In Adab Berbisnes Beli Produk Shaklee Daftar Ahli Shaklee Isu Main Harga Jujur Dalam Bisnes shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee Tips Bisnes Online tsunami shaklee Ultimate 5

Isu Main Harga Di Kalangan Pesaing Dalam Bisnes Shaklee

Dalam relationship, kita kena selalu jujur. Jujur atau omputih kata honest. Kita tokleh nak tipu tipu sana sini. 

Kat orang tu kata gini, tapi sebenarnya the other way round. Sebab maybe memula okay, but lepas tu confirm tak okay. 

Macam peribahasa lama tu, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Orang selalu generalized kan term relationship atau hubungan tu ialah antara pasangan kekasih. Lelaki dan perempuan. 

Couple. Merpati dua sejoli. Tapi sebenarnya, hubungan tu ialah antara dua watak. Tak kisah lah jantina apa pun. Love relationship ataupun relationship yang lain. Asalkan hubungan antara dua orang, itu dah cukup untuk dipanggil sebagai hubungan kan?

Hari ni, Cik Lisa nak cerita tentang relationship dalam Bisnes Online di antara kita dengan pesaing. 

Macam Cik Lisa dah explain tadi, bila ada hubungan wujud antara dua watak, kita mesti berlaku jujur. Tokleh nak menipu. Term tipu sunat tu tak pernah ada dalam kamus kehidupan pun tau tak? Kita tokleh nak buat lain dan kata lain. Kekonon nak acah acah, tapi pastu buat benda yang lain. Tokleh jugak nak cari pasal dan pastu obviously berakhir dengan dendam dan kesedihan yang teramat kan? 

Ali, Siti dan Aminah

Alah. Macam couple lah. Pasangan kekasih. Contohnya; si Ali ni couple dengan Siti. Tapi at the same time, Si Aminah ni syok kat Ali. Jadi, satu hari yang indah dan burung burung berkicauan; Si Aminah ni ajak Si Ali ni keluar tengok wayang. Si Aminah ni tak tahu yang Si Ali ni dah couple dengan Si Siti. Sebab tu dia ajak dating. 

Tapi, yang buat hal nya pulak, Si Ali ni kata,“okay, no problem!"

So, mereka pun keluar berdua. Malam tu, Si Siti telefon lah Si Ali. Rindu kata dia. Dan bila Si Siti tanya kenapa seharian hilang tak dengar kabar berita, Si Ali kata dia pi melawat pakcik dia sakit kat hospital. Kisah Si Ali dan Si Aminah ni pulak berlanjutan berbulan bulan pastu.

Satu hari yang ribut sabung menyabung dan hujan lebat, Si Siti dapat tahu pasal Si Ali dan Si Aminah sebab officemate dia kantoi depa pi tengok wayang kat KLCC. Pegang tangan bagai. Hancur ke hancur hati Si Siti? Remuk ke remuk hati dia bila dia tahu Si Ali tak berlaku jujur ke dia?

Dalam masa yang sama, kawan Si Aminah dapat tahu tentang Si Ali dah dekat nak bertunang rupanya dengan kekasih pilihan hati, Si Siti tadi tu. So, dia pi bagitahu hal sebenar kat Si Aminah. 

Si Aminah kecewa. Nangis tiap tiap malam. Hati bagai dicarik carik halus. Jiwa macam meronta ronta kesedihan, tak sangka Si Ali sanggup buat dia sampai camtu sekali. 

Apa jadi kat Si Ali? 

Apa pun tak dapat. Nasi dah jadi bubur. Tapi, ni lagi menyayat hati. Sebab ni nasi dalam dua periuk yang berlainan dan dua dua dah jadi bubur. Dua dua tokleh nak reverse balik dan jadikan nasi basmathi atau nasi kandar. Sekarang dua dua dah lembik, lenyek dan tak berbutir macam nasi normal lagi. 

Nampak tak kesan dia kalau kita tak jujur dalam perhubungan. Baik dalam perhubungan cinta antara dua insan. Mahupun perhubungan apa apa sekalipun bagi dua belah pihak yang terlibat kan? Sakit kan? Dah temui jalan buntu kan? Dah tokleh nak buat apa kan? 

Sama situasi dia macam bila nasi dah jadi bubur. Bubur tak mungkin akan berubah bentuk jadi nasi semula, kan?

Jujur dengan pesaing

Sama lah isu nya dengan hubungan di antara kita dan pesaing. Memang Cik Lisa ni Pengedar Sah Shaklee. Tapi ada beribu orang lain yang pegang jawatan yang sama. 

Walaupun Cik Lisa nampak diri Cik Lisa lebih kepada seorang perunding instead of penjual, tetap di tangan ialah produk Shaklee yang Cik Lisa akan usulkan kepada prospek dan customer Cik Lisa. Same goes dengan mereka yang lain.

Isu yang Cik Lisa seronok sangat nak argue atau berdebat secara positif hari ni ialah isu main harga. Ini salah satu benda yang sangat femes di kalangan orang berbisnes. Tak semestinya Bisnes Online Shaklee yang Cik Lisa involved sekarang ni. Tapi apa jua bisnes yang melibatkan harga. Jual beli. Produk atau servis. Keduanya sama saja.

Cik Lisa faham sangat kedudukan orang orang bisnes yang lain. Cik Lisa faham sebab Cik Lisa pun kan salah sorang dari mereka juga. Cik Lisa kan dah mulakan Bisnes Online Shaklee Cik Lisa ni dah nak masuk 5 bulan akhir bulan ni inshaALLAH. 

Cik Lisa tahu mereka mesti nak cari untung. Nak cari wang tambahan untuk sediakan makanan di meja makan. Lebih lebih lagi mereka yang dah berkeluarga. Kadang kadang, ada antara mereka tu yang dah kawen, boleh cakap kat Cik Lisa yang Cik Lisa tak perlu nak struggle lebih lebih sebab Cik Lisa bukan ada anak pun. 

Cik Lisa bukannya ada keluarga. Tak perlu duit banyak. Bagi peluang kat mereka yang dah kawen. Mereka lagi perlu.

Eh eh! 

Siapa kata yang single kena buat bisnes secara ala kadar untuk bagi laluan pada mereka yang dah kawen? Sejak bila ada kasta; yang single tokleh earn more than mereka yang dah ada family? Since when pulak kredibiliti seseorang yang berbisnes tu nak diukur guna status perkahwinan? 

Bila hal hal camni lah buatkan ramai pesaing lagi gemar untuk cari jalan shortcut untuk dapat untung dengan mula main harga

Main harga tu apa dia?

Ada sesetengah orang tak berapa nak familiar dengan isu main harga ni. Cik Lisa rasa bagus sesangat kalau awak tak tahu. Sebab kalau dah tahu dan kalau awak ialah salah sorang daripada mangsa pesaing yang syok sangat nak main harga ni, fuhhh! Boleh sakit hati ya amat sampai rasa nak baling barang kat muka orang lah!

Main harga ni ialah bila pesaing kita menjual produk dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga runcit / harga yang sepatutnya dijual kepada prospek. Alasan pesaing pilih untuk main harga

Untuk dapatkan lebih sales untuk bulan tu: lebih kuantiti prospek baru yang jadi customer, so that pesaing boleh dapat keuntungan dari bonus yang akan dia dapat hasil daripada kuantiti jualan bulan tu. 

Contohnya gini; Encik A nak beli losyen. Dia pegi jumpa Penjual (1) dan harga yang ditawarkan ialah harga runcit untuk produk tu RM30. Encik A masa tu tengah riki riki harga. So, dia jumpa Penjual (2). Penjual (2) ni memang mengamalkan servis main harga. Dia tanya berapa Encik A nak. Encik A pun cerita lah dia dapat RM30 dari Penjual (1). 

Penjual (2) tahu yang RM30 tu ialah harga runcit dan harga yang sepatutnya dijual kepada Encik A ni tau. Tapi, tahu apa dia buat? Dia turunkan harga jadi RM25 sebab dia nak rebut Encik A dari Penjual (1)!!!

Adil ke gittew? Baik ke perilaku? Logik ke buat camtu?

Dan dah tentu lah Encik A akan beli produk dari Penjual (2). 

Masalah yang kita hadapi sekarang ni pulak, terlalu ramai penjual kat luar sana yang amalkan sama macamana Penjual (2) ni buat. MAIN HARGA. Bila trend main harga ni berleluasa dengan jayanya, sekaligus hal ni dah tutup periuk nasi penjual penjual berhemah dan jujur macam Penjual (1) tu. 

Dalam erti kata kasar, 

"Penjual yang amalkan main harga ni dah ludah dalam periuk nasi penjual penjual yang berhemah dan cemana penjual penjual jujur nak cari makan lagi?"

Jom semua main harga lah kalau camtu?

Jadi, maksudnya untuk nak selamat kita semua patut main harga dan compete dengan mereka yang camtu tengok sapa lagi hebat? Gittew ke patutnya?

Tapi, awak jangan lupa satu perkara. 

Bila kita main harga dan fikir kita akan sentiasa dapat buat jualan berbanding mereka yang jujur, ada tak terfikir nasib awak tu nanti? Nasib awak dengan prospek dan customer yang awak dah berikan mereka harga termurah abad ini tu? Nasib awak untuk cari makan lepas ni dengan hasil jualan awak tu?

Sekali kita main harga dan dapat beat penjual lain untuk buat jualan, sekali tu lah kita terdedah dengan harga murah untuk prospek dan customer selama lamanya. 

Awak ingat awak boleh naikkan harga lepas ni dan cakap kat prospek atau customer tu yang harga hari tu cuma one time offer dan lepas ni harga awak akan sama macam si penjual jujur? Awak ingat prospek atau customer akan redho dan kata okay, takde hal untuk naik harga lepas tu?

Mimpi di siang hari lah!

Sekali awak bagi murah, ini akan mendorong prospek dan customer untuk terus menerus mintak kat awak harga yang murah tu tahu tak? 

Dan selama tu lah hidup awak akan dihantui dengan prospek dan customer yang akan keep on trying untuk dapatkan harga termurah awak tu sebab awak dah sajikan gittew kat mereka before ni, masa awak tak berlaku jujur pada pesaing awak!

Siapa yang rugi sekarang ni?

Siapa yang rugi sekarang ni? 

Penjual (1) mungkin akan hilang satu prospek atau customer yang Penjual (2) dah rebut dengan cara main harga tu. Tapi, sekurang kurangnya dia firm untuk buat decision dan akan dapat prospek atau customer yang respek dia dengan pegangan kuat etika berbisnes tu. 

Dan prospek atau customer yang tahu kita tegas dalam berbisnes, tak main sailang sana sini especially dengan harga, akan datang lagi dan lagi sebab dia tahu kita sangat professional berbisnes. Bukan bisnes gaya cincai cincai cap ayam. 

Jadi, sekali lagi. 

Siapa yang rugi sekarang ni? 

Sebab tu, Cik Lisa memang pantang sangat sangat bila ada di antara prospek prospek untuk VIVIX yang Cik Lisa jumpa / come across pernah cakap;

“Eh, kenapa awak bagi harga mahal? Tapi, Miss A tadi kata dia boleh bagi harga RM xx (harga ahli sebelum GST!)”

Dalam hati Cik Lisa, ya ALLAH. Sapa lah yang desperate sangat sampai sanggup turun harga cenggitu sekali. Dah lah takde untung runcit, siap kena keluar duit sendiri dalam RM25 untuk dapatkan seorang customer? Serius ke ni? Biar betul? 

Memang lah VIVIX tu mahal, tapi kau siap nak top up duit untuk kakak ni beli dua botol? Kau siap nak top up RM50 dari poket sendiri untuk dapat seorang prospek jadi customer? Biar betul?!

Alhamdulillah, ALLAH cekalkan hati Cik Lisa sebab Cik Lisa selalu akan kata,

“Maaf kakak. Saya tokleh bagi harga serendah dia, sebab tu bukan harga ahli tapi rendah dari ahli. Saya bukan penjual Shaklee yang main harga jadi saya mintak maaf. Akak ambik lah dari dia kalau gittew. Saya tak dapat bantu akak, maaf ya?”

ALLAH tu Maha Adil. Sebab Cik Lisa tekad dan tolak tawaran untuk dapatkan Kakak tu jadi customer Cik Lisa dan Cik Lisa jaga etika bekerja / berbisnes dengan baik, Kakak tu akhirnya setuju (tetiba budak tu takde stok katanya!) untuk jadi customer saya dan beli dengan harga yang sepatutnya; tanpa ada isu main harga.

Memang orang kata, alah… main harga je pun. Bukan management tahu. Bukan orang tahu. Buat senyap senyap sudah. Janji kau ada sales masuk. Janji kau buat jualan bulan ni dan tak krikk krikkk semacam. 

Tapi, awak dah lupa satu perkara lagi. Awak dah lupa yang ALLAH tu tahu apa kita buat. ALLAH nampak apa kita usahakan. ALLAH tu benci kalau kita tak jujur dan ambik kesempatan pada orang lain. Awak nak ke dimurkai ALLAH?

Mungkin kita akan selamat dan hidup riang ria dengan duit yang sekepuk, kaya raya dan hidup mewah kan? Tapi, dunia ni kan hanya sementara. Dah fikir ke apa jadi nanti di akhirat bila semuanya dah takde?

Fikir fikirkan lah. Sebab tu Cik Lisa selalu cakap, Adab Berbisnes tu sangat penting. Sebab ia menentukan hala tuju kita dalam hidup. Dan ia tentukan saham dunia dan akhirat kita nanti, inshaALLAH.

Terima kasih semua dan semoga awak dapat manfaat dalam entri blog Cik Lisa hari ni tawww!


Assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: