Bermulanya akhir bulan 10, 11 agak agak camtu; bermula jugak lah musim hujan atapun biasanya orang kita biasa panggil ‘musim tengkujuh’. Masa ni lah bila hujan tu, air hujan jatuh laju laju kat tanah dan pastu pulak, boleh nampak titisan air hujan tu dah tak layak nak digelar ‘titisan’ lagi dah sebab yang jatuh nya macam ala ala ‘gumpalan’ air yang besar dari langit! Itu satu hal dah kan dengan perbezaan air hujan tu di kala hari hujan biasa dengan hari hujan di musim tenkujuh ni. Lagi satu pulak ialah bunyi deruan angin yang memang betul betul menyeramkan sebab bunyi dia memang menderu deru.
Saya boleh ingat lagi dulu time kecik. Masa tu sekolah rendah, mungkin dalam darjah 4 atau 5 macam tu rasanya. Hujan musim tengkujuh ni, biasanya petang petang. So, bila masuk je musim tengkujuh, petang je dah tak boleh main kat luar. Masa ni, kami adik beradik kena duduk rumah je, memang boring lah jugak. Tapi, nak buat macamana kan? Bila dah kena duduk dalam rumah memerap camtu, so memang lah agak bosan. Jadi, kami selalunya baca buku ke atau bermain sesama kami. Nak tengok tv, takut pulak nanti guruh, habis dipanah nya tv, macamana?? Ha, dulu memang kita pikir camtu kan??? Setiap petang, kita adik beradik pun bermain lah sama sama, mostly permainan yang sama je lah. Memang bosan. Sangat lah bosan.
Musim tengkujuh ni, kan saya ada cakap angin dia lain macam sikit kan? Sebab bunyi dia tu, menderu deru. Sebab dia angin yang laju, so if terlalu kat kawasan sempit, dia (angin ni) akan mengeluarkan nada. Suatu bunyi dan bunyi tu semua bergantung pada kawasan kecil yang dilaluinya tu. If masa tu kami adik beradik macam tengah bergelak ketawa main sama sama kan, if tak pasal pasal ada bunyi angin tu, kita mesti cuak and semua tetibe senyap! Takut tau! Serious takut. Itu baru hal angin dia, tak masuk ribut taufan, hujan bersungguh macam takde hari esok kan??
Tapi, saya ni duduk kat KL. Jadinya takde lah seteruk di pantai timur macam kat Terengganu dengan Kelantan, tu dah pasti! Mama saya orang Terengganu (Papa saya orang Penang), so setiap kali selang raya, kita satu family balik kampung Tok and Tok Ki di sana. Ada kot masa kecik, raya time musim tengkujuh? Memang tak serupa raya lah. Ingat masa kat KL tu dah habis teruk, tapi bila tengok sendiri kat kampung, haihh. Memang lah susah. Susah jugak bila hujan berpanjangan kan?
Kini? Sekarang ni bulan 11. Memang cun cun masa musim tengkujuh bermula. Bila hujan tak berhenti, kita pun tersekat sekali kan? Bukan tak suka dengan rahmat Allah, saya sebenarnya memang suka hujan. Sebab saya suka sangat kombinasi bau air hujan dan rumput. Cuma bila hujan lebat camni, mula lah accident kereta sana sini. If setakat kereta remuk berderai, takpe lah. ini sampai meninggal laki bini? Anak baby baru lahir? Ish.
Pastu bila musim tengkujuh ni lah, ramai mula sakit. Kena hujan sikit je, demam. Tak pun, selsema. Pastu, bila dah deman dan selsema, biasanya sakit tekak dan batuk akan menyusul. Nak buat jadi lagi tragik, ada pulak beberapa bijik ulser mata ikan tu dalam mulut. Sebab panas kan? Tak minum air banyak, macam tu lah biasanya.
Awal minggu pun, saya dah rasa tak berapa nk sedap badan. Sebab beberapa kali jugak terperangkap dalam hujan lebat. Walau pakai payung sekali pun, macam takde maknanya. Nasib baik lah jugak saya memang baru je beli Nutriferon dan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee.
Sebab apa? Nutriferon tu boleh jugak kita panggil dia sebagai gantian untuk ubat tahan sakit atau lebih dikenali sebagai ‘painkiller’ ni, macam Panadol ke, Ponstan ke. Dulu, sebelum ni lah kan… saya selalu sakit sakit kepala, terus main redah je telan Ponstan ke, Panadol ke. Memang lah reda sakit kepala tu, but baru tahu ada kesan sampingan jangka panjang rupanya semua tu. If nak tahu details pasal ‘penangan’ painkiller ni ke atas diri kita, especially if awak tu macam saya ni, ha… awak boleh baca kat posting saya yang lepas ni
'Bila Stress Semua Serba Tak Kena!'
Bila musim tengkujuh ni, sebab kita akan mudah nak sakit, so apa apa hal, kita kena kuatkan diri kita. Bukan pakai perisai bagai, bukan nak pi perang! Tapi, kita lengkapkan diri kita dengan supplement yang cukup, contohnya; tingkatkan sistem imunisasi badan kita. Jadi susah lah virus virus tu nak serang kita kan? Untung saya ni memang makan Shaklee punya supplement and sekarang ni pulak, saya dah officially lantik diri sendiri untuk bantu orang lain jugak sebab dah jadi Independent Distributor Shaklee kan? Sebab tu lah, kat rumah saya ni tak putus bekalan ni sekarang:-
1. Vivix - tingkatkan sistem imunisasi badan;
2. Sustained Release Vita-C - jugak untuk tingkatkan imunisasi badan, tenaga yang lebih nak lawan penyakit yang cuba nak datang;
3. Nutriferon - untuk demam, selsema, pening pening disebabkan hujan tu;
4. Osteomatrix - bila kena hujan, sometimes kita sakit kepala kan? Kadang tu, sapa yang ada migraine, akan mula lah pulak episode migraine yang tak sudah tu. Salah satu sebab migraine ni ialah kekurangan magnesium dalam badan; magnesium deficiency. Osteo mengandungi magnesium + calcium, sebab tu lah saya memang ada stock ni kat rumah je;
5. Omega Guard (fish oil) - ini jugak bantu saya untuk handle masalah migraine saya, sbb fish oil membantu melegakan migraine sebab bila rasa macam dah beria sangat sakit tu, saya makan sebiji and lepas tu, dia reda Alhamdulillah;
6. B-Complex - ni jugak disebabkan kepentingan Vitamin B untuk pesakit migraine tu. Jadi, no. 4 sampai 6 tu memang specifically untuk migrane saya ni, sebab ini memang betul betul membantu;
7. Herbal Blend - krim ni elok bila kena gigit nyamuk. Bila hujan, nyamuk buat pesta. Bila buat pesta, mereka cari lengan Cik Lisa Wangi dan ramai ramai buat majlis keramaian. Bila saya kena gigit nyamuk, hari pertama sama lah macam orang lain. Masuk hari kedua, bekas nyamuk gigit tu, dah membengkak sebesar bola tenis! Sakit dan gatal dalam masa yang sama! Tak ke haru tu. So, krim magik ni dah ceriakan hidup saya, sebab patut hari keenam baru bengkak nak surut, dengan Herbal Blend ni, hari kedua pun dah takde bayangnya!; dan,
8. Last sekali, mesti lah kena pasti kan, air dalam badan tu mencukupi. Minum lah at least 2 liter sehari. Tapi macam saya, saya minum at least 3-5 liter sehari. Sebab badan kita perlukan air untuk dia buang semua toksin toksin dalam badan tu. Ingat tak, saya ada cerita pasal detoks dulu dalam posting saya
'Ish, Geli Lah Ulat Ulat Tu?'
Macam saya cakap, bila hujan… asalnya, sakit pening selsema biasa, tapi lepas tu kena serang dengan migraine, aduhh, memang agak stress sebenanrya. Mujur jugak saya dah tak sekerap dulu lagi meracau sebab migraine yang melampau macam ni.
Awak pulak macamana? Macamana cara awak menghadapi musim tengkujuh? Kongsi lah sama sama.
Okay, itu saja dari saya buat masa ni. Semoga musim tengkujuh ni cepat cepat lah berlalu. Sebab semalam dan hari ni, saya pun tak berapa nak sihat. Migraine saya datang balik so mujur jugak saya ada supplements saya kat atas tu.
Oh, tapi if ada antara awak semua berhajat nak cari apa apa supplement macam saya tu especially untuk musim tengkujuh ni, boleh call saya ya di 012-2195363. Nak Whatsapp untuk tanya apa apa yang rasa nak tanya, boleh jugak. Saya akan cuba sehabis baik untuk jawab semua kerisauan atau pertanyaan awak, inshaAllah.
Tapi, if awak rasa awak seronok dan begitu teruja baca blog entry saya ni, lepas tu rasa sangat sangat lah teruja nak jadi sebahagian dari kami dan nak
Daftar Jadi Ahli Shaklee untuk Beli Shaklee Dengan Harga Ahli yang sememangnya lebih berbaloi dan hebat, sila register cepat cepat ok?
Assalamualaikum dan babai semua.
0 comments:
Catat Ulasan