In bisnes online shaklee mindset bisnes yang saya belajar melalui bisnes shaklee pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju team superstars shaklee tsunami shaklee

5 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

Betul tak kalau saya cakap; bila bila masa pun, takkan ada waktu yang kita rasa diri ini terlalu tua untuk belajar? Untuk menimba ilmu? Bila saya Daftar Jadi Ahli Shaklee, persepsi saya totally berubah!

Sejak saya mula dengan bisnes online Shaklee saya sebulan yang lalu… banyak benda yang telah saya indirectly belajar dari Shaklee ni. Yang hebatnya, semua benda yang masuk dalam kepala otak saya, ialah semuanya yang positif. Yang membawa kebaikkan dunia dan akhirat. 


Mungkin orang akan cakap, saya ni cakap sebab nak cakap? Sebab nak tulis and attract minat korang semua? Haha. Terpulang lah awak nak pikir cemana sekali pun, sebab yang penting… ini adalah benda benda baik yang saya pelajari sejak saya join bisnes Shaklee ni:-


­čî┐ SABAR
==========
Shaklee ajar saya erti SABAR. Sabar dalam segala hal. Sabar dalam menanti panggilan telefon customer pertama. Ataupun whatsapp. Tapi yang penting, sabar menanti minat dari seorang customer yang percayakan diri kita untuk jadi penjual barangan Shaklee kepada dia. 

Bayangkan? Customer ada beratus ratus pilihan untuk pilih pengedar mana yang dia nak beli produk ni kan? Tapi Shaklee ajar saya erti sabar. Rezeki tu datang dari Allah. If kita dah usaha, kita buat apa yang patut, inshaAllah dengan izin-Nya, ada lah rezeki kita.  

Mula mula saya horror jugak, ye lah. Kita ni mana nak ada pengalaman menjual camni kan? Nak compare dengan ahli lain. Tapi, alhamdulillah… tunjuk ajar Mami Salwa, saya sehari demi sehari, belajar apa erti kesabaran tu.

Sebab kita bukan nak buat Shaklee secara ‘touch n go’ je, buat 2-3 bulan then blah camtu je kan? Good things memang kena sabar banyak sikit kan? So, inilah salah satu nya yang Shaklee dah didik saya. 



­čî┐JANGAN MUDAH PUTUS ASA
=========================
Bila sabar dah sampai tahap maksimum, sebagai seorang manusia, mesti nak melatah jugak kan? Dok pikir pikir, apa lah nasib aku ni. Bukan ‘forte’ menjual agaknya. Blog takde orang singgah. FB takde orang comment. Insta apatah lagi. 

Lama lama tu, terdetik jugak… malas lah nk proceed ni. Macam takde orang interested je dengan posting aku semua ni? Salah ke aku tulis? Apa yang betul sebenarnya? 

Macam macam dalam kepala. Ligat otak dok memikir. Bila dah macam macam pikir, mula lah syaitan nak masuk campur. Hasut hasut suruh give up.

Tapi, Mami Salwa cakap… apa apa yang kita rasa, kita rujuk pada Allah. Apa apa yang kita rasa tak tenang, kita mengadu pada Allah. 

Alhamdulillah, saya teruskan semangat saya dan masih di sini hari ni. Kita tak leh putus asa. Bukan nya boleh letak satu post ala kadar malam ni, esok ada 10 customers datang bergolek! It doesnt work that way! It needs time. Bukan 24 jam, terus boleh jadi expert. 



­čî┐BERSIKAP POSITIF ITU PENTING
============================
Once kita jejak kaki dalam dunia bisnes, kita akan jumpa macam macam ragam manusia. Ada yang baik hati… baik sesangat. Kalau boleh, lepas kita cakap nama satu produk, terus dia nak beli. Sebut lagi satu, nak beli jugak.

Alhamdulillah. Tapi kadang kadang, kalau produk tu tak berapa nk perlu pun, saya akan bitau dia. Better amik yang lain yang lebih diperlukan, ye dak? Sebab niat kita nak bantu orang kan? Bukan nak kosongkan balance account bank dia.

Ada jugak jenis yang treat kita ni macam hamba abdi zaman lampau dulu. Zaman Raja Firaun. Yang hamba abdi zaman tu ada bebola besi kat kaki tu. Ada je yang treat saya macam tu, masa tu Allah je lah yang tahu apa saya rasa.

Nak menangis pun ada jugak. Tadi disuruhnya explain. Bila explain dia cakap, oh ini dia tahu. Dah lah cakap kasar sungguh gayanya, pastu dah habis explain, dia boleh cakap takpelah. Rasa tak berapa minat nak makan vitamins! Apakah?

Bila orang macam ni kita jumpa banyak kali, if kita tak biasa… kita akan rasa sedih. Bila kita rasa sedih, benda ni makan dalam. Makan hati, sikit demi sikit. Banyak kali makan hati, sampai habis takde hati dah. Mula lah nak rasa murung. Pastu look down on ourselves pulak, sebab rasa tak up to standard. Sebab tu dia maki and tak beli.

Nampak Tak Cahaya Kegembiraan Terpancar Sekali Dengan Sunrise

Kat Belakang Tu? Haa.. Bukan Senang Nak Dapat Camni, Tau?

Tapi Mami nasihat kami semua… bila ada prospek jumpa kita, jangan berharap. Betulkan niat kita tu. Niat bukan nak amik profit semata mata, tapi nak kongsi benda baik. Benda baik, elok kita kongsi. Niat nak bantu orang. Nak tolong dia untuk kebaikkan. 

Lagi satu, if lepas cerita panjang prospek decide taknak beli, kita takleh rasa sedih. Kita kena terima hakikat yang dia tak berminat. Tapi kita boleh amik perjumpaan tu in a positive way; yang benda tu semua ialah untuk latihan kita. Latihan bertemu pelanggan. Improve communication skills kita. Belajar dari kesilapan. Apa yang kita tak cerita lengkap sampai prospek hesitate nak beli? Apa yang hentikan minat prospek untuk tahu lebih detail?

Yang penting, kite kena buang jauh jauh rasa negatif yang cuba nak muncul tu. Sebab bila kita negatif, itu tak membantu kita langsung. Itu akan bawak kita jatuh ke tanah. 

Pelan pelan, saya mula faham lenggok orang berniaga. Saya mula faham kenapa positif dalam diri tu penting. 

Alhamdulillah, saya rasa saya semakin positif dari hari ke hari. Syukur.



­čî┐HUBUNGAN DENGAN CUSTOMER
=============================
Bila kita tahu yang kita buat bisnes Shaklee bukan untuk profit semata mata, kita akan tukar persepsi kita terhadap hubungan dengan customer. 

Biasanya, bisnes yang hanya pentingkan keuntungan, sekali dapat satu customer, terus jual set yang perlu. Lepas customer buat payment, terus babai kat customer. Apakah?

Lepas tu, delete number customer dari phone. The end.

Dalam bisnes Shaklee, kita semua diajar untuk rapatkan silatulrahim:-

- explain kat prospek pasal produk, dengan niat untuk berkongsi benda baik;
- jika prospek tak berminat, tak pe. Tapi dah rasa lega, sebab dah jalankan kewajipan kita sharing benda baik dan untuk kebaikkan dia sendiri;
- jika prospek berminat, jangan lepas sales terus tinggal mereka terkontang kanting. Kita guide customer kita secara eksklusif dan follow up untuk tengok macamana customer react dengan vitamins kita;
- yang penting sekali, kita kekalkan hubungan antara kita dan c prospek/customer sebab tak salah kita berkawan ramai, lebih lebih lagi sesama Islam kan?

Ada ke macam ni kat bisnes lain? Hebat kan?


­čî┐ JANGAN LUPA DIRI DAN INGAT TUHAN
================================
Shaklee dekatkan saya dengan Allah. Bunyi sangat cliche? Saya tahu. Tapi ini lah yang dah jadi.

Kadang kadang, bila sesetengah orang mula berbisnes dan dapat keuntungan berlipat kali ganda, dia mudah terpesong. Terus hilang akidah dan tinggi diri. Dalam drama pun selalu dok tulis plot yang sama kan? Kenapa? Sebab itu lah real life kat dunia ni. Lupa diri.

Tapi dengan Shaklee, kita semua selalu diingatkan yang ‘rezeki ni datangnya dari Allah. Walau kuat mana pun kita bekerja, promote sana sini, tapi jika Allah kata tak jadi, tak jadi lah dia’

Benda ni nampak remeh. Nampak too easy. Macam eleh, kan? Tapi ini betul. Sangat sangat betul. Keluarga Shaklee saya selalu ingat mengingati; waktu solat (sekarang saya solat awal, masuk waktu je berebut rebut nak solat), sentiasa berdoa kat Allah untuk tabahkan hati kita, untuk hilangkan rasa negatif dalam diri kita, untuk tenang dan sabar dalam segala hal dan lain lain.

Saya taktau if benda yang sama ada jugak untuk bisnes yang lain… tapi dengan Shaklee, selain dari menuju ke arah untuk jadi orang bisnes yang bagus, saya jugak dah belajar ilmu yang boleh saya gunakan di akhirat kelak.

Shaklee ajar kita semua bersifat sederhana (wasatiah). Tak menyombong, baik sesama kita. Bukan senang nak dapat join bisnes yang ada nilai nilai murni macam ni. Memang bila saya mula jadi ahli Shaklee lepas saya Daftar Jadi Ahli Shaklee, memang saya gembira!


Sebab semua benda positif yang saya dapat dari Shaklee sejak saya join sebulan yang lepas, saya sangat bersyukur yang saya tergerak hati nak join Shaklee untuk berbisnes, walaupun setelah 2 tahun lebih consume Shaklee sendiri.

Terima kasih, Shaklee. Ini lah benda yang paling berharga bila saya join Shaklee dan sikit pun saya tak menyesal. Alhamdulillah.

Macam saya cakap, saya suka kongsi benda baik sama sama. Jika awak rasa awak pun berminat nak jadi macam saya, jangan lah tunggu lama lama and mai lah Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya. Ada banyak Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee, tapi jika awak confused and perlukan bantuan... takpe. Call lah saya, 012-2195363 and saya akan bantu awak.

Terima kasih.

Terima kasih semua. 

Related Articles

0 comments: