In Kemampuan Untuk Beli Rumah Sendiri Kenapa Kita Perlu Beli Kenapa Kita Perlu Sewa Keputusan Hidup Menyewa Atau Membeli Rumah Superstar Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5
Menyewa Atau Membeli Rumah: Mana Yang Lebih Baik?
Posted on Januari 19, 2017
Adakah rumah / tempat tinggal wajar dimiliki atau menyewa lebih baik? Soalan ni mesti jadi tanda tanya untuk setiap orang kan? Asalkan seseorang tu jenis yang tahu apa dia nak, ini takkan jadi masalah lah. Tapi, bergantung jugak pada kadar pendapatan yang dia ada kan? Sebab ada ke orang mampu beli rumah, terutamanya kat bandar bandar besar ni… dengan helaian daun semata mata?
================
Harga jualan rumah zaman sekarang ni, konfem TAK MURAH! Kalau setakat nak beli rumah sebab taknak duduk bersama family dan nak rasa hidup berdikari… tak payah lah weh! Awak yang muda belia tu, baru mula kerja, dok bertatih nak kenal dunia tu kan… tak perlu lah nak decide untuk beli rumah lagi. Bukan apa, komitmen untuk bayaran belian rumah yang tinggi gila tu, nanti buat awak sangat sangat demotivated. Sebab harga rumah sekarang ni, bukan semakin turun tapi semakin riang melonjak naik! Tak kira lah orang sibuk dok cerita betapa ekonomi tengah suffer sekarang ni, dengan betapa tak stabilnya semua benda - politik negara, dunia dan semua tu; but hey guess what? Harga rumah rilek je makin lama makin naik makin buatkan mata saya asyik asyik nak berkaca kaca macam kartun anime tu kan? Hoho… Sedih weh! Ingat apa? Nak beli rumah sendiri boleh rasa macam nak beli sebijik kapalterbang perang kot! Mahai sungguh!
Jadi, persoalan dia sekarang: patut beli atau sewa?
Bagi saya; semua tu bergantung pada siapa awak sebenarnya. Kalau ada pendapatan tetap (buat bisnes Shaklee macam saya ni pun boleh dikatakan tetap, sebab awak ‘bersinar’ then bulan bulan memang boleh dapat income tau!) yang lebih dari cukup cukup makan, berkeluarga, nak duduk dekat sikit dengan ofis… okay. Mungkinlah better nak menyewa dulu sebelum mula korbankan diri untuk mengabadikan diri kepada institusi bank bank kat Malaysia ni untuk jangka masa yang panjang sebab kita akan ‘terpaksa’ tolak duit gaji kita bulan bulan nak bayar rumah yang harga tak masuk akal langsung tapi kita beli jugak sebab rumah tu cantikkkk dan nak ada perasaan yang agak awesome untuk tahu that kita own something!!!
Lepas tu pulak, bila kita ialah seseorang yang ‘single’ dan takde sesapa or life partner, jenis yang semuanya pun buat sorang sorang, lone ranger kata orang… and sometimes duk lepak lepak dengan kengkawan, kerja pun kerja gaji tetap yang ala cukup cukup makan je, yang bila by 20th of the month dah kering dan mula jadikan Maggi tu makanan ruji… hoih! Tak payah lah berangan nak own link house kat Damansara! Tak masuk akal!!! Bukan sebab dengki, atau tak puas hati sebab awak ada keinginan nak beli dan saya tidak; tapi saya tolong dan turut sama nak fikirkan untuk awak apa nasib buruk yang akan menimpa awak tu! Tahu ke? Walaupun awak akan rasa seronok sebab you own a house, tapi bayangkan betapa ‘papa kedana’nya kehidupan awak sebelum bebas dari hutang piutang yang tak mungkin selesai sampai rambut beruban uban putih putih takde maaf bagimu. Ha, nak ke? Nak ke jadi cenggitu? Pengsan weh!
================
Okay, dah baca semua saya dok pok pek kat atas tu, rasa rasanya dah tahu apa pandangan saya untuk persoalan nak beli rumah is better atau sewa is better kan? For me; kalau kita ‘single’ dan takde duit yang tetap every month, takde kepentingan untuk own the house; well… duduk rumah your parents! Hihi. Macam what I am doing now. My alasan is acceptable apa; bila saya duduk dengan Mama saya, secara tak langsung saya teman dia. Bayangkan kalau saya menyewa atau even worst; BELI RUMAH SENDIRI… then what? Tinggal Mama sorang sorang kat rumah dan jadi anak derhaka sebab Mama akan bosan sorang sorang untuk duduk rumah?!!! Hoih! Takleh, takleh! Itu sangat kejam. I rather duduk rumah with Mama and dengar dia bising bising once in a while sebab itu ialah perkara biasa bagi Mama dan seorang anak yang duduk bersama untuk jangkamasa yang lama but akan okay balik lepas tu, sebab that is how it works!
But if awak ialah seseorang yang dah berkahwin dan ada keluarga sendiri; well… yeah. Ikut lah. Nak beli rumah and ada rumah sendiri mungkin lain perasaan dia. Sebab ada keluarga kecil sendiri kan? Nampak the vision that anak anak berlari lari sana sini dalam rumah sendiri instead of rumah sewa kan? Mungkin lain perasaan dia? I would never know sebab saya single dan tak berkahwin kan? Ada anak anak kucing (4 ekor!) dan bukan anak anak manusia. Hihi. So, yeah. if berpasangan dan anak anak; maybe best ada rumah sendiri regardless of berapa banyak pun nak bayar tiap tiap bulan. Mungkin worth it. Entah.
Tapi, tak juga nak sangkal the fact that; jika dijodohkan one day dengan sesapa one day nanti, dan ada peluang untuk memiliki sebuah rumah, duduk rumah dan husband pi keje… while saya duduk diam diam dalam rumah dan dalam ruang kecil SoHo saya untuk teruskan bisnes Shaklee saya, well tu takleh nak cakap apa kan sebab tak jadi lagi. Hihi. Tengok lah apa jadi nanti, one at a time kot?
For now, saya selesa untuk duduk rumah Mama saya dan annoy dia once in a while. Hihi. Baru best. Kan?
So; adakah menyewa atau membeli rumah sendiri lebih menguntungkan???
Jawapan saya; duduk rumah Mama kita is the best! Hoho…
Terima kasih semua & assalamualaikum.
Menyewa Atau Membeli Rumah: Mana Yang Lebih Baik?
Unknown
Januari 19, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan