Memaparkan catatan dengan label Cik Lisa Wangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cik Lisa Wangi. Papar semua catatan

In book review Cik Lisa Wangi E-Book Happy Hormones Hidup Riang Ria Jom Lompat Bintang With Me

Jom Lompat Bintang With Me!

Helloooo, awak! Cantik pulak tarikh hari ni kan? Hari ni jugak lah Cik Lisa launched e-book Cik Lisa secara besar besaran (haha.. tak ada lah besar mana pun, tapi dok tengok ke tarikh tu kan?). Tak plan pun nak bisik bisik hari ni sebab patutnya lunchtime hari Ahad yang Cik Lisa dah plan nak pot pet kat semua actually. Nak cerita apa kisah di Jom Lompat Bintang With Me ni sebenarnya? 


Tips Nak Jadi Happy

JOM LOMPAT BINTANG WITH ME: BANYAK HALANGAN LEPAS SATU DAN SATU LAGI


Memandangkan Cik Lisa ni buta IT lah dan serangan bertubi tubi dari orang Unifi… akhirnya launching to kena extend lah sampai ke hari Isnin tu actually. But Alhamdulillah, all went well dan finally Jom Lompat Bintang With Me pun mula di pasaran sejak dari pagi Isnin tu lagi.

Proses nak buat e-book ni dah berzaman hari tu. Tapi masa tu masih kalut dok cari tajuk sebab bila kita tak berapa nak syiok kupas isu yang tajuknya kita tak berapa nak bersungguh kan? So, Cik Lisa buat rilek  rilek je dulu walaupun dalam hati ni mati mati kalau boleh nak buat e-book tu dan dan ni esok siap selalu belaka doh!



JOM LOMPAT BINTANG WITH ME: BILA MENULIS MESTI ADA RASA NAK DALAM HATI, BARU BOLEH JADI


Biasa kita ni, kalau orang tu ada buat something… kita pun mesti tak nak kalah jugak lagi. So, laju laju lah ada momentum nak buat itu ini. Awal awal pun, semua dah gigih tahu apa nak mula lepas satu dan satu lagi. 

Sama macam Cik Lisa hari tu… rasa macam dah tahu. Dah siap plan macam macam benda nak tulis dan kongsi. Tapi, asyik asyik dok sangkut kat takat sama. Mula tulis, then padam habis. Dok ulang ulang dua tiga kali benda yang serupa, tapi lepas tu tak jadi jadi juga. 


Tips Nak Jadi Happy



Mereka yang tahu… mula dok bertanya: kata nak tulis e-book, tapi tak muncul muncul pun that one fine day tu? Stress jugak bila ramai ramai dok query, sebab sapa yang menulis mesti akan tahu bukan senang nak dapat idea mencurah curah berhari hari. Orang asyik ingat itu kerja mudah je. Tapi, serius Cik Lisa kata…

“Tak pernah mudah nak mula sebenarnya… sama suffer macam nak kerja kat mana mana. Walau orang dok kata, ia mudah dan tak paham kenapa Cik Lisa tak berjaya nak hasilkan cerita!”



JOM LOMPAT BINTANG WITH ME: AKHIRNYA, BILA DAH SIAP… FUHHH!


Bila akhirnya Cik Lisa dah berjaya wrap up the e-book (tak kira lah kalau orang nak komplen kata konten tak berkualiti ke, tak syiok ke or apa apa saja), but yang penting Cik Lisa cuma nak kata: sumpah best giler bila at the end, e-book tu siap segala benda!

Those sleepless nights and countless cups of coffee masuk dalam sistem badan Cik Lisa kita berbaloi jugak lah sebenarnya. The moment bila cover e-book pun akhirnya dah siap dan merged dengan konten e-book tu… ya ALLAH, leganya rasa hati masa tu!

Priceless!



JOM LOMPAT BINTANG WITH ME: BELI E-BOOK CIK LISA HARI INI!


It may not be the best literature online ever, but Cik Lisa bersyukur that Cik Lisa berjaya habiskannya!

Mungkin awak tak akan rasa sebanyak mana rasa happy dalam hati Cik Lisa masa ni. Tapi, self-satisfaction tu tinggi betul nilai dia sebab now I do feel terharu sebab I did it, anyway!


Tips Nak Jadi Happy



Nak tahu cerita apa yang Cik Lisa beria pot pet dalam 78 helaian muka surat e-book Cik Lisa tu, boleh baca entri blog di Jom Lompat Bintang With Me. Kat situ, Cik Lisa ada bagi naratif tentang e-book Cik Lisa tu untuk rujukan awak actually before beli.

Nak beli Jom Lompat Bintang With Me, boleh either klik senangPay ikon kat bawah ni (Cik Lisa siap letak 5 button lagi, takut takut awak terlepas pandang) dan less than 5 minit awak dah boleh dapatkannya!





JOM LOMPAT BINTANG WITH ME: THANK YOU DARI CIK LISA UNTUK AWAK YANG BAIK HATI!


Cik Lisa nak amik kesempatan ni untuk cakap thank you kat awak sebab ada je support Cik Lisa walau sometimes tu ada je entri Cik Lisa yang mungkin awak tak berapa nak berkenan. 

But the fact that awak masih baca posting ni, dah cukup buat Cik Lisa terharu tak henti henti. 
So, yeah… thank you so much and I mean it. 


Tips Nak Jadi Happy



Okay lah. Rasa sampai sini saja entri Cik Lisa untuk hari ni. Hopefully, kita jumpa lagi soon di entri seterusnya dalam blog Cik Lisa ni. 



Love,

Cik Lisa The Pot Pet Teller.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Cik Lisa Wangi Daftar Jadi Ahli Shaklee Impian Dan Tindakan Impian Jadi Kenyataan Impian Tanpa Tindakan Mimpi Itu Penting Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju

Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan

Kalau kita impikan satu satu perkara tu, benda tu takkan jadi kenyataan kalau ia cuma bermain di bibir semata mata. Perkara tu tak mungkin menjadi, especially kalau kita cuma mampu ucapkan hal tu saban waktu, tapi tak buat apa apa dan ia nampak cuma macam kata kata kosong yang tak bermakna selamanya. Sebab Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan. 

Daftar Jadi Ahli Shaklee


Setiap apa yang kita dream of tu WAJIB ada tindakan untuk sesuatu yang kita impikan tu akhirnya jadi satu kenyataan yang pasti. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In Blog Kedua Cik Lisa Cik Lisa Wangi Dot Com

Yayy! Pelancaran Blog Kedua Cik Lisa Wangi Di Cik Lisa Wangi Dot Com

Salam sayang dan selamat malam untuk awak.

Dari petang tadi Cik Lisa dah war war kan yang kononnya Cik Lisa dup dap dup dap nak lancarkan sesuatu. Sepatutnya pukul 5 petang tadi. Lepas tu, tak siap siap lagi dan Cik Lisa postponed pulak ke pukul 9 malam tadi. Tapi tak jadi jadi jugak. 

Alhamdulillah. 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In 3 Tips Mudah Bisnes Bisnes Shaklee Online Cik Lisa Wangi Daftar Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Shaklee Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Tips Bisnes Online

3 Tips Mudah Mula Bisnes Yang Kita Mungkin Terlepas Pandang

Minggu ni, Cik Lisa betul betul excited. Sengih sampai ke telinga. Sebab macam macam benda berlaku. Betul lah orang cerita selama ni. Alah, yang Cik Lisa tak rajin nak percaya sangat tu. Especially, dedolu zaman Cik Lisa muda remaja. Waktu belum Daftar Jadi Ahli Shaklee, apatah lagi tahu tentang Bisnes Online Shaklee kan. 

Cerita yang mana? Tajuk apa? Tentang siapa?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In 7 Tips Kekal Positif Aura Positif Itu Penting Bilis Comel Dalam Bisnes Cik Lisa Wangi Newbie Bisnes Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee

7 Tips Kekal Positif Eksklusif Untuk Bilis Bilis Comel Yang Baru Mula Bisnes

Dah nak masuk 5 bulan taww Cik Lisa mula Bisnes Online Shaklee ni. Macam macam Cik Lisa dah lalui, onak duri segala benda lah, ceewahhh! Hihi. Maklong lah, before ni Cik Lisa mana penah berniaga! Tawar menawar nak mintak diskaun, acah acah nego harga sumer tu boleh lah. 

Haa.. Itu Cik Lisa expert. Sebab selalu praktis bila pi travel masuk pasar tu, pasar ni time dolu dolu masa keje overseas. Alaa.. beli souvenier kott. Mahai sangat harga depa. 

Haruslah cuba mintak harga kasih sayangg, kot kot dia nak bagi. Customer is always right kan? Hihi. Nak takut apa. 

This time around… DUSHHH! Setepek kat muka! 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Beli Produk Shaklee bisnes shaklee Cik Lisa Wangi shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Sumber Inspirasi Superstars Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5

Bisnes Shaklee: Sumber Inspirasi Untuk Saya Jadi Lebih Baik Dari Hari Ini

Dalam life, kita tak mungkin lah tahu apa nak jadi esok lusa kan? Kita ni bukannya tok nujum. Bukan ada magic ball macam nenek kebayan dalam kartun kartun Disney tu. Semua pun kena redah dan tengok apa hasil dia pastu kan? 

Kalau benda tak pernah buat, time ni lah nak kena hadap satu satu dan berdoa supaya tak buat masalah lagi besar! Itu semua pun challenges in life. Ke awak semua lahir lahir terus jadi anak yang ohsem dan super-perfect idola untuk semua mak dan ayah dalam dunia ni? 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Beli Shaklee Cik Lisa Wangi Contest Cik Lisa Wangi Contest Yay Shaklee! Daftar Ahli Shaklee pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju shaklee The Orchids

Contest Yay Shaklee! (01) By Cik Lisa - Jangan Ketinggalan Tau!

Salam dan selamat pagi / tengahari / malam dari Cik Lisa ❤️ (tak sure awak nak buka link kat FB tu pukul berapa kan?). Hari ni macam Cik Lisa dah janji kat awak, kita start Contest untuk Yay Shaklee! - 01. Seronok kan? Honestly, Cik Lisa sendiri teruja sungguh sungguh sampai siap ada masalah beria ia! Pengsan lah! Haha. Susah betul! 😅

Kali ni posting blog Cik Lisa sikit je, sebab Cik Lisa perlukan awak untuk klik gambar di bawah, join Group riang ria Cik Lisa - "The Orchids by Cik Lisa Wangi Yay Shaklee!" dan semuanya akan bermula di situ. Ha, senang tak? Awal awal ni je awak ‘terpaksa’ lompat sana sini sebab ada ‘technical glitch’ sikit tadi. Maaf ya, inshaALLAH next time tak kalut camni. Maklumlah, tak berapa nak ‘cerdik IT’. Hiks.

Rules and regulations contest ni Cik Lisa dah sediakan, tapi semuanya kena awak isi  BORANG PENYERTAAN UNTUK CONTEST 'THE ORCHIDS BY CIK LISA WANGI - YAY SHAKLEE! ni jap dan semua pun akan bersambung lepas tu, okay?


SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK ISI BORANG PENYERTAAN!
Kalau borang penyertaan tak boleh klik kat gambar tu, sila hubungi saya ya?

Terima kasih dan all the best!

Assalamualaikum. 😉

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Cik Lisa Wangi Hobi Saya Masak Masak Masak Nasi Ayam Cik Lisa Wangi Nasi Ayam Idaman superstars tsunami tsunami shaklee ultimate5

Nasi Ayam Cik Lisa Wangi

MASAK!

Saya suka MASAK! Suka sangat sangat. Selain dari membaca: apa jenis bacaan sekali pun, asalkan ada perkataan! Saya suka sangat sangat untuk masak!!! Pandai masak? Tak pun. Tapi lebih kepada ‘campak campak’ method dan berdoa supaya makanan adalah edible dan semoga takde sapa akan sakit perut atau cirit birit sebab keracunan makanan! 😅 Masa saya di Abu Dhabi dulu, disebabkan kami semua kerja basically, almost setiap hari kecuali hari Jumaat… ada di antara Jumaat di sana yang saya akan masak dan menjamu beberapa kawan kawan ofis. Tapi bukan lah setiap Jumaat! 😆 Ada kadang kadang tu, bukan Jumaat pun tapi just rasa macam nak masak, so masaklah. Pastu panggil mereka semua datang ke rumah. Kawan kawan ofis tu bukan lah 3-4 orang tau, but ramai!! And most of them tu lelaki. And tahu lah cemana mereka ni semua makan kan, haha. Abang abang saya semua tu. Bila hari riang ria, sometimes tu sampai 15-20 orang ada jugak kot! 😅

Masa kat sana, kita semua diberikan tempat tinggal oleh company. Company saya keja tu company Malaysia, cuma kami ada Projek kat sana. So, seronok lah jugak sebab semua (mostly) Malaysian. Cuma kat ofis untuk position admin ke, receptionist ke and some other tu adalah beberapa kerat orang Filipina. Tapi majoritinya, adalah Malaysian lah. Seronok lah jugak, macam kat kampung kampung lah kiranya. 

TAPI, apa menu setiap kali buat jamuan makan makan ni???

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments