In bisnes online shaklee Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Kelebihan Bina Bisnes Shaklee Dengan Saya Superstar Tsunami Target 2017 tsunami shaklee Ultimate 5
Apa Kelebihan Bina Bisnes Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee?
Posted on Januari 13, 2017
Masa mula mula Daftar Jadi Ahli Shaklee pastu dengan confident nya tahu nak kena teruskan untuk buat Bisnes Online Shaklee ni, ada jugak rasa cuak yang mendalam. Macam tak yakin dengan diri sendiri. Rasa, ish tak mungkin lah nak develop sehebat Mami Salwa, mentor saya untuk Superstar Shaklee kan? Tengok lah macamana dia dan macamana saya? Tak mungkin boleh achieve macam tu. Dia dengan semangat kental dan tak pernah nak down atau sedih tak pasal. On the other hand, kita semua tahu how I was before kan? Ingat tak cuak ke? Tak rasa debar debar ke? Mentor awesome camtu dan kita si bilis riang ni? Uish! Jauh panggang dari api kata orang orang dulu. Eh, orang dulu dulu. Mana mungkin nak jadi sehebat macam tu kan tak kisah lah beria mana pun saya waktu tu. Ye lah, manusia yang tak kuat imannya, mana mungkin punya jati diri seteguh batu di gunung, ewahhh! Hihi… Tapi, awak faham kan apa yang saya cuba sampaikan ni? Faham kan?
Lepas tu, sikit demi sikit saya mula kenal balik diri sendiri. Sebelum nak ambik tahu diri prospek, pembeli dan pelanggan… saya ambik tahu diri saya dulu; dalam dan luar. Dalam tu maksudnya kerohanian. Hubungan saya dengan Pencipta. Kenapa tiba tiba? Apa yang cetuskan perkara tu jadi? Shaklee lah. Se’cliche mana pun statement tu berbunyi di telinga awak, sejujur itu lah untuk setiap apa yang berlaku. Syukur pada ALLAH, sejak saya dipertemukan dengan keluarga bisnes saya; Superstar Shaklee dan Mami Salwa tu… mereka pelan pelan, indirectly bawak saya masuk balik denai yang betul. Denai kehidupan yang sepatutnya. Bukan lah tetiba saya hebat dalam agama dan boleh mula ajar baca Al Quran kat budak budak sekolah rendah… Tapi, in general… saya mula kisahkan diri saya. Bukan tak kisah pada orang lain… Tapi, kisahkan diri sendiri dulu, sayang diri sendiri dan lepas tu baru mula fikirkan orang lain, orang sekeliling saya. Indahnya perasaan tu masa tu, tak reti nak explain dengan kata kata.
Dulu, saya ingat; “Okay lah, buat Bisnes Online Shaklee ni, setakat jual online vitamin vitamin ni semua, cukup lah. Asal cukup cukup nak tampung diri dengan hasil jualan, boleh lah. Tak perlu tamak nak lelebih… Dosa”, amboi! Hihi. Pandai pulak pahala dosa time tu kan? Tapi, lepas tu saya baca dan dinasihati; ALLAH marah sebenarnya untuk kita kita ni yang dok pikir, nak gain setakat cukup cukup makan. Memang lah nampak kekonon macam “wasatiah” iaitu “kesederhanaan” tapi salah tu sebenarnya. Hidup dalam kesederhanaan tu, macam tak menunjuk nunjuk, tak buatkan kita mula riak pada orang lain, bangga dok beli itu ini. Tapi, kita sepatutnya usaha sampai jaya. Sampai tahap sebaik baik tahap, sebab tu lah baru boleh tengok kesungguhan kita dalam perkara tu. Bukannya, tidur lah pas ni, sebab dah dapat sales RM300 dah hari ni, cukup cukup lah tu. Salah mindset tu sebenarnya. Bila baca macam macam yang bersepah kat internet for free tu… baru realized, “Ya ALLAH, salah pemahaman aku selama ni eh?”
Lama lama, mula bina keyakinan sendiri. Sokongan mentor dan adik beradik bisnes; serius lah weh memang bakor semangat saya untuk lebih berjaya. Apa yang tak bestnya bila saya Daftar Jadi Ahli Shaklee pastu putuskan untuk buat Bisnes Online Shaklee?
Awak dapat saham dunia (bila dapat bonus best best, dapat reward dari Shaklee untuk pakej Umrah yang kalau kita sendiri bayar its worth almost RM25,000 - boleh belanja orang tua pi Umrah secara eksklusif okay, sebab boleh pindah milik reward tu!!!, dapat kereta PERCUMA sebab Shaklee akan bayarkan komitmen awak untuk beli kereta sebab awak dah perform dengan jayanya dan few others) dan jugak awak dapat saham akhirat, inshaALLAH sebab awak bantu orang untuk tingkatkan taraf kesihatan dia dengan sesuatu yang diyakini HALAL dan SAH di sisi agama kita. Cuba cerita part mana yang tak syok? Haa…. ini pun saya bukan tahu dan dan tu, tapi pelan pelan. Maklumlah, saya masih lagi rasa saya ni agak ‘late bloomers’ sikit nak banding dengan mereka yang seusia saya tu, hihi.
Bina keyakinan tu cemana? Bina keyakinan sebab yakin saya sendiri boleh bina empayar saya sendiri. Sama macam Mami Salwa, inshaALLAH. Memang banyak lagi diri saya sendiri nak diperbetulkan, tapi takleh nak tunggu saya dibetulkan sepenuhnya baru nak mula, saya boleh sambil betulkan diri dan sambil bawak kawan kawan dan orang lain untuk turut sama. Syok kan? Kita bantu orang, sama sama jadi better dari dulu… weh, ni paling awesome perasaan tu, dalam hati menari riang tahu dok? Sebab excited dengan perasaan macam ni.
Masa tu lah saya mulai yakin nak sebarkan kebaikan Shaklee dan pelan pelan ‘bina keluarga kecil saya’. Alhamdulillah, macam saya ada cerita dalam entri sebelum ni Senarai Azam Tahun Baru 2017 Saya; penghujung tahun 2016 menceriakan hati sanubari saya bila saya berjaya ‘melahirkan anak anak bisnes’ saya sendiri, syukur pada ALLAH. Sungguh. Buat masa ni, anak anak saya ni nak buat ‘part-time’ dulu tapi tu takde masalah untuk saya. Saya ni lah Mommy Bisnes yang paling fleksibel. Tahu dok? Tanya anak anak saya. Hoho…
Dan bermula lah sesi ‘coaching’ (atau lebih mesra dikenali sebagai ‘kucing’) dengan mereka. Mesti awak semua dah pikir, “alaahhh… dah buat bisnes MLM, mula lah jadi liar, keluar malam, balik pepagi, hidup tak teratur, solat tak lengkap, etc.?” Bukan saya nak buruk sangka, jangan salah faham tau. Hihi. Tapi, ni lah mindset orang orang kita masa kini, sadly. Saya tahu sebab saya sendiri pernah berprasangka macam tu jugak dulu dulu, but hey, setiap orang buat silap. Nama pun ‘manusia’ ye dok?
Tadi kan saya ada mentioned yang anak anak saya ni nak buat ‘part-time’ dulu kan? Regardless that, saya masih juga ‘kucing’kan mereka macam biasa. Tapi, jangan lah ingat hari hari dan tiap tiap malam saya keluar untuk jumpa mereka. Kan dah cerita betapa fleksibel nya Mommy Lisa ni? Walaupun dua dua anak saya tu masih belum kawen, tapi mereka bukan lah HARUS buat Bisnes Shaklee ni untuk 24/7! Itu ‘crazy’ namanya, bukan cara saya. Tak berdepan pun, masih tetap boleh ber’kucing. Sekarang ni bukannya 1940an yang takdok internet, kena tulis surat, love letters bagai kan? Internet kan ada? Semua di hujung jari anda. Mudah sangat! Rugi tak gunakannya.
Kami berhubung melalui Whatsapp ataupun calls bila bila mereka perlukan saya. Kadang kadang, saya akan check on them nak pastikan takdok aura aura negatif dok usik usik depa. Sebab bila berbisnes, secuit aura negatif, boleh keladakkan the whole situation. Itu yang hancur! So, saya memang pastikan masing masing dalam keadaan terkawal. Walaupun saya memang asalnya kawan mereka (sebab depa ni kerja dengan saya kat Abu Dhabi dulu), sejak jadi Mommy Lisa ni, saya lagi lah jadi kawan mereka. Ada masalah, cari lah saya inshaALLAH saya mampu bantu mana yang boleh. Sometimes, ada dapat prospek; mereka Whatsapp saya untuk bantuan macam, nak cakap apa, nak suggest apa, apa yang takleh suggest or even sometimes, NAK CAKAP CEMANA. Ada pulak waktu lain, secara random, mereka nak tahu apa nak suggest untuk certain issues. Tak perlu ada prospek untuk mereka tanya apa apa, bila bila pun boleh. Saya ajar mereka semua taktik yang Mami Salwa ajar kat saya. Saya turunkan ilmu tu dengan harapan, inshaALLAH bila mereka ada anak anak bisnes sendiri mereka akan turunkan pulak pada mereka. Sebab bila kita berkongsi ilmu ni, ALLAH suka. Tak lokek ilmu, benda baik kita kongsi sama sama kan?
Buat masa ni, sebab saya sendiri masih bertatih… kami tak set kan hari hari tertentu memandangkan masing masing sibuk jugak dengan kerja harian. Tapi, ada jugak kami dah berbincang; memandangkan saya ni fleksibel; saya cuma mintak mereka allocate masa mereka sekurang kurangnya 4 - 5 jam seminggu untuk sesi ‘kucing’ untuk Bisnes Shaklee ni. Saya tak pernah paksa mereka, ikut mereka sekiranya mereka betul betul nak buat bisnes. Sebab sesuatu yang dipaksa takkan datangkan kebaikan pun. Benda tu kena datang dalam hati masing masing, “YA! Aku nak buat bisnes ni sampai berjaya dan bukan setakat cukup cukup makan atau ‘asalkan boleh’”. Saya nak mereka sendiri tentukan apa yang mereka nak dan bukan apa yang orang lain harapkan dari mereka.
Ikut perancangan saya; bila saya dah ada anak anak bisnes yang lain akan datang; saya memang dah plan apa nak buat. Apa nak ajar dulu. Apa mereka patut tahu. Semua tu lah. Saya tahu taklah saya ni sehebat Mami kan? Tapi hati saya ni melonjak lonjak tak sabar nak ajar mereka apa yang saya dah belajar. Kongsi ilmu tu mulia; seronok tahu? Itu doa saya untuk tahun ni pada ALLAH. Semoga dikurniakan lebih ramai anak anak bisnes baru untuk saya mulai curahkan ilmu di dada. Saya nak bantu orang yang ingin dibantu, nak kongsi cerita, pengalaman dan ilmu supaya mereka tak masuk gaung macam saya, belajar dari kesilapan saya dan kalau ya jadi lebih baik dari saya, alhamdulillah syukur.
Itu janji saya pada diri sendiri. Siapa yang ‘beruntung’ untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya dan terdetik dan mahu untuk buat Bisnes Online Shaklee bersama saya dalam keluarga bisnes kecil saya, memang akan saya latih sehingga awak jadi seseorang yang ohsem! Saya bukan setakat cakap cakap. Saya niat dengan ikhlas sebab saya memang nak awak berjaya. Dulu masa kerja, kawan kawan saya kata bila mereka tak faham dan tanya saya untuk penerangan, “Awak boleh mengajar. Bila awak ajar, saya cepat faham. Sebab awak terangkan dengan detail dan pastikan saya betul betul FAHAM”. Dulu saya ingat mereka main main, tapi sampai sekarang mereka cakap benda sama. So, mungkin itu kelebihan saya yang ALLAH pinjamkan kat dunia ni kan? Kenapa saya nak sia siakan bakat saya tu, ye dok? Sebab tu saya alu alukan sangat sapa nak Daftar Jadi Ahli Shaklee dan terfikir untuk Buat Bisnes Online Shaklee, moh ler datang pada saya, saya JANJI saya akan polish awak sehabis baik untuk awak berjaya. InshaALLAH. Tapi sebelum apa apa, set kan minda awak, pastikan niat awak tu apa, betul atau acah acah… lepas tu, kita boleh mulakan.
Sekarang apa awak rasa? Berminat? Rasa nak tahu? Saya boleh dan sangat berbesar hati untuk cerita kat awak semua yang berkenaan. Apa apa je soalan awak, inshaALLAH saya akan cuba jawab sehabis baik. Kalau masih rasa ragu ragu, tak sure nak join ke idok… takpe, mai kita berbual dulu. Awak tanya lah apa pun, semua jenis soklan yang serabutkan otak awak tu bila awak ada niat kecil untuk join. Sebab satu benda tentang saya yang saya amat SYUKUR pada ALLAH ialah bila dia kurniakan saya nilai murni untuk buat benda ni secara ikhlas. Saya tak paksa pun any of my prospects so far, alhamdulillah. Saya cuma kongsi pengalaman, ilmu, informasi, etc. Tapi terpulang, awak Nak Jadi Ahli Shaklee tentulah saya berbesar hati. Kalau awak akhirnya putuskan untuk taknak Jadi Ahli Shaklee, pun saya takleh nak paksa kan? Itu totally HAK AWAK SEBAGAI SEORANG PROSPEK.
Ha… dah panjang pulak saya dok pok pek dari tadi, but awak faham kan apa yang saya cuba sampaikan. Sekarang dah mulai fikir dalam dalam? Macam ni lah. Awak ambik masa dulu. Fikir tenang tenang. Bila dah buat keputusan Nak Jadi Ahli Shaklee, alhamdulillah. Awak boleh cari saya dan saya akan bantu awak untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee. Atau if nak buat online pun… lagi lah boleh. Awak Daftar Jadi Ahli Shaklee di blog saya pun lagi mudah. Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee pun ada terangkan cara cara yang available untuk awak; yang mana pilihan hati. Kan? Senang kan? Tak yah nak pening pening stress okay?
Tapi kalau masih lagi confused atau serba salah taktau apa nak buat, jom kita berbual dulu. Awak boleh CALL atau WHATSAPP saya di:-‘
012 2195 363 CIK LISA
012 2195 363 CIK LISA
012 2195 363 CIK LISA
Saya JANJI saya akan cuba bantu awak setakat kemampuan kederat saya, inshaALLAH.
Okay? Dan, tentunya nak ucapkan banyak banyak terima kasih sebab mampu untuk habiskan sesetengah petikan saya dalam entri blog saya kali ini ya, yang berjela jela betui!
Apa Kelebihan Bina Bisnes Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee?
Unknown
Januari 13, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan