In Bisnes Shaklee Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Live Amazing pengedar shaklee wangsa maju shaklee effect

Hanya Kerana Sekumpulan Ayam, Hidup Saya Dilanda Badai

Childhood memory yg paling saya tak leh lupa? Apa eh? 

Well, it has been a while. Dah lama tinggalkan zaman sekolah. Hari ni, saya dah in my mid 30s. Kire dah about 18 tahun dah tinggalkan zaman sekolah! Ya Allah, tua dah rupanya saya ni! Dah tak berapa nk ingat apa yg jadi and apa yg saya buat kat sekolah dulu. Haha. 

Zaman sekolah dulu lain. Masa tu, budak2 sekolah taktau lagi apa tu handphone. If tab, apatah lagi. Dulu semua pun hardcopy. Buku. If buku cerita pun, takde e-book semua ni. Internet pun takde lagi zaman tu. Habis zaman purba lah. Dulu2, bila balik sekolah time sekolah rendah tu, masa zaman kanak2… dah petang je, mesti dh seronok nak pegi main kat luar.

Tak kire lah, main kejar2 ke, main konda kondi ke, batu seremban ke, lompat getah ke. Yang penting, permainan yg mewajibkan kite berinteraksi dgn kawan2 kite tu. Yg kite berckp dgn mereka. Bersua muka. Face to face. Alam yg nyata dan bukannya alam siber mcm apa yg berlaku skang ni. Sebab tu zaman dulu, seronok bila ada kawan2 ramai.



Bukan macam sekarang. Kawan2 semua kat dlm internet. Berbual kat dlm alam maya. Main? Main permainan pun secara virtual. Interaksi yg berlaku, cuma kata2 kat dlm chat room? Kat dalam side window if kite main PS4 atau Wii dgn kawan2 yg ntah tak tau di negeri mana kat Malaysia ni. Or maybe, kawan2 kite tu ialah kawan2 di luar negara?

Who knows?

Nobody knows.

Sbb apa? Sbb kite tktau betul ke tak apa yg dia ckp dia tu sbnrnya? Maybe dia kata dia lelaki umur 39 tahun, walhal ntah2 dia tu umur 55 tahun?!! Ataupun, umur 15 tahun??? Tuhan je yg tahu betul ke tidak.

Sebab alam siber tu sgt2lah berleluasa skang ni, kite tktau dh erti kejujuran. Honesty. Kite taktau byk mana betulnya cerita si kawan ni dlm byk2 yg dia bitau kite masa mula2 kite kenal dia. As a matter of fact, dia boleh je menipu kite right from the very beginning! Utk apa? Byk reason dia nak buat mcmtu.

Maybe nk kenakan kite?

Maybe for fun?

Maybe nk boost the ego scale?

Kite takkan tahu benda tu sampai bila2, sebabnya kite tkde kat situ and everything through the web, bukanlah benda yg boleh kite accept bulat2 dan berserah pada takdir. Kite tak boleh nak jadi too gullible and accept saje apa org nk kata.

Kite tak boleh nak jadi naive dan menerima semua tu seadaanya. Sbb tu zaman skang ni, byk org kena tipu. Sebabnya, sbb nak jadi org baik and bersangka baik pada semua org, padahal the good ones are well-played. Dikotak katik kan je.

Sbb tu kite kena hati2 skang ni, sbb zaman skang dah sgt2 lain dari zaman2 kite kecik dulu tu. Ingat tu (only applies to the really old ones like me tau, sbb the youngsters/adik2 skang ni, masih boleh terima keadaan ‘dulu’ tu sbb its not much different from the zaman they were in school). 

But anyway, walaupun dh berzaman saya tinggalkan zaman sekolah. And although sekarang ni semuanya dh byk berubah and the fact that saya agak2 nyanyok in terms of nak ingat apa berlaku dulu2 tu… ada this one incident yg saya masih lagi ingat sampai sekarang!

Walaupun tak berapa nk ingat the storyline dari awal sampai sudah, but the climax of the incident tu mmg terpahat kat kepala otak ni, and rasanya sampai tua ganyut pun saya takkan boleh nak lupa! Benda yg jadi tu betul2 buat saya macam, ‘eh, betul ke benda ni jadi ni?

Or ni semua trick cikgu ni nak buat main kat budak2 kecik dlm kelas ni?’ But later I found out that dia tk pernah bergurau. Dia rupa2nya mmg serious and benda ni betul2 benar2 berlaku!!! 

Benda ni jadi masa saya Darjah 1. Masa tu,darjah satu nak tahu apa? Ye dak? Pegi sekolah pun excited bawak beg besar isi buku berat2 pi sekolah. Tapi masa tu mana reti nk komplen? Masa tu rasa seronok gila, sebab boleh pi sekolah naik bas!

Macam dalam kartun. Naik bas ramai2 dgn kawan2. Seronok betul tak terkira. Bila weekends je, Ahad ptg… malam tu dh kalut nk kemas beg sekolah. Nak letak siap2 kat tepi pintu, sbb esok lepas breakfast and bila bas dtg, boleh senang nak capai beg sekolah tu. Boleh senang nak lari lari anak naik bas sekolah. Boleh jumpa and sapa Aunty Tham.

Aunty Tham tu driver bas saya. Driver bas saya dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Dia perempuan yg cekal. Walaupun dia tu perempuan, dia takde hal pun nak bawak bas. Nak pusing stereng bas bila lalu corner.

Nak berhenti mengejut bila tetibe kereta kat depan bas tu brake tak pasal2. Dia sangat hebat. Masa tu, saya mmg bebetul kagum dgn dia. Masa tu jgk saya rasa dia tu macam Superman, cuma dia perempuan.

Masa tu jgk saya dh diexposedkan dgn lelaki + perempuan ni sama je, takde sapa lagi hebat and sapa tak. Dua2 boleh berjaya, asalkan niat and semangat dlm diri masing2. Sebab Aunty Tham tu lah, saya tak berfikiran cetek macam most of all the orang2 yg asyik nak ckp, ‘lelaki lah yg paling bagus!!

Perempuan ni, dicipta dari sebahagian tulang rusuk lelaki tau? If takde lelaki, korang ingat korang ada ke??’. Ataupun golongan feminisme yg sibuk2 nk explain kat org ramai, ‘perempuan ni yg lahirkan semua lelaki2 kt dunia ni tahu tak??

If takde perempuan, tak celik lah korang kat dunia ni. So, perempuan lah yg patutnya lebih berkuasa dari lelaki!’. Bagi saya, lelaki + perempuan tu sama je. Sama pangkatnya. Sama levelnya. Tinggi rendah ke dia, bergantung kepada byk mana dia nk usaha utk benda yg dia nak.

Saya rasa lah. But, it is for you to decide if awak rasa saya ni salah. Itu cuma my two cents saje, my own thoughts. Pandangan dua kupang saya utk semua. 

So, apa yg jadi masa darjah satu tu sbrnya? 
Masa darjah satu, saya sekolah pagi. Waktu balik, dalam pukul 1.10 tghari kot, if tak silap saya. Kecuali hari Jumaat rasanya waktu balik awal sikit sebab lelaki nk pi semayang Jumaat. Ada satu hari tu, jam dh pukul 12 lebih rasanya.

Tapi waktu terakhir tu ialah subjek Matematik. Saya tk berapa nk ingat sapa cikgu Matematik saya masa tu, tapi cikgu tu cikgu perempuan. Garang kot, tak silap? Masuk2 kelas tu, dalam 12 kot, sbb Matematik satu period je utk hari tu (ingat tak bila kite kena lukis jadual kelas tu, yg kena kaler kotak2 tu nk tunjuk satu or dua period tu?

Haa… ni Matematik tu utk satu period je, satu kotak je). Masa dia start melangkah masuk tu je, dia nampak cam lain. Mcm emosi tak berapa nk stabil. Dh lah time dia emosi stabil pun, garangnya ya Allah! Suara dia, dari jauh dh dengar nyaring and menakutkan.

Boleh kecut perut bila tahu dia berdekatan. Even bila terselilisih masa nk pegi kantin pun, sanggup lalu jalan lain sbb takut punya hal!!! Ini pulak, dia masuk kelas kite and confirm takde can nak lari kan?? Muka dia tk senyum sikit pun!

Tp if tk silap saya, cikgu ni cantik! Masa tu lah kiterg rasa dia cantik, sbb dia antara cikgu2 yg make up kat skolah tu, sebab most of the other teachers mmg tk make up pun. So, age time tu assumed, tk make up so tk cantik lah!! Haha. Budak darjah satu, apa lah yg dierg tahu kan? Jahil lagi time tu.

B-Complex Supplement Yang Diakui
Mampu Membantu Menghilangkan Stress

Satu kelas senyap je bila dia masuk. Takut. Takde sapa bckp. Dia masuk, letak barang dia atas meja and terus mengadap papan hitam and menulis. Punyalah byk dia tulis atas tu, semua masalah matematik and suruh satu kelas cuba selesaikan sebelum waktu balik.

If tak siap, tak boleh balik. If tak silap saya pulak, ada nak kena kaler2 jugak, ayam ke apa tah. Tapi kena kaler2 jgk lah! So, dah lah nk buat calculation tu yg masa tu rasa mcm susah lah, time ni rasa kacang lahh kan?

Pastu on top of tht dia nak kami semua kaler2 pulak! If kelas pagi takpe lah jgk, ni kelas last! Sempat ke??? Satu kelas dah cuak, semua sibuk kt meja masing2. 

Bila dh habis salin, nk kena buat kira2 lah pulak kan? Kalut lah dok sok sek sok sek mulut dok cuba kire, jari kiri kanan bergerak2, dok kire masalah matematik tu. Kalau boleh, jari kaki skali nk guna kan?? Nasib baik lah pakai stokin and kasut, if tak dah lama turut sama terlibat nk selesaikan matematik tu, kan? Mesti punya lah! Akhirnya saya berjaya salin! Pastu, kire timing pun cun2 je lah. Skang nak kaler ayam2 tu pulak.

So, bukak lah beg sbb nk amik kaler pensel kan? Bukak zip depan, kosong. Zip kedua pulak. Eh, kosong jgk? Dlm main compartment, pun kosong??!! Apakah??? Mana kaler pensel ni? Pastu, tgk jam kt atas papan hitam. Ish, dah pukul 12. 55!!

Sempat ke ni?

Biasanya waktu balik, nk pegi kat bas Aunty Tham tu ada lah jgk dalam 5-10 minit, kena keluar pagar and lalu tepi jalan, sbb sekolah saya tu compound dia besar sikit. 

Akhirnya, decide utk ayam duduk dgn mereka ni dlm dunia Avatar? 😂
Saya dh start cuak masa tu. Bukan setakat cuak biasa, ni dh mcm supercuak!!! Pastu sebelah saya time tu ada budak nakal kt dlm kelas saya tu. Tak berapa nk berckp sgt dgn dia sbb dia mmg hantu raya.

Keturunan Singh, nama dia Anil Deep Singh. Dia pandang saya, nampak kalut kot muka saya time tu. Then dia hulur kotak kaler pensel dia. Ada dua kaler je pun, biru ngan hijau. Then, dia ckp pulak suh amik. Oh dia ni naik bas sama ngan saya jgk btw. Tknak pikir pjg, saya pun amik kaler biru. Dia amik kaler hijau.

Kami pun kaler lah beria2, takut kena tinggal bas lah katakan. Habis je ayam terakhir saya kalerkan dia (ayam2 dlm buku saya tu mmg dh nampak mcm ayam2 zaman akan dtg. Sama mcm watak2 dlm movie Avatar tu. Mmg biru betul lah! Dari tapak kaki dia, sampai lah ke jambul dia, semuanyaaa biru!), loceng tamat sekolah pun bunyi .

Wahh, alhamdulillah. Nasib baik sempat siap. Anil pun siap sama2 ngan saya. So, kami pun lari2 pi kat meja cikgu, and terus compile atas meja dia. Pastu plak, saya mula lah mengemas beg, sbb satgi nak lari pi jumpa Aunty Tham ni. Taknak kena tinggal kan?

On the way nk keluar dari pintu kelas tu je (Anil kat blkg saya time tu, dia pun nak kuar dah), tetibe ada mcm suara halilintarrrrrr jerit nama saya dari belakang,

‘NAJIHAAAAAAAAA!!!!! APA BENDAAAAAAAAA AWAKKK BUATTTTTTTT NI????!!!!!!!!!!!!!!!!!’


Gila terkejut!!! Kuat kot suara ‘perempuan cantik’ tu. Bila saya pusing je, saya nampak buku saya tgh melayang kt udara. Cikgu tu baling buku saya dari tempat duduk dia ke luar. Ke arah saya!!! Kt luar tu ada longkang kecik, nasib baik mmg longkang tu tak berair selama ni, sbb elok je buku saya landing dlm longkang tu.

Saya terkejut, risau, nak nangis, semua lah ada. Cuak and takut si gila ni dh meracau. But at the same time, takut Aunty Tham dh tinggalkan saya! 

Pastu mula lah cikgu tu membebel (dari dlm kelas tau!), ckp saya tkleh balik, sbb keje tk siap. Sbb mana ada ayam kaler biru kt dunia ni. Ckp saya ni tk berfikiran logik and ni bukannya sekolah tadika lagi, etc. Saya dh nangis kat luar kelas.

Tapi, hati cikgu tu mmg kering. Although sorg budak pompuan 7 tahun menangis kt situ, dia rilek je berleter (dgn suara yg OMG! kuat sungguh lah!) and tk habis2. Anil pandang je saya. Pastu, buku dia plak terbang!

Time tu, saya dh habis maximum dh risau kena tinggal bas. Last2, time cikgu cantik tu bebel2, saya angkat muka and pandang muka Anil, pastu saya lari sekuat hati! Lari laju2 and tk pandang blkg langsung. Masa tu, impian saya ialah supaya sempat sampai kt bas.

Bas Aunty Tham saya tu. Saya tk dgr dh suara cikgu saya tu. And time tu saya tk kisah lah apa nk jadi esok. Itu esok punya hal kan?

Hanya Kerana Mereka?

Sampai je kat tempat bas sekolah, saya senyum kecil. Aunty Tham ada lagi! Dia tanya kenapa lambat, pastu dia tgk penuh air mata kt muka. Dia terus mcm senyum simpati and ckp, ‘haa… sudahlah masuk2. Jom kite balik rumah’.

Sampai rumah (tk ingat dah apa jd kt sekolah td, sbb perut dh lapar! Haha. Minda seorg budak umur 7 thn zaman dulu kan), terus tanya Bibik nak makan nasi. Dulu kena ada Bibik, sbb mama and papa keje. So, apa2 pun cari Bibik lah.

Tgh makan tu… ada bunyi org hon depan rumah. Memula mcm buat tk kisah, tetibe teringat muka cikgu cantik! OH, TIDAK!!!!!! 

Rupa2nya, Anil dtg dgn mak dia. Dkt tangan dia ada buku sekolah saya yg penuh dgn lukisan beberapa ekor ayam2 biru. Yg kena lempar and jatuh dlm longkang depan kelas td! Anil dtg rumah saya, sbb nk bg buku ayam2 biru saya ni!

And dia ckp, cikgu ckp, esok bwk and make sure ayam tu ayam kaler normal. Bukan ayam fantasi. Bukan ayam zaman tadika sbb skang kite dh tujuh tahun, so kena berfikiran matang! Anil ckp cikgu bebel2 kt dia mcmtu. 

Esoknya pi sekolah, dgn ayam2 yg dh jadi normal tu… rasanya malam tu, mama kena koyakkan buku sekolah tu and lukis and kaler balik ayam2 baru) and submit kt cikgu cantik tu. And seingat saya, dia buat mcm tkde apa yg berlaku hari semlm tu. Tu lah dia.

Gila kan? Mmg takkan lupa benda ni.

Ever.

Cuba bygkan if cikgu style camtu ada zaman skang ni? Mampuih cikgu tu kena bayar saman. Or even kena masuk penjara ntah2 kan???

Ha, horror kan zaman dulu? Horror tak?

Haha… tapi saya bersyukur semua tu jadi dulu. And saya tak menyesal pun saya pernah ada cikgu segarang cikgu cantik tu. Dan jugak, saya tk rasa menyesal pun yg saya choose utk kaler ayam tu kaler biru masa tu. Sebab apa?

Sebab saya kaler ayam2 tu kaler biru lah, saya ada sesuatu utk diceritakan kat awak semua hari ni!

Haha.

Percayalah, setiap apa yg berlaku tu… ada hikmahnya. Mungkin saya tkkan jadi siapa saya hari ini yg dh kerja merata tempat and lalui mcm2 challenges selama ni.

Kan? Betul tak???

Last note utk awak semua; jgn pernah ada rasa menyesal dlm diri. Sbb apa2 yg berlaku tu walau buruk mana skali pun, akan ada kebaikkan sbg gantinya. Sbb saya selalu percaya and yakin,

‘there’s always a light at the end of the tunnel’, 

inshaAllah. 

Terima kasih sudi baca cerita hidup saya ni, ya. 🙋🏻

Related Articles

1 comments:

olie berkata...

amboi comel nye tajuk. kesian ayam tu