Semua orang mesti pernah mengalami saat kejatuhan kan? Macam kejatuhan Merong Mahawangsa sewaktu dia gagal dalam perang di Tanah Melayu dulu? Atau kejatuhan Hang Tuah dan Hang Jebat walau dulu mereka bersahabat bagaikan saudara? Saat kejatuhan ni ialah bila kita rasa tu lah titik noktah. Untuk segalanya. Bukan hanya untuk satu satu perkara. Kejatuhan yang maksima boleh jadikan kita gila dan sesat dalam dunia kita sendiri. Dalam fikiran yang kita cipta, di mana kita ialah mangsa. Mangsa untuk semua hal yang jadi. Kita, si malang durjana. Pernah alami saat kejatuhan tak?
==========================
Saya pernah. Sebelum saya jumpa Shaklee. Masa saya balik dari tugasan di Abu Dhabi. Dari awal tahun sampai hari raya. Wah lama betul. Mesti itu kata hati awak sekarang kan? Itu lah. Ingatkan kejatuhan hanya akan jadi “PLOOPPP!” Sekali jatuh, bedebuk hati remuk? Tapi, kejatuhan saya bertingkat tingkat. Periodically, kata orang. In stages, kata yang lain. Tapi dalam rantaian kejatuhan yang saya alami, yang menghentam kuat ialah di akhir bulan lapan dan di awal bulan sembilan kot? Rasa rasanya macam tu lah.
Masa tu saya betul betul rasa di zaman kejatuhan. Itu bila saya akhirnya dah berjaya dapatkan title ‘jobless’ dari ofis setelah berusaha gigih nak berhenti kerja. Bukan sebab ‘workload’ yang melimpah ruah, tapi sebab akidah untuk beribadah (kerja) kerana ALLAH dah tercoreng. Sebab Kerja pun ibadah, tapi bila hati hari hari luka dan meroyan, takkan lah kan? Kita kerja sama macam kita bersolat. Ibadah jugak tu. Bila beribadah, kita dapat pahala. Tapi, apa pulak hukumnya kalau beribadah secara tak ikhlas? Dalam paksa rela diam diam, hati berkulat? At some point in life, kita akan sedar… duit bukanlah segalanya kan? Masa tu, hidup agak mewah walau hati berkudis kulat. Gaji pokok dan allowance saja, dah cecah 5 angka. Tapi, saya lebih senang untuk angkat kaki dan lari pecut dari situ. Akhirnya, syukur akhamdulillah. Berjaya pecut tanpa toleh ke belakang lagi.
Bulan pertama, syokk woo! Sebab baru nak kenal erti ‘hari cuti’. Apa makna sebenar ‘senang lenang tanpa perlu fikir apa apa’. Ish. Memang syok, tak dapat nak nafikan lah. Sumpah. Dulu waktu kerja, 6 hari seminggu tu wajib. Lebih dari 12 jam sehari itu pasti. Tengok kertas tu, kertas ni. Laptop pandang kita, kita pandang laptop. Letih. Semua letih, sebab tak rasa berbaloi setiap saat yang kita dok kena kerja tu. Sebab apa? Sebab hati tak ada kat situ. Langsung tawar hati nak kerja kan? Jadi, bila dapat cuti. Hooray lah sikit rasa dalam hati kan? Goyang goyang riang lah, apa lagi!
Tiba bulan sepuluh. Mula rasa risau. Masa ni, syaiton dah mula datang pelan pelan. Datang bisik bisik kecil. Makin hari makin kuat. Kata saya takleh harap. Kata saya umur dah lanjut tapi ‘useless’. Kata saya jangan nak ingat saya masih muda, sebab kedutan kat muka dah macam nenek tua dan sekarang ‘jobless’ dan tak berguna pada siapa. Kata saya menyusahkan semua orang di sekeliling, sebab pilih untuk berhenti kerja sesuka hati. Saya tahu itu tugas utama syaiton. Saya diam dan biarkan dia berjoget dan berkata kata. Satu hari, dua hari. Saya okay. Takde masalah. Tujuh hari. Lapan hari. Saya tenang. Buat taktau dan sengih menang. Saya rasa saya menang lagi waktu tu. Pertempuran dengan syaiton sangat mudah, fikir saya. Tiba tengah bulan; ini waktu paling nipis. Macam macam ujian datang. Paling besar bila boyfriend sendiri pilih untuk angkat kaki dan lari tinggalkan saya. Sebab pilih perempuan lain dan bukan saya. Hoih! Masa tu rasa habis LOSER lah kan? Dah lah takde pendapatan tetap (walaupun before berhenti tu, memang dah simpan dana sikit untuk selesai fikir apa nak buat lepas ni), hidup rilek gitu je kat rumah sementara nak pikir apa nak proceed… alih alih, time ni jugak lah nak kena tinggal boyfriend??! Terus terang cakap; masa tu akidah kurang baik. Kesabaran ke laut. Mana mana mereka yang tahu, senang senang nak suruh saya redho. Redho je lah dok dengar kiri kanan. Bukan mereka tahu sangat pun apa kisahnya; cuma rasa REDHO tu jawapan terbaik mereka nak bagi kot? Haha. Entahlah.
Masa tu, saya tak berapa nak REDHO lah sangat. Rasa ‘betrayed’ habis habisan. Buang masa toksah nak kata lah! Rasa rugi sungguh sungguh, bila pikir punya pikir, hari hari lah air mata berderai. Nangis tiap tiap hari, sebab rasa dipermainkan. Rasa kecewa tak reti nak cerita lah. Dia ni ingat kita ni kayu ke? Takde hati dan perasaan? Dulu; saya tak sedekat ni dengan ALLAH, Pencipta kita. Sampai satu tahap, ada juga pikir mungkin elok mati saja? Sebab letih nak nangis dan rasa malang macam ni hari hari. Nauzubillah. Sampai macam tu sekali kan?
Akhir bulan sepuluh; entah macamana terdetik nak buat Shaklee. Memang makan Shaklee dari dulu lagi. Bertahun sebelum ni. Tapi tak lah berpuluh tahun, cuma dari tahun 2013. Kali ni, ada rasa, eh kenapa tak cuba untuk buat bisnes Shaklee eh? Ni duduk rumah dan jana pendapatan. Takde masalah. Mudah je kan? Cerita pok pek saya ada dulu di posting
Saat Yang Terindah 2016 - Bye Bye Ofis, Hello Shaklee
Lama lama buat, syukur. Makin lama makin hampir dengan ALLAH. Sebab lepas tu baru sedar. Kumpulan Superstar kami bukan hanya tumpu pada bisnes dan untung semata mata. Bukan hanya pada rezeki dan kekayaan dunia. Tapi juga untuk akhirat. Bukan cuma saham dunia, tapi saham akhirat sama sama. Bila mula
Bisnes Online Shaklee, mula rasa makin sibuk. Pelan pelan, lupa sudah pada kisah lampau. Hari ke hari, mula bina bisnes sendiri. Berkat usaha dan yakin pada ALLAH, syukur bila mampu buat personal sales hingga cecah RM7,000 dalam bulan kedua dan sales untuk kumpulan genapkan nilai jualan mencecah RM10K dan sebab tu lah dapat naik rank untuk Supervisor. Syukur sangat. Syukur pada ALLAH.
Bulan ni bulan ketiga saya maju ke depan. Shaklee berjaya merubah saya dari seorang yang riang ria dan outspoken kepada seseorang yang matang untuk mengawal sesuatu masalah / keadaan dengan tenang. Ajar saya tentang impian. Untuk tidak pernah lupa untuk menyimpan impian, sebab dengan impian lah kita mampu pergi jauh untuk merealisasikan impian kita tu.
Adakah saya kesal ditinggalkan boyfriend yang pi kawin dengan orang lain tu? Hihi. Tak sedikit pun. Sebab kalau tak, saya akan masih lagi dalam kepulan dunia saya sendiri. Saya bersyukur benda tu jadi sebab setiap perkara yang jadi, ada hikmahnya. Sebab apa? Sebab ALLAH ialah sebaik baik Perancang dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Aminnn.
0 comments:
Catat Ulasan