(Sini pulak; saya mesti nak terangkan macamana jadi anak anak bisnes saya? Saya ni Mommy Bisnes yang menakutkan ke? Marah marah sampai stress semua orang? Muka tu nampak macam GARANG ke? 😆 Lawak kan? Taktau macamana? Sini >>> Teknik Coaching Eksklusif Hanya Untuk Anak Anak Bisnes Shaklee Saya <<<
In Beli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Superstars Shaklee tsunami shaklee
5 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee
Posted on Disember 01, 2016
Dalam Malaysia ni, siapa yang tak kenal Shaklee? Shaklee ni dah lama kat sini dan dah well-established pun kan? Dah tentunya pengedar Shaklee ada beratus mungkin jugak beribu ribu di setiap pelosok negeri. Apa kelebihan saya sebagai Pengedar Shaklee berbanding orang lain? Kat sini lah saya nak nyatakan, apakah kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya dari Group Superstars Shaklee ni. Nak tau tak kelebihan yang tiada tandingan ni?
(Sini pulak; saya mesti nak terangkan macamana jadi anak anak bisnes saya? Saya ni Mommy Bisnes yang menakutkan ke? Marah marah sampai stress semua orang? Muka tu nampak macam GARANG ke? 😆 Lawak kan? Taktau macamana? Sini >>> Teknik Coaching Eksklusif Hanya Untuk Anak Anak Bisnes Shaklee Saya <<<
🌸 Saya ialah Pengedar Shaklee Wangsa Maju, Shaklee Setiawangsa dan kawasan berdekatan. Tapi, saya tak limitkan servis COD saya hanya di situ, malah saya boleh COD ke setiap pelosok Hulu Kelang (Taman Melawati, Taman Melati, Taman Permata, Lembah Keramat, Taman Keramat, Ampang, etc.) dan bersedia untuk hantar produk Shaklee kepada awak jika alamat penghantaran adalah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (mungkin dengan caj penghantaran yang kecil). Kenapa nak teruskan kerja susah susah walaupun bukan dalam coverage jajahan saya? Sebab saya rasa rugi jika tak dapat sampaikan produk yang hebat ni kepada customer yang betul betul memerlukannya. Sebab jika saya tiada hal waktu tu, apa salahnya buat pahala deliverkan produk Shaklee untuk kebaikan kan? Betul kan? Dari saya duduk saja di rumah, apa lah salahnya? Betul tak?
🌸 Information yang tepat dan khusus untuk setiap produk yang saya sampaikan adalah bukan information cincai bocai, reka reka campur tolak dari internet. Sah sah jugak bukan lah setakat copy paste dari pengedar Shaklee yang lain. Setiap information yang awak akan dapat dari saya adalah information yang sahih, benar dan sah sebab ianya datang dari Nutritionist Shaklee yang bertauliah. Bukan information acah acah syok sendiri sebab nak sedapkan hati customer supaya awak beli banyak banyak set dan saya dapat untung. Gila ke nak main nyawa orang lain? Saya bukan Tuhan, betul tak? Saya akan make sure information tu betul sebelum saya rekemen pada setiap customer saya, sebab saya kisah. Sebab saya nak awak sihat dan riang macam saya. Bukan nak awak keracunan supplement tapi saya gembira profit masuk bertubi tubi. So, kena lah bagi info yang betul. Kan?
🌸 Group Superstars Shaklee saya terdiri daripada semua individu yang sangat awesome, cantik/handsome, aktif, fresh, positif. Bila satu kapal ialah kanak kanak riang yang takde masalah… kita semua mesti lah bahagia kan? Takde satu pun antara kami yang ada nilai nilai menakutkan! Takde dengki dengki sesama sendiri. Takde langsung impak negatif, semuanya gelak tawa dan bantu membantu. Macam happy family. Walaupun camtu, takde lah kita semua ni sengih je lebih tapi knowledge zero… knowledge kami tentang produk sangatlah tip top! Bukan sebab kami semua didera untuk hafal buku nutrisi Shaklee tu… tapi sebab kami semua consume most of the supplements yang kami present tu. Banyak beza tau. Pengedar Shaklee yang jual produk guna cara hafal fakta nutrisi dan produk berbanding dengan kami yang memang makan supplement tu daily! Kiterang tak perlu berlakon. Tak perlu lupa skrip. Tak perlu lupa fakta! Sebab kita tahu apa kita rasa bila kita makan vitamin tu. Kita tahu cemana healing crisis tu berlaku. Apa jadi? Semua tu lah. Tak perlu pura pura faham or pura pura explain. Macam saya, Pengedar Shaklee Wangsa Maju, Shaklee Setiawangsa… saya jujur. Saya cakap yang mana saya tak makan lagi, so saya takleh verify accordingly. Tapi yang saya consume, saya cakap saya consume. So, customer boleh tahu saya tipu or saya jujur. Awak nak ke di approach oleh pengedar Shaklee yang gagap gagap cuak? Yang lupa nak cakap apa? Yang salah sebut, healing crisis jadi healing shows? Pikir lah. Cuba pikir tengok apa awak rasa? Lagi satu, bila awak pilih saya untuk jadi Pengedar Shaklee awak… hidup awak akan sangat riang dan gembira. Ye lah, tak sejuk ke hati awak bila kita berjumpa pastu saya explain pasal produk kat awak, pastu awak boleh tengok muka saya yang comel ni? Keletah saya yang peramah ni yang takkan buat awak rasa awkward dan out of place ni…? Bayangkan kalau pengedar Shaklee awak tu… nak jual Set Kurus, beria memaksa awak beli, tapi diri dia sendiri besar betul! Nampak obvious yang dia memang tak jaga langsung supplement dia, tapi jual produk kat awak semata mata nak buat duit. Nak tambah sales. Haa… paling better pilih saya yang comel dan baik hati ni untuk jadi Pengedar Shaklee awak, betul kan?
🌸 Dalam Group Superstars Shaklee ni, kami ada pakar Detoks. Pakar sebab apa? Sebab dia buat sendiri semua jenis Detoks tu. Bukan setakat Detoks Usus… Tapi Detoks Hati, Detoks Heavy Metal. Bila dia memang buat benda tu, bila explain… kita tahu itu betul. Itu fakta. Sebab orang tu dah alami. Senang kita nak tahu. Senang lagi saya nak explain kat awak. Bukan setakat text books theory.
Okay, pakar lain lah. Perempuan either nak cantik or nak kurus kan? Oh, lelaki pun ada yang nak kulit cantik dan nak kurus kan? Walaupun saya tak lah sampai berpuluh tahun consume Shaklee, baru 3-4 tahun. Tapi saya tak malu nak lantik diri saya sendiri untuk jadi pakar Kurus. Pakar turunkan berat. Pakar Kecantikkan. Saya tak perlu artis atau selebriti terkenal untuk cerita kat awak, sebab itu cerita mereka. Sahih atau propoganda, saya takleh nak verify kan? Tapi saya berani nak cakap saya Pakar, sebab saya sendiri test kat diri saya. Contoh; KURUS. Saya boleh bagi awak tips nak KURUS dengan Shaklee. Saya boleh bimbing dan bantu awak dari mula sampai habis awak turunkan berat ke berat idaman impian awak. Kenapa saya terlalu yakin? Kenapa saya nampak macam over-confident? Taklah. Saya bukan over-confident atau perasan bagus. Sebab saya dah cuba dan berjaya lah, saya nak bantu awak seikhlas hati untuk jadi macam saya, atau lebih baik dari saya. Saya lah Pakar dan living testimonial untuk Set KURUS Shaklee tu sendiri. Sapa lantik?? Saya lah lantik! Self-appoint. Haha, sebab apa?
Sebab saya berjaya turunkan 9 kilogram dalam masa 5 bulan!!! Dan berat saya maintain sekarang ni dan saya berusaha untuk dapatkan berat saya waktu saya umur 26 tahun! Sekarang ni saya 35 tahun. Saya dah turun 9 kilogram tau? Bukan 9 gram. Saya nak dapatkan berat idaman saya balik, my best weight; 48 kg jadi saya perlu turunkan lagi 5 kg. Awak berminat, saya boleh tolong awak. Sebab saya tak guna information dari buku ‘How To Lose Weight In 7 Days’ atau ‘Let’s Loose Some Weight By Starving To Death And Looks Like A Corpse’! Haha. Awak tak perlu berlapar sampai muka jadi kusam sebab tak cukup nutrients, ok! Bila kurus tapi hodoh, elok ke?
Then masuk pada tajuk lain sikit, bila saya lantik sekali lagi diri saya sendiri untuk jadi Pakar Kecantikkan. Cantik tu subjektif. Tapi, bila ambik gmbar dan tak perlu nak edit, tak perlu nak pakai make-up sampai nak amik masa 3 jam sehari, tak perlu nak beria ia conteng muka untuk nampak muda dan menarik… itu dah cukup cantik bagi saya. Alhamdulillah, bila cantik kita akan yakin dengan diri sendiri kan? Saya boleh tolong awak untuk jadi cantik jugak. Nak tak? Sekali lagi… bukan dari buku teks ok? Dari diri sendiri yang saya eksperimen kan sendiri. Saya nak jadi Dr. Shaklee jugak. Saya kena cuba sendiri dulu untuk cerita pada awak semua, ini berbaloi atau tak. Ini logik atau tak. Berjaya atau omong kosong semata mata. Awak rasa saya cantik tak? Awak rasa, jika saya tak cakap saya umur 35 tahun, awak teka saya ni umur berapa? Awet muda tak muka saya ni? Menarik dan rasa tertarik nak tengok banyak banyak kali tak? Manis tak senyuman saya ni ke rasa nak lempang bila tengok muka saya? Kalau awak rasa saya ni nampak cantik dan comel dan memang betul betul rasa nak cantik macam saya ni jugak, sebab tu lah awak kena pilih saya dari beratus atau beribu pengedar Shaklee yang lain tu. Betul tak?
🌸 Saya takkan paksa awak beli produk. Saya takkan push awak amik set yang paling mahal padahal ada je option lain yang sama baiknya, semata mata nak tambah UV points saya untuk naik rank. Saya bukan jahat sampai camtu. Sebab kami Pengedar Shaklee di Group Superstars Shaklee ni, dah diasuh dan dibimbing secara rapi oleh Mami kami, Mami Salwa… supaya menu utama untuk berjaya ialah berkongsi kebaikkan dengan orang lain. Apa tu? Maksudnya, saya akan brief awak details tentang sesuatu produk tu. Tapi bukan bergantung harap yang awak kena beli semua yang saya dah explain. Niat saya kena betul. Saya explain dan cerita untuk berkongsi kebaikkan produk. Berkongsi ilmu. Tapi, nak atau tidak mestilah terpulang pada awak. Hak menolak atau menerima solely kepunyaan awak. Saya takkan amik pisau belit dan letak di leher awak lepas explain panjang lebar then paksa awak beli produk sampai beribu ribu, sebab dah penat explain. Sebab walaupun akhirnya awak decide taknak beli, kita masih boleh jadi kawan. Kita masih boleh diskus pasal apa apa isu kesihatan dan apa yang saya tahu yang boleh membantu. Jika awak berminat, alhamdulillah. Tapi jika tak, pun tetap takpe. Sebab kami dilatih untuk pentingkan ikatan silatulrahim, sesama manusia. Jangan kejar sales sampai putus kawan. Sampai prospek maki hamun sebab sakit hati dengan kita yang memaksa. So, sebab tu lah awak patut pilih saya untuk jadi Pengedar Shaklee walaupun hanya untuk dengar saya pok pek pasal produk. Saya boleh gerenti awak akan suka nak dengar saya explain. Sebab saya takkan explain ayat buku teks, tapi saya suka guna metafor. Senang nak paham. Seronok tau bila dengar saya bercakap… So, mai lah call saya, ok?
Itu lah points kenapa saya ni hebat dan layak untuk jadi Pengedar Shaklee pilihan awak berbanding dengan yang lain. Terutamanya, sebab saya kan dari Group Superstars Shaklee, lagi lah hebat saya tau! Kalau tak percaya, cuba call saya tengok? Pastu cuba bitau saya, awak rasa seronok tak cakap dengan saya? Oh ya. Ini bukan saja tertumpu pada awak di luar sana yang fikir nak berbisnes saja tau, yang nak self-consume, makan untuk diri sendiri pun dialu alukan. Kalau nak tahu… dulu pun saya makan sendiri saje. Recently je saya decide untuk buat bisnes Shaklee ni, semata mata sebab saya rasa rugi pulak tak share dengan orang lain pasal benda amazing ni.
Okay, sampai sini saja. Nanti bila awak dah sedia, jangan lupa call saya k?
5 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstars Shaklee
Unknown
Disember 01, 2016
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan