In Adab Berbisnes Aura Positif Itu Penting Bisnes Shaklee Online Psikologi Positif shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee

Adakah Psikologi Positif Penting Dalam Dunia Bisnes?

Pernah tak ada one time tu bila awak jumpa somebody untuk pertama kali, tapi tahu tahu je dah macam kenal lama? Dah macam kenal bertahun tahun? Dah macam comfortable. Selesa berbual bersama sama. Macam eh, bukan first time lah. Although it is actually the very first time!


Pernah tak bila bersama orang yang sama tu, walaupun ni first time jumpa ni. Tapi, berkongsi rasa yang sama? Rasa geli pada sesuatu. Rasa suka dan minat benda yang sama. Rasa tertarik pada perkara yang sama. Rasa benci untuk sesuatu yang, okay guess what? 

SAMA!

Pernah tak rasa gittew?

Nak buat lagi haru biru kisahnya, ini bukan hanya tertumpu di antara lelaki dan perempuan taww! Kalau it only applies to bila lelaki dan perempuan bertemu dan bersua muka, boleh lah nak cerita yang asbab tu berlaku atas dasar kata feveret orang orang tua; dah jodoh tak ke mana or something like that kan? 

Orang kita kan seronok buat andaian yang macam gittew?


Tapi kan. Rasa dalam hati tu bukan wujud hanya waktu kita jumpa orang laki semata mata. Kengkadang, bila jumpa dengan perempuan pun ada jugak rasa semacam gittew. Tapi tak semua. Ada antaranya. Laki pun gittew jugak. Tak semua. Ada yang rasa. Ada yang takde.

Dah tu cemana? 


Eh chup! Tapi rasa apa? Apa sebenarnya yang kita rasa? Apa rasa tu sampai perlu bagitahu dan tengok sambil berharap, kalau kalau awak pun tahu? 

Sebenarnya, perasaan yang sangat baik. Bukan kasih. Bukan cinta atau sayang semata mata taww! Rasa ni mungkin lebih dari tu? Eh, haha. Pepandai je. 

Ada ke rasa yang lebih dari semua tu? Lebih dari perasaan yang orang suka sangat nak dengar tu? Rasa cinta, kasih dan sayang? Awak rasa? 

Bukanlah! Ini rasa yang lain sikit kot. Rasa yang suci. Ceewah! Rasa persamaan yang sangat ohsem! 


Rasa tertarik dengan personaliti yang menarik. Satu bahasa. Satu gaya. Satu cara. Satu energi yang sama. Semuanya sama. Sealiran. 

Ianya menarik. Alaa, macam magnet. Tapi magnet tertarik pada yang berlawanan arus kan? Positif dan negatif? 

Tapi yang ni; macam tertarik pada benda yang sama. Satu jenis (eh, bukan jenis jantina!). Mungkin target? Pemikiran? Mindset? Niat? Feveret? Minat?

Contoh: 

Anak harimau akan lepak dalam geng yang sama. Anak harimau tak mungkin nak lepak dengan geng ayam kan? Ataupun, tak mungkin kot anak harimau tu nak lepak dengan geng ikan emas? Geng lepak bersama sebab masing masing tu ada persamaan di antara ahli kumpulan kan? 

Common value. Sesuatu yang sama. Serupa.


Anak harimau akan lepak dengan anak harimau yang lain sebab mereka share sesuatu yang serupa. Belang yang sama kat badan masing masing. Karnivor: tapi kita tak nampak tu kalau kita tak tahu siapa anak harimau tu kan? 

Tapi, sifat karnivor tu ada dalam hati setiap anak harimau tu. Common value yang kita tak tahu atau nampak, tapi anak harimau tu mungkin boleh ber'telepati sesama mereka dan dah dapat tahu mereka tu sealiran? Kan? Lebih kurang gittew lah. Eh. Make sense tak?

Faham kan?  

Sama jugak dengan sekumpulan orang. Bukan semata mata dengan satu orang atau dua. Tapi benda yang sama boleh jadi untuk sekumpulan orang. Empat atau lima. Atau lebih dari tu. 

Sebab tu jugaklah Cik Lisa selalu gunakan perkataan, serap aura positif, jauhkan keladak negatif dari diri kita, duduk dalam circle yang positif.  Semua tu berkait rapat dengan tajuk Cik Lisa hari ni lah. 

Bila Cik Lisa mula dengan Bisnes Online Shaklee, syukur sesangat. Sebab Cik Lisa ditemukan memula sekali dengan Mami Salwa penaung team Superstars Shaklee. Aura positif yang Cik Lisa terima, alhamdulillah jadikan Cik Lisa lebih positif dari siapa Cik Lisa sebelum ni taww! 

Then, kenal pulak dengan ahli team Superstars Shaklee yang lain, Allahu! Seronok betul, asal jumpa yang baru je, masing masing ada aura positif yang tersendiri. Makin lama, makin dekat. Makin bertahan, makin rapat. 

Mula mula rasa, eh. Takkan lah semudah tu boleh klik dengan semua orang? Takkan lah magikal sungguh team Superstars Shaklee ni sebab semua pun satu kepala? Satu wavelength? Betul ke ni? 

Hebat kan!

Dari situ, Cik Lisa dipupuk dengan rajin untuk attend pelbagai majlis ilmu pulak. Jumpa sifu itu dan ini. Aura positif terus terusan dikaut, macam melimpah ruah lah kiranya. 

Makin hari, makin rancak pulak timbunan aura positif kali ni. Jumpa orang itu dan ini. Semua pun positif. Makin seronok, makin riang Cik Lisa hari hari dapat kawan atau sifu baru jadi kenalan. 

Sekarang baru Cik Lisa tahu. Ini lah dia mat salleh dok kata, The Law of Attraction, di mana like attracts like. Benda yang sama energi dan auranya, tertarik antara satu sama lain. 

Sebab tu jugak lah orang selalu suruh kita duduk dalam circle yang positif untuk kekal positif. Lari laju laju bila jumpa yang negatif, takmo nanti terjangkit aura yang tak perlu tu. 

Dan semuanya make sense lagi, bila kita tahu ALLAH selalu kata, bersangka baik lah pada semua. Sebab apa? Kalau kita mula sibuk nak bersangka buruk, nak assume itu ini, nak agak agak tahu atau cuba predict semua benda walaupun kita langsung tak tahu apa apa. 

Hmm, memang konfem berkeladak lah hati, jiwa dan sanubari dengan benda yang tak perlu. Lama lama kita sendiri jadi tak tahu dengan diri sendiri. Kaannn? 

Sebab benda yang sama jugaklah Cik Lisa tahu yang keputusan untuk mula bina Bisnes Online Shaklee bukan acah acah nak mula bisnes, tapi memang dah ditulis. Ditulis dan tertarik dengan aura yang sama wavelength tu. 

Kan like attracts like? Ini benda yang Cik Lisa memang nak buat, nak tahu dan nak teruskan. 


Ini bukan semata mata kerana itu jodoh kita atau fate that bring us together, tapi kita yang fikir benda yang sama dengan apa yang kita dapat. 

Dan sebab tu ada orang kata, kalau kita nak sesuatu tu, kita ulang ulang cakap pasal benda tu (eh, tapi tak sure pulak if it works kalau benda tu ialah orang? Haha… ) 


And sebab tu jugak wujudnya Vision Board. Kita tengok hari hari, kita tahu itu yang kita nak, kita cerita kat semua orang selalu, sebab itu adalah doa. Lepas doa, kena ada tindakan. Baru jadi kenyataan! Magikal jugak kan bunyi ni? Ohsem ke ohsem? 

Sebab tu jugaklah Cik Lisa ulang berkali kali dengan anak anak bisnes Cik Lisa, kita kena kekal positif. Kita kena tahu apa yang kita nak. Apa tujuan kita nak teruskan Bisnes Online Shaklee ni. 

Sebab bila kita asyik asyik fikirkannya, eventually kita akan dapat. Sebab tertarik pada benda yang kita selalu tu dok sebut, dok pikir all the time. Like, always.

Dan, sebab ni jugaklah Cik Lisa nak ulang banyak banyak kali lagi dan sekali lagi: Cik Lisa akan pergi Finland between January 2018 - March 2018 regardless; sebab Cik Lisa nak tengok Aurora Borealis by hook or by crook! I know exactly what I want. 

So, Cik Lisa akan ulang ulang forever and ever, sebab Cik Lisa nak Aurora Borealis tu jadi nyata. Doa kan Cik Lisa capai impian Cik Lisa tawww!

Hebat kan The Law of Attraction ni? Aura dalam diri kita boleh disampaikan secara vibration rupanya kepada orang yang share the same value dengan kita tu and that’s how we click so well with certain people we’ve met! Subhanallah! Hebat Pencipta kita kan? 

Eh! 
Khurafat? Ajaran sesat? Munafik?

Haha. Mana mungkin kalau in a way, ianya wujud dalam Islam kan? Tapi taklah dipanggil sebagai The Law of Attraction specifically; tapi dalam bentuk cemana aura positif menarik seseorang positif yang lain. 

Tak berapa nak penting pun sebenarnya yang ianya wujud atau tak kan? Sebab semua pun bercakap pasal benda yang sama. Benda yang baik untuk hidup kita kat dunia ni kan? Untuk jadi orang yang baik, umatnya yang boleh jadi inspirasi kan?

Macam; kenapa kita kena kekal dalam circle of friends yang positif dan bukan remaja jiwa kacau dan meracau. Dan, of course lah isu yang selalu orang dok pesan untuk kita selalu bersangka baik dengan yang lain, toksah nak sad sad semua tu. 

Sebab? Sebab ia akan buatkan kita tersilap pilih bulatan dan sangkut dengan mereka yang berkeladak!

Fuuh! Berat tajuk entri Cik Lisa hari ni kan? 

Tapi menarik kan? 

So, apalagi? Bersangka baiklah dengan semua orang. Fikir benda baik baik je taww! Takkan kita nak terpesong dan terjoin circle mereka yang berkeladak di jiwa tu? 

Kalau awak tak boleh nak fokus untuk kekal positif dan awak buat bisnes apa pun, cemana nak berjaya? Untuk berbisnes kan, kita kan perlukan hati yang sado, yang positif? Betul ke betul? 

Sebab tu lah, jom kita sesama kekal positif selamanya sebab eh, dapat pahala taww kalau kita gembirakan orang sekeliling kita. Bila positif, mesti lah kita asyik asyik senyum sentiasa kan? Dan orang keliling pun akan terkena tempias riang ria dalam hati kita tu.


Kalau nak lagi extra supreme nilai positif yang Cik Lisa ada ni dan ada dok pikir pikir nak mula Bisnes Online Shaklee, apalagi… mai lah hubungi Cik Lisa hari ini:-




Cara lain, awak isi borang Daftar Jadi Ahli Shaklee atau Daftar Ahli Shaklee Online dan Cik Lisa akan hubungi awak laju laju lepas tu. Okay? 

Huntongg taww kalau awak join Cik Lisa bersama team Superstars Shaklee sebab kami semua memang sangat tersangatlah positif dan dah macam satu keluarga bahagia!


Okay, sampai sini je entri blog Cik Lisa untuk hari ini. 

Sampai jumpa nanti! 


Terima kasih sebab baca sampai sudah dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: