Awal tengahari tadi, saya ada buat FB LIVE di Facebook bertajuk Tips Menguruskan Akaun Bisnes. Blog entri ini ialah kupasan yang lebih detail untuk pemahaman yang lebih, inshaALLAH.
Setelah mula melangkah jauh ke dalam dunia bisnes dengan Bisnes Online Shaklee saya dan berulang kali mengucap syukur kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan pelbagai golongan hamba-Nya yang hebat sebaik saja Daftar Jadi Ahli Shaklee dan mula berbisnes, saya mulai mempelajari selok belok dunia bisnes yang, sungguhhhh!! Amat mempersonakan! Tahu tak?? Dalam berbisnes, samada offline ataupun online; kita mesti ada sistem pengurusan akaun yang baik. Tak kira lah besar atau kecik bisnes yang kita jalankan, bisnes jenama sendiri mahupun produk gergasi yang lain, semua aktiviti transaksi jual-beli HARUS ada pengurusan akaun untuk jaminan jangka hayat bisnes yang stabil. Hoih! Serius tak petikan intro saya tu? Hihi. 😅

