In 5 Tips Menulis Blog Bisnes Online bisnes online shaklee Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee Tips Blogging

5 Tips Menulis Blog

Dua tiga menjak ni, ramai jugak yang tanya Cik Lisa soalan yang agak susah jugak nak jawab,

“Apa rahsia Cik Lisa tulis blog camni? Macamana dapat idea yang melimpah ruah dan mudah betul nak naik ranking lelaju duduk diam diam kat first page Google? Ceritalah!”


Kenapa Cik Lisa kata susah nak jawab? Susah ke? Banyak ke prosedur nak tulis blog tu? Nak pikat hati Si Google dan pilih kita, lagi lagi kita, asyik asyik kita dan bukan orang lain. 

Lebih lebih lagi, bila mereka tahu Cik Lisa baru bermula! Bukan setahun dua tulis blog. Padahal tak sampai setahun? 

Apa rahsia sebenar Cik Lisa sebenarnya? 
Ini yang betul betul payah Cik Lisa nak cerita. Susah sungguh rasa nak cakap sejujur yang mungkin. Takut pun ada jugak. Bukan apa. Bukan takut dikecam. Ceewahhh! Ada gaya retis jawab soalan reporter dak? Hihi. 

Tapi takut awak hampa. Takut awak nangis nangis tiap malam kata Cik Lisa dah tipu awak. Takut awak tak nak kawan dengan Cik Lisa dah lepas ni sebab kata Cik Lisa kedekut ilmu dan nak makan sorang sorang. 

Paling takut kalau jawapan yang Cik Lisa bagi tak memenuhi citarasa atau skema jawapan yang awak dah sesiap buat dalam kepala.

Sebab apa? Sebab tak ada rahsia yang semua orang dah sedia maklum tahu. Sebab tak ada apa yang Cik Lisa sorok dari awak. Langsung tak ada. Sebab Cik Lisa cuma buat apa yang semua sifu sifu blog dah cakap dan bagi secara percuma dah tawww kat dalam FB. Kat internet. 

Semua taktik dah ada depan mata. Tunggu masa kita nak rembat cecepat atau nak tutup dua belah mata dan terus jalan, lepas tu nangis nangis tak berlagu kata dunia ni tak adil. 

Sebab awak tak tahu. Bukan sebenarnya awak tak tahu, tapi awak buat buat tak tahu dan maju ke depan.

Memandangkan dah lebih dari 5 orang pun tanya benda yang sama kat Cik Lisa sebelum hari ni tanpa henti. Dengan semangat kental mereka dok interview Cik Lisa. 

Dan tak putus asa dok suruh Cik Lisa berkongsi ilmu di dada, ceewahhh! So, Cik Lisa rasa baik Cik Lisa tulis je satu posting awal awal untuk awak hadam dan cuba. 


Jadi, here goes. Sini Cik Lisa nak kongsi benda baik dengan awak yang minat nak menulis blog. Mama kandung kita dan mentor bisnes Cik Lisa pun sama; Mami Salwa kata, benda baik tak elok makan sorang. 

Cuba bawak dalam mangkuk comeyy dan hidangkan. Ikut lah orang di meja nak join makan sekali atau pandang sebelah mata dan berjalan pergi.

Cik Lisa bukan lah seorang yang layak nak kongsi tips pun, sebab Cik Lisa sendiri masih lagi bertatih. Tak pun kebaboom lagi dengan sales bulanan sampai cecah RM100K taww! 

Tapi, Cik Lisa tetap nak kongsi tips yang Cik Lisa tahu dan praktis hari hari selama ni. Dah awak pun dok asyik asyik tanya kan? Hihi. 

=================
5 TIPS MENULIS BLOG
=================

😎 WAJIB KONSISTEN!

Ini keyword sebenarnya ialah, JANGAN MALAS! 

Ini yang paling penting pun sebenarnya. Tolak tepi isu teknikal tu dulu. Bukan lah cakap isu teknikal tu tak penting kan? Tapi, bukan lah kata tak perlu belajar isu teknikal tu. Elok lah kalau pi belajar. 

Obviously. Kan? But Cik Lisa sendiri masih seekor bilis kecil dan tak mampu lagi pun nak ada keluarga bisnes yang ohsem untuk compete dan jadi sebuah keluarga yang hebat kan? 

Tapi, tak bermakna takkan jadi ohsem satu hari nanti. Sebab tu, sebagai permulaan kita kena lah rajin. Tapi jugak, tak lah bermakna kita kena buat blog atau semua kena buat blog kan? Itu salah satu medium. 

Pepandai lah kita tengok apa forte (baca: kepandaian) kita kan? Semua ni bergantung pada diri kita sendiri. So, keyword dia ialah: kenali diri kita dulu taww!

😎 KOPIPES ITU HARAM!

Kok ya pun nak berjaya, tak elok lah nak ikut cara jahat. Betul tak? Tak afdal gittew. Tuhan marah. Kalau awak setakat kopi je semua orang lain tulis, pastu syiokkk sendiri kekonon awak yang tulis sendiri? 

Tak baik gittew. Sebab apa? Sebab itu idea orang lain, bukan idea awak pun. Kenapa nak cilukk orang punya idea dan penulisan?

Jadi, sila usaha dan tulis sendiri! Tak pandai? Belajar. Awak ingat, baby lahir lahir tu terus pandai berkata kata ke? Bila lapar, dia cakap kat mama dia ke, 

“Mama, nak susu. Perut lapar lah pulak rasanya!”

😎 TULIS DARI HATI!

Bila tulis, tulis sendiri kan Cik Lisa kata tadi. Sebab apa? Sebab baru orang tahu itu awak yang tulis. Kalau awak suruh adik awak ke, abang awak ke, kakak awak ke, mama awak ke… orang yang bebetul kenal awak tu, dia mesti akan tahu itu bukan awak taww! 

Biar ikhlas menulis, baru sampai mesej tu dalam hati pembaca tu. Baru sampai kasih sayang tu. Baru terkesan dalam hati dan jiwa raga orang tu. Orang tu ialah pembaca awak. 


Pembaca awak yang baca hari hari apa yang awak tulis, konfem lah akan tahu itu bukan diri awak yang sebenar kalau acah acah menulis. 

Tak perlu pandai menulis pun. Eh. Maksudnya, formula ke apa ke. Yang penting konten awak tu dari hati sanubari awak sendiri. Cik Lisa tulis selama ni dengan penuh perasaan taww! Apa yang terbuku, itu lah yang tertulis. Haa, suweett takkk? Haha. 

😎 JANGAN RISAU AUDIENCE TAK KOMEN!

“Takde orang pun komen. Malas lah nak sambung menulis!”

Boleh tak chill dan rilek dulu? Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus lagi. 

Kenapa kalut sangat? Awak tulis je, toksah pikir dunia luar. Tulis semua yang terbuku di hati. Tapi toksah lah tulis gaya ala ala remaja jiwa kacau. 

Toksah lah jugak merintih mengadu domba hati awak yang tercalar terluka tu. Buat apa? Ini bukan rancangan Oprah Winfrey tahu ke? Sedar ke?

Faham dok?

😎 BETULKAN MINDSET! 

Ni paling penting. Paling dan super paling! Ceewahhh! Super paling tahu ke tu? 

Cemana boleh jadi penting? Sebab kalau otak dan kepala awak tu tak di haluan yang betul, tak ke mana lah awak. Apa mindset yang betul tu? 

Memang lah Cik Lisa faham yang bila kita mula bina Bisnes Online Shaklee, konfem lah untuk dapatkan duit lebih kan? Nak duit, sapa taknak? 

Tapi, mindset tu mesti lah betul. Niat kita tu betulkan, kita menulis sebab nak kongsi tentang produk. 


Moga moga pembaca dapat manfaat. Dapat tahu in detail pasal produk (kalau awak menulis jual produk). Dapat cahaya di hujung terowong. Something like that. Eh. Faham kan? 

Pendek kata gini. Mindset untuk berkongsi. Untuk salurkan sesuatu yang boleh bantu orang lain jadi lebih baik. Haa, gittew. Ceewah! Hihi. 

================

So, itulah dia rahsia untuk menulis. Hampa ke? Ha, kan dah cakap. Mana ada rahsia pun. Semua tu datang dari kita sendiri - nak atau taknak. Tak boleh lah sebab si A tu berblogging, awak pun sibuk nak berblogging tapi dok acah acah posting satu je setiap dua minggu. 

Ataupun, setakat buka akaun blog, tapi dok saje gittew je. Awak ingat ni zaman orang duduk duduk tepi tangga and doa moga moga bulan jatuh ke riba ke? Pfft! Ke laut lah gittew. 

Siap siap pakai lifejacket lah ya? Takut satgi terhanyut, terlemas sampai ke tengah, datang jerung ngappp awak terus!

Ha, itu lah dia perkongsian Cik Lisa untuk malam ni. 

Semoga awak dapat lah manfaat dari tips Cik Lisa malam ni taww! All the best!

Terima kasih sudi baca Cik Lisa pot pet ni, nanti kita jumpa lagi okeh? 

Assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: