In baca buku book review books Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Sophie Hannah Superstars Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5

Pentingnya Kerjasama Dalam Satu Organisasi

Siapa yang kenal Cik Lisa mesti tahu betapa Cik Lisa suka baca buku. Be it buku cerita ke, buku fakta, buku fantasi atau apa apa lah; selagi ianya adalah sebuah buku, Cik Lisa konfem lah suka! 

Dulu Cik Lisa ada cerita yang Cik Lisa baca buku Khaled Hosseini - A Thousand Splendid Sun dalam entri blog awal awal dulu bertajuk Love. Cinta. Kasih. Sayang.

Dulu masa Cik Lisa baca Khaleed Hosseini, terkejut jugak bila Cik Lisa tengok orang lain bersungguh sungguh baca buku kesihatan, motivasi, self-help, etc. 

Tapi, Cik Lisa sorang ke baca fictions? Pengsan! Hihi.

Again. Kali ni, rasa rasanya buku apa yang jadi pilihan hati Cik Lisa agak agaknya? 

Sebab hari ni kan, sempena hari Sabtu yang santai santai ni, Cik Lisa nak update pulak buku apa yang Cik Lisa baca sekarang. At the moment. 

Nak tahu tak? 

Kalau hari tu, buku Khaleed Hosseini tu buku yang lebih ke arah kehidupan, buku yang orang kata ala ala deep kan? Cerita serius pasal kaum, pasal bangsa, culture, mindset mainly bagi orang orang Afghanistan kan; rasa rasanya kali ni buku apa agaknya di tangan Cik Lisa kali ni? 

Eh! 

Tak aci lah nak scroll laju laju pi bawah nak check nama buku! Haha.

BUKU PILIHAN CIK LISA KALI NI?

Kali ni, Cik Lisa baca penulisan Sophie Hannah. Mat salleh writer. Sapa yang baca fiction mat salleh mungkin familiar dengan dia? Although Cik Lisa pun sebenarnya suka fiction books, tapi ni the first book by Sophie Hannah sebenarnya! Tak pernah tahu dia wujud before!! Kesian takkk? 

Sapa pernah baca her books???

Eh, chup! Tak bitau nama buku pun kan? Okay. Nama buku yang Cik Lisa baca sekarang ni atau mat salleh selalu referred to current read kan; ialah A Game For All The Family ny Sophie Hannah. 

Buku ni bukan buku pasal life. Bukan tentang culture, atau family. Okay. Wait. Ada lah part family, tapi maksudnya ini bukan buku kekeluargaan. Like, jatuh bangun sebuah keluarga sebab culture ke or something like that, nope. Takdok camtu. 

Kalau nak compare jenis buku? Dua buku yang completely contradicting. Haha. Langsung tak relate antara satu sama lain. 

Buku A Game For All The Family ni is more of macam buku misteri. Thriller. Ada ghost or benda yang menakutkan, but since Cik Lisa tak habis lagi; Cik Lisa pun tak tahu ada hantu ke or orang behind it. Although ni first time Cik Lisa baca buku Sophie Hannah tu kan, Cik Lisa rasa dia sangat bagus buat kita nak tahu lagi, lagi dan lagi. 

Bukan sebab cara penulisan dia pun, tapi sebab jalan cerita dia yang asyik asyik buat kita wonder dan siap siap pikir dalam kepala, “eh, pasni cemana? Ke tadi benda tu jadi sebab ni…” Sophie tu buat kita tertanya tanya, macam nak kita sesama selesaikan misteri yang dia tulis tu. 

Kalau nak ikutkan dari segi cemana dia engaged dengan pembaca dia, itu lah dia! She nailed it! Sebab memang Cik Lisa dok mengadap buku ni bila bila Cik Lisa ada time taww! Sebab nak tahuuu sangat apa sebenarnya yang berlaku.

Cik Lisa citer sikit summary sampai takat Cik Lisa dah baca lah. Okeh? At least awak tahu jenis pembacaan apa yang Cik Lisa dok baca sekarang ni kan? Hihi. 

Tapi, langsung tak berkaitan dengan health pun. Bukan apa, kita kena luaskan pemikiran kita. Tokleh nak duduk kat tempurung yang satu je kan? Betui dak?

Basically, ni cerita pasal one family ni. Ada Justine - bini, sominya Alex and anak pompuan dia, Ellen. Mereka ni move out, pindah dari kota besar London ke bandar kecik kat tepi tepi gittew. 

So, bila dah pindah rumah baru (taklah rumah baru, sebab rumah tu baru diduduki mereka, tapi was belong to someone else before ni); macam macam benda jadi.

Main reason mereka nak pindah dari London ke bandar kecik tu sebab Justine at one time tu tiba tiba kata, Okay, aku takmo kerja dah. Aku nak DO NOTHING! Haha. But yes. Memang itu apa yang dia nak buat. Dia takmo kerja! Dia nak jadi housewife rilek kat rumah jaga Ellen SAHAJA. 

Tapi, cuma sempat rehat few days sebelum benda benda pelik jadi. Antara bendanya; dapat panggilan phone yang super-pelik macam nak ugut ugut dia akan dapat susah sebab pindah situ, Ellen jadi pelik sebab asyik asyik cerita pasal George, kawan baru dia kat sekolah (one day dia pinjamkan jaket / kot dia ke George dan tak bawa balik dah)

But, bila Justine pi sekolah tu nak tanya, Guru Besar kata takde budak nama George kat sekolah tu! 

So, siapa GEORGE yang Ellen nampak?

And lagi satu yang super-creepy; Ellen anak dia ada homework untuk siapkan stori. Cerita. Kena lah reka. Ala ala storytelling class lah kot, but in writing. Kelas penulisan kiranya. 

But yang menakutkan is when Ellen, si anak ni tulis cerita pasal pembunuhan as-if tapi semua watak, lokasi ialah keluarga mereka dan dalam rumah tu???

Banyak dan macam macam benda pelik berlaku dan tak masuk akal… but dah berhenti kat situ. Ada lagi half of the book nak habiskan. Hihi. 

VALUE YANG CIK LISA SUKA DALAM BUKU NI?

Walaupun tak habis baca lagi (kalau nak suruh baca sampai habis, lambat pulak nanti? Sebab Cik Lisa bila baca storybooks suka baca pelan pelan, enjoy the moment! Betul ni!) Cik Lisa boleh kata, at this stage; Cik Lisa suka Justine punya karakter. 

Sebab? Sebab dia PERCAYA (have faith) kat Ellen: bila dia percaya yang Ellen kata George WUJUD dan jaket / kot dia dah bagi George pinjam. Sebab bila Ellen cerita, tak masuk akal langsung. Tapi, Justine percayakan dia. 

And bila pegi sekolah untuk cari George, Guru Besar mati mati kata takde orang nama George dan Ellen mula nak menangis. 

So, Justine sebagai mama dia; back her up (walaupun dia tak berapa nak percaya!).

Kenapa Cik Lisa rasa tu satu value yang baik? Bukan tu menipu ke? Hipokrit?

Taklah! Bagi Cik Lisa lah kan, itu satu benda yang sangat positif. Bila kita berkawan, atau hubungan antara ahli keluarga, atau ahli team / group / pasukan; we lean on each other

Sapa lagi nak sokong kita kalau bukan kumpulan kita sendiri? Kita patut percaya dengan orang yang dekat dengan kita untuk back us up bebila masa kita rasa nak jatuh berkecai.

Itu lah why and what friends are for kan? To have faith on someone when no one else cares? Kann kan?

To me, Cik Lisa rasa it’s one of the value that penting dalam keluarga, dalam kumpulan berpasukan, dalam hubungan suami isteri atau sahabat / kawan / boipreng-girlpreng or even crushes? 

Kan? Sebab itu menunjukkan yang the other party boleh percayakan kita untuk sokong dia di saat kita memerlukan. 

Faham ke? Okay, gini. In one word; TO HAVE FAITH & BELIEVE. Untuk percaya dan yakin. So, tak nampak lah kita ni acah acah gittew. Haa, faham kan? 

Okay lah. Cik Lisa tak berniat pun nak tulis cerita tok nenek panjang gini, tapi sebab weekend so rasa seronok nak menulis tu melampau lampau. Hiks. So, semoga terhibur lah okeh?

Cerita tu ending cemana, I don’t know. Tak tahu. Sebab tak habis baca lagi. But nanti dah habis, Cik Lisa cuba update semula dalam entri lain okay?


Banyak benda nak buat today, so sampai sini je Cik Lisa nak pot pet. Nanti kita jumpa lagi in my next entry okeh? 

Terima kasih semua dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: