In Cik Lisa Wangi Hobi Saya Masak Masak Masak Nasi Ayam Cik Lisa Wangi Nasi Ayam Idaman superstars tsunami tsunami shaklee ultimate5

Nasi Ayam Cik Lisa Wangi

MASAK!

Saya suka MASAK! Suka sangat sangat. Selain dari membaca: apa jenis bacaan sekali pun, asalkan ada perkataan! Saya suka sangat sangat untuk masak!!! Pandai masak? Tak pun. Tapi lebih kepada ‘campak campak’ method dan berdoa supaya makanan adalah edible dan semoga takde sapa akan sakit perut atau cirit birit sebab keracunan makanan! 😅 Masa saya di Abu Dhabi dulu, disebabkan kami semua kerja basically, almost setiap hari kecuali hari Jumaat… ada di antara Jumaat di sana yang saya akan masak dan menjamu beberapa kawan kawan ofis. Tapi bukan lah setiap Jumaat! 😆 Ada kadang kadang tu, bukan Jumaat pun tapi just rasa macam nak masak, so masaklah. Pastu panggil mereka semua datang ke rumah. Kawan kawan ofis tu bukan lah 3-4 orang tau, but ramai!! And most of them tu lelaki. And tahu lah cemana mereka ni semua makan kan, haha. Abang abang saya semua tu. Bila hari riang ria, sometimes tu sampai 15-20 orang ada jugak kot! 😅

Masa kat sana, kita semua diberikan tempat tinggal oleh company. Company saya keja tu company Malaysia, cuma kami ada Projek kat sana. So, seronok lah jugak sebab semua (mostly) Malaysian. Cuma kat ofis untuk position admin ke, receptionist ke and some other tu adalah beberapa kerat orang Filipina. Tapi majoritinya, adalah Malaysian lah. Seronok lah jugak, macam kat kampung kampung lah kiranya. 

TAPI, apa menu setiap kali buat jamuan makan makan ni???

NASI AYAM!!!

Setiap kali jamuan pun, memang hanya NASI AYAM! Saya memang lah tak pandai mana nak masak, tapi… boleh lah nak masak tu kan. Tapi, NASI AYAM saya ni, taktau lah cemana… memang jadi idaman mereka semua ni kat sana. Walaupun jamuan tu sometimes ialah selang seminggu pun, still akan request untuk buat NASI AYAM! Sampai sebab memang NASI AYAM tu lah trademark masakan saya kat sana yang DIGEMARI RAMAI, mereka akhirnya pun DECLARE lah nama untuk nasi ayam tu sebagai, “NASI AYAM CIK LISA WANGI”!!!

Apa special NASI AYAM CIK LISA WANGI tu compare dengan nasi ayam yang ada di kedai kedai lain tu? Takde apa. Sama je. It’s nasi ayam. Takde apa yang fancy pun. Honestly. Cuma… pada pandangan saya dan pengakuan ikhlas saya dan saya sendiri boleh verify fakta ni sebab saya lah si tukang masak tu kan, NASI AYAM CIK LISA WANGI ni special, lain dari yang lain sebab setiap kali saya masak, saya akan masak dengan penuh KASIH SAYANG. Itu yang mahal kot and probably itu lah yang sedapkan nasi ayam tu. Alhamdulillah. 

So, hari ni… saya nak share resepi NASI AYAM CIK LISA WANGI. Bila tengok resepi tu nanti, mesti awak semua akan cakap; sama je pun bahan bahan dia. Tapi, tu lah. saya rasa KASIH SAYANG tu yang special tu. 


++++++++++++++++++++++++++++++
BAHAN BAHAN
=============
SUP & NASI
=========
Minyak masak 


2 x bunga lawang
6 x cengkih
1 x kayu manis
1 x bawang merah (besar)
5 x bawang merah (kecil)
8 x bawang putih 
Sebesar ibu jari halia
3 x kiub ayam (saya guna Maggi)
3 liter x air
1 ikat x daun ketumbar (corriander)
Garam secukup rasa

1 x ekor ayam dipotong lapan
4 x kentang dipotong 4
3 x pot beras


AYAM (PERAPAN)
===========
5 sudu besar x madu
10 sudu besar x kicap manis cap ABC (HARUS PAKAI ABC!!! Saya dah try brand lain, tak jadi)
3 sudu besar x serbuk cili merah
Serbuk lada hitam secukup rasa

SOS CILI & KICAP
=============
SOS CILI
=======
10 x cili merah
5 x cili api
8 x bawang putih
3 sudu besar x gula
Air secukup rasa
Cuka secukup rasa


SOS KICAP
========
12 x bawang putih 
semangkuk kecil kicap ABC
Air secukup rasa


SAYURAN
========
3 biji x timun
1 x bunga salad
3 biji x tomato


++++++++++++++++++++++++++++++


CARA CARA
=========
SUP & NASI
=========
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia bersama sedikit minyak masak. Biar sampai sedikit kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang, cengkih, kayu manis dan kacau. Jangan biarkan terlalu lama, cukup sehingga bau naik dan sebati dengan bau bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan pula 3 liter air, kacau rata dan biarkan sehingga air mendidih. 
  4. Sekarang, masukkan 3 kiub ayam dan garam secukup rasa.
  5. Ambil ayam yang dah dicuci bersih dan masukkan satu persatu.
  6. Apabila ayam kelihatan macam dah masak (takde kaler merah, semua dah putih putih), toskan ayam keluar dari sup tadi dan asingkan.
  7. Air rebusan ayam tadi sekarang perlu diceduk dan dimasukkan dalam beras yang dah dicuci dan ditoskan tadi. Air rebusan ayam ini akan dijadikan sebagai air untuk menanak nasi ayam tadi. Pastikan air tu cukup ya, sebab biasa masak nasi putih, kita ukur air tu dengan jari kan? Tapi ni toksah gatai nak masuk jari dalam tu lah, sup tu panas menggelegak! Agak agak lah, okay? Biasanya kita buat lebih sikit air tu dari sukatan nasi putih biasa. Sebab, bila guna air rebusan ayam tadi, dia akan berlemak sikit, jadi takut dia cepat kering… allow lah lebih sikit. Bila masukkan air tadi tu ke dalam beras, masukkan lah sekali bunga lawang, etc. supaya nasi ayam kita tu tadi akan bau wangi rempah ni. Tapi tak terlalu strong.
  8. Okay, sekarang pi letak periuk nasi tu dulu, plug in and tekan ‘cook’.
  9. Sekarang, kita beralih ke Sup dan Ayam pulak ok? 
SUP
====
  1. Sup yang tadi tu dah reneh kan? Sekarang boleh masukkan kentang yang dah dipotong tu. Biarkan api sekejap, agak agak kentang dah lembut sikit then tutup api letak tepi. 
  2. Jangan bagi terlalu lembut, sebab takut nanti bila nak reheat, lama lama hancur bocai pulak kentang tu nanti.

AYAM
=====
  1. Ayam tadi dah direbus dan ditoskan dari air sup tadi kan? Agak agak air dah tak menitis dari parts ayam ayam tu, then its good to go. Tapi if still ada air, biar kejap. Sebab nanti dia terlalu basah nak goreng.
  2. Sementara nak tunggu air ayam tu stop dripping, boleh sediakan bahan untuk perapan.
  3. Ambil satu mangkuk besar dan campurkan semua bahan bahan untuk perapan ayam tu tadi hingga semua sebati. 
  4. Masukkan ayam ayam yang telah direbus dan ditoskan tadi ke dalam perapan ayam ni dan gaul mereka hingga sebati. Make sure semua parts pun ada kena perapan ni ya, sebab nanti if tak, rasa tak sebati. Agak agak dah rata, mula lah goreng ayam ni dengan tabah. Jangan risau if ayam kelihatan hitam dalam kuali nanti, sebab if api tak betul betul kuat, hitam tu sebab kicap bukan sebab hangus k? And pastikan jugak jangan goreng terlalu lama, sebab ayam tu dah rebus kan tadi so tak perlu nak biar mereka bersembang dalam kuali lama lama, sebab nanti keras pulak ayam tu tak syok! Agak agak kulit rangup dah, then angkat lah.

SOS CILI & KICAP
==============
  1. Bahan bahan untuk setiap sos ini (cili dan kicap ni berasingan tau!) dikisar halus. Lepas kisar tu, acah acah rasa lah, tengok ok ke tidak. 
  2. Macam saya, untuk sos cili tu, lepas blend tu… saya letak atas dapur sekejap. kacau kacau, tapi api kecik. Reason??? Saya taknak cili tu pijar sebab tu masak sikit, so tak sakit perut bila makan nanti.
  3. Sama macam sos  kicap tu jugak, saya akan reneh atas dapur dengan api kecik. Sebab masak sikit so that tak mentah masuk perut. Kurang peratus nak sakit perut.

FINALLY…
=======

  1. Bila semua dah siap, boleh lah hidangkan. 
  2. Sup tadi tu, boleh dipanaskan semula dan kali ni masukkan daun ketumbar (corriander) yang dah dihiris halus. Buka api kejap je, acah acah panaskan. 
  3. Sayuran yang biasa saya guna untuk nasi ayam saya ni, simple je… macam biasa lah, timun, tomato dan salad. 
  4. Hidangkan semua comey comey atas meja dan panggil orang makan.
  5. Selamat menjamu selera!!! 😍☺️😘

Related Articles

0 comments: