Duit bukan setakat cukup cukup makan, tapi kena lebih daripada tu. Bayangkan jika impian kita ialah nak beli sebuah bot besar atau kapal layar? Lima belas ringgit ke harga sebuah kapal layar?
Yang secondhand pun tak mungkin boleh dapat murah. Ataupun, impian kita ialah nak mengelilingi dunia. Rasa rasa, nak keliling dunia tu… pakai duit ke tidak? Nak book accommodation dekat Bristol, pakai apa? Ataupun nak sewa hostel dekat Rome?
Pakai apa eh? Pakai daun ke? Or boleh pakai bunga melur yang tanam tepi pagar? Untunglah if ada pokok bunga melur berderet tepi rumah kan? Tapi, masalahnya… kita tak perlukan kelopak bunga melur. Kita perlukan duit. Duit yang banyak.
Untuk realisasikan impian kita. Untuk impian kita jadi kenyataan. Tak senang nak jadi senang kan? Tapi, kena lah usaha baru berbuah hasilnya. Tapi bukanlah sekelip mata, pejam, bukak mata semua dah tersedia? Dongeng boleh lah! Tapi kita ni hidup dalam dunia nyata. Nyata! Tahu?
Sejak saya aktif lepas Daftar Jadi Ahli Shaklee dan mula bergiat online, ramai jugak yang tanya saya… ‘Kenapa?’
Kenapa sebab saya pilih untuk berhenti kerja dan buat Bisnes Online Shaklee ni. Dah lah takde pengalaman dalam bisnes, apatah lagi bisnes online… tapi, apa yang betul betul buat saya tekad untuk mulakan bisnes ni sampai camtu sekali?
MY BIG WHY: Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya?
Impian saya yang mula mula dah lama terkubur. Awalnya, impian saya impian yang mudah. Bukan impian seorang wanita yang bekerjaya, macam siapa saya sebelum ni. Sebelum saya berhenti, saya kerja ofis. Saya kerja dalam bidang pembinaan.
Quantity Surveying atau Ukur Bahan ialah bidang yang saya ambik masa kat uni dulu. Masa belajar. Dan sebelum saya berhenti kerja, saya memegang jawatan ‘Commercial Manager’ ataupun Pengurus Komersil di company yang saya kerja tu.
Public listed company, besar, ada beberapa projek overseas dan saya diberi peluang jugak untuk handle salah satu projek tu, sebab tu saya di Abu Dhabi untuk almost 2 tahun, tahun lepas. Gaji? Gaji saya banyak. Almost nak cecah 5 angka. Dan bila saya diberi tugasan di Abu Dhabi tu, gaji saya memang 5 angka sebab kami dibayar double.
Jadi, kenapa saya berhenti?
Kenapa saya ‘bodoh’ sangat tak boleh fikir and guna otak bila buat decision untuk berhenti dan kerja sendiri? Dan hilang akal ke? Tu antara some of the remarks or komen yang kawan kawan atau sedara punya reaction, sebab tak boleh nak terima yang saya buat keputusan camtu.
Cukup lah itu untuk saya. Saya tak kerja dan duduk rumah pun takpe. Saya sanggup, sebab saya betul betul rasa dunia saya dah sempurna bila saya ada semua ni. Tapi, itu hanya lah impian. Dan impian saya tu masih tak jadi kenyataan dan umur saya pun dah menjangkau 35 tahun.
Nampaknya macam impian saya akan hancur macam tu saja. Impian yang tak mungkin akan jadi kenyataan.
Jadi, bila difikirkan semua tu dan setelah lama saya bekerja di luar sana (outside world). Dengan pengalaman bekerja sana sini (Europe, MIddle East, Malaysia) saya akhirnya sedar. Saya tak perlukan kerja yang penat dan letih macam ni. Memang betul, duit saya banyak, melimpah setiap bulan. Boleh beli handbag itu ini.
Tapi, hati?
Apa rasa hati?
Hati saya sunyi.
Bosan.
Especially bila semua kawan kawan dah beranak pinak. Saya jadi terasing. Tak seronok. And walaupun banyak duit, saya sedar saya semakin menjauh dengan Allah.
Apa guna kaya di dunia tapi pastu miskin di akhirat? Kenapa beria nak kumpul duit tapi hati tak tenteram?
Contoh; macam pakej umrah. Saya boleh bagi Mama saya pegi sana lagi, memang dia dah pegi… tapi kalau saya yang belanja dia pegi, perasaan tu lain. Saya nak hadiahkan ni untuk Mama saya, inshaAllah untuk sekali dan jika diizinkan untuk beberapa kali selagi saya mampu.
Itu je benda yang terbaik saya boleh sediakan untuk Mama saya.
Saya nak buat tu semua, dengan pilihan masa saya, at my own sweet time. Kalau dulu, saya selalu terperangkap dengan kekangan masa, mesti takde free time. Tapi dengan Shaklee, kita flexible.
Amin.
0 comments:
Catat Ulasan