In Amalan Doa & Zikir Pembuka PIntu Rezeki Amalan Harian Menjemput Rezeki Bisnes Online Daftar Jadi Ahli Shaklee Superstar Tsunami tsunami shaklee Ultimate 5

5 Amalan Harian Menjemput Rezeki

Apabila mula Daftar Jadi Ahli Shaklee, saya memang berubah sepenuhnya! Tapi bukan untuk membangga diri atau riak sebab dah berubah dan mula untuk jadi BAIK. Tapi, saya kagum dengan kuasa ALLAH yang Maha Pengampun kepada setiap umat-Nya, tanpa kira siapa diri kita yang sebelum ini. Ramai orang ingat saya hanya mula Daftar Jadi Ahli Shaklee baru baru ini sebelum mulakan bisnes, tapi sebenarnya saya dah Daftar Jadi Ahli Shaklee sejak tahun 2014 lagi. Keputusan nak buat Bisnes Online Shaklee ni yang baru saja saya decide nak buat, tapi ahli tu lama dah. 
Ada Tak Gambar Kami Semua Tak Sengih? Hihi...

Sejak saya mulai berubah sikit demi sikit ni, saya ada amalkan beberapa amalan harian mudah. Ada yang saya acah acah reka and usahakan sendiri. Hoho… Ada yang atas bimbingan dan nasihat Mami Salwa dan adik beradik bisnes yang lain. Ikut dan mana yang boleh dan tahu nak buat. Ye lah, kalau nak suruh saya baca satu juzuk Quran satu hari dengan cara menghafal, itu macam agak mustahil buat masa ni. Tak mungkin. Memang tak berapa nak berjaya benda tu nak achieve! 😅 Lain lah ada antara kita semua ni, yang memang pandai bahasa Arab, menghafal Al Quran, ha… mereka tu lah yang sangat sangat untung, sebab macam macam lagi mereka boleh buat untuk menjemput rezeki datang dalam hidup mereka.

=================

Jadi, kat sini saya nak kongsi dengan awak semua 5 Amalan Harian Menjemput Rezeki yang saya praktikkan selama ini, dengan izin ALLAH supaya pintu rezeki sentiasa dibuka dan dikurniakan dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah, inshaALLAH. Tak. Takde jampi serapah atau apa apa macam tu, tapi CUMA amalan mudah yang boleh dilakukan oleh sapa sapa saja. Yang penting; antara NAK atau TIDAK sahaja:-

  • Bangun Pagi Solat Tahajjud

Bangun pagi pagi untuk Solat Tahajjud. Bila hari siang, ikut hari lah jugak tapi. Mostly akan terisi dengan waktu sibuk nak lari sana sini untuk pegi pejabat pos ke, jawab soalan prospek samada dari panggilan atau pesanan ringkas, cari information pasal produk, pegi stockist stock-up barang atau apa apa saja yang melibatkan interaksi dengan orang ramai secara langsung atau tak langsung. Apa yang saya mula praktikkan beberapa minggu lalu, saya cuba untuk bangun pagi untuk bersolat tahajjud dan berbual dengan ALLAH. Kadang kadang singkat, kadang kadang lama. Bergantung. Saya cuba untuk buat hari hari, tapi kadang kadang terlalu penat saya tak terbangun! 😂 Walaupun bukan hari hari yang saya lakukan, tapi setiap hari yang saya buat, ALLAH memang Maha Berkuasa, sebab akan adalah MAGIK dari Yang Satu sebagai ‘hadiah’ untuk saya bangun bertahajjud. Alhamdulillah, memang saya tak pernah menyesal untuk bersengkang mata bila saya bangun awal pagi tu, sebab memang sangat berbaloi!

  • Buka Kedai Pagi Pagi

Ni memang sapa pun akan cakap untuk amalkannya. Kalau takde kedai secara fizikal, walaupun hanya kedai online; ‘reward’ untuk kita buka kedai pagi pagi memang besar nikmat dia. Mulakan bisnes di awal pagi, dah bangun Subuh dan terus berjaga. Tak tido balik. InshaALLAH, rezeki mudah nak masuk. Tak perlu pun nak tunggu lama lama, nak stress takde sapa cari untuk beli barang, tak tau apa nak buat or bila orang nak mula penuh di kedai… semua ni takkan jadi masalah. Sebab mudahnya nak tarik rezeki ke arah kita bila kedai kita awal awal pagi dah tulis ‘OPEN’ sign depan pintu/virtually. Tapi, bukanlah cakap saya ni hari hari pun awal pagi dah start! Ada je sangkut kadang kadang tu, paling HORROR bila bangun secara terkejut dan tengok jam like, “OH!!!!! TERTIDO!!!!” dan setiap apa yang berlaku 3-4 jam lepas tu, memang sesuatu yang tak tenang! 😫

  • Bersangka Baik Dengan Semua

Perbincangan Dengan Ahli Superstars Mesti Selalu Kelakar
Tengok lah, Semua Sengih Kan?
Nampak senang kan? Bukan senang nak buat ni. Tapi yang ni, Tuhan nak bagi dan dan tu jugak. Nasib malang untuk ingatkan kita, tak baik ada simpan perasaan buruk sangka kat orang lain. Bila taktau, kita kena tanya. Bukannya pepandai nak assume. Dok ligat pikir macam macam dalam kepala. Itu ini, tapi semua benda buruk. Time time tu jugak ALLAH tunjuk kat kita, tak baik ada fikiran camtu. Walaupun nampak mudah, pejam mata pun boleh buat… tapi percayalah LANGSUNG TAK! Walaupun camtu, saya tengah cuba usaha pelan pelan untuk BERSANGKA BAIK pada setiap orang dan pupuk rasa tu dalam hati supaya jadi kebiasaan, inshaALLAH.

  • Setiap Perkara Dimulakan Dengan Bismillah

Nombor empat ni, memang saya amal dari kecik. Semua pun saya akan mulakan dengan Bismillah. Antara yang rapat dengan saya, mereka boleh sedar lah ni. Sikit sikit Bismillah. Masuk kereta contohnya; start kereta Bismillah. Turunkan handbrake, Bismillah. Kat traffic light, dah hijau nak jalan tu… Bismillah. Memang lah semua pun Bismillah. Dah terbiasa. Taktau lah kalau kalau ada impak kat dalam kehidupan harian saya ni, tapi saya tahu kita kena mula apa apa dengan Bismillah jadi kita akan terselamat dari benda benda yang dilaknat ALLAH, inshaALLAH. Jadi, apa lah salahnya nak Bismillah kan? Bukannya susah pun.

  • Jangan Tinggal Solat

Sapa Yang Ada, Kami Mesti Cuba Support Adik Beradik
Superstars, inshaALLAH
Ini dulu, memang lah jarang nak buat. Selalu solat ikut dan. Sesuka je bila nak solat, bila tak ganti pun takpe. Asal ikut keadaan. Takde pun rasa takut ke, cuak ke. Macam bagus bagus. Tu lah bila dah alpa dengan dunia. Subhanallah! Alhamdulillah, sekarang saya dah better inshaALLAH. Saya cuba tak tinggal solat. Dan saya cuba amalkan solat seawal yang mungkin. Sebab takkan lah bila prospek telefon untuk dapatkan order dia dan dan tu jugak, kita bersungguh dok sediakan semua. Tapi, bila azan masuk waktu berkumandang, kita boleh dok lengah lengah? Takutkan prospek dari takut kat TUHAN? Sebab tu lah saya cuba untuk tak lengahkan waktu solat. ALLAH nak tunjuk kat kita sekejap je, kalau time tu DIA nak hancurkan hidup kita, DIA boleh. Jadi kenapa kita nak buat macamtu? Pilih prospek dari DIA? Ini saya cuba tingkatkan lagi, harap untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. InshaALLAH.

=================

Itu lah antara Amalan Harian Mudah yang saya praktikkan dalam kehidupan harian saya. Selain tu, saya jugak ada beberapa amalan yang dah dikongsi beberapa hari lepas dalam 7 Amalan Doa & Zikir Pembuka Pintu Rezeki dan MAGIK dari ALLAH memang benar benar wujud tapi PERLU ada kesungguhan dalam diri kita untuk berjaya dan lakukannya lah. Kalau setakat nak duduk goyang kaki dan harapkan MAGIK dan REZEKI datang ketuk pintu??? Hmm, tak kemana lah jugak awak tu!

So, jom lah kita praktikkan yang mana mampu, berusaha setakat kederat dan jangan henti berdoa pada ALLAH. Bersangka baik, mintak yang baik baik, inshaALLAH baik lah yang datang. 

Apa pulak ceritanya dengan amalan harian yang awak buat? Share lah sikit sama sama. Good things are always best shared, so tak salah nak berkongsi ilmu ye dok?


Baiklah, assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua. 😍

Related Articles

0 comments: