Siapa masa kecik dulu perangai tak suka makan sayur? Macam dalam filem mat salleh tu bila mereka langsung tak suka sayur?
SAYA SUKA MAKAN SAYUR. Tak berapa nak memilih lah, sebab takdelah issue yang akan tolak sayur tepi pinggan sebab tak suka or tak berminat. Rasa rasanya semua jenis sayur saya ok kot? Saya makan semua kot? Eh, jap! Oh, yes! Kecuali JERING!!! Tapi, JERING tu consider sebagai sayur ke or buah eh? Entahlah, saya pun tak berapa nak yakin, tapi yang paling saya yakin ialah, saya tak makan JERING!
Carrots. Lobak merah. Ini favourite saya. Paling suka. Suka jugak brokoli, tapi brokoli tu suka only bila dah besar sikit kot. Sebab brokoli kan macam ada rambut rambut tu, so kadang kadang rasa pelik bila dah kunyah? Probably fiber untuk brokoli tu, serat sayuran kan? Haha. Okay, carrots. Kenapa saya suka lobak merah ni? Mungkin sebab manis kot dan tak rasa pelik? Senang makan dan tak lembik, or hancur bocai bila masak. Tak macam sayuran hijau macam kangkung ke, sawi ke, kailan ke, bayam ke; yang bila kita masak at the end dalam pinggan dia jadi sangatlah lembik dan nampak lemah? Lepas tu memang rasa tak berapa best nak masuk tekak! Eeish! Haha.
Carrots. Lobak merah eh? Dulu masa saya sekolah rendah sampai sekolah menengah, saya ni macam rabbit (arnab) sikit sebab saya ada gigi besar dekat depan. Jongang sikit. So, nampak macam rabbit! Memang dah jadi kebiasaan, at times, ada je lah orang nak panggil rabbit kat saya ni. Takde lah obvious sangat pun rasanya, tapi biasa lah budak budak sekolah kan? Mesti ada je benda nak cari pasal. Sepanjang tempoh persekolahan, jadi arnab kat sekolah rendah dan menengah dah macam part of korikulum saya dah. Ada je benda mereka nak usik but nasib lah saya ni bukan jenis yang ‘crybaby’ mana, if tak… horror lah jugak. Kadang kadang tu, sakit hati jugak tapi pikir pikir balik, nasib lah kan? Haha. Jadi, mungkin lah jugak sebab dah terbiasa dengan watak rabbit berpanjangan kat sekolah kan, so secara tak sengaja saya pun tersuka makan carrots ni.
Sekarang? Sekarang masih tetap sukakan lobak merah tu, tapi rabbit dalam diri saya ni tak berapa nak ada dah kot? Haha. Sebab masa uni saya kena pakai braces (pendakap gigi) untuk 2 tahun (kot?) dan lepas tu kena bukak sebab saya dapat kerja luar negara and ‘terpaksa’ travel ke Dublin, Ireland.
So, ada apa dengan lobak merah tu sebenarnya?
LOBAK MERAH ini adalah satu satunya sayuran yang tergolong dalam jenis yang mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Macam yang kita boleh tengok, lobak merah ni warna oren kan? Kadang kadang tu pekat sangat warna dia, kira macam dari jauh dah nampak ada lobak merah dalam bakul orang tu kan?? Sebab lobak merah ni juga adalah merupakan sumber beta-carotena yang tinggi. Untuk sesuatu sayuran atau buah buahan itu mempunyai kandungan beta-carotena, ia haruslah terdiri daripada sayuran/buah buahan yang berwarna kuning/oren/jingga/merah. Lagi terang dan pekat warnanya, lagi tinggi lah kandungan beta-carotena tu. Selain itu, lobak merah juga terkenal dengan kandungan Vitamin A yang sangat sangat tinggi. Sebiji lobak merah ni dikatakan mempunyai lebih daripada 100% cadangan pengambilan harian Vitamin A untuk seseorang manusia!!! Begitu tinggi kandungan Vitamin A dia, kan? Pernah tak masa kecik kecik dulu (or even sekarang?), mama mama kita selalu cakap, “makan carrot tu banyak banyak sikit, nanti mata cantik dan terang!!!” and kita pun beria lah kunyah ke lobak merah tu sebab nak mata cantik dan terang! Haha.
Selain tu, lobak merah juga dapat melindungi kita dari radikal bebas dengan kandungan antioksidan yang tinggi tu. Sekaligus, boleh meningkatkan sistem imun badan kita. So, kurang lah nak batuk dan selsema sepanjang masa tu. Begitu juga dengan Vitamin C yang terkandung dalam lobak merah, selain dapat melindungi sistem imun kita, dengan adanya bekalan Vitamin C, lobak merah akan menjadikan kulit kita cantik berseri dan licin bersih.
Oh, dan lagi satu… saya sukakan lobak merah ni, sebab biasanya fungsi dia sewaktu lunch atau dinner, dia akan dijadikan sayur campur kan? Dan sebab warna dia yang cantik tu (especially yang sangat sangat terang!), dia akan menaikkan warna sayur campur dan setiap hidangan sayur campur akan kelihatan sangat riang ria dengan warna hijau kacang pea (sugarsnaps), jagung mini, tomato mini, bawang putih, cili merah dan kadang kadang tu, ada gajus sekali kan? Cantik lah jadi sayur campur tu dan being me, saya hanya akan boleh makan sayur kalau hidangan tu nampak cantik (ni only applies to sayur! Haha.. yes, saya tahu ini keterlaluan. Tapi saya memang takkan sentuh sayur kangkung yang digoreng hancur bocai pastu present dalam mangkuk comot comot? Tak boleh. Cuma tak boleh je).
Disebabkan lobak merah ni ada banyak kandungan nutrisi yang tak terkira tu, dia adalah antara sayur yang terhebat dalam kumpulan sayur yang ada tu. Tapi, KENAPA SAYA MASIH MEMERLUKAN SUPPLEMENTS HARIAN?
5 SEBAB PENTING KENAPA KITA MASIH MEMERLUKAN SUPPLEMENTS SETIAP HARI?
- PERJALANAN SI LOBAK YANG JAUH
Mula mula, jom kita siasat kisah hidup si lobak? Macamana dia sampai dalam pinggan kita? Dah tentunya bukan dari tanah belakang rumah kan? Lobak merah ni kan ditanam oleh petani petani asing - sebab saya tengok dalam fridge, plastik yang bungkuskan lobak merah ni biasanya samada dari Amerika ataupun Spain (atau negara Barat yang lain). Pendek kata, dari luar negara! Kita naik kapalterbang pun berjam jam nak sampai sini, dah tu si lobak tu?
Macam mana mana kisah sayuran pun, mesti lah ada waktu ‘harvesting’ (menuai? mengutip lobak yang sudah masak) kan? Ramai ramai berkumpul di atas rak, susun cantik cantik dalam kotak, dan pergi ke airport untuk dieksport ke serata dunia. Beberapa hari lepas tu baru sampai negara kita mungkin dan beberapa hari lepas tu pulak lah baru keluar dari peti sejuk Tesco untuk diletakkan di bahagian sayuran segar dari Barat! Kan? Tapi, TAHU TAK yang kandungan nutrisi dalam lobak merah boleh menyusut dalam beberapa hari selepas dikeluarkan dari tanah (sow)? OH TIDAK! Refer gambar di bawah.
- TANAH YANG TIDAK BERMAYA (SOIL DEPLETION)
Lagi satu hal ialah, TAHU TAK jika kita tanam sesuatu sayuran/buah buahan di atas plot tanah yang sama berulang kali, kandungan nutrisi tanah tu takkan sama macam kandungannya masa tanaman pusingan pertama (soil depletion). Lagi horror lah nutrisi tanah tu, if ini kali kelima kita nak letak lobak untuk bertumbuh di plot yang sama! Sebab setiap kali menanam di plot tu, tanaman tu akan serap nutrisi tanah tu sendiri. Bayangkan macam kita pakai selipar yang sama sejak kita lahir sampai lah sekarang. Haus tak tapak selipar tu??? Ha, sama lah dengan tanah tu sendiri.
Walaupun halnya macam tu, bukan bermaksud lobak merah dah tak dapat nak memberikan nutrisi lengkap untuk dos harian kita. Boleh, tapi kita kenalah make sure setiap hari, apa yang kita makan adalah cukup untuk semua nutrisi yang badan kita perlukan. Makanan harian kita perlu seimbang yang cukup dengan protein, karbohidrat, lemak, serat dan vitamin/supplement.
Sebab walaupun untuk orang dewasa, kita masih perlukan kandungan nutrisi yang cukup. Biasanya orang akan cakap, “budak kena makan semua ni, nanti tak cukup nutrisi!” Tapi hakikat dia, orang dewasa especially orang tua, lagi laaaaaaa perlukan nutrisi sebab bila tua kita makin lemah dan perlukan kandungan nutrisi yang cukup untuk membaiki sel sel rosak dan menggantikan sel sel yang baru.
Lembu makan apa? Rumput. Itu pun lembu yang mahal. Lembu sekarang ni ada makan biskut (kibbles). Makan processed food tu kan? Macam makanan kucing tu. Either or pun, kita memang terdedah kepada malang. Kalau dia makan rumput dan rumput kat situ ditanam di tempat sama ulang ulang (refer Item 2). Nutrisi tanah pun hilang.
Jika lembu tu makan makanan yang diproses tu, kita akan lebih lagi terdedah pada toksin. Processed food; toksin. Bila toksin dalam badan, dah tentu kita perlukan lebih supplement dalam badan kita. Betul tak? Nak buang toksin toksin yang terperangkap dalam badan lah sebab once badan penuh dengan toksin, semakin lama lah proses untuk keluarkan dari dalam badan! Sebab tu lah kena ambik supplements.
- UMUR YANG DAH LANJUT
Umur yang tua memerlukan supplement yang lebih banyak untuk menampung keperluan badan nak repair sel sel badan lama tu kan. So, kalau lah tak makan supplements, macamana? Sebab tu lah saya pentingkan pengambilan supplements walaupun saya makan sayur dan buah buahan yang cukup. Supplements adalah sebagai makanan tambahan saya, tentunya untuk menghadapi hari tua.
- DUNIA DAH TAK BERSIH LAGI
Kita sendiri tahu yang semakin hari, dunia semakin tak bersih untuk kita semua kan? Kilang kilang dibina sana sini bukan lagi benda baru, betul kan? Sebab apa? Bayangkan, sihat macamana pun pemakanan seharian kita, tapi jika kita keluar dari rumah dan mula berjalan ke arah taman berdekatan? Udara apa yang kita hirup? Molekul molekul kotor di awangan yang kita tak nampak dengan mata kasar, sebenarnya penuh dengan kandungan toksin TAHU TAK?
Takkan nak pakai tutup hidung all the time? Macamana nak kekalkan sistem imun badan setiap masa? Takkan nak kunyah lobak merah 24 jam untuk pastikan sistem imun perfect? Atau bawa sebakul oren dalam beg sandang? Sebab tu lah supplement penting sebagai sebahagian dari makanan tambahan harian kita untuk menghadapi hari hari di dunia ini.
SUPPLEMENTS APA YANG SAYA MAKAN SEKARANG YANG MEMPUNYAI VITAMINS MACAM SAYUR LOBAK MERAH TU?
Carotomax!!! Paling amazing sebab kandungan Vitamin A dan Vitamin C ada dalam Carotomax sama macam lobak merah kegemaran saya tu. Beta-carotena yang lengkap, mestilah! Lepas tu, selain daripada supplement ni ada vitamins yang sama macam lobak merah, Carotomax jugak ada macam macam nutrisi lain yang memang diperlukan oleh badan kita, especially saya ni yang dah menjangkau usia lah kan?
Sesuai untuk menaikkan taraf penglihatan saya supaya kurang rabun dengan Vitamin A yang lengkap dalam Carotomax. Selain tu, kandungan Vitamin C, D dan lain lain berfungsi untuk menjadikan kulit saya halus, licin dan kemerah merahan (healthy glow) camtu? Siapa taknak kan?
AWAK NAK JUGA? BERMINAT? NAK CANTIK TANPA MEKAP MACAM SAYA??
CALL/WHATSAPP ‘CAROTOMAX’ KE:-
012-2195363 CIKLISA
012-2195363 CIKLISA
012-2195363 CIKLISA
Sampai bertemu lagi!
Assalamualaikum, semua. Terima kasih sebab jenguk.
0 comments:
Catat Ulasan