In 5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel 5 Tips Untuk Travel Bisnes Shaklee Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Tips Untuk Travel Travel tsunami shaklee Ultimate 5
5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel
Posted on Januari 16, 2017
Bercuti? Dulu cuti cuti memang seronok. In fact, masa muda muda dulu seronok sungguh rasa terutamanya masa masih bekerja di Dublin, Ireland. Tapi tu masa waktu saya muda belia, masa umur 25 tahun sampai 29 tahun kot kalau tak silap. Habis semua part of Europe saya cuba jajah sehabis baik. Saya suka jalan, saya memang suka berjalan! Tengok negara orang. Bukan nak jalan shopping pun tapi lebih kepada berjalan untuk tengok negara orang. Jadi, mana satu percutian yang paling saya suka?
Kalau nak kira kira lah kan, tahun ni umur saya 36 tahun tapi Alhamdulillah saya dah berjalan banyak jugak lah negara dan tempat tempat yang awesome sepanjang tempoh kehidupan saya. Ada rezeki berjalan, tak fikir panjang terus jadi. Rasa rasanya, saya mula berjalan ke luar negara waktu umur saya 12 tahun kot. Hadiah dari Mama dan Papa sebab saya dapat 4A untuk UPSR (waktu tu lah, taktau sekarang ada lagi ke tak UPSR ni?).
Kalau nak ikutkan, rasanya saya dah pegi merata jugak dari dulu antaranya London (ni paling banyak kali! rasa ada lah dalam 4-5 kali dah!), Edinburgh Scotland, Birmingham, Frankfurt, Berlin, Brussel, Amsterdam (banyak kali! rasa 2-3 kali dah kot!), paris (banyak kali jugak, dalam 3 kali dah kot!), Prague, Budapest, Madrid, Barcelona, Valencia, Saville, Venice, Rome, Sydney, Adelaide, Egypt, Jeddah, Madinah, Mekah, Abu Dhabi, Dubai, Muscat Oman, Doha, Dublin, Yogyajarta, Bangkok dan ada beberapa pulau di Eropah jugak kot, dah lama dan dah berapa kali dah passport habis nak stamp! Hihi…
Dalam banyak banyak tempat tu, ada yang sebenarnya yang saya kebetulan bekerja di luar negara sebab sebelum ni ada ceritakan tentang pengalaman bekerja di Eropah (Dublin, Ireland) dan UAE (Abu Dhabi); so masa tu lah nak gunakan peluang untuk berjalan sebab tiket dari sana adalah lebih murah berbanding kalau saya di Kuala Lumpur nak pi travel sana sini, memang err… krik krikkkk lah kan? Hihi.
==================
Yang paling saya suka ialah trip pertama saya ke luar negara! Bila Mama dan Papa reward untuk pegi jalan jalan ke oversea! Hoih! Seronok okeh. Seronok sebab nak naik kapalterbang jalan jauh jauh! Lama lama dalam flight; best lah. Sama macam bila tengok orang dalam TV duduk lama lama dalam plane kan? Sebab before tu, kalau naik flight pun; masa balik kampung kadang kadang dan kampung saya bukan luar negara pun; either Terengganu atau Penang. Tak sampai sejam pun. Makanan pun tak berapa nak hidang kan? So, tak lah syok macam travel oversea ni. Pegi mana reward saya ni? Pegi LONDON, UK!!! Wee hooo! Hihi. Sebab waktu tu Mama kena pi training kot kat sana, masa tu Mama still keje lagi lah… muda belia. Saya pun baru 12 tahun. Reward tu sebab saya dapat 4A dalam UPSR, so memang seronok lah kan?! Macam macam tempat kami pi berjalan, pastu syok sebab itu time winter, so bila saya cakap cakap, ada asap keluar dari mulut sebab too cold kan? Best wooo!
Lagi satu. Percutian yang saya suka. Takleh lupa. Bila saya pegi Barcelona dan Valencia masa umur 27 tahun. Bukan sebab tempat tu, atau percutian tu sebenarnya. Tapi sebabnya; itu solo-trip saya yang pertama! Sorang sorang. Lone ranger. Trip tu lebih kurang seminggu sebab 6 hari in total! Gila kan? I know. Hihi… Tapi, saya pakai redah je, sebab kat Dublin, Ireland (sebab saya kerja kat sana dulu), bila time Krismas, mereka tutup seminggu. Semuanya jadi dead city. Macamana nak hidup untuk Krismas yang senyap sunyi sepi? Nak pegi kedai pun TUTUP! So, saya amik keputusan ‘spur at the moment’ bila masuk website Ryanair (domestic flight mereka) dan terus pilih city untuk pi travel! Mula mula ambik tiket pergi-balik ke Barcelona untuk 7 hari. Bila sampai sana, after few days… rasa nak pi tempat lain, then one morning tu pack semua barang dan terus ke train station. Tengok next departure ialah “Valencia”. Taktau pun tempat tu macamana dulu, but itu yang ada untuk train seterusnya… apa lagi, terus beli dan duduk diam diam dalam train! Haha. Memang paling mencabar but alhamdulillah it was fun and joy. Oh and yes, yes. Memang gila. Hihi.
==================
🤣 Tak Perlu Bawa Satu Rumah Berjalan
Bila nak pack barang barang tu, serius lah awak! Tak perlu nak angkut satu rumah naik flight. Serius ni. Tak logik lah weh! Awak nak pi TRAVEL, bukan NAK PINDAH RUMAH! So, tak perlu nak bawak semua yang tak perlu dan tahu dah takkan guna tu. Tak logik. Faham tak? Tak logik sangat. Susahkan orang lagi ada lah! Sebab bila semua benda awak bawak, bag berat nak pengsan, pastu awak akan moody je… sebab? Sebab awak stress tak pasal. Ok? Chill je k? Travel kan? Kena chill okeh?
🤣 Bawak Sling Bag (Bag Silang) Untuk Berjalan (takyah handbag, serius weh!)
🤣 FOKUS - Nak Jalan, Bukan NAK MAKAN!
🤣 Turunkan EGO Sebab Itu Tak Guna Nak Pakai Waktu Travel
🤣 Hati Kena Riang Bila Nak Berjalan
=======
Terima kasih & assalamualaikum.
5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel
Unknown
Januari 16, 2017

Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan