Duit. Rasa rasanya, duit tu penting tak? Pernah tak dengar dialog ni samada in real life ke, dalam drama ke, dalam movies ke or even kawan awak sendiri yang pernah cakap benda ni…
“…aku tak kisah pasal duit, harta atau apa apa seangkatan dengannya. Yang penting, aku tahu dia sayangkan aku…”
Haha. Ini hanya omongan kosong. Percayalah. Ayat di atas hanya boleh diterima-pakai dalam filem. Atau drama televisyen tapi bukan kehidupan sebenar dan di bumi yang nyata. Tak mungkin berlaku. Never lah!
Macamana nak hidup tanpa duit? Hidup cukup cukup makan? Tempat tinggal. Nak duduk mana? Okay, berkahwin di usia muda jadi membuat keputusan untuk menyewa dan tidak beli rumah sendiri. Faham. Baik. Tapi nak sewa rumah tu guna apa? Bulan bulan nak bayar sewa dengan apa? Rambut? Macam zaman dulu dulu? Ikut berapa kati nak caj berapa sen? Atau nak bayar sewa guna makanan? Sewa sebulan bersamaan dengan 6 ketul karipap daging? Okay, katakanlah… boleh nak sewa rumah dengan 6 ketul karipap. Nak buat karipap tu, nak beli tepung pulak pakai apa? Or nak usahakan ladang gandum? Untuk buat 6 ketul karipap tu? Nak beli tanah untuk buat ladang gandum tu dah ada ke? Kalau takde, nak kena beli ye dak? Nak beli guna apa pulak kali ni? Tahu or sedar tak semua jawapan tu lari kepada satu jawapan yang pasti? Nak beli, berurusan jual beli, kita kena ada duit. Duit. Sapa lah kata duit tak penting? Haihh.
Tapi, bila dah ada duit takde lah bermakna kita boleh belanja sesuka hati. Betul. Duit tu kita kerja penat penat so apasal takleh spend kan? Cuba tanya diri sendiri pulak, kenapa kita kena nak belanja sakan everytime dapat duit? Kenapa??? Tapi, kebanyakan dari orang ramai sekarang pilih untuk berbuat sedemikian. Mereka cenderung ‘to eat more than they can chew’. Sebab EGO. Taknak kalah. Kekayaan dari segi luaran dah jadi macam pengukur kehebatan seseorang. Lagi nampak kaya raya, lagi hebat layanan kelas atasan yang akan diterima. Dan dengan harta dan kekayaan, dapatkan mereka status ‘awesome’ kat dunia ni. Pelik kan?
Sepatutnya, bila kita berharta dan ada duit sikit, kita sepatutnya berjimat cermat. Menabung dan menyimpan. Berbelanja mana yang perlu je, bukannya ‘splurge as much as you can’ selagi nyawa dikandung badan. Berjimat? Kenapa nak kena berjimat? Bukannya duit boleh ikut kita masuk kubur pun?? Memang betul, tapi ada banyak alasan kenapa kita patut berjimat cermat. Kenapa eh?
3 Sebab Kenapa Kita Kena Berjimat Cermat
===============================
- Berjimat Cermat Tuntutan Islam
Ini adalah salah satu dari tuntutan Islam, yang mana kita dilarang untuk membazir. Bila kita dah ada duit sikit dan berbelanja membabi buta macam takde hari esok tu… itu dah dosa namanya. Itu lebih kurang sapa lah tentang ‘You always tend to eat more than you can chew!” Itu semua atas desakan bisikan Syaitan. Kenapa Islan menggalakkan umatnya untuk berjimat cermat. Sebab apa ya?
Boros adalah merupakan satu aspek negatif yang bakal atau sudahpun membawa keburukan pada penagihnya. Bila kita boros dan berbelanja sakan; contohnya Majlis Iftar Buffet di bulan puasa. Nak berbuka puasa, cari hotel yang paling mahal. Katanya, alah bulan puasa dan bukannya selalu. Dan alasan kenapa ambik buffet yang set yang melimpah ruah camtu dan bukannya yang basic atau ‘ala carte’ sahaja? Lapar. Itu jawapannya???
Pernah nampak bila berbuka puasa di hotel mewah bila time before berbuka, semua jenis makanan disusun dalam pinggan. Lapar lah katakan. Tapi, separuh perjalanan berbuka puasa tu, kelajuan mengunyah memang dah jadi perlahan. Pelan pelan lepas tu, pinggan ditolak ke tengah dengan saki baki makanan yang masih separuh tak berusik. At the end, memang tak terusik pun dan dibiarkan saja camtu je. Membazir lah jawabnya!!! Rugi. Bayangkan orang lain yang tak bernasib baik macam awak tu nak makan buffet kat hotel mewah tu! Mereka tak cukup makan, tapi awak cincai cincai kan camtu je? Kuis kuis dalam pinggan macam tu je, sebab memang takde hati nak jamah pun.
Ataupun, boros dengan menggunakan wang secara tak terkawal, baju cap terkenal berbakul bakul dibelinya, sebab tak nak kalah. Sebab EGO datang lagi bila lihat perempuan tu pakai beg tangan mewah? Duit tak lah banyak mana tapi akhirnya buat keputusan untuk ‘ikat perut’ semata mata nak beli yang kaler lain pulak? Pastu berderet lah baju dan beg tangan kat rumah tu dan boleh kira ada beberapa baju yang langsung tak pernah dipakai pun lagi. Dalam masa yang sama, cuba bayangkan keadaan adik adik di Somalia yang kemalangan tu cuma pakai celana dah keseluruhan badan terdedah camtu je. Logik ke camtu? Sanggup membazir (untuk puaskan EGO diri sendiri) dan rela tahu yang setiap kaler baju yang sama patut dibeli! Bila dah boros, membazir… seronok lah syaitan dapat kawan baru. Nak ke jadi kawan baru Syaitan? Bila kaya, lupa diri… bila lupa diri, ada ke kawan kawan yang nak bantu kita untuk realized yang kita dah buat mistake tu? Susah kan bila dah jadi camtu?
- ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’
Kita ada bebola kaca yang boleh tahu nasib kita untuk esok tak kat atas meja dalam bilik kita tu? Ataupun, kita boleh ke tetibe ada mukjizat yang Allah bagi yang membolehkan kita tahu apa akan jadi esok? Atau, tak payah besok lah… Like apa akan berlaku dalam satu jam dari sekarang? Contohnya; boleh tak nak tau yang dalam masa sejam lagi akan ada gempa bumi terbesar kat bandar kita tu dan kebanyakan orang yang kita kenal akan cedera ataupun terkorban? Ataupun, regardless of banyak mana pun vitamins dan supplement selama ni sebab saya Jadi Ahli Shaklee dan Buat Bisnes Online Shaklee bulan lepas, jika Allah kata saya akan sakit? Salah satu penyakit kronik serangai tu… sakit lah saya. Tak kisah lah yang saya mengamalkan cara hidup sihat cemana sekali pun, dah Tuhan nak jadikan saya sakit… sakit lah saya. Jika Allah nak jadikan saya diabetes dan perlu dipotong kaki, jadi lah dia. Ia akan sentiasa bergantung pada Allah.
Bayangkan jika saya kena diabetes dan harus mendapat rawatan penuh di hospital selama berbulan bulan dan perlukan wang yang banyak nak menampung bil hospital, mana saya nak cari duit kalau saya boros? Kalau saya perlekehkan idea untuk berjimat cermat tu? Bila takde duit untuk dapatkan rawatan awal diabetes di hospital, penyakit tak dirawat, jadi akhirnya doktor putuskan untuk kaki saya dipotong? Kaki dipotong di usia 35 tahun sebab diabetes dan sebab tidak mendapatkan rawatan secukupnya? Macamana? Elok elok boleh cegah dari awal, tapi sebab takde duit… then terpaksa lah. Nak buat cemana kan?
Sebab tu lah kita kena berjimat cermat. Kata orang dulu dulu, kita kena lah ‘sediakan payung sebelum hujan’! Sebab kita takleh ramal apa nasib kita in the future. Mungkin sekarang kita adalah si kaya Top 10 dalam Malaysia. Tapi tak mustahil dalam masa 2 bulan company kita lingkup dan bankrap. Bila bankrap terus berubah jadi papa-kedana! Time tu, apa pun takleh buat lah, kaki pun dah takde sebelah! Cuak tak? Letih tak? Kecewa tak?
Sebab tu juga lah kita kena belajar berjimat cermat dari sekarang. Semua tu penting untuk keselamatan kita di akhir zaman kelak, kan? Sebab kita tak mungkin akan tahu apa akan jadi esok, kejap lagi atau pun beberapa saat dari sekarang!
Ya, saya tahu. Berapalah sangat saya nak simpan untuk diri sendiri di hari tua nanti ya? Sebab saya ni kan single dan tak berkahwin. Banyak mana lah sangat duit yang saya perlu untuk habiskan sisa sisa hidup saya sebelum meninggalkan dunia ni cam tu saja kan??? Macam saya cakap tadi lah, kita tak tau apa yang akan berlaku. Mungkin baki akaun saya masih mampu untuk saya saya dalam 6, 7 bulan lagi sebelum semuanya kering kontang. Lebih lebih lagi saya ni kan takde gaji. Kan saya aritu buat keputusan untuk berhenti kerja. Dan lama lepas tu buat keputusan untuk jadi lebih serius dalam Bisnes Online Shaklee ni sebab saya tahu saya wajib berkongsi kehebatan produk ni kan… Dengan ‘job’ yang tidak tetap walaupun takde lah untung mana pun bila jual Shaklee kan (sebab harga dia tak sebanyak mana pun, so keuntungan pun hanyalah dari segi perbezaan harga produk retail dan distributor. If camtu lah gayanya, tapi tak berjimat cermat…? Cemana? Nanti dah tua nak cari mana duit nak beli barang dapur? Dan, sampai bila pulak awak nak buat Bisnes Online Shaklee ni? Takkan sampai tua ganyut pun masih nak buat jualan dengan prospek? Dah bongkok tiga pun nak drive pegi jumpa prospek nak cerita produk? Semata mata sebab nak cari duit, sebab dulu boros lah sangat! Sebab tu lah kita kena mula menyimpan sekarang, terutamanya bila kita masih muda ni. Cari rezeki halal, untuk simpanan hari tua, insyaAllah.
===============================
Jadi, jom lah kita sama sama sedarkan diri dan ambik seminit dua untuk fikirkan, adakah kita sekarang ni tahu apa kita buat dan dah mula berjimat cermat? But seriously, sejak saya Daftar Jadi Ahli Shaklee Online ni, banyak benda yang saya belajar. Banyak betul ilmu yang sebelum ni saya taktau dan ambik remeh. Dulu saya boros jugak, seronok jugak nak berbelanja sekali sekala, berkali berduka. Haha. Tapi tak lah selalu. Sebab bagi saya, kita perlu ‘reward’ diri kita sesekali nak tunjukkan yang kita bangga dengan diri kita dan appreciate atas apa apa yang kita dah achieve sebelum ni. Saya masih kekalkan ‘reward’ method untuk diri sendiri… untuk diri sendiri dan walaupun boros tu ialah sifat yang tak baik (negatif), tapi tak salah untuk kita pilih to ‘reward’ diri kita sekali sekala. Cuma, jangan boros dan teruskan berjimat seadanya untuk tak kalut di masa depan nanti, inshaAllah.
Amin.
0 comments:
Catat Ulasan