In immune booster november promo nutriferon pengedar shaklee wangsa maju shaklee shaklee malaysia

Bila Stress Semua Serba Tak Kena!

Assalamualaikum.

Siapa pernah stress kat tempat kerja sebab ‘workload’ kerja terlampau banyak dan tak kisah lah kita usaha sepenuhnya, tapi kenyataan sebenar memang tak mungkin benda tu akan siap? 

Dah lah tak boleh siap, cuaknya tak payah nak kata lah. Semua serba tak kena. Sampai fotostat pun boleh tersilap, nak fotostat ‘one page each’, boleh pulak keluarnya ‘double-sided’??? 

Boss dah bising bising, setiap lima minit nak tanya apa cerita progress kerja, walaupun dia tak marah or tinggikan suara, mestilah kita sendiri rasa mcm nak pengsan time tu kan? 

Mulalah dalam hati dah fikir macam macam, 

“Mesti Boss ingat aku ni tak ‘concentrate’ keje? Mesti Boss jugak ingat aku ni selalu curik tulang?” 


Masa tu, Allah je lah yang tahu perasaan dalam hati ni. Air mata dah penuh dalam mata, tunggu pejam sikit je, confirm jatuh berderai derai. 

Kepala pulak time ni lah, berdenyut denyut, rasa macam nak pecah. Soket mata, tak payah nak cerita lah! Asal melirik ke kanan, berbunyi bunyi. Ke kiri pun, sama naik. 

Sudahnya keje tepat pukul 3 pagi. Berkemas kemas nak balik, kepala dah terasa berat. Mata dah berpinar pinar. 

“Boleh ke aku nak drive balik ni?” 

Walaupun jarak ofis dengan rumah tanpa sesakan lalu-lintas ni (ye lah kan, takkan jalan nak sesak lagi dah pukul 3 pagi ni?) hanyalah dalam 15-20 minit, tapi was was jugak. 

Ye lah kan, apa apa jadi nanti nak cari siapa pagi pagi buta ni? Tapi, usahakan jugak lah. Nak buat macamana. Takkan nak tido kat ofis? 

Sesampai je di rumah, terus capai Panadol atas almari dapur dan telan dua biji. Lepas tu, mata dah rasa layu dan berat. Terus hempaskan diri ke tilam dan akhirnya tertido. 

Dulu, macam tu lah kehidupan saya. Maklumlah, keja dengan kontraktor ada masanya nak hantar tender, haaa… berkampung kat ofis lah jawabnya. And setiap kali tu jugak lah, sakit kepala saya datang. 

Kadang kadang tu, terus diserang migraine. Itu lagi lah, semua keje tak boleh jalan and jalan terbaik ialah hantukkan kepala kat dinding untuk legakan kesakitan? Tambah plak dengan ‘drug cocktails’ beberapa biji Panadol ke, Ponstan ke, Paracetamol ke, campur semua ke… semata mata untuk menghilangkan rasa sakit tu. 

Kirenya, memang bergantung hayat pada ubat tahan sakit lah. Dah macam ‘norm’ pulak rasanya. 

Tapi baru baru ni, akhirnya saya dapat tahu satu berita yang menakutkan. Kesan mengambil dos ubat tahan sakit ni, boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap sistem dalam badan kite!! Baru lah masa tu nak terpikir sendirian, 

“Ya Allah, dah berapa ribu bijik Panadol aku dah telan selama ni?”

Jika ada diantara kita selalu bergantung kepada ubat ubat tahan sakit di pasaran, seperti Panadol, Paracetamol, Ponstan; ia akan memberi kesan yang sangat buruk kepada ginjal. Ini berlaku kerana ubat tahan sakit ini menyebabkan pengurangan aliran darah kepada buah pinggang kerana pengecutan saluran darah. 

Kekurangan prostaglandin yang mengembangkan saluran darah telah menyebabkan hal ini berlaku. Bayangkan jika seseorang itu memang mengalami sakit buah pinggang dan hanya bergantung pada satu buah pinggang sahaja, adakah berbaloi untuk dia makan ubat tahan sakit dan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatannya? 

Atau, mungkin dia akan menyebabkan dirinya mati? 

Adakah itu berbaloi? 

Ubat tahan sakit menghalang pembentukan prostaglandin. Seperti yang saya terangkan tadi, prostaglandin berfungsi untuk mengembangkan saluran darah. 

Jika ibu ibu mengandung bergantung kepada ubat tahan sakit sepanjang masa, ini boleh memudaratkan kandungannya secara langsung kerana ia akan menutup/memberhentikan darah dari si ibu untuk disalurkan pada bayi dalam kandungan. 

Kadang kadang, darah yang disalurkan menjadi cair dan ini akan memudaratkan kandungan, dan dalam kes kes yang lain, ada ibu yang kehilangan bayi dalam kandungan hanya disebabkan makan ubat tahan sakit secara berpanjangan. 

Jadi? 

Mengejutkan? Menakutkan? 😰

Saya pun rasa benda yang sama. Tapi, nasib baik saya sempat diperkenalkan dengan produk Shaklee. Alhamdulillah, bersyukur saya pada Tuhan kerana diketemukan dengan produk ni. 

Sebab ini mampu membantu saya dengan masalah kesihatan saya. 😎

Nutriferon. 

Itu lah nama produk Shaklee ni. 

Ia produk terbaik untuk mereka yang seringkali stress dan mengalami tekanan, untuk mereka yang selalu demam atau selsema, wanita yang mengalami PMS yang teruk ketika tempoh haid (i.e. payudara bengkak, gangguan emosi yang tak menentu, sakit kepala, sakit sakit badan, etc.), untuk mereka yang menjalani proses kemoterapi disebabkan kanser, untuk wanita wanita yang mula untuk menopaus dan lain lain. 

Kenapa Nutriferon ni baik untuk mereka? 

Mudah saja!

Ini kerana, Nutriferon dihasilkan dengan ramuan semulajadi selepas 40 tahun kajian dijalankan untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kite. 40 tahun?? 

Yes. 

Kan saya dah terangkan, Shaklee amat menitikberatkan kajian yang teliti, sebelum produk produk itu dihasilkan untuk pengguna penggunanya.

Akhirnya, kini Nutriferon lah pilihan saya!

Jadi, apa tunggu lagi? Anda patut bertukar kepada Nutriferon juga, untuk kesihatan tubuh badan jangka panjang. 

Terima kasih dan ssalamualaikum, semua! 🙋🏻

Related Articles

0 comments: