Vita-C Plus + B Complex Bantu Saya Jadi AktifBila Travel. Tak Penat Pun!! |
In bisnes online shaklee pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju superstars tsunami travel ke yogyakarta tsunami shaklee ultimate5
Travel Ke Yogyakarta Sambil Buat Bisnes Online
Posted on November 28, 2016
Cuti sekolah dah bermula, so kalau dulu masa masih bekerja kat ofis kan… ni lah time yang paling seronok sekali. If ada sesekali tu terbangun lewat nak pi ofis, aduhhh!! Syukur sangat sangat sebab cuti sekolah. Sebab bila dah cuti sekolah ni, jalan sangat lah lengang. So, kalau terlewat beberapa minit tu, masih lagi boleh sampai on time kat ofis! Siap kadang kadang tu, boleh sampai awal! Awal dari hari biasa, walaupun dah keluar 15-30 minit lewat dari biasa! Tak ke seronok tu rasa? Seronok weh!
Hari ni, hari pertama mula cuti sekolah untuk kebanyakkan sekolah kat Malaysia ni. Mostly lah. Kebanyakkannya. Tapi yang sekolah swasta dan sesetengah sekolah yang lain, cutinya berbeza beza. Kenapa? Itu tak tau sangat nak jawab sebab saya sendiri takde anak bersekolah ni, ye lah… kita kan single mingle. Anak dara lah, katakan! Anak dara umur 35 tahun! Hihi.
Bila musim cuti sekolah ni, mak bapak si anak/anak anak sibuk jugak lah nak bercuti. Sebab masa ni lah mereka boleh bawak anak anak pi jalan jalan makan angin. Terutama untuk mak bapak yang bekerja ofis tu. Sebab masa ni jugak lah mereka nak bermesra dengan anak anak kan?
Kita yang takde anak ni pun sebenarnya, secara tak langsung turut sama rasa tempias percutian ni. Sebab tu jugak lah, awal awal lagi saya dah plan percutian untuk diri saya sendiri minggu lepas. Elok nak pegi minggu lepas tu sebabnya tak nak berebut rebut dengan keluarga yang nak bawa anak anak jalan ni. Sebab tu jugak lah dah pegi cuti awal seminggu dari mereka semua ni. Cuti saya tu sebenarnya, cuti pertama lepas saya officially berhenti dari tempat kerja itu hari. Dah lama plan, tapi baru ada masa nak book tiket murah dan akhirnya ada peluang nak betul betul pergi bercuti.
Saya pilih Yogyakarta, Indonesia. Tahu tak? Banyak banyak tempat jauh saya dah pernah kerja sebelum ni dan travel sana sini kat Europe lah, Middle East lah… negara Asia yang saya pernah lawat selama ni hanyalah Thailand dan Singapura!!! Indonesia tu, saya tak pernah lagi jejak and lawatan saya baru baru ni tu lah, first time saya jejak kaki ke Indonesia!
Adik saya kata saya ni menyedihkan, sebab Indonesia pun tak pegi lagi. Memang betul pun kan? Menyedihkan!
Untuk trip saya ke Yogyakarta baru baru ni, Mama dan adik lelaki saya ikut sekali. Kami pergi untuk 4 hari 3 malam. Macam macam tempat kami pegi dan masa tu lah rasa beruntung jugak bila dah book Pak Supir (driver) dari awal, sebab dah boleh plan mana nak pegi. Takde lah bila sampai sana baru nak decide nak ke mana kan?
Antara tempat tempat menarik yang kami sempat melawat ialah:-
🌸 Candi Borobudur, Jawa Tengah
===========================
🌸 Gunung Merapi, kat border antara Jawa Tengah dan Yogyakarta
===================================================
Ini yang paling fun! Ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal sebenarnya, nasib baik saya memang bawak B-Complex + Vita-C Plus tu, so memang makan vitamins ni alhamdulillah… tak rasa penat pun. Kami dijemput driver di hotel dalam pukul 4.00 pagi, sebab nak kejar view sunrise kat Gunung Merapi tu.
Tapi, bila dah naik dan nampak view… semua tu takde hal lah! Sebab, subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.
🌸 Bukit Rhema (Gereja Ayam), Magelang, Jawa Tengah
===========================================
Tapi bagi saya, reka bentuk dia memang ada iras gereja pun. Oh, and ayam? Ha.. ada kepala ayam kat atas bangunan tu. Sebab tu dipanggil Gereja Ayam. Tapi ada jugak yang menyangkal and cakap tu sepatutnya Merpati dan bukan lah Ayam! Haha. Tapi, saya rasa nampak macam Ayam!!
===========================
Dulu keje saya memang nego dengan subcontractors. Haha, so trip kali ni memang saya gunakan sepenuhnya expertise saya tu, alhamdulillah. Banyak diskaun yang saya dapat! Contohnya; jika sehelai dijual dengan harga IDR 150,000 saya berjaya mintak diskaun sampai IDR 60,000.
=================================
Tempat atas bukit tengok lampu city.
========================
Ni lagi satu tempat AADC2 buat movie jugak! Kedai kopi tempatan. Saya suka tempat ni. Sangat sangat suka! Kenapa? Sebab setting dalam dia sangat lah sempoi. Tukang kopi dia pun friendly, peramah, pastu saya tengok crowd yang datang lepak kopi pun bukan setakat orang orang muda. Orang tua pun ada, yang rambut putih putih, adaaaa!!! So, macam sesuai untuk setiap peringkat umur nak lepak.
Harga? Bayangkan, fresh brew coffee untuk 3 orang minum… berapa? IDR 39,000 SAHAJA ok??? Itu macam dalam RM12! Dah lah fresh brew! Bukan 3 in 1. Best betul. Boleh duduk kedai tu like forever, haha.
Padahal, since before the trip, saya tak minum kopi dah lama… almost 3-4 bulan? Tapi sebab dah datang Yogyakarta and ke kedai kopi dia yang famous, takkan saya taknak cuba kan? And ternyata tak sia sia saya order, sebab memang berbaloi!
======================================================
So, banyak banyak jalan… cemana dengan bisnes saya? Blog ni tinggal camtu je ke?
Eh, mesti lah tak. Kan kita sekarang ni zaman moden dah? Telefon kan ada. Servis roaming dari Maxis kan ada? Dan hotel pun ada connection Wi-Fi yang sangatlah laju? So, memang takde masalah untuk saya berhubung dengan ahli keluarga Shaklee saya; Superstars team ataupun Ultimate 5 untuk task Tsunami Challenge 2.0 kami tu.
Sales? Jualan terhenti? Eh. Mesti lah tidak. Bisnes pun dah namanya BIsnes Online Shaklee kan? So, saya mampu buat jualan dan tutup jualan untuk beberapa orang pelanggan yang berminat untuk membeli beberapa jenis vitamins sepanjang saya di Yogyakarta haritu. Jadi, tak kire lah di mana pun saya berada, tak bermakna bisnes saya patut dibekukan sepanjang ketiadaan saya. Sebab, semuanya boleh jadi nyata bila teknologi hebat di samping kita sekarang!
Apa travel plan saya lepas ni? Hmm… saya teringin nak pegi Vietnam! Dah banyak negara Europe dan Middle East yang saya dah pegi, so sekarang rasa nak ke arah Asia lah pulak.
Oh, dan details untuk setiap tempat yang saya lawati di Yogyakarta ni, akan saya update di another entry untuk rujukan awak, mana tahu… lepas ni awak pulak nak ke sana kan?
Eh, chup!! Bila baca ni, pastu awak tertanya tanya and rasa membuak buak nak buat bisnes macam saya jugak? And terus rasa nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? Lepas tu boleh beli Shaklee Dengan Harga Ahli? Boleh sangat sangat... Senang je kan?
Sampai jumpa nanti.
Assalamualaikum semua dan terima kasih. 😘
Travel Ke Yogyakarta Sambil Buat Bisnes Online
Unknown
November 28, 2016

Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan