In Bisnes Online Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Side Income Tips Bisnes Online Tips Memilih Bisnes Sebagai Side Income

3 Tips Memilih Bisnes Sebagai Side Income

Side income? Wang tambahan? Kerja sampingan untuk duit lebih bulanan? Kenapa kita perlukan side income? Tak cukup ke dengan gaji tetap bulanan yang kita dapat tu? 

Macam yang kita tahu, ekonomi sekarang ni tak berapa nak kuat kan? Lagi lagi duit Malaysia. RM. Asyik asyik jatuh. Dah lah tu… duit gaji tak naik naik dan duduk takat tu je. Harga barang semua naik. Hari tu tepung kan? Dan lepas tu, macam biasa lah. Gula pulak. Baru baru ni, minyak masak! Petrol toksah nak cakap lah. Setiap bulan atau dua bulan sekali, ada ke kenaikkan. Bila naik sampai kadang tu 20 sen. Turun setakat 5 sen gitu je. Gaji kita? Tak naik naik tapi duduk diam diam takat tu je lah. Macam takde apa apa berlaku. Macamana nak hidup?

Untuk orang single macam saya ni; ha… takde lah rasa sangat kan? Sebab kita takde komitmen anak sekolah ke, beli rumah sendiri ke, kereta MPV ke (sebab orang berkeluarga biasanya ada MPV kan? Especially yang anak ramai tu… sebab kereta biasa mana nak celuih!). Tak campur dengan hutang piutang dari bank untuk kad kredit, pinjaman personal, belian barangan runcit dan macam macam lagi lah. Mana pulak nak letak duit nak pi cuti cuti? Cukup ke funding lepas bayar itu dan ini? Ke semakin bertambah tambah pulak hutang sana sini? Ha… cemana tu?

Disebabkan semua alasan kat atas tu lah; saya sangatlah rasa side income tu perlu. Bukan apa. Sekurang kurangnya, boleh lah nak tampung perbelanjaan yang semakin hari semakin meningkat ni. Lagi lagi yang ada anak anak yang masih kecil. Susu toddlers tu bukannya murah. Lain lah kalau nak bagi mereka ni minum susu cap teko. Susu pekat manis campur air kosong? Ha… murah lah sikit kan? Tapi, memang tak berkhasiat langsung lah! Apa taknya, sengih lah budak budak tu sebab manis kan? Kalsium ke laut lah tapi!

Zaman sekarang ni; macam macam jenis bisnes ada kat luar sana tu. Antara nak dengan tidak je lah untuk teruskan samada nak buat bisnes tu sebagai side income kita atau tak. Banyak weh bisnes bisnes tu kat luar sana sekarang. Ada orang jual keria manis tu yang dengan gula melaka tu, pastu mengurut, pastu jual pen, jual kerepek keropok, jual sarung bantal, jual produk China (semua benda tok nenek dari negara China dia pi sapu juai!) dan tak kurang jugak yang jual makanan kesihatan / vitamins supplement untuk tingkatkan kesihatan badan - macam saya! 

By this time, rasa rata rata pembaca saya ni dah tahu kot yang saya ni ialah Pengedar Sah Shaklee kan? Dulu saya macam awak semua jugak. Saya kerja full-time kat ofis, dalam bidang ‘construction’. Kira pembangunan lah. Lama dah saya kerja, rasa ada lah dekat dekat 13 tahun jugak! Dah tua dah pun saya ni, hihi. Tapi at some point, tak kisah lah duit gaji bertambah dari tahun ke tahun pun… kita masih jugak akan tak cukup duit. Betul ni! Sebab makin hari perbelanjaan tu makin tinggi. Entah lah nak cakap cemana dah kan? Sebab saya memang mengalaminya. Tak tahu lah awak cemana pulak kisahnya? So, bagi yang masih bekerja tu dan terutamanya yang ada anak anak kecik; buat bisnes untuk dapatkan side income ni amatlah digalakkan. Eh, ni bukan untuk yang bekerja je tau. Yang housewife kat rumah tu; elok jugak if buat bisnes untuk side income. Apa salahnya ye dok? Student pun boleh buat. Bukan apa. Jangan jadi macam saya yang bertahun ni lama sungguh nak bayar hutang dengan boyfriend lama tu; PTPTN! Alhamdulillah, last year berjaya lunaskan hutang dengan mereka dan tak perlu nak pikirkan dia lagi. Hihi. So, elok sangatlah student student tu untuk amik peluang buat bisnes sebagai cari duit tambahan. Nanti senang takyah nak pening dok pikir cemana nak bayar.

==========

Tapi, walaupun bisnes memang banyak kat luar sana tu. Awak kena jugak hati hati dalam memilih Bisnes Yang Terbaik Sebagai Side Income awak tu. Bukan apa. Banyak sangat yang akan memesongkan awak dan duit awak sekaligus! So, kat sini saya nak kongsi 3 Tips Memilih Bisnes Sebagai Side Income:-

+ Kaji Selidik Bisnes Tu Dulu

Buat lah checking dulu tentang bisnes tu. Sebab takmo lah tetiba dapat tahu yang sebenarnya bisnes tu ialah bisnes Ali Baba. Atau jenis yang baru sebulan dua setup ni… haih! Merana lah awak pastu. Bukannya apa. Sebab banyak jugak bisnes yang menipu orang ramai sekarang ni. Tipu duit. Dah lah sekarang ni ekonomi teruk kan. Satgi awak approach prospek, ditipunya duit dia pulak. Tak ke pengsan tu? Pastikan lah bisnes tu dah kukuh dan dah bertahun kat Malaysia ni. Atau pun dalam dunia; ha… lagi bagus. Tau?

+ Pastikan Ada Mentor Yang Beretika

Bila buat bisnes tu pulak, awak kena ada mentor. Sebab mentor akan ajar awak selok belok perniagaan kan? Tak tau dan takde pengalaman bisnes? Haish! Rilek lah! Awak bila lahir dulu dulu tu, terus pandai berjalan tak? Tidak kan? Ha… sama lah jugak. Semua benda boleh belajar. Bukan tak boleh. Yang penting niat nak belajar. Nak buat bisnes. Faham kan? 

+ Bisnes Perlu Cari Yang Patuh Shariah

Ha. Ni lagi satu. Check lah dulu tengok bisnes tu patuh shariah ke idok. Bukan lah jenis yang ‘sembang lebih’ tapi rupa rupanya ‘hype’. Dok iklan sana sini produknya, tapi bukan jenis yang elok. Sembang je tahu. Nak dapatkan perhatian orang ramai, tapi sebenarnya ‘pfft’! Ha… tu salah satu yang tidak mematuhi shariah perniagaan dalam Islam (betul lah ni; kira macam… bila nak berniaga kita kena jujur. tapi iklan jenis ‘hype’ atau ‘janji palsu’ ni… tak patuh shariah!). Check lah. Sebab awak nak mula berbisnes. Buat elok elok. Kaji in details. Baru decide mahu atau tidak. Jangan pakai redah je sebab semua orang buat, so ingat takde masalah. Jangan weh! Bahaya gitu. Faham ke?

==========

Jadi, itu lah dia. Saya nak nasihatkan awak dengan tips yang saya boleh kongsikan sebelum awak mulakan langkah untuk mencari jenis bisnes yang sesuai dengan jiwa awak untuk mendapatkan side income. Saya dah syok dah kat mana saya sekarang. Saya buat Shaklee ni sepenuh masa, alhamdulillah. Kalau lah (mana tahu kan?) awak ada perasaan nak Daftar Jadi Ahli Shaklee dan nak mulakan Bisnes Online Shaklee macam yang saya buat sekarang ni, meh lah join saya jom! Jom Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya sebab saya takkan biarkan awak terkontang kanting tapi akan cuba bantu awak untuk dapatkan side income yang awesome!!! Nak tak? Jom Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya, ok? Boleh jugak Hubungi Saya

kalau awak ada apa apa persoalan tentang ni.


Okay? Itu saja lah buat masa ini. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca entri saya hari ni dan saya doakan semoga hari hari awak semua ceria hendaknya. Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: