Rolling Eyes |
In bisnes online shaklee Bisnes Shaklee Online Bonding Daftar Jadi Ahli Shaklee
5 Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang?
Posted on Disember 09, 2016
Keputusan saya mengundur diri dari meneruskan career menjadi ‘anchorwoman’ di arena pembinaan bangunan dan infrastruktur memang mendapat tentangan hebat dan ‘golekkan bebola mata’ (rolling eyes 😂) dari kebanyakkan mereka yang kenal sapa saya. Lagi lah mereka ‘menggolekkan bebola mata’ mereka tu lepas dapat tahu beberapa bulan kemudian, saya bergiat cergas untuk Buat Bisnes Online Shaklee sekarang walaupun dah bertahun Daftar Jadi Ahli Shaklee dan consume sendiri je dulu. 😅 Bukan je kawan kawan rapat tau. Boss boss saya. Subkontraktor subkontraktor tempatan dan juga supplier supplier lah sapa lagi? Kawan kawan sekolah? Uni? Menengah? Rendah? Memang semua lah terkejut dengan tindakan drastik saya tu untuk berhenti bekerja di ofis tapi Buat Bisnes Online Shaklee secara maksimum!
Ada jugak masa, di mana… ye lah, saya ni seorang manusia yang (hmm, jom saya metaforkan apa yang saya cuba sampaikan ni 😅). Seorang manusia yang cuba untuk meniti jambatan, sempit dan takde ‘handrail’. Saya jumpa jambatan tu pun lepas saya berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran di kampung belakang. Ramai rakyat terkorban. Anak anak kecil ada yang kena tinggal dengan mama dan papa dia? Lembu, ayam, itik? Berlari bertempiaran! Semua kacau bilau. Nun di ujung tu plak, nampak kat atas bukit seorang gergasi bermata empat, pegang satu ‘club’ sambil dihayun hayunkannya, sebab nak serang kampung yang tengah terbakar bersungguh tu, “macam daging panggang rasanya!” kata dia lah kot, saya agak je ni. And the ONLY WAY OUT buat masa tu ialah dengan meniti jambatan tadi tu lah!
Sebenarnya, ada lagi satu option. Rata rata penduduk akan pilih cara ni. Tapi saya tak berapa yakin. Cara dia; naik bukit dan lalu celah celah kaki gergasi tadi tu dan lari lari anak sejauh 3.5 batu, sampai lah kat kampung satu lagi. Kenapa saya tak pilih cara tu? Senang kot? Tak yah nak gayat gayat, cuak sambil ketar ketar nak balance ‘jiwa & raga’ untuk lintas jambatan tu. Dah lah sebab banyak sangat timbunan daun pokok kat depan, kita takkan nampak apa kat depan. Basically, kita kena take the chance and be brave untuk semua tu.
Untuk pergi ke kampung lalin dan cuba menjalani kehidupan seharian macam hari hari biasa ialah BODOH bagi saya. Tak kisah kat kampung mana pun, selagi gergasi tu masih ada, akan tetap ada hari yang saya akan berlari lari camni untuk selamatkan diri sendiri. Selagi gergasi tu ada, saya akan sentiasa hidup dalam kebencian dan ketidakpuashatian, sebab jika gergasi tu tak makan saya, dia akan pijak pokok jagung yang saya tanam di keliling ‘rumah baru’ saya, di ‘kampung baru’ yang entah keberapa. Saya BOSAN untuk hidup dan jalani benda yang sama BERULANG ULANG dan PREDICTIBLE. Senang dijangka. Mana keseronokkan kat situ? Apa keseronokkan baca buku tapi dah tau apa ending dia? Macam ROBOT kan? Sebab tu saya rela untuk amik RISIKO dan REDAH SAJA and see apa jadi. TAK CUBA, macamana nak tau betul tak? Dan yang PALING PENTING, saya ada ALLAH. Saya YAKIN DENGAN ALLAH. Sebab tu saya BERANI untuk titi jambatan tu. Tinggi tau? Kalau jatuh memang jadi DEBU. Hoho…
Sambil nak titi jambatan tu, masa tu baru kita nampak siapa KAWAN atau SAHABAT. Ada yang pimpin kita sama sama, bagi saya less chances untuk jatuh dan jadi debu. Ada jugak yang amik kayu ranting panjang dan cucuk cucuk saya dari belakang senyap senyap untuk saya tersalah langkah dan nak suruh saya jatuh ke?? 😱 Dan mesti lah ada yang tarik tangan gergasi tadi tu dan tunjuk yang saya tengah cuba lari, ok????? Alhamdulillah. Takpe. Saya ada ALLAH.
So, apa sebenarnya Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang? Apa sebab sebenar saya? Apa yang saya nampak tapi orang lain tak nampak atau buat buat tak nampak?
Jadi, saya nak kongsi ‘rahsia comel’ saya, 5 Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang?
1️⃣ EKONOMI RECESSION (KEMELESETAN EKONOMI)
Bila satu satu negara tu dijangkiti ‘virus’ kemelesetan ekonomi, siapa atau arena mana yang akan paling dapat banyak tempias? Betul. Sektor pembinaan lah yang akan rasa dulu. Bukan tempias dah, lebih kepada ‘simbahan malang’! Saya tahu. Macamana? Sebab saya dah alaminya dulu sewaktu saya Bekerja Di Luar Negara (Dublin, Ireland) dulu dalam tahun 2006-2010. Sebab saya ialah antara yang terlewat untuk join company tu, saya bersama beberapa yang lain ‘dipaksa-keluar’ dari company dengan sedikit wang pampasan!Hal ni terjadi dalam tahun 2009, masa seluruh dunia ‘diserang’ kemelesetan ekonomi yang hebat! Bayangkan… lepas saya ‘dibuang’ dari company, almost setahun saya berusaha cari kerja (sebab saya ada another semester untuk tamatkan ijazah saya yang kedua, yang disara oleh company tu - yes, mereka memang antara majikan yang saya seronok bekerja with) macam nak mati. Satu hari sekurang kurangnya 20 application kerja saya hantar; dari kerja sebagai seorang QS hinggalah sekecil kecil jawatan; pembantu kedai runcit! Macam tu pun, saya tak dapat keja sampai lah 2-3 bulan lepas tu!
But akhirnya, saya berjaya dapat satu pekerjaan sebagai seorang pembantu kedai (sales assistant), tapi di kedai sabun handmade! Itu pun lepas beradu tenaga dan mental dalam sesi interview dengan 29 candidate yang lain tau? Jawatan sales assistant tapi sampai 30 orang pi interview? Yes. Betul. Tapi hanya 2 orang yang berjaya dan saya salah seorang darinya. Lega! Tapi, cuba pikir… dari gaji almost EUR 5,000 kepada gaji minimum per jam? Gila kan? Memang gila! So, saya taknak pisang berbuah dua kali. Bisnes Online Shaklee ini lah jalan keluar untuk saya. Jambatan yang saya perlu titi tu untuk tak perlu berhadapan dan bertarung nyawa dengan si gergasi tu lagi!
2️⃣ HARGA BARANG NAIK
Kita semua memang aware kan yang banyar barrang dah naik sekarang kan? Hari tu kecoh tentang minyak sawit tertentu, habis suram penduduk Malaysia kan? Dan tah habis habis, harga petrol turun naik setiap bulan, yang tak dijangka langsung! Bila minyak naik, mesti lah bahan lain lain turut sama nak mengikut macam tol tol untuk highway, tepung gandum, gula, etc.
Bila kena pergi kerja, if bawak kereta; parking pulak naik harga! Kalau berniat nak naik Putra LRT tu, dah lah time office hour memang lah macam tin sardin. Sometimes, lebih worse! Dan bila minyak masak naik, tentunya semua bahan makanan dan kek dan muffin; kakak nasi lemak, nasi berlauk untuk tengahari… semua pun NAIK! Satu dua minggu okay lah lagi. Tapi hari or minggu seterusnya??? It’s madness!
Paling menyedihkan, semua harga barang naik. Boleh ke nak survive beli semua mahal tapi dalam purse, duit dah ada unsur unsur ikan tak cukup oksigen - nyawa nyawa ikan! Sanggup ke nak ikut perut and tadah muka monyok sendiri bila bulan bulan duit tak cukup sebab thought that it’s the wisest thing to do since ada rasa takut kena marah dengan suami sendiri??? Seriously?
3️⃣ ONLINE
If harga barang dah naik, awak rasa sewa kedai tu tuan kedai nak baik hati remain harga lama ke? Awak ingat istimewa sangat ke awak tu yang dia boleh bagi harga lama zaman Hang Tuah tu ke boleh request untuk sewa dengan harga lama??? Sebab tu online FB Page ni hebat, sangat sangat sebab tak perlu bagi komitment yang tinggi:-
(a) tak perlu bayar sewa kedai (sebab kedai online tak perlukan kedai fizikal tapi hanya Kedai Maya Bisnes Online
(b) tak perlu ada kos membaiki jika ada lampu, kipas, aircond, air, etc. yang rosak
(c) tak perlu ada bil elektrik + air yang mahal especially kedai biasanya dicaj sebagai akaun komersil yang jauh lebih lebih lah mahal
(d) atau kos kos lain (kecuali kos petrol; tapi bukannya banyak pun sebab COD tu bukannya setiap pelosok negeri kan?)
4️⃣ MANUSIA PERLUKAN BALANCE DALAM HIDUP & I NEED ONE!
Balance tu penting. Dah lama keja macam takde waktu rehat, saat tu la saya baru tahu pentingnya rehat. Pentingnya percutian untuk release stress dan bina hormon serotonin untuk kekal riang gembira. Tapi kalau setiap masa kita tu dikelilingi dengan kerja ofis? Takde masa untuk Mama kita dan nieces kita tu (walaupun dia bukan anak kita sendiri)? Nak jadi apa? Nak jadi apa bila hanya mampu bersua muka dengan Mama bila pukul 11 malam masa sampai umah setiap hari? Normal ke tu? Lepas tu, certain days; sambung pulak keja dari rumah sampai ke pagi?
Bukan lah nak jadi hebat atau ahli ulamak. Tapi Allah ni bagi kita 24 jam untuk bagi sama rata. Setiap satu pertiga untuk satu hal yang logik dan penting. Bekerja, tido dan mengadap Allah (beribadat). Tapi if most of all the times kita dok sibuk pikir hal duniawi dan buat tak endah yang lain (tido pun tak sampai sakit all the time?), macam tu ke kena cope dengan dunia yang berteknologi moden ni? Terima kasih but TIDAK untuk saya. Saya nak main main dengan nieces saya dan tengok mereka membesar. Saya nak jenguk dan usap kekucing saya kat rumah ni. Saya nak kenal muka adik adik dan Mama Papa saya. Dan saya nak ada life dan sesekali keluar melepak dengan kawan kawan untuk mengopi/mengeteh. Apa guna duit berlambak tapi hati gundah gulana? Apa guna bila selalu jadi murung dan horrible?
Walau hanya cukup 12 tahun penuh saya kerja di dunia luar, saya tak nak dah. Bisnes Online Shaklee ni bagus untuk saya, sebab saya nak buat ikut timing saya sendiri so saya boleh agihkan masa sebaiknya. Baru lah menang-menang (win-win) situation!
5️⃣ VITAMINS+SUPPLEMENT+ONLINE
Kenapa Shaklee? Sebab Shaklee ni vitamins dan supplements (juga barang kecantikkan (cuci muka, etc.) dan barangan cuci rumah). Semua orang (mostly) makan vitamins. Makan supplement. Teruk mana pun negara dirudung malang setelah disimbah ‘tsunami kemelesetan ekonomi’, orang tetap nak makan vitamins dan supplements. Itu benda asas dah sekarang ni. Cuba tengok masa 2008-2009; ada tak doktor hilang kerja sebab ekonomi jatuh? Ada nurse hilang kerja sebab tu? Takde kan?
Kenapa takde?
Sebab bila ekonomi lah lagi kita perlukan bantuan. Sebab tanpa iman yang kuat, kita akan tersasar. Bila tersasar, mula lah tak makan atau cuma ‘makan makan ayam’ (tak makan sangat tapi lebih kepada ‘acah acah makan’!!). Mesti lah nak promote B-Complex untuk atasi kemurungan kan? Atau Vita-C Plus untuk cerahkan kulit dan hilangkan kusam di muka tu. Semua ni takkan stop demand dia, because they consume!
Sebab tu lah, saya suka buat apa yang saya buat sekarang dan saya betul betul rasa, inilah yang terbaik buat diri asya ini.
Tolong doakan untuk saya tabah rintangi setiap batu besar dan hujan ribut dunia perniagaan online ni sebab saya bukan MENGHARAPKAN untuk berjaya tapi saya YAKIN yang saya akan berjaya, dengan izin Allah tentunya, inshaALLAH.
Aminnnnn.
5 Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang?
Unknown
Disember 09, 2016
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan