifu sifu yang terlibat dalam majlis tu jugak lah kan? 

Semua ni penting. Penting untuk kita kekal positif lah! Kan Cik Lisa pernah explain 7 Tips Untuk Kekal Positif, ingat tak? Untuk kekal dalam kelompok orang orang positif. Kan?


Kali ni punya seminar, memang buat Cik Lisa betul betul happy. Entah tak tahu kenapa. Mungkin sebab jumpa lebih ramai sifu kat sana? Seronok! 


Bersama of course lah, Tuan Hasbul Ariff ☺️
Atau mungkin ke Aktiviti Neurotransmitter Dalam Otak Cik Lisa aktif sebab serotonin, dopamine dan semua tu lah ada dalam sukatan yang cukup? Haha. 

Lepas tu pulak, Cik Lisa tak tahu lah nak rasa seronok ataupun cemas seribu kali bila dipanggil Tuan Hasbul Aqill

Dia mintak Cik Lisa untuk bagi komen tentang apa kebaikan yang Cik Lisa terima sejak Cik Lisa join seminar MBK ni pertama kali dulu. 

Bersama Tuan Hasbul Aqill ☺️
Cemas? Memang ada, tapi seronok tu pun ada sebab boleh kongsi kebaikan yang Cik Lisa dah terima. 

Perasaan tu bercampur baur. Ceewahhh! Nampak tak betapa cukupnya supplement dalam badan Cik Lisa untuk terus kekal positif dan aktif tu?

Nak tambah lagi seronok; selain dari kawan kawan positif sebagai peserta Seminar MBK ni dan sifu sifu yang jadi speaker untuk event tu; Cik Lisa berkesempatan jugak untuk jumpa sifu ohsem yang confirm lah semua pun kenal kan? 


Bersama Tuan Bukhari Ramli ☺️
Wahhh, seronok sungguh Cik Lisa bila ada peluang untuk jumpa orang yang ohsem gittew.

So, nak cerita lah. Walaupun Cik Lisa ni single mingle, takdok family sendiri untuk habiskan masa lapang waktu cuti sekolah ni dengan anak anak sendiri. 

Tapi Cik Lisa dapat peluang untuk join seminar ohsem gini dan sempat nak jumpa orang orang positif yang lain tu. 

Itu dah cukup untuk buat Cik Lisa kekal positif dan terinspirasi dengan cerita cerita mereka semua ni: baik sifu sifu tu sendiri mahupun rakan rakan positif Cik Lisa; especially mereka dari The Protege yang sama sama sekali dengan Cik Lisa di bawah naungan Tuan Hasbul Ariff dan Tuan Hasbul Aqill ni. Memang amazing!

Bersama Tuan Hasbul Aqill
dan Anak Biz Cik Lisa
Cemana? Rasa terinspirasi tak dengan kisah Cik Lisa semalam ni? Hihi. Cik Lisa harap awak semua pun akan terus maintain positif dan kalau dah cukup supplement dalam badan tu untuk kekal positif; cer pi join memana majlis ilmu camni untuk terus terusan serap aura positif yang semestinya melimpah ruah tu. 

Cik Lisa promise; awak tak mungkin tak positif pastu sebab these events made me realized that there’s more to it than just profit dalam bisnes. Nak petik kata kata Tuan Aqill dalam seminar semalam; 

“Bisnes ialah pertukaran nilai, bukan dapatkan untung semata mata”

Bersama semua yang super-positif dalam satu frame gambar!
Ohsem ke ohsem???
😍

Betul ke betul? 

Okay lah sampai sini je buat masa ni. Nanti Cik Lisa sambung lagi next time ya?

Terima kasih semua dan assalamualaikum.

Tiada ulasan: