Apa aktiviti harian awak semua? Alaa.. aktiviti wajib harian? Ada tak?? π
Sejak kebelakangan ni, saya rajin ‘bersukan’. Hari hari saya buat benda ni. Hari hari saya praktis. Sebab kan dulu dulu semua dok sibuk tulis dalam buku ‘autograph’ masa akhir tahun (mcm lah tak jumpa lagi tahun depan tu kan? Hihi), ‘PRACTISE MAKES PERFECT’. ππ»
Sbb tu lah saya tak putus asa. Saya cuba jgk hari hari utk jadi yg terbaik. Utk menangani masalah domestik ni. Utk saya bangga pas ni nak laungkan kat orang ramai yg saya dah sukses, kata org muda skang ni. Yang saya akhirnya mampu tunjukkan lawan, sapa yg hebat dan lagi baik dari mereka. And impian saya biarlah satu hari nanti tu, saya mampu tersenyum bangga dan ucapkan pada masyarakat dan penduduk setempat (especially kat area rumah saya ni), yang saya lah hero. Hero taman saya.