In Beli Produk Shaklee bisnes online shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Superstars Shaklee Teknologi Tips Bisnes Online tsunami shaklee
Tips Menguruskan Bisnes Online Shaklee Saya
Posted on Disember 05, 2016
Bila saya start decide untuk buat Bisnes Online Shaklee ni secara serius, dah tahu hala tuju saya… saya nekad. Mesti buat sungguh sungguh. Tak boleh nak hangat hangat tahi ayam. Bila kita buat Bisnes Online Shaklee atau mana mana bisnes online sekali pun, kita tetap akan deal dengan prospek - kita kena inform dia pasal produk, pasal apa content dia, kenal pasti siapa dia dan jika dia ada masalah kesihatan yang akan meddle dengan produk ke, sebab tu kita kena suai kenal dengan mereka. If yang berminat nak Daftar Jadi Ahli Shaklee tu, ha… kita kena brief pulak apa kisahnya. Walaupun online, kita tetap akan ada interaction dengan orang lain. Pastu, if ada produk dah dibeli, mesti nak rekod betul tak? Untuk kesenangan dia, so dia tahu dia beli apa… dan kesenangan kita sebab kita tahu apa kita jual kat dia. Rekod setiap prospek yang dah jadi customer, etc.
Kenapa saya kena ada rekod? Ada rekod sebab saya bukan Daftar Jadi Ahli Shaklee dan buat Bisnes Online Shaklee untuk profit semata mata. Untuk kejar sales semata mata. Tapi, saya buat jugak sebab nak bantu orang. Bila orang Beli Produk Shaklee dari saya, saya bukan ucap selamat tinggal camtu je. Saya buat rekod, monitor intake dia sesuai tak dengan sistem badan dia. Ada withdrawal tak. Pastikan dia minum cukup air. Tanya dia ok ke tak. Kisah kan dia. Sebab saya bukan jenis LEPAS TANGAN. Customer bukan hanya customer tapi saya ‘build relationship’ dengan customer. Bantu dia dan harap jadi sahabat dunia akhirat. Amin.
Kalau rekod saya sekadar kertas conteng conteng dan campak dalam handbag dan kertas tu bertapa kat dasar handbag tu sampai berbulan bulan… mati lah saya bila nak cari details dia pulak pas tu. So, apa yang saya buat ialah saya sediakan rekod ringkas. Memang lah dulu masa sekolah saya dalam kelas Prinsip Akaun, tapi hoi! Bukannya bijak sangat pun dalam kelas, lagi tak paham ada lah. So, saya punya rekod kali ni cukup lah sekadar basic saja. Asalkan benda penting tu register kat situ.
Apa saya guna?
Sekarang ni kan zaman moden? Peredaran zaman dan teknologi moden dah tukar scenario kehidupan dari kecik sampai lah orang tua. Tengok kids sekarang, baru dua tiga tahun dah ada iPad? Dah cakap English berabuk sebab dok nyanyi lagu ‘Here We Go Round The Mulberry Bush’ version UK dalam YouTube. Adoi. Hebatnya kamu, si kecil! So, sebab tu lah saya pun tak nak terlepas peluang.
Untuk rekod dan basic paperwork seperti invois, resit… saya gunakan Apps. Applikasi dari Apple (sebab saya guna MacBook) so tak guna Windows; yang percuma yang membenarkan saya merekod setiap order dan transaksi yang berlaku untuk setiap customer. Daripada aplikasi ini, saya boleh hasilkan invois yang ada format asas.
Invois saya akan isu pada customer lepas dia dah confirm order. Dalam invois saya tu ada lah details bank saya untuk dia transfer pembayaran, lepas tu saya akan hantar barang (if dia pilih untuk penghantaran dari saya secara percuma: area berdekatan) atau PosLaju kan barangan dia. Kemudian, saya akan emel kan dia resit pembayaran dan details produk belian dia. Tapi, jika customer pilih untuk beli direct dengan Shaklee melalui E-Sell, saya akan tetap isu invois dan resit version saya sendiri kepada dia untuk makluman. Kenapa saya kena hantar jugak walaupun patut dah cover oleh resit dari Shaklee? Sebab saya pun nak keep track sales dan siapa customer saya yang terlibat. If saya nak buat bodoh, memang boleh. Tapi saya sedaya upaya untuk jadi Pengedar Shaklee Wangsa Maju dan (kawasan berdekatan) yang beretika dan saya perlukan rekod itu jugak. So, itu lah saya buat. Saya akan emelkan mereka invois dan resit ni, kan kita kat zaman moden skang ni? Rugi lah if tak nak utilize kemudahan yang memudahkan betul tak?
Dan bila customer pun dapat emel kita berisi semua invois dan resit tu, mereka pun akan turut berbangga bila dapat tahu kita sungguh sungguh nak berbisnes dengan dia and bukannya main main semata mata. Betul tak?
Saya pernah cuba nak buat dalam Excel / spreadsheet from scratch, tapi saya rasa ianya terlalu time-consuming dan lebih baik saya buat benda lain untuk masa terluang tu. Kan? Buat masa ni, saya dah nak masuk 1 bulan 1 minggu berkecimpung dalam dunia Bisnes Online Shaklee ni, doakan saya berjaya okay?
Tapi jika awak pun berminat nak jadi macam saya, tak yah tunggu lama lama and please Daftar Jadi Ahli Shaklee secepat mungkin, ok?
Terima kasih dan assalamualaikum
Tips Menguruskan Bisnes Online Shaklee Saya
Unknown
Disember 05, 2016
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan