Cik Lisa Wangi | 012-2195363 | Pengedar Shaklee Di Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai, Taman Melawati, Taman Permata, Lembah Keramat, Sri Ukay, Bukit Antarabangsa dan Kawasan Berdekatan
Dulu, saya tak seperti siapa saya sekarang. Saya agak agak bebas dengan dunia saya sendiri. Mungkin dengan stress yang tak henti henti samada dari tempat kerja atau pun hal personal, yang penting dan saya akui, saya sibuk dengan dunia saya sendiri. Saya selalu tak tenang, tapi fikir fikir balik; mesti lah tak tenang, solat pun acuh tak acuh. Asalkan buat. Asalkan solat. Tapi bukan dengan hati yang ikhlas atau jiwa yang tenang. Lebih kepada, nak cukupkan syarat. Nak fit in the norm. Menyedihkan sungguh kan? Betul betul kesian dan tak sangka saya boleh jadi seteruk tu? Apa lah yang saya fikir? Sibuk sangat dengan acceptance orang sekeliling sampai lupa yang penerimaan dari Allah itu yang lebih penting dari segalanya. Bukan apa orang ramai fikir atau cakap pasal kita. Tapi saya sibuk nak puaskan hati orang sekeliling tanpa menyedari yang saya dah lalai dengan perintah Allah dan boleh pulak dok buat sambil lewa??? Astaghfirullah.
Sekarang? Saya mulai kenal siapa diri saya yang sebenar. Apa sebab saya kat dunia ni. Kita semua tahu, hidup di dunia ni sementara saja kan? Kita dipinjamkan untuk duduk kat dunia ni untuk merasa nikmat dunia, tapi takleh lah nak enjoy nikmat dunia tapi tak hiraukan ibadah yang wajib. Kita sepatutnya merasa nikmat dunia tapi di samping tu, menyiapkan diri untuk kehidupan kekal di akhirat kelak. Saya amat bersyukur, disedarkan oleh-Nya secepat yang mungkin. Alhamdulillah. Dia sedarkan saya dengan sebuah ujian yang cukup kuat. Betul betul mencabar diri saya sebagai seorang umat-Nya yang kurang pengetahuan agama, kurang ibadat dan kurang semuanya.
Nak kira pengalaman dunia? Itu memang banyak. Memang berderet. Untuk kerja ofis? Saya memegang jawatan professional di sebuah company construction. Technical position; siap ada experience luar negara. Eropah? Arab? Semua saya ada untuk beberapa tahun pengalaman. Macam macam jenis orang saya dah jumpa dan kesusahan hidup di negara orang saya dah lalui. Tapi itu dunia! Pendidikan di dunia, hal ehwal dunia, teknikal, teknik untuk ‘survive’ di negara orang, ‘backpacking’ sorang sorang sebagai seorang perempuan Asia di negara Eropah selama seminggu…? Semua tu memang saya ada dan saya akui itu bukan calang calang pengalaman untuk seseorang miliki. Lebih lebih lagi untuk seorang perempuan!
Tapi, bagaimana dengan hal ehwal akhirat? Persediaan untuk kehidupan kekal kita di dunia akhirat? Cukup dah ke amalan saya sebanyak mana pengalaman saya di dunia tu?? Memang lah jawapan dia TAK!
Allah tu sesungguhnya Maha Pengampun. Dia sayangkan hamba-Nya. Sangat sangat. Sebab kalau tak, Dia takkan sedarkan saya bila time saya betul betul di lantai, jatuh tersadung dan terduduk hari tu. Saat saya betul betul buntu, sungguh sungguh taktau apa nak buat, saat rasa diri ini langsung tak dihargai dan apa guna kehidupan di dunia ni kalau semua orang benci… saat kehidupan saya musnah (ikut term saya lah kan), saat tu Dia bangunkan saya dari mimpi ngeri tu. Dia pujuk hati saya. Dia bangunkan semangat saya. Dia sedarkan saya siapa saya dan takde gunanya nak bersedih sebab orang lain untuk tamatkan hidup saya camtu je. Kalau Dia tak sayangkan umat-Nya, tak mungkin Dia akan tiupkan rasa insaf dalam diri saya dan membuatkan saya ingin bangun dan berubah, betul kan?
Dan bila saya dah sedia, saya dipertemukan semula dengan Mami Salwa (individu yang bertanggungjawab mendaftarkan saya sebagai Ahli Shaklee few years back). Saya tak pernah suka atau percaya mana mana bisnes MLM. Sungguh. Masa Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan Mami dulu pun semata mata nak dapat harga ahli, itu je. Tapi, kuatnya semangat saya untuk cakap kat Mami tu, Saya Nak Mula Buat Bisnes Shaklee. Saya taktau cemana tu semua boleh terjadi. Sungguh. Macam MAGIK. Sangat sangat MAGIK!
Hari ke hari… Mami bimbing saya. Saya pun mula tahu, Group Shaklee yang dikelolakan oleh Mami ialah Group Superstars Shaklee. Mula kenal dengan semua ahli keluarga bisnes kumpulan ni. Yang paling istimewanya, semakin lama saya menjejakkan kaki dalam arena Bisnes Online Shaklee ni, semakin dekat saya dengan Allah. Sungguh.
Masa ni lah saya diajar tentang sabar. Tentang doa dan zikir pembuka rezeki. Pelan pelan, saya mula amalkan sikit sikit. Makin lama saya amalkan ni, makin cantik dan indah jadinya. Saya sebak. Saya sebak sebab Allah masih sayangkan saya dan nak saya berubah. Allah tunjuk jalan untuk saya berubah dan jadi yang lebih baik dari sebelum ni. Dulu saya tengok kat drama Cerekarama TV3 bila mereka lakonkan watak perempuan moden akhirnya mendapat petunjuk dari Allah untuk berubah kan? Tapi, saya alaminya sendiri. Sungguh!
Sejak dari hari tu hingga lah hari ni, ini lah amalan ringkas yang saya amalkan setiap hari untuk dapatkan ketenangan dan pembuka rezeki harian. Saya tak lah dapat sales sampai berpuluh ribu, tapi alhamdulillah… untuk ‘newbie’ macam saya, saya sangat sangat bersyukur. Jadi, amalan ringkas saya ialah:-
Membaca Bismillah untuk setiap perkara yang dilakukan
Membaca Istighfar bila bila masa & mengucapkan Alhamdulillah (bukan hanya waktu senang, tapi juga ketika mengalami kesusahan)
Membaca zikir ringkas 'Ya Allah' (setiap masa terluang, bila rasa nak ketenangan)
Membaca zikir ringkas, ‘Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Kariim, Ya Wahab’ setiap masa (bukannya panjang pun kan dan bukannya susah pun)
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Membaca surah Al-Ikhlas + Al-Waqiah selepas Subuh
Membaca Ayat Kursi sebelum tidur
Dari saya yang dulunya sangatlah culas nak solat apatah lagi berzikir kan…? Sekarang, alhamdulillah… masuk waktu, saya akan cuba segerakan solat (tapi kadang kadang terlepas jugak). Tapi taklah seteruk siapa saya dulu. Saya rasa lain. Dalam hati, rasa sangat sangat lain. Rasa tenang dan relax. Ada jugak antara kawan kawan lama cakap, saya mula berdrama dekat dengan Allah untuk buat bisnes, saya hanya senyum. Tak kisah lah apa mereka nak kata, yang penting saya tahu apa saya buat dan Allah semestinya tahu apa saya buat. Apa niat sebenar saya. Cukup lah buat saya. Buat apa sibuk nak puaskan hati orang lain, tapi ibadah kita untuk Allah kita lekehkan? Betul kan?
Bila buat bisnes, lebih lebih lagi saya ni dah lah habis ‘baby’ level masa mula mula join last month kan? Manusia, mesti lah ada rasa kecewa bila tak buat sales. Dah nama pun bisnes. Bertatih pulak tu. Mesti ada rasa down atau stress. Sekali lagi, MAGIK. Saya sabarkan diri saya. Saya tenangkan diri. Alhamdulillah, rasa stress tu pergi. Orang akan cakap, itu perkara biasa bila kita dekatkan diri dengan Allah. Perkara normal, bukan sesuatu yang pelik. Tapi bagi saya, itu sesuatu yang sangat MAGIKAL. Mungkin itu benda biasa untuk awak, tapi tidak bagi saya. Dan saya bersyukur Allah turunkan ujian seberat tu untuk saya pada masa tu, sebab saya seronok di mana saya berada sekarang ni dan saya amat bersyukur yang saya kini tahu saya menjadi seseorang yang lebih baik daripada diri saya yang dulu, alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
7 Amalan Doa & Zikir Pembuka Pintu RezekiUnknown
Disember 14, 2016
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
0 comments:
Catat Ulasan