
In 5 Tips Besarkan Network Bisnes Beli Produk Shaklee bisnes online shaklee Daftar Ahli Shaklee pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju Superstar Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5
5 Tips Bagaimana Saya Besarkan Network Bisnes Shaklee Saya
Posted on Februari 09, 2017
Hari ni, masuk 3 bulan plus saya dah berkecimpung dalam Bisnes Online Shaklee saya. Daripada tak reti satu haprak pun pasal bisnes (kecuali pok pek, haa… ni memang expert! hihi) sampai takat ni lah, alhamdulillah. Syukur sebab tak lah ke belakang but moving forward in a comfortable pace. Dalam masa 3 bulan tu; sungguh. Macam macam saya belajar.
Dari siapa sebenarnya saya belajar? Belajar dari sifu sifu yang ohsem lah macam Mami Bisnes saya; Mami Salwa dari (of course lah Superstars Shaklee) hingga lah ke extremely big shots sifus macam Tuan Hasbul Ariff, Tuan Hasbul Aqill, Dato’ Roslan Ab Hamid dan yang latest ialah Tuan Faisal Abdullah dan Tuan Azman Aziz (ini saya mention untuk physical seminars / workshops tau! Kalau online; extremely big shots sifus yang saya follow ramai sungguh; maybe next posting saya usaha yang ni pulok!).

Bagi saya; I would certainly beg to differ! Kenapa? Takde had umur untuk seseorang itu menimba ilmu. Ilmu tu penting kot. Ilmu tu lah naikkan taraf kita. Yard stick untuk tentukan siapa kita ni sebenarnya. Nasib saya takde anak atau berumahtangga. Sebab kalau ada anak perempuan pastu ada budak lelaki nak masuk meminang; memang ketaq lutut lah budak tu. Sebab saya takkan mahukan seorang menantu yang kaya raya tapi saya hanya nakkan seorang menantu yang kaya ilmu. Haa… nyanyi lagu “ibu mertuaku” lah bakal menantu saya tu ya? Hihi.
So, jom baca sama sama 5 Tips Untuk Besarkan Network Bisnes:-
👩🏻💻 Senyum
Kenapa kena senyum? Sebab senyum tu sedekah. Sebab bila senyum, tenang sikit hati prospek nak dengar awak bercerita. Dah lah kita ni stranger, pastu pakai terjah gitu je. Muka mencuka. Macamana nak expect orang dan dan tu nak chup kita dan kata, “Please, please. Jadi lah Pengedar Shaklee saya please?” Mimpi ke? Apa relation seorang prospek dengan besarkan network bisnes tu? Gini. Kalau awak senyum kat prospek, confirm lah prospek tu senyum balik kan? Maka terikatlah satu hubungan. Dari hubungan yang awesome tu lah awak akan mula kenal dengan yang lain. Mesti lah prospek tu syok tengok awak senyum, dia rekemen kat kawan kawan dia. Tak ke network tu?
👩🏻💻 Rajin
👩🏻💻 Majlis Ilmu
Tak, tak. Bukan suruh bawak flyers dan redah semua peserta majlis! Toksah buat malu Shaklee lah buat gitu. Orang suh pi Majlis Ilmu tu untuk serap ilmu lah. Belajar benda baru, memotivasikan diri, etc. Tapi toksah pegi kalau pegi semata mata nak jump into the bandwagon kata Tuan Bukhari Ramli. Maksud dia: toksah pegi kalau setakat nak ikut orang. Pegi sebab memang nak belajar. Nak tambah ilmu. Baru lah betul. Dan masa kat Majlis Ilmu ni lah kita boleh suai-kenal dengan yang lain. Again!!! Jangan sua flyers kat orang ramai macam itu yang main reason awak pi sana. It’s unethical! Tak elok! Suai-kenal tu; amik tahu orang sekeliling buat apa, etc. Dah katanya networking kan?
👩🏻💻 Tahu Produk
Jual vitamin tapi explain macam cerita pasal kuih koci? Ambik tahu lah sikit produk awak tu pasal apa. Sebabnya; bila kita usaha untuk ambik tahu pasal produk kita dan kita tahu antara (tak perlu semua pun) fakta fakta produk, ha… baru lah prospek / customer suka dan mula rekemenkan kita kat tempat lain kan? Oh. Dan jangan lah explain pakai ikut dan je. Sebab nanti awak nampak macam cikai dan product knowledge macam ke LAUT? Agak agak lagu tu, sapa nak percaya? Haaa… kan?
👩🏻💻 Tak Putus Asa
Ni sebenarnya paling penting. Bagi saya lah. Untuk saya; saya rasa Item 1 dan yang last ni. This has always been my motto in life dan tak semestinya cuma boleh guna kat bisnes semata mata tapi jugak untuk semua benda! Senang cerita gini; kalau kita putus asa, confirm yang lain pun kita takkan ada sepenuh hati, jiwa dan raga untuk buat apa apa pun kan? Jangan sebab sorang takmo, awak dah putus asa. Rileks lah. Teruskan. Okeh?
Haa… ni lah dia 5 Tips Untuk Besarkan Network Bisnes yang saya praktiskan. Awak pulak cemana? Ha, mai lah kongsi sekali.
Terima kasih semua sebab singgah dan baca sampai ke penghujungnya ya? Saya appreciate sangat sangat!
Assalamualaikum.
5 Tips Bagaimana Saya Besarkan Network Bisnes Shaklee Saya
Unknown
Februari 09, 2017

Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan