In Adab Berbisnes Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Shaklee Tsunami Superstar Tsunami Tips Bisnes Online Tips Menguruskan Akaun Bisnes Ultimate 5
5 Tips Menguruskan Akaun Bisnes
Posted on Januari 09, 2017
Awal tengahari tadi, saya ada buat FB LIVE di Facebook bertajuk Tips Menguruskan Akaun Bisnes. Blog entri ini ialah kupasan yang lebih detail untuk pemahaman yang lebih, inshaALLAH.
Setelah mula melangkah jauh ke dalam dunia bisnes dengan Bisnes Online Shaklee saya dan berulang kali mengucap syukur kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan pelbagai golongan hamba-Nya yang hebat sebaik saja Daftar Jadi Ahli Shaklee dan mula berbisnes, saya mulai mempelajari selok belok dunia bisnes yang, sungguhhhh!! Amat mempersonakan! Tahu tak?? Dalam berbisnes, samada offline ataupun online; kita mesti ada sistem pengurusan akaun yang baik. Tak kira lah besar atau kecik bisnes yang kita jalankan, bisnes jenama sendiri mahupun produk gergasi yang lain, semua aktiviti transaksi jual-beli HARUS ada pengurusan akaun untuk jaminan jangka hayat bisnes yang stabil. Hoih! Serius tak petikan intro saya tu? Hihi. 😅
Tapi betul ni, pengurusan akaun tu sangat sangat lah penting sebab baru kita tahu ‘isi hati sebenar’ bisnes yang kita jaga tu. Tahu serba serbi dan bukannya acah acah tahu, acah acah pandai, acah acah professor hebat yang tahu segalanya. Tahu sampai satu tahap bila orang tanya tentang bisnes atau ‘isi hati bisnes’ awak tu, semudah ABC awak nak jawab tanya nak fikir fikir dan pandang jauh ke depan, konon konon nak susun bahasa untuk jawab. Konon je la! Faham ke faham?
Mula mula masa saya start pun, hoih! Kacau bilau jugak. Lagi lagi untuk orang macam saya ni yang daif pengalaman mahupun teori tentang bisnes. Langsung lah bagai budak baru bertatih. Terkial kial. Tapi, macam mereka yang bijak pandai, tokoh tokoh hebat; selalu berkata,
“berhenti bagi ALASAN, sebab tanpa ALASAN baru kita boleh BERJAYA”.
Eh. Chup! Ada ke macam tu eh? Sebenarnya, saya ada baca few times, mereka yang HEBAT ni pernah cakap atau bagitau sesuatu macam yang saya tulis tu, tapi maybe lain sikit lah kot eh? Tapi, basically… itu lah makna dia. Or in short; tak payah nak ada seribu satu macam ALASAN sebab tak mungkin akan ke mana if kita terus beralasan! So, walaupun saya takde pengalaman atau pelajaran asas tentang bisnes; terpaksalah USAHA LEBIH sikit dari orang lain kan? Terpaksa lah guna masa yang panjang compare dengan mereka yang HEBAT. Sebab nak berjaya, memang kena berusaha. Tak mungkin ada orang yang duduk bersila di rumah, gelak gelak tengok TV, tetibe ada orang ketuk rumah nak beli produk sampai RM30,000 value??? Atau dok masak kat dapur, ada stranger datang jenguk kat tingkat dapur then cakap kuat kuat,
“Eh, Cik. Goreng ayam ke? Saya ni Alina. Saya nak beli total produk RM50,000 lah dari Cik, sebab saya ni lah ‘bulan jatuh ke riba’ untuk Cik. Sebab tu Cik duduk rumah je, sale datang bergolek duduk atas riba Cik”
TAK MUNGKIN LAH KAN? Sebab semua benda tu, kita kena LEARN. Belajar nak pahamkan sesuatu. Nak amik tahu. Nak improve diri sendiri. Nak jadi lebih baik dan excellent dari siapa kita sekarang. Sebab tu jugak lah, saya USAHA sendiri jugak untuk belajar tentang pengurusan akaun untuk bisnes ni dengan sungguh sungguh; untuk kebaikkan diri saya sendiri jugak, ye dok?
Okay, kat sini saya nak kongsikan 5 Tips Pengurusan Akaun untuk memastikan bisnes kita dalam keadaan yang baik dan teratur; inshaALLAH:-
💰 SETIAP TRANSAKSI PERLU DIREKODKAN
Apakah ini? Okay, bila Encik A beli produk A. Kita kena ada rekod apa barangnya, apa nilainya (harga) dan semua lah. Walaupun pada mulanya awak cuma ada satu dua customer, atau mungkin satu je? Jangan mengeluh dan cakap dalam hati tu, “Eleh, customer dah ramai boleh lah! Satu je tak berbaloi!”. Percayalah, elok kalau mula latih diri untuk merekod maklumat jual beli ni dari awal. Nanti dah sibuk nanti, mula lah stress sebab tak leh nak update daily. Jangan sia siakan waktu terluang sekarang dan mula sibuk nak fikir negatif sebab ingat takdok orang nak cari awak! Sabar. Sabar kan separuh dari iman. So, bila ada satu dua customer tu, mula lah dari awal kerja merekod ni. Ini akan certainly bantu awak tak lama lagi, inshaALLAH.
💰AKAUN BISNES PERLU ASING DARI AKAUN PERSENDIRIAN (PERSONAL)
Kenapa ini PERLU? Sebab, bila duit personal dah campur duit bisnes… cuba cerita. Macamana awak nak tahu duit mana untuk yang mana? Ha, cemana? Cerita lah? Setakat tulis dalam buku? Itu tulis je. Tapi, awak sedar kan yang kita ni manusia biasa? Ada nafsu? Bila nampak duit, syaiton team akan riang ria bergayut kat telinga and bersorak sorai jerit berirama, “sila guna duit itu, sila guna duit itu. lagipun, apa salahnya sebab itu duit kau juga… la, la, la…”
Ha… so faham kan kenapa kena asingkan? Asingkan okay. Maksudnya, takleh allocate gaji untuk diri sendiri ke? Haih, boleh. Tapi allocate secara constant dan standard. Dari awal bulan ni lah, decide… berapa gaji kita: RM1000 ke for the first 6 months tu, then naikkan. Or apa apa lah. Tapi yang penting, jangan overuse, nanti badan sendiri binasa. Tau?!!
💰 MAIN HARGA / BUANG HARGA TAK PATUT MUNCUL
Sesetengah orang cakap kat saya, ini bukan tips untuk pengurusan akaun. Ini lebih kepada etika berbisnes. Ha… betul. Tapi, saya nak kupas isu ni dari sudut pengurusan akaun (by the way, saya akan buat blog entri yang asing tentang main harga / buang harga inshaALLAH dalam minggu ini). Macam mana main harga / buang harga nak dikaitkan dengan pengurusan akaun yang baik?
Okay, contoh insiden:
Harga Retail: RM 20 (harga sepatutnya dijual kepada pelanggan)
Harga Agen: RM 10 (harga awak sebagai agen)
Harga Buang Harga: RM 8 kepada Encik Osman (sebab dia boss awak, so awak rasa why not? Sebab lepas ni dia mesti akan cari awak lagi bila stok dah habis?)
—————————————
Jadi, apa masalahnya? Apa kacaunya dekat pengurusan akaun? Takde isu kan?
ADA, MESTI LAH ADA. KALAU TAK, KENAPA SAYA NAK MENTION?!
Saya taktau macamana awak sediakan rekod penjualan awak, tapi untuk saya… saya ada rekod ‘closing’ setiap bulan. Saja saja memandai untuk tahu, apa produk yang saya dah jual untuk bulan bulan tersebut. Saja own record sebab mestilah nak tengok monthly achievement kan?
Kalau saya main harga, kerja saya jadi lebih setiap bulan kalau saya ada beberapa Encik Osman dalam list pelanggan saya untuk bulan itu. Kalau takde, takpe. Lagi mudah. Sebab tanpa Encik Osman, saya ada untung kasar sebanyak RM 10 untuk setiap produk. Kalau saya jual 5 botol, busuk busuk saya dapat RM 50 untung kasar.
Tapi kalau saya ada beberapa Encik Osman (katakanlah 3 botol untuk dia); pengiraan saya akan jadi lebih leceh, rumit dan untung kasar pun sah lah berkurangan dari sepatutnya. Kacau ke tak kacau bila kita main harga? Tepuk dada tu kuat kuat, rasa SAKIT tak?
💰 KELUARKAN INVOIS & RESIT UNTUK KEMUDAHAN MEMANTAU DUIT MASUK
Kenapa nak keluarkan invois dan resit? Sebab nak pantau bayaran yang pelanggan dah bayar, bila, bagaimana dan berapa lama baru nak bayar. Kenapa nak tahu? Sebab hal ni akan merosakkan ‘cash flow’ bisnes kita tu. Bila duit patutnya masuk awal Januari, tapi nampaknya usaha GAGAL dan mula masuk pada awal Mac; kondisi kewangan bisnes kan tergugat? Nak beli stok pun sangkut, susah kan?
Sebab tu cara terbaik ialah hanya beli produk bila customer dah masukkan duit dan confirm. Kalau tak, menangis tak berlagu kalau dapat customer yang berhutang jangka panjang atau yang ‘cancel order’ tiba tiba sebab suddenly rasa ‘eh, nak tanya husband dulu lah’. So, lepas ni beringat lah okay? Hanya beli produk bila customer dah masuk duit. If tak, pastikan invois dan resit tu dikeluarkan untuk customer ni semua. Sebab perlu ingat; invois tak semestinya kongsi tarikh dengan resit. Kekadang tu bila kita baik hati, ada pulak yang tangguh berbulan bulan. Tapi, takpe lah. Kita bersangka baik je lah, dan apa apa yang lain dari tu, hanya between dia dan ALLAH inshaALLAH.
💰 MEMASTIKAN SENARAI PELANGGAN TIP TOP
Senarai pelanggan? Ini apa pulak? Ini sometimes orang panggil; DATABASE PELANGGAN. Maksudnya, setiap pelanggan yang berurusan dengan kita; kita akan punya rekod. Siapa nama dia, alamat dia, emel dia, phone number dia, apa isu kesihatan / sebab yang dia cari kita tu untuk produk kita tu, bila dia purchase, rekod pembayaran dia macamana, senang tak dia bayar atau lepas sebulan baru bayar dan semua perkara berkenaan.
Kenapa? Sebab apa? Kita kan dah jual produk kat dia, jadi apa masalah nak simpan details dia bersungguh sampai camtu?
Ha… sebab kita kisah. Sebab kita taknak jadi penjual yang jual barang, amik duit, bagi resit dan bye bye kat customer tu. Kita kisah dan amik peduli tentang dia. Kita jalinkan hubungan dengan pelanggan kita (bukan suruh bercinta, tapi hubungan silatulrahim, tak salah berbaik dengan semua orang, ye dok?) sebab kita bukan jenis penjual yang hanya pentingkan profit / keuntungan lepas jual produk. Kita taknak pembeli kan yang datang beli satu kali untuk test-test, pastu tak datang dah untuk ulang order. Kita nak regular customer yang datang only to us bila nak beli barang sebab kita lah ‘supergirl’ dia untuk bantu dia tentang setiap isu yang dia ada dan untuk rekemenkan produk kita. Fikir macamni, masa dulu kecik kecik time berboyfriend / bergirlfriend; rasa hati berbunga bunga tak bila boyfriend / girlfriend call malam malam before tido? Sengih sengih tak kat phone bila dia tanya; “awak dah gosok gigi tak?” Sengih sebab apa? Sebab terharu dia nak tanya awak dah gosok gigi ke belum! Hoho… Ha, ‘kisah’ atau ‘caring’ membawa seribu erti untuk setiap hati tahu dok?
So, best ke best???
Okay, so saya harap awak dapat lah manfaat sedikit sebanyak dalam entri saya kali ini. Awal tengahari tadi, saya ada buat FB LIVE kat Facebook Personal saya dan awak boleh tengok video Tips Menguruskan Akaun Bisnes, okay?
Terima kasih sebab sudi baca entri saya yang panjang ni dan jumpa lagi soon.
Assalamualaikum.
5 Tips Menguruskan Akaun Bisnes
Unknown
Januari 09, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan