In Asid Amino; ESP Shaklee bisnes online shaklee Dopamine Neurotransmitter Psikologi Positif Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5

Supplement Shaklee Pilihan Saya Untuk Kekal Positif Sepanjang Masa

Pernah tak sekali dalam life awak ni yang awak rasa sangat down, tak bermaya, hopeless dan stress yang melampau? Macam sapa sapa yang sama dengan Cik Lisa ni yang terlibat dengan Bisnes Online ataupun yang sememangnya sedang bina Bisnes Online Shaklee sendiri? 

Mesti ada moment yang awak rasa tak best dan sesekali tu perasaan negatif bergelodak dalam jiwa tak tentu pasal? Hal ni makin menjadi jadi bila mungkin ada customer yang cerewet? Stok takde dan order tetiba bertambah; jadi awak tak dapat nak tambahkan jualan. 

Mula lah rasa tak syok dan tahu tahu je awak rasa kecewa yang amat sangat kekadang tu awak rasa nak menangis sebab tak tahu cemana nak maintain Bisnes Online Shaklee awak tu. 

Sebab bila produk tak available untuk tambah nilai jualan? Yelah, mana tahu customer ingat awak saja tak mahu hantar produk. 

Pastu, terus give up dan cari orang lain untuk jadi Pengedar Shaklee untuk dia? Sedar tak tetiba perasaan awak jadi lain dan tak seronok nak hadapi hari hari yang akan datang?

Tahu tak? Ini sebahagian puncanya daripada aktiviti Neurotrasmitter dalam otak? Apa pulak perkataan yang susah nak sebut tu? Neuro_ _ _ _ _ what? Dah pening dah? Dah rasa macam baca jurnal kesihatan pulak? 

Tak pernah dengar tentang ni sebelum ni? Bukan ke semua tu berpunca dari stress yang melampau? Apa kena mengena pulak dengan Neurotrasmitter ni pulak? 

Kita semua ada otak. Betul? Macam kita semua tahu, otak ada kat kepala kita. Dalam kepala kita. Secara tipikal, Cik Lisa rasa semua orang tahu yang otak ialah organ dalam badan kita yang mengawal tindakan, cara pemikiran, fokus, etc. untuk seorang manusia. 


Betul? Kan kita belajar dalam kelas sains masa sekolah dulu? Masa muda mudi dulu kan? 

Benda yang tak semua dari kita tahu secara terperinci ialah cemana otak kita tu berfungsi. Apa yang membuatkan kita buat apa yang kita buat, fikir apa yang kita fikir / cara kita berfikir

Mungkin yang dulu time sekolah masuk kelas sains, mungkin mereka ada informasi tambahan tentang otak tapi Cik Lisa tak tahu. Sebab dulu masa sekolah, Cik Lisa ni dulu cuma student kelas akaun. 

So, hari ni Cik Lisa nak cerita pasal neurotransmitter ni. Nak kongsi sama sama informasi secara santai so setiap peringkat umur yang berbisnes tak perlu nak pecah kepala untuk pikir how it works.

Neurotransmitter ni ialah molekul komunikasi (aktiviti) di antara neurons dalam otak kita. Atau kata mudahnya; macamana setiap neuron ni hantar mesej sesama mereka untuk menghasilkan apa apa benda yang kita buat. 

Kekurangan neurotransmitter ni boleh membuatkan kita rasa sesuatu sebab ia berkait rapat dengan emosi dan perasaan kita dalam sesuatu jangkamasa.

Kekurangan neurotransmitter ni boleh buat kita jadi terlampau negatif. Rasa sedih, tak mungkin nak nangis, kecewa, iri hati sebab dia boleh tapi aku tidak. 

So, sebab tu lah kita kena make sure yang neurotransmitter dalam badan kita kena cukup. So that, aktiviti neurotransmitter kita tak terganggu.

========
Dalam banyak banyak neurotransmitter, ada 4 ni yang super-penting yang melibatkan mood in general iaitu  Serotonin, Dopamine, GABA and Norepinephrine. Dalam 4 jenis neurotransmitter ni, ada melibatkan dua kategori iaitu inhibitory (calming) dan excitatory (stimulating).

Serotonin - ni melibatkan kegembiraan dan rasa rileks yang tinggi. Ini macam tido. Tido yang nyaman dan selesa, menunjukkan seseorang tu cukup serotonin dalam badan.

GABA - juga salah satu untuk calming dan sesuatu yang menyenangkan. Tenang perasaan tu kalau GABA ini cukup dalam badan. Akan capai tahap rehat yang selesa dan tenang.

Dopamine dan Norepinephrine - ini melibatkan fokus.Melibatkan energy dan mood positif. Ini bila seseorang tu capai keriangan dan mood positif yang tinggi. 
========

Tapi, Cik Lisa tak hadapi masalah aktiviti neurotransmitter yang kurang atau menyedihkan hihi sebab Cik Lisa selalu pastikan Cik Lisa cukup supplements yang boleh bantu jaringan antara network dalam sel sel otak berhubung tau! Nak tahu apa dia yang Cik Lisa consume?

ESP - ni macam Cik Lisa pernah cerita Apakah Kelebihan ESP Shaklee?, ESP ni mengandungi asid amino. Asid amino ni penting sebab dia mampu mencukupkan sel sel otak dengan neurotransmitter yang cukup since ESP ni mengandungi 12 asid amino yang mampu dihasilkan oleh badan kita + 9 asid amino yang memang kita takleh produce kan? 

So, kalau kita cukup asid amino intake melalui ESP, inshaALLAH semua tu takde masalah.

Lecithin - Ini mengandungi choline di mana ia membantu otak kita untuk lebih fokus. So, sekarang mesti tahu kenapa Lecithin ni penting untuk mencukupkan neurotransmitter dalam otak kita kan?

Omega Guard - Macam yang kita tahu, omega 3 ni penting untuk tenang. Rilek dan takde masalah. Ini juga selalunya kita kenal sebagai DHA. Macam susu baby kan? Ini ialah makanan untuk otak. Brain food. Otak kita perlukan makanan yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Ini diperlukan untuk ketenangan. Tak stress. Haaa, best kan?

Performance Drink - Ini mengandungi elektrolit yang cukup untuk merilekskan otot; dapat tidur dengan tenang dan lena. So, ni baik untuk elakkan daripada kita ter’stress tak semena mena. Kan? 

Vitamin B Complex - Macam yang kita tahu, tentunya Vitamin B ni bantu migraine, ingat tak saya pernah cerita di Set Migrain Shaklee Berjaya Ciptakan Hidup Riang Ria Buat Saya dulu pasal ni? Selain tu ia boleh bantu tambah hormon serotonin dalam badan manusia bagi kita lebih riang gembira?

========

So, jangan stress banyak banyak. Sila rasa lebih riang dan gembira tau! Sebab Cik Lisa tahu bila stress tu, perasaan dia sangat horror kan? Semua serba tak kena. Jadi, lebih baik kita rileks dan tenang tenang baru lah senang nak berjaya. Betul ke betul? 

Okay, sampai sini saja okay? Nanti Cik Lisa sambung lagi.


Terima kasih dan assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: