In Beli Insurans Beli Shaklee Online Cara Hidup Sihat Diet Seimbang Jaga Kesihatan pengedar shaklee setiawangsa Superstars Shaklee Vitamins + Supplements

Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Beli Insurans?

Kita semua sibuk dok Beli Insurans sana sini kan? Banyak pilihan syarikat insurans kat Malaysia ni kan? Macam macam jenis ada. Tunggu nak pilih je. Perunding Insurans tu macam mushroom melata lepas hujan. Merata rata ada. Kiri, kanan, depan, belakang. Tunggu nak angkat tangan dan kata, “Saya mahu!” dan semua pun jalan. Kan? Semakin banyak penyakit yang kita ada, semakin tinggi lah Premium Insurans yang kita kena tanggung. Kena bayar bulan bulan. Kena asingkan komitmen gaji untuk selesakan hati kalau jadi apa apa. Kalau jadi apa apa? Kenapa begitu PASTI yang akan jadi apa apa? Sebab dah tahu awal awal kita akan kena penyakit ke?

Rata rata orang kan, mesti nak cari dan Beli Insurans kat syarikat insurans yang berwibawa. Yang terkenal dan kalau boleh yang satu Malaysia pun guna. Sebab kata orang, kalau amik yang lekeh, semua benda pun tak termasuk pakej. Nanti masuk hospital, diri sendiri sibuk nak merintih? Sebab semua pun nak kena keluar duit poket sendiri. Gaji pun acah acah tinggi je, tapi lepas hari gaji, semua pun ‘gone with the wind’! Haih!

Bila dah amik syarikat insurans yang terkenal, yang hebat dan yang jadi pilihan ramai. Kena lah bayar lebih sikit. Sebab amik syarikat ternama kan? Harus lah nak bayar extra cash sikit. Ye lah. Kan syarikat famous! Elok elok badan sihat tubuh badan, sebab dah serabut gali duit sana sini nak bayar premium bulan bulan, eh eh! Terus jatuh sakit tengok akaun bank menyusut bagai air laut pasang surut! Tak pasal pasal kan? Cemana weh?

Cik Lisa pun ada insurans jugak. Sama macam awak jugak. Cik Lisa pun ada Beli Insurans. Tapi tak lah semewah awak semua. Beli yang coverage setinggi gunung dan kalau boleh jari luka sebab potong sayur pun nak cover! Hihi. Cik Lisa punya coverage yang basic je. Yang paling murah lah kiranya. 


Tapi, isu Beli Insurans ni kan, buat Cik Lisa sekarang terfikir lah jugak. Macamana kita boleh terlalu yakin tentang kesihatan kita bila tua nanti yang kita akan sakit tenat, teruk dan menyayat hati dan laju laju kita tekan nombor kat phone kita tu nak call Perunding Insurans sebab nak amik dan Beli Insurans yang paling tinggi depa offer? Atau sebab kita sekarang ni cuma sambil lewa dok jaga kesihatan kita; taram semua benda nak yum yum makan segala benda jua sebab dah tahu yang insurans kita amik tu boleh cover setiap sakit yang bakal kita kena tak lama lagi? Gitew ke pemikiran kita sebab tu kita cepat cepat cari dan Beli Polisi Insurans paling mahal abad ini?


Atau, kita naik syok dengar Perunding Insurans dok explain pasal pakej itu ini dan dah awal awal menakut nakutkan kita dengan segala jenis tok nenek penyakit kronik yang hari hari makin bertambah bilangan pesakit dia dan diakhiri dengan kematian yang oh my, oh my… so kita pun lekas lekas buat decision untuk amik dan Beli Insurans yang dia tawarkan, regardless of how hefty the monthly commitments will be? Awak ni langsung tak yakin dengan lifestyle dan cara pemakanan awak hari hari tu ke, sebab tu terus buat decision untuk Beli Insurans yang Perunding Insurans kita ni tawarkan? Begitu kah? Serius ke sebab ittew?

Makin lama Cik Lisa dok taip ni, makin runsing Cik Lisa dok pikir alasan sebenar orang orang kita sekarang ni yang suka betul dengan macam macam pakej yang ditawarkan oleh Perunding Insurans kita tu tau! Contohnya: Insurans Untuk Wanita Bekerjaya, Insurans Untuk Bayi Baru Lahir, Insurans Pakej Platinum (untuk mereka yang berduit, hihi), Insurans Pakej Emas (untuk yang agak ‘ada ada’ tapi tak sampai nak beli Platinum, hoho) dan macam macam pakej yang ditawarkan lah kan? Dan semestinya, makin banyak perlindungan yang diberikan, makin tinggi lah premium nak bayar kan?

Bagi Cik Lisa, terutamanya lepas Cik Lisa dah mula ‘berjinak jinak merpati dua sejoli’ dengan dunia vitamins dan supplements bila Cik Lisa Daftar Jadi Ahli Shaklee dan mulakan Bisnes Online Shaklee kan, Cik Lisa terfikir… kalau kita mampu jaga kesihatan kita sehabis kederat kita ni dengan betulkan cara hidup kita (baca: lifestyle) dan ubah gaya pemakanan cara sihat; inshaALLAH jika diizinkan ALLAH, kita mampu sihat dan cergas dan tercegah daripada setiap penyakit merbahaya / kronik yang semakin berleluasa kat dunia sekarang ni. Sebab berdasarkan daripada seminar kesihatan yang dianjurkan oleh Superstars Shaklee secara bulanan bersama Dr. Haresh; antara punca punca penyakit kronik utama yang sedang berleluasa sekarang ni (i.e. kanser dan diabetes) adalah disebabkan oleh lifestyle dan diet seseorang tu! Memanglah ada yang disebabkan oleh keturunan tapi itu hanya sebilangan kecik je. Bukan majoriti! 

Contoh: Angelina Jolie; pelakon wanita hot dan awesome tu dikatakan dah pun buat pembedahan membuang payudaranya, sebab kalau ikut keturunan, mak dan makcik dia ada kanser payudara. Jadi, untuk mengelak dari terkena perkara yang sama, awal awal dia dah buat pembedahan tu. Sebab apa? Sebab dia tahu dia tak boleh nak ubah lifestyle dia sebagai seorang pelakon terkenal di Hollywood, jadi dia ambik langkah untuk buang payudara dia awal awal. Awak boleh ke buat gitu?

Kalau kita awal awal dah amalkan lifestyle dan diet yang sihat; lepas tu ambik vitamin dan supplement untuk meningkatkan taraf kehidupan yang sihat… kenapa kita perlu Beli Polisi Insurans yang tinggi premium dia? Memang baik untuk sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau kita yakin dengan kehidupan sihat kita; dan jika diizinkan ALLAH tentunya, kenapa kita perlu nak bagi komitment untuk premium insurans yang tinggi tak pasal pasal?

Dah makan cara sihat kenapa perlu makan vitamins atau supplements tambahan lagi? Dulu saya ada kongsi isu ni sebab ramai sangat dok pok pek kat saya kata depa makan sayur banyak dah, nutrisi dah cukup. Tak perlu lagi nak makan vitamins bagai ni. Hoih! Saya Makan Sayur Hari Hari Jadi Saya Tak Perlu Makan Supplement Lagi kat sini saya cerita, cuba klik tengok?

“Memanglah dik, kalau kau makan 1 kilogram bayam mentah untuk cukupkan kandungan magnesium dalam badan ikut nisbah harian. Boleh gitu? Mentah okeh! Sup bayam, bayam goreng, takleh. Weh. Rabbit pun muntah hijau lah gitew!”


Tapi, toksah lah pulak sibuk pulun telan vitamins atau supplements tepi jalan tu, pastu sakit nanti sapa pulak nak menjawab. Bila pilih vitamins dan supplements, tolong lah buat kajian sikit tau. Cek lah sikit guna bahan apa, halal ke tidak, guna sintetik ke cemana, ada ujian klinikal tak dan paling penting; selamat ke tidak. Sat lagi; dah lah tak Beli Polisi Insurans sebab Cik Lisa kata toksah beli. Pastu pi pakat telan vitamins dan supplements yang tah hape hape harga RM10 sebotol tahan sebulan. Hoih. Pengsan lah cenggitu. 

Macam Cik Lisa ni; saya makan vitamins dan supplements Shaklee. Memang saya yakin sangat sangat dengan produk ni. Bukan sebab botol botol dia comey. Atau sebab nama nama produk dia stylo, macam nama jus anggur feveret Cik Lisa tu VIVIX (Cik Lisa sorang yang drama queen ke, atau memang nama ni syok nak sebut? Cuba try sebut… VIVIX! Hihi…). Tapi sebab Shaklee ni ada buat ujian klinikal yang sangat ohsem! Landmark Study Shaklee nama dia. Dan dah ada Landmark Study 2 dah pun. Dan ujian klinikal depa ni bukan calang calang setahun dua punya ujian tahu tak? Ujian yang depa buat ni bertahun tahun tok nenek lah depa buat. At least 20-30 tahun!!! Ohsem tak Shaklee tu?

“Produk kau ada ke?”

Lepas tu kan, dulu Cik Lisa pernah cerita… ingat tak? Shaklee ni sanggup habiskan RM 1billion setiap tahun untuk jalankan semua aktiviti Research & Development (R&D) untuk setiap produk dia ni bagi nak pastikan yang produk ni selamat dan takkan mendatangkan penyakit merbahaya untuk setiap pengguna dia! Mereka lagi rela nak laburkan duit untuk R&D daripada nak habis duit bayar retis untuk buat promosi produk produk mereka. Cool sangat kan approach tu? Tertawan hati Cik Lisa tahu tak? Lagipun nak cari retis buat apa, kan Cik Lisa ni pun dah ramai orang kenal sebagai Lisa Saleha? Hik hik!


Jadi sekarang? Dah fikir fikir tak apa yang Cik Lisa sakan dok pok pek tu? Make sense tak untuk Jaga Kesihatan Lebih Baik Dari Beli Insurans?

Tepuk dada, tanya selera. Selera awak ke arah cara hidup sihat tak? Jaga kesihatan dari sekarang dan duit duit lebih tu boleh bawak famili jalan jalan. Tak perlu nak bayar dan Beli Insurans dengan premium yang mahal mahal terlampau tu. Ye dok? Apa kata awak? Betul ke betul apa yang Cik Lisa dok seronok bercerita pok pek tu? 

Fikir fikirkan lah ya? Itu pendapat Cik Lisa dan untuk awak bawak bawak berfikir sejenak pastu boleh je cerita dengan Cik Lisa pendapat awak. Best jugak kalau ada yang nak bertanya, berbual kan?

Dan untuk yang nak dapatkan vitamins atau supplements dari Cik Lisa, boleh >>>Beli Shaklee Online<<< atau >>>Hubungi Saya<<< nanti saya contact awak untuk urusan selanjutnya. Kalau rasa dua dua tu pun payah, mai Whatsapp Cik Lisa di 012-219 5363 nanti Cik Lisa cepat cepat bantu awak dapatkannya. Okay?

Salam sayang dari Cik Lisa untuk awak semua. Terima kasih sebab sudi singgah dan baca pok pek Cik Lisa sampai habis tau. Sweet sangat. Terharu Cik Lisa dengan komitmen awak semua ni. Ni yang rasa sayang tu semakin melimpah ruah ni. 

Terima kasih dan assalamualaikum.


Nota kaki: Blog entri ini tidak bertujuan untuk menidakkan pengambilan insurans dari mana mana pihak insurans dan hanyalah bertujuan mengingatkan pembaca betapa pentingnya untuk kita sendiri menjaga kesihatan diri sendiri dan bukan hanya bergantung kepada polisi insurans untuk jangka panjang; kalau kalau nanti jatuh sakit. Harap maklum.

Related Articles

0 comments: