Membuat keputusan untuk menjejakkan kaki ke dalam bidang bisnes merupakan langkah drastik yang saya dah pun lakukannya bulan lepas. Walaupun dah almost 3 tahun saya
Daftar Jadi Ahli Shaklee, tapi bulan lepas ialah bulan di mana saya membuatkan satu keputusan di luar jangkaan yang actually dah mengejutkan pihak pihak tertentu! Tak sangka pulak mereka boleh terkejut sampai macam tu sekali? Why would they even bother pun sebenarnya? Terkejut. Memang terkejut terima reaksi masing masing camtu. Dah lah terkejut sebab saya choose untuk terus berhenti (padahal dah few times saya cuba berhenti, alhamdulillah.. yang dulu tu tak jadi). Pastu, campur pulak kejutan sebulan selepas tu bila saya bagitau semua pihak bahawa:-
- SAYA TAK NAK KERJA DI OFIS LAGI!
- SAYA NAK BUAT BISNES ONLINE SHAKLEE!!
Keputusan yang saya buat tu ialah salah satu yang dibuat tak berdasarkan emosi (either marah, suka/gembira, sedih???) tapi setelah dah pikir masak masak dan secukup cukupnya. Lepas tu jugak lah, saya terus dapat nampak yang mana SAHABAT dan yang mana hanya sekadar KAWAN untuk bergelak ketawa time takde masalah! Masa mula mula, tentangan dan kata kata yang langsung tak membina (kalau hati saya ni sekecil biskut empat segi ‘krim crackers’ tu… memang dah remuk, berkecai, hancur bocai macam dipijak gajahhh dah! Tapi, tidak. Sebab saya kuatkan semangat dan cakap pada diri sendiri, “buat apa aku nak bersedih untuk orang yang acah acah kisahkan kita kan?” Tak berbaloi and it eats so much energy kan? Kenapa saya nak bazirkan air mata dan kesedihan hanya semata mata dierang ni tak nampak apa yang saya nampak?? Mereka tak nampak cahaya di hujung terowong tu (‘the light at the end of the tunnel’). Cahaya yang bakal memberikan saya semangat baru. Mereka dok sibuk calculate ‘kerugian’ sebab takde gaji tetap dan dah tak mungkin lagi nak earn duit/salary, only sebanyak what it was before. That is the moment bila ‘kumpulan kawan/keluarga rapat saya yang dah jadi ‘langit dan bumi’ ni akhirnya bagitau saya yang saya dah GILA sebab buat keputusan terburu buru macam tu. Katanya, saya tak fikir pasal masa depan. Sebab pikir pasal masa depan lah saya buat keputusan GILA tu. Dan sebab tu jugak lah saya selamatkan diri saya dengan buat keputusan GILA tu. Sebab saya pikir apa saya nak jawab dia akhirat nanti bila disoaljawab, “kenapa saya pilih untuk buat dosa sewaktu menjalankan ibadah kerja? kenapa saya pilih untuk makan hati dan mengumpat dan caci setiap yang dibenci dan bekerja dalam keadaan paksa-rela?”
Bekerja tu ialah satu ibadah tahu? Kalau kita beribadah tak ikhlas, rasa rasa ada ke pahala? Lagi pikul berkoyan koyan dosa ada lah! Lebih mengecewakan bila yang cakap cakap gitu ialah kawan / family yang rapat. Yang saya ingat kami rapat. Tapi obviously lah SILAP BESAR! Ada jugak yang tak lepas untuk PANDANG RENDAH dan tanya if, “ish, boleh ke nak jual? pandai ke nak jual??” Sokongan moral memang takde, so rasa rasa apa saya rasa waktu tu? Perasaan masa tu, nak kata sakit hati. Tak jugak. Mungkin lebih kepada sedih. Sebab dalam banyak banyak orang, mereka yang saya percaya actually tak percayakan saya. Mereka yang saya ingat rapat, mula pelan pelan jauhkan diri. GILA sungguh ke saya ni? Haha. Maybe I am?
============================
Sedar tak sedar, kita dah pun di akhir tahun. Umur pun dah nak melonjak naik untuk setahun lagi. “A year older, a year wiser” kata orang orang lama, ya? Kebiasaannya, waktu sekarang ni lah semua berlumba lumba nak mengatur ‘new year’s resolution/s’ mereka untuk tahun yang akan datang. Macamana dengan saya?
Lepas dari insiden titik permulaan saya sebagai Pengedar Shaklee tu, saya tekad dan nekad unutk buktikan yang ini bukan sekadar ‘hot hot chicken poop’ (hangat hangat tahi ayam) tapi ini lah yang saya nak. Selagi tak nampak hasil, mereka akan tetap assume yang saya ni ‘takleh pakai’ dan mungkin tak sabar nak tengok saya remuk? Hal hal sebegini lah yang boleh bantu saya berusaha lebih dari biasa. Mesti lah kan? Itu baru lah considered as TAK LOGIK!
“Tak patut buat bisnes ni sebab if betul betul nak buat, patut belajar from A to Z! Not just lompat and hope for the best.”
Haha. Itu adalah apa yang dia cakap to me few days lepas hari pertama sekolah. Mereka tahu ke apa mereka cakap sebenarnya? A to Z ialah senang. Itu cuma ada 22 alphabets. Bisnes bukan teori semata mata. Ia bergantung pada keadaan semasa dan keunikkan setiap kes. Setiap bisnes. Setiap isu. Setiap tu semua berbeza. Itu semua tak belajar dalam classrooms. Kenapa saya nak bertatih dalam kelas untuk belajar teori bertahun tahun kalau saya ada seluas luas dunia untuk belajar semua tu dan bukan secara teori tapi secara real-time actual business??? Kann?
Kalau saya versi yang dulu; saya akan cepat melatah dan terasa hati dengan perilaku mereka tu. Mungkin tak bercakap seminggu dua, sebab kecewa dengan tindakan mereka tu. Tapi lain pulak jadinya. Lepas dengar semua benda tu, saya senyum dah redha. Sebab tu lah saya decide untuk teruskan niat saya jugak, tak kira lah apa nak jadi! Saya tekad nak buat sampai berjaya! Masa ni lah first time, saya tahu saya memang rasa lain. Lebih sabar dan tenang. Betul ni!
============================
5 TARGET 2017 YANG SAYA MESTI CAPAI 1 TAHUN DARI HARI INI???
————————————————————————————————
💟 MAJU DALAM BISNES ONLINE SHAKLEE - NAIK RANK SR. SUPERVISOR
Dalam masa setahun, saya tahu yang saya akan naik rank. Sekarang, saya hanya Pengedar Shaklee biasa. Sama macam orang lain yang baru saja atau sesiapa saja yang baru
Daftar Jadi Ahli Shaklee. InshaAllah bulan ini saya naik sebagai Supervisor; inshaAllah. Jadi saya ada masa lebih kurang 1 tahun dari sekarang untuk melonjak naik jadi Senior Supervisor, aminnnn.
💟 SKILLS BUKAN DI TAKUK LAMA TAPI DAH IMPROVED - PANDAI BUAT OFFLINE JUGAK!
Selama ni, saya hanya mampu dan lebih yakin untuk buat online. Sebab tu nama kedai mostly Pengedar Shaklee yang lain akan direfer sebagai
‘Kedai Shaklee Online’
ataupun
‘Bisnes Online Shaklee’ kan? Sedar tak? Kebanyakkan dari kita semua, memang hanya mampu dan lebih selesa nak buat online. Saya rasa lah. Sebab saya sendiri, nak buat offline sales? Hoih! Ketaqqqq lutut!
Elok elok product knowledge sebenarnya EXCELLENT, tapi sebabkan its an offline sales, hoihhh!! Terus tak ingat apa dah!! Hancur lebur lah. Tapi saya tak bercakap bagi pihak yang lain. Mungkin mereka takde masalah but I do. So, dalam masa 1 tahun dari hari ni, saya akan lebih yakin untuk buat offline sales dan bukan hanya tertumpu pada online semata mata.
💟 MENDAPAT BONUS 5 ANGKA
Nak dapat bonus 3 angka pun macam super gigil. Haha. Sekarang ni, baru takat acah acah bonus 3 angka, itu pun bekerja bersungguh sungguh. Susah sungguh nak dapat. Rasa macam, nape lah susah sangat ni kan?
Tapi, setahun dari hari ni, saya tak patut rasa kesusahan yang macam saya rasa ni lagi. Setahun dah kot??? Takkan lah melampau sangat untuk rasa perasaan macam baru sebulan dua mula kan?? Bila saya dah kumpul keyakinan diri, inshaAllah bonus yang bernilai 5 angka pasti jadi milik saya, inshaAllah.
💟 ANAK BISNES AKTIF BERBISNES ADALAH DALAM 10-15 ORANG (3 SUPERVISOR)
Kalau saya naik rank untuk jadi Senior Supervisor, maksudnya saya dah lahirkan Supervisor dalam golongan anak anak saya. Setidak tidaknya sorang. Tapi, dalam masa satu tahun dari hari ni, saya akan mempunyai sekurang kurangnya 3 orang Supervisors yang super aktif dan senang membuat kerja dalam sebuah team yang harmoni. Dalam pada tu jugak, saya akan mempunyai total lebih kurang 15 orang anak anak di bawah naungan saya.
Bila saya ada sebuah keluarga kecil tu, sebagai seorg ketua keluarga time tu, saya nak ikut jejak langkah Mami Salwa, di mana dia tak putus asa ajar satu satu kat kami semua untuk kami faham dan jadi ‘orang’ dan bukannya menggunakan kuasa VETO memandangkan saya yang lead the team. Approach yang baik adalah seperti yang digunakan Mami, so ya… saya akan menjadi seseorang yang disegani seperti Mami and sebab tu lah saya akan follow Mami rapat rapat untuk jadi amazing macam dia, inshaAllah. Aminnnn.
💟 INCENTIVE TRIP TAJAAN SHAKLEE
Lepas satu tahun bertungkus lumus, saya betul betul harap yang saya akan dapat incentive dari Shaklee atas usaha dan titik peluh saya selama 1 tahun straight ni. Macam kita tahu, Shaklee ada pelbagai incentives, tapi saya memang berminat dengan incentives pelancongannya. Tak kira samada national, international mahu pun Umrah.
Tapi, kalau rezeki saya masa tu memang tertulis untuk dapatkan yang Umrah package tu, saya akan hadiahkan pada Mama saya untuk mengecapi hasil titik peluh saya tu, inshaAllah.
============================
Itu lah dia target saya untuk tahun depan dan saya betul betul YAKIN dengan diri sendiri dan yang paling penting YAKIN DENGAN ALLAH yang saya LAYAK UNTUK BERIMPIAN dan semoga IMPIAN SAYA AKAN JADI KENYATAAN TAHUN HADAPAN, inshaALLAH.
Amin, amin yarabbal’al’aminnnnnnnnnn.
0 comments:
Catat Ulasan