So I did.
Dan saya bersyukur saya ditemukan dengan insan yang hebat ni. Sungguh! Akhirnya, dah consume beberapa tahun dan lalui macam macam hal dalam hidup… saya buat kejutan mengejut pulak dalam hidup saya sendiri (memang kejutkan semua orang kat sekeliling pun!) bila saya decide untuk berhenti kerja dan mulakan Bisnes Online Shaklee baru baru ni, awal bulan November 2016!
Kerja gila? Saya gila? Haha. Saya tahu.
Dah letih dilabel sebagai “gila” dan “tak fikir panjang ke?” atau “not thinking straight!”. Penat lah nak kisah apa orang cakap, ye dok?
Oi. Kalau tak pentingkan diri dan makan hati untuk selesakan hati orang lain, sapa pulak nak selesakan hati saya? Kalau saya sendiri tak kisahkan diri saya sendiri hanya untuk diterima masyarakat umum, saya mati sebab orang lain gembira riang ria takpe ke?
Mungkin jasad masih hidup tapi hati dah mati, sengih pun lakonan semata, elok ke cenggitu? Walau bukan graduan sekolah tahfiz atau agama, saya tahu for the fact that ‘binasakan badan sendiri adalah berdosa!’. Kenapa saya sanggup nak collect dosa kat dunia ni, hanya untuk kesedapan hati orang lain semata?
Kan? Betul kan?
Sebab taknak kalah dan nak setanding mereka yang lain? Ye lah, anggapan masyarakat setempat kan penting nak teruskan hidup kat dunia ni…? Ye ke?
Positif.
Lepas tu pulak, dah macam macam hal saya lalui, mungkin Allah tengok saya terlalu seronok dengan hidup di dunia, so macam macam dugaan saya lalui sampai satu tahap yang saya bebetul rasa bagaikan tersadung dan terduduk di lantai… air mata toksah nak citer lah. Berjejeran all the time, dah macam soap opera lagaknya!
Tak tau lah apa yang awak semua ‘define’ makna nak jadi kurus atau nak jadi cantik. Mungkin lah, ada sesetengah orang… mereka nak kurus or nak cantik untuk cari bakal suami? Ye? Atau nak ex-boyfriend tu lari merangkak datang kat kita balik? Leleh leleh air liur tengok kita dah cantik? Dah kurus?
Tapi bagi saya sendiri, Saya Betul Betul Nak Kurus (sebab masa tu dah kembang semangkok okeh!) dan cantik sebab nak bina keyakinan diri saya semula! Sebabnya, Perut Buncit Bukan Cita Cita Saya Tau!
Bila MALU dan takde keyakinan diri. Tambah pulak nilai nilai negatif mula nak kuasai diri, rasa rasa jadi apa? Jadi orang yang menakutkan dan orang tak rasa nak dekat pun! Sebab takut tercedok negatif kita tu dalam diri mereka. Horror tak? Horror sangat kan!
Sungguh. Maha Pengampun. Dulu pandai cakap je, ikut petikan buku agama mana mana. Sekarang ni? Sungguh. Saya percaya semua tu. Memang sungguh. Betul. Fakta. Bukan hanya kata kata.
Dalaman? Hati nurani? Keladak atau jernih? Positif atau masih di takuk lama? Cara berfikir? Macamana nak hadapi situasi berbeza? Tapi sekarang, saya dah tahu cara sabar. Tenang. Dulu sikit sikit nak emo. Asyik asyik nak sakit hati sana sini. Hati tak reti nak tenang.
Sebab apa? Sebab kita tak ingat Tuhan. Sebab tu lah agaknya dulu perangai hodoh camtu. Haha. Bukan cakap sekarang lagi baik and syok sendiri nak cakap “jadikanlah saya role model awak, sebab saya lah yang terbaik!”
Hoih! Haha. Tapi, saya mampu untuk cakap… saya tahu dan yakin yang saya ialah manusia yang lebih baik dari saya sebelum ni.
If taknak makan, better puasa je. Dapat pahala ye dok? Tapi taklah. Diet saya ialah saya MAKAN. Saya TAK SKIP MEAL. Tapi saya pastikan air dan supplements cukup dalam badan saya; itu lah rahsia saya.
Oh! Dan semestinya: awak kena lah make sure awak exercise tak banyak pun, at least sikit. Jogging ke, walking ke... yang penting, something untuk gerakkan badan dan keluarkan peluh! Awak ingat magik ke supplement ni, boleh makan dan kurus gitu jer?
Dan memang ya, saya tak KURUS DALAM MASA 7 HARI. Tapi, bila saya turun 11kg tu, badan saya tak yoyo nak naik balik sewenang wenangnya. Amazing tak? Kagum tak? Saya pun kagum jugak okeh?! Haha. Tak habis kagum, hari hari syukur kat ALLAH sebab saya ingat saya akan jadi si BAM BAM yang bulat sampai tua. Hihi.
Tapi sekarang?
Ya ALLAH. Bukan lah nak syok sendiri. Tapi kulit saya halus. Mekap pun tak yah nak tenyeh kat muka. Bukan lah saya pakai pun mekap dulu, tapi at least bila nak pi kedai mamak beli santan ke, telur ke… mesti nak tepek bedak alas kat muka jugak tau! Nak tutup lubang tu, sebab rasa malu dan rendah diri!
Sekarang cemana? Sekarang Mama suruh pi kedai sat, terus capai tudung dan kunci kereta! Takde nak mekap bagai. Sebab kulit dah cantik! Sapa lah kisah apa apa lagi, ye dok? Semakin yakin dengan diri sendiri. Itu yang seronok! Sangat sangat seronok! Sungguh weh! Kurus, Cantik & Sihat: Awak Nak Tak?
Yang penting; saya boleh bagitau awak… ini memang exactly apa yang saya alami. Sebab tu saya choose untuk teruskan dengan Bisnes Online Shaklee. Sebab saya nak kongsi sama sama apa yang saya dapat. Seronok.
Saya faham sangat awak kat luar tu yang sama macam saya. Sapa tak stress bila GEMOK dan mengah all the time kan? And MALU bila nak jumpa orang tu lagi satu hal. Stress. Saya tahu sangat!
Dan kalau awak lebih berminat untuk Beli Shaklee Online atau Beli Produk Shaklee dengan saya… adalah jugak dialu alukan. Niat saya; nak bantu orang tingkatkan tahap / taraf kehidupan. Tapi tipulah tanak untung kan? Mesti nak.
Tapi selari jugak dengan niat nak bantu tu. So, awak tak perlu nak risau saya lepaskan awak kat laut dalam tu sorang sorang k? Saya janji saya takkan buat camtu.
Makan makanan seimbang, cukup exercise dan supplements nak kekalkan kandungan nutrients dalam badan, alhamdulillah... saya bersyukur dengan berat badan saya yang baru! Yayy!
0 comments:
Catat Ulasan