In Anti-Oksidan Oxidative Stress Radikal Bebas shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5 vivix

Jus Anggur VIVIX Bantu Neutralkan Radikal Bebas Dalam Badan Kita

Hari hari kita mesti ada baca kat memana pasal kanser kan? Dalam TV ke, magazine, websites, website gossip pun ada cite pasal kanser ni.

Merata rata and it means semakin lama, kanser ni semakin berleluasa. 

Macam dah normal je pulak jadi kan? Macam sakit demam selsema gittew padahal eh, kanser kottt! 

Dan ramai orang dok sibuk cerita yang punca utama kanser ialah keturunan. Hek elehh! Memandai je orang ramai tu nak salahkan keturunan sendiri. Hihi. 

Tahu tak? Ikut kajian, keturunan memang lah form part of the reason kenapa orang dapat kanser. Betul. Tapi, bukan lah majoritinya disebabkan keturunan!

Rata rata pesakit kanser ni, penyebabnya ialah cara hidup dan pemakanan seharian. Lifestyle dan diet harian! Relate dengan hal ni, hari ni Cik Lisa nak cerita pot pet ala ala doktor gittew tentang Oxidative Stress! Haa…  pernah dengar tak before this? Tahu tak apa tu? Nak tahu tak? 

Oxidative Stress ni berlaku bila kandungan radikal bebas dalam badan kita dikatakan terlalu berlebihan, melimpah ruah dan tak terkawal; badan kita pun laju laju akan mengalami / terkena Oxidative Stress ni. So, apa kena mengena Oxidative Stress ni dengan kanser? 

Haa… sebab bila Cik Lisa dok belek belek jurnal kesihatan tadi kat internet kan, few medical websites pun kata benda yang sama: salah satu punca kanser juga ialah disebabkan oleh oxidative stress!!! So, lagi elok kalau kita tahu cemana nak cegah diri kita dari mengalami oxidative stress ni sebelum tak pasal pasal ia menggalakkan pulak sel kanser dalam badan kita kan? 

Pengoksidaan berlaku bila kita nak bernafas. Kita perlukan oksigen untuk hidup kan? So, kita sedut oksigen masuk dalam badan kita. Bila kita hembus nafas tu, kita keluarkan karbon dioksida kan? Alaa… macam belajar masa sekolah sekolah dulu. Ingat tak? Boleh follow Doktor Lisa tak? 

Bila kita hembus keluar karbon dioksida tu, pengoksidaan berlaku - oksigen yang kita sedut tu bertukar kepada tenaga yang dihasilkan oleh sel sel badan kita. Fuuh! Sistematik sungguh penerangan Doktor Lisa kan?

Okay, memang lah sel sel kita hasilkan tenaga daripada oksigen tu; tapi dalam masa yang sama radikal bebas juga terhasil dari proses yang sama. Sikit sikit radikal bebas ni, still boleh kita nak tolerate. Sebab walaupun radikal bebas ni boleh rosakkan sel sel badan kita, tapi dia jugak boleh menggalakkan proses baikpulih. 

Tapi, kalau dah selambak situ radikal bebas berkeliaran dalam badan kita; memanggg hancur lah kan? Mana taknya; apa saja benda yang berlebih lebihan, konfem konfem lahh tak elok untuk kita. Contohnya; donut. Cik Lisa suka donut tau! Suka sungguh donut, especially Dunkin Donuts tu. Yang memanis, ohsem lagi lazat tu. 

But, if awak tetiba datang bagi Cik Lisa hadiah lah kekonon kan? Bagi 12 ketul donut tu… muntah donut jugak Cik Lisa betul tak? Memang lah suka donut, tapi dah lelebih gittew tak ke membuat onar namanya? Ha, sama lah dengan radikal bebas dalam badan kita tu. Tokleh lah penuh merumbu nak melepak dalam badan kita, tak elok lah lagu tu.

Bila kandungan radikal bebas ni lelebih gini lah namanya yang kita panggil oxidative stress tu. Masa ni lah badan kita cuba nak bertindakbalas dengan ramai ramai radikal bebas dok melepak tu, terus lah badan kita pun stress.

Nak buat lagi sadis dan menyayat hati, bila dah lah badan kita mengalami oxidative stress tu kan? Kita pulak tak tentu arah. Jiwa kacau macam kekanak remaja abad ini tu. Stress tak tentu hala. Tak elok tau gittew. Sebab ia boleh menggalakkan lagi proses oxidative stress tu jadi lagi hebat dan horror. 

Oxidative stress ni jugak adalah sebab kandungan anti-oksidan kurang dalam badan, tapi oxide atau oksida (radikal bebas) berlebih lebihan dalam badan. So, sebab tu kita kena ada kandungan anti-oksidan yang cukup. Nak lawan radikal bebas dalam badan kita dan shoo ‘em away kan? 

Bila badan kita mengalami oxidative stress, ada beberapa simptom yang sangat obvious dan time time tu lah kita boleh agak yang badan kita mengandungi radikal bebas yang berlebih lebihan, antaranya:-
😱 Letih / badan asyik asyik penat

😱 Cepat lupa / nyanyok

😱 Sakit sakit sendi badan

😱 Kedut kedutan dan rambut semakin memutih (grey hair)

😱 Rabun / eyesight problem



Dan lepas doktor doktor ni buat kajian, banyak penyakit penyakit kronik ni macam diabetes, heart failure, jantung, etc. tu semua disebabkan oxidative stress merupakan salah satu penyebabnya. Ha, horror tak? Horror kan?

========

Jeng jengg jenggg! Tapi, jangan lah risau dan nak fikir banyak banyak. Ni Cik Lisa nak cerita berita baik lah ni. Kan badan kita dikatakan kurang mengandungi anti-oksidan untuk melawan anti radikal tu kan? Boleh je kalau nak dapatkan anti-oksidan daripada buah buahan, sebab sesetengah orang kata supplements ni tak penting kan? Tak perlu ada siap setengah tu kata. 

Tapi, sanggup ke awak untuk cukupkan kandungan anti-oksidan dalam badan untuk melawan radikal bebas tu supaya tak duduk diam dalam badan dan rosakkan semuanya? Ia bukannya semudah semangkuk anggur hitam yang manis dan lazat tu. Mungkin selori anggur sehari? 

Ingat tak, saya pernah cerita tentang kenapa kita perlu makan supplements walaupun kita rasa kita dah cukup healthy dengan bekalan makanan ikut piramid makanan harian? Refer sini >>>

Sekarang dah tahu kenapa saya asyik asyik nak cerita pasal VIVIX tak? Sebab hari ni saya nak cerita jugak tentang jus anggur ohsem tu lagi!

VIVIX mengandungi kadar kandungan anti-oksidan yang tinggi tau! Dengan gabungan resveratrol dan poliphenol dalam bahan bahan utama VIVIX, ia mampu untuk melawan radikal bebas yang berlonggokkan dalam badan kita dan sekaligus mampu mengnyahkan oxidative stress untuk terus mengacau sistem badan kita!

Dah lah perlu makan sesudu sehari, semudah itu! 

Takkan tak mahu? Senang kan? Sesudu sehari je dah cukup untuk kita protect diri sebaiknya. Eh eh, tapi tak lah bermaksud bila awak ada VIVIX, awak boleh santai santai makan Double Cheese Burger McD dan duduk sofa dari pagi sampai malam: sebab dah minum sesudu VIVIX Cik Lisa kata no problem?

Haha. Bukan gittew. Haruslah seiring. Bila dah ada VIVIX untuk bantu nyahkan radikal bebas dalam badan. Kita pun mestilah mengamalkan hidup cara yang sihat sama dengan diet pemakanan yang relevan. Betul kan? 

Nak sihat tak? Ha, nak sihat kena lah usaha lebih sikit. Kita nak hidup lama kan? So kita boleh beribadat pada Dia dan jadi seorang hambaNya yang diredhai, inshaALLAH.

Okay lah, dah pot pet panjang pulak Cik Lisa hari ni. 

So, itu lah Cik Lisa nak cerita kat awak pasal VIVIX dan cemana dia boleh bantu untuk halang radikal bebas dalam badan kita berleluasa dan berkemungkinan boleh buat kita kena kanser!

Terima kasih semua sebab sudi baca sampai habis dan kita jumpa lagi dalam another story pot pet Cik Lisa okay?


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: