PROMOSI JANUARI 2017 ada diterangkan secara terperinci dalam blog entri selepas ini Promosi Vivix - Jus Resveratrol Untuk Penyakit Moden. So, toksah tunggu lama lama okay? Mari cari saya untuk order lekas! 😃
In Aging Berita Baik Untuk Pesakit Kanser Kanser Penuaan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee Superstar Shaklee Telomere Telomere Memendek tsunami shaklee Ultimate 5
Resveratrol Dalam Vivix Shaklee: Berita Baik Untuk Pesakit Kanser?
Posted on Januari 03, 2017
Telomere. Apa benda ni? Ha… jangan tak tahu. Sejak saya Daftar Jadi Ahli Shaklee dan pastu dalam masa beberapa tahun sendiri makan produk Shaklee ni, tergerak hati saya nak berjinak jinak untuk buat Bisnes Online Shaklee. Walaupun pada awalnya, saya hanya nak ‘test the water’ dan nak acah acah berbisnes… sebab ye lah. Macamana nak berbisnes kalau selama ni tak pernah langsung berbisnes, kan? Dan betapa negatifnya mindset saya waktu tu sebab bagi saya, tak kisah lah semangat mana pun kita nak berbisnes dan cari wang pendapatan dari urusan niaga, kalau tak reti tu, tak ke mana lah! Jadi, masa mula mula Daftar Jadi Ahli Shaklee waktu tu, saya siap buat ‘disclaimer’ yang tujuan sebenar saya Daftar Jadi Ahli Shaklee ni adalah semata mata untuk dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli dan tak timbul sikit pun dalam kepala otak saya untuk memulakan Bisnes Online Shaklee, just because saya takde pengalaman atau skills langsung dan sangatlah YAKIN yang saya TAK MUNGKIN akan berjaya! Ha… sampai tahap tu tahu tak mindset saya waktu tu. Generalized kan semua yang konon nampak JELAS di mata; TAKDE PENGALAMAN, SAMPAI TUA LAH KAU TAKKAN BOLEH BUAT!
Tapi, ternyata lah yang tu semua SALAH! Sebab Alhamdulillah, doa doa saya pada ALLAH dimakbulkan regardless of who I was before dan kecekalan mentor saya Mami Master Salwa berjaya merubah segalanya, diikuti dengan kasih sayang dan sokongan awesome dari adik beradik keluarga bisnes saya, SUPERSTAR SHAKLEE. Sebab dalam bulan kedua saya aktif berbisnes, saya berjaya raih Personal Sales sebanyak lebih kurang RM6,000 dan Group Sales total berjumlah RM10,000 yang melayakkan saya untuk naik rank sebagai SUPERVISOR. Dengan kenaikkan yang oustandingly awesome tu, terus membuatkan saya berasa lebih YAKIN untuk ke hadapan dan berhenti menoleh ke belakang dan pandang rendah dengan kemampuan diri sendiri. Alhamdulillah, SYUKUR.
Berbalik kita pada tajuk hari ni yang saya nak cerita tadi kan… Okay, tadi saya sebut satu perkataan yang bunyi sangat asing pada pendengaran kita semua kan, ’TELOMERE’. Apa sebenarnya tu?
Telomere ialah bahagian di hujung setiap sel kromosom badan manusia. Telomere melindungi setiap sel kromosom daripada bersambung dengan kromosom yang lain. Di sinilah di mana proses pembentukan DNA berlaku. Telomere berperanan menjaga kestabilan genetik manusia dalam badan kita. Walaubagaimanapun, sel DNA akan mula terganggu dan merosak oleh proses penuaan. Semakin kita tua, Telomere akan semakin memendek dan waktu tu lah bila kita mula diserang pelbagai jenis penyakit kerana Telomere dah berkurangan dan tak dapat lagi nak melindungi kromosom manusia.
Macamana bentuk Telomere yang sebenarnya? Memendek? Dulu lebar dari sekarang dan bila tua makin memendek? Aduh! Bingungnya nak faham, ya? Okay. Bayangkan tali kasut. Bila kita tengok tali kasut kita, di hujung setiap tali kasut tu ada sedikit bahagian ‘tip’ yang keras bersalut plastik, betul? Dan ukuran ‘tip’ tersebut berbeza mengikut jenis tali kasut dan kasut yang kita ada kan? Biasanya, saiz tipikal ‘tip’ tali kasut itu ialah lebih kurang 3-4 sentimeter. ‘Tip’ tali kasut itu lah bagaikan Telomere yang saya dok cerita ni. Macam ’tip’ tali kasut; dia melindungi tali kasut tu supaya tak bercerai berai dan lerai, kan? Sama jugak dengan Telemore di mana dia berfungsi untuk melindungi kromosom kita, mengelakkan kita sakit. Sekarang, bayangkan kalau ’tip’ tali kasut itu memendek. Apa akan berlaku? Bila ‘tip’ memendek, keseluruhan tali kasut akan terdedah kepada tali kasut tersebut terungkai dan sekaligus meleraikan tali kasut tersebut kan? Sebab ’tip’ tu sebenarnya ‘memegang’ hujung tali kasut untuk berada dalam keadaan yang terkawal! Begitu juga fungsi Telomere.
Bila proses penuaan berlaku, macam yang saya beritahu tadi… Telomere memendek. Bila Telomere mengurang, kita lebih terdedah kepada penyakit. Sistem imunisasi kita menurun dan mula lah time tu kita start sakit sakit. Cuba tengok orang orang tua in general, bila mereka mula jadi tua, macam macam sakit yang timbul. Ini sebab Telomere mereka dah memendek dan tak bertumbuh lagi. Sebab tu mereka senang jatuh sakit. Telomere ni jugak sering dikaitkan dengan kanser dan kadang kadang, KEMATIAN! Sebab tu lah ada jugak pihak yang mengkaitkan Telomere seperti fius bom!! Sebab habis je, then KEMATIAN lah orang tu.
Sepanjang hidup kita, kromosom dalam badan tu berkerja bersungguh sungguh; apa yang mereka lakukan ialah, pembahagian sel (pembelahan) lagi dan lagi dan lagi. Ini proses normal untuk kromosom dan sel dalam badan kita. Tetapi, bila sel tersebut mempunyai sel kanser (juga dikenali sebagai sel gila); proses pembahagian berlaku pantas dari normal dan ini membuatkan telomere menjadi pendek dengan kadar yang cepat! Sebab tu lah mereka yang mendapat kanser, akan menghadapi kematian eventually sebab sel kanser tu terlalu ‘gila’ dan tak dapat dihentikan lagi!
VIVIX. Eh? Lagi lagi Vivix? Haa… Vivix mengandungi reservatrol dan gabungan phytonutrient di mana ia merupakan kelebihan sebab dah memberikan 6 kali lebih dari reservatrol yang biasa. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik (salah satu bahan bahan dalam Vivix) dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal.
Tak perlu lah nak explain terlalu saintifik ye dak? So, sini saya nak bagi hujah kecil, macamana Vivix mampu nak ‘membanteras’ sel kanser, sebenarnya??? Okay, setelah dah kaji siasat few sources; memang lah boleh dikatakan sebab Vivix ni salah satu fungsi dia ialah untuk memperbaiki sel sel DNA yang rosak dan membentuk sel DNA tu… so, secara tak langsung, mampu untuk mencegah sel kanser dari terus menggila!
Dalam sebuah jurnal yang diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk Cancer Prevention and Treatment with Resveratrol: From Rodent Studies to Clinical Trials ada membincangkan bagaimana reservatrol membantu lemawan sel kanser dari merebak, dan reservatrol ada terkandung dalam Vivix kan? Kan dah cerita tadi? Another paper, ialah research yang dijalankan oleh seorang doktor; Dr. Mercola dalam artikelnya bertajuk Make Mincemeat of Cancer Cells With Turmeric and Resveratrol di mana dia membincangkan karakter dalam reservatrol yang membantu untuk sel sel kanser dilawan dan dihentikan dari menggila.
Jadi, apa pendapat awak semua? Mungkinkah kali ini kita dapat melawan sel sel kanser yang semakin menggila? Atau pun aging process dan dengan reservatrol yang terkandung dalam Vivix dapat memberikan kita jangka hayat yang lebih panjang, sihat tubuh badan dan boleh beribadat kepada ALLAH dengan lebih lama?
Apa pendapat awak semua?
Saya rasa kagum dengan penemuan baru ini dan berharap semoga ia dapat disahkan secara besar besaran dan semua orang mampu memiliki sekurang kurangnya sebotol Vivix untuk setiap rumah bagi menjaga kesihatan sekeluarga, kan?
Awak bila lagi??? Jom beli Vivix dari saya hari ini!
Ada promosi untuk bulan Januari 2017, jangan tunggu lama lama okay?
PROMOSI JANUARI 2017 ada diterangkan secara terperinci dalam blog entri selepas ini Promosi Vivix - Jus Resveratrol Untuk Penyakit Moden. So, toksah tunggu lama lama okay? Mari cari saya untuk order lekas! 😃
PROMOSI JANUARI 2017 ada diterangkan secara terperinci dalam blog entri selepas ini Promosi Vivix - Jus Resveratrol Untuk Penyakit Moden. So, toksah tunggu lama lama okay? Mari cari saya untuk order lekas! 😃
Terima kasih dan assalamualaikum.
Resveratrol Dalam Vivix Shaklee: Berita Baik Untuk Pesakit Kanser?
Unknown
Januari 03, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan