In 5 Nilai Diri Positif Dalam Diri Saya Adab Berbisnes Amazing Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Konsep Diri Di Perantauan Nilai Positif Superstar Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5

5 Nilai Diri Positif Dalam Diri Saya

Saya ni bukanlah straight-A student masa zaman muda muda dulu. Bila dok uni kan? Dapat result boleh lah. Cukup cukup makan orang kata? Tapi, mesti rasa pelik kan? Tak berapa nak pandai. Macamana boleh pi keje overseas? Banyak tempat pulak tu? Bukan jenis kejap kejap. Bertahun tahun lah jugak. Betul kan, betul kan?

Prague, Czech
Mesti sekarang awak tengah pikir cenggitu kan? Hihi. Takpe. Saya tak kisah pun. Sebab saya sendiri pun kagum dengan perancangan ALLAH untuk saya. Lebih lebih lagi part saya dapat peluang pi negara omputih dan negara arab tu. Fuihhh! Tak habis pikir lah. Kenapa eh?


Bila pikir pikir balik, saya rasa saya tahu sebab apa. Nak tahu tak? 

Walaupun saya bukanlah student pilihan atau pelajar Gred A masa dulu zaman belajar dulu, saya masih berpeluang untuk ke luar sana, kat negara orang lain untuk timba ilmu. Luaskan pandangan dan penuhkan ilmu di dada.

Prague, Czech
Sebab apa?

Sebab saya ada 5 Nilai Diri Positif Dalam Diri Saya. Hihi. Okay, blog entri kali ni nampak macam ‘bragging’ tentang diri sendiri kan? Tapi, bukan sebenarnya. Niat ikhlas nak kongsi apa yang saya ada (baca: nilai diri) yang membuatkan saya berjaya ‘survive’ kat luar sana regardless of the fact that, 

Prague, Czech
“Serius weh, tak kenai sapa pun kat sana time tu!”



Haha. Yes. Tapi, memang nampak macam blog entri saya kali ni entri mendabik dada dan jalan pandang atas, ala ala ‘berlagak takleh blah’? 🤣 Tak kisah lah. Tapi, saya tahu apa niat sebenar saya, ye dok? Hihi. Baiklah, jom baca apa ‘nilai diri POSITIF’ yang ada dalam diri saya ni sebenarnya?


Prague, Czech

Sapa yang kenal saya tu, boleh lah jejemput tinggalkan komen untuk ‘verify’ betul ke tidak yang saya dok pok pet ni. Okeh?


5 Nilai Diri Positif Dalam Diri Saya

(a) Berani

Saya ni, rasa rasanya takde rasa takut dalam diri kot? Oh. Kecuali LIPAS. Itu memang lari mencicit kalau ada dalam rumah.

Bukan apa, sebab depa reti nak terbang terbang pastu depa sendiri tak reti nak kawal. Tak tau nak landing mana.

St. Stephen Green Park, Dublin, Ireland

Eh, alih alih tak pasal atas kepala. Hoih! Seram. Ha, yang tu TAKUT. Tapi, bab dengan orang lain. Dengan orang sekeliling atau orang asing; saya susah sikit nak takut.


Ni rasanya sebab, saya berpegang pada kata kata, “berani kerana benar, takut kerana salah” kot? Sebab selagi saya tahu saya buat benda betul, saya memang akan redah je. Ini memang personaliti saya.

Sebab tu lah, berani nak pi kerja kat Dublin walaupun sebenarnya tak pernah pi sana. Bila dapat ‘offer letter’ macam,

“Yayy! Nak pi Dublin!” 

Siap ingat Dublin tu part of UK. Padahal, mimpi kau lah! Haha. Itu negara lain kot, part of Europe yes. Tapi di Ireland. Dan bukan part of UK. Hoho. Ngong tak?

Oh. Tapi, pakai redah je. Spontan. Padahal bukan tahu nak cari rumah ke, apa ke. Yang penting, kita pi sana dulu. 😅


(b) Peramah 

Friendly; kata mat salleh. Tapi, orang kita ada yang kecam saya, ‘gatai’. Haha. Nasib baik lah saya ni jenis hati kering.

St. Stephen Green Park, Dublin, Ireland
So, selagi saya tahu saya tak buat salah; cakap lah nak cakap lagu mana pun kan?

Lebih lebih lagi bila saya balik dari sana tu, few friends sini dok kata saya ‘gatai’ dan siap tarik laki masing masing bila kita berjumpa mengopi, sebab takut saya pi ‘cuit’ laki mereka tu. Haha.

Takkan lah saya nak kat laki orang… kan? Kawan sendiri tu dok buat perangai lagu tu. Takpelah. Yang penting, saya tahu batas batas pergaulan. ‘Friendly’ tu lain ciri ciri dia dengan ‘flirty’. Kalau saya ni tak peramah, macamana saya nak survive kat sana?

Macamana saya nak hidup dari tahun 2006 sampai 2010 kat Dublin tu? Boleh. Memang boleh. Macam katak bawah tempurung lah. Memang boleh hidup kan? Tapi, lama lama lembab sendirian, sebab tempurung mana ada udara kan? Dok senyap senyap bawah tu! Hihi… Idok ler saya nak buat camtu. 


(c) Mengaku Salah Kalau Memang Salah (EGO Buang Ke Laut!)

Ha. Ni rasa susah ni. Kan? Saya pun susah nak buat ni dulu. Tapi, dah duduk sorang sorang kat negara orang. Nak kena hempuk dengan mereka ke? Hihi. Dah salah, lagi nak melawan? Haha.

St. Stephen Green Park, Dublin, Ireland
Memang lah tak masuk akal kan? Ni, maksudnya takdak EGO lah ni. Bila dah salah, mengaku awal awal salah. Tak guna nak bertekak atau nak tegakkan benang yang basah. Sebab tak dapat apa pun. It’s better kita selesaikan masalah cepat cepat, so takde lah nak berpanjangan drama, macam telenovela bagai kan?

Dulu, saya susah nak buat ni. Ye lah! EGO kita kot kan? Kat negara orang pulak tu. Tapi, kalau buat layan ke EGO tu, bercakap dengan ITIK KAT TAMAN lah pulak hari hari kan?

Pelan pelan, mula pandai untuk turunkan EGO dan bertolak ansur. (Tapi, kalau saya ada cukup isi dan fakta, saya takkan mengaku kalah. Saya akan lawan betul betul, professionally sebab ada fakta dan bukan hanya ayaq liuq! ☺️ - ni relate dengan item 1 ni)


(d) Berdikari (Independent)

Berdikari. Phew. Kena tanya satu group tadi, sebab nak tahu apa ‘independent’ dalam bahasa Melayu. Hoho. Teruk sungguh ni. 😅 

DART (Train) Station, Howth Dublin,  Ireland
Ini bukan mudah. Lagi lagi pulak, saya tak pernah duduk sekolah asrama penuh kecuali bila dah masuk uni. 

Tapi, tu pun cukup syarat letak bag nak pi kelas, mostly mesti drive balik jugak. Haha. Bukan takleh nak duduk asrama, cuma tak seronok kot? Ada curfew. Ada orang orang yang suka pandang serong sebab saya budak KL so HARUS dipandang SERONG. Haha. So, malas nak layan drama budak budak ni, baik balik rumah sendiri. 


Surprisingly; bila kat sana, saya belajar jadi berdikari. Masak. Basuh baju (Dulu dulu kan ada housemaid, hihi. So, semua pun ‘kakak’ buatkan).

Howth Dublin, Ireland
Beli groceries. Semua lah pun, buat sendiri. Mana ada housemaid lagi kan? Dan semua pun bayar. Asing asing duit siap siap. Hoih! Susah jugak lah. Tapi, nak hidup kena lah teruskan.

Kerja oversea, best lah! So kena lah belajar berdikari kalau nak stay bekerja kan? Lama lama dah pandai.

Terlalu pandai sampai buat solo trip pertama ke Spain yang saya ada pok pek tak henti dalam blog entri bertajuk 5 Perkara Wajib Buat Bila Kita Travel. Itu memang langkah terulung saya mulakan dalam hidup saya selama saya hidup! Serius! Ha, ni ada kena mengena dengan item 1 jugak kan?


(e) Degil / Taknak Kalah (Persistent)

Ha, ni sifat positif sebenarnya tapi nampak macam negatif kan? Camouflage. Haha. Degil ni penting sebenarnya dalam hidup. Cuba bayangkan; awak nak jadi Master Coordinator.

Awak mesti nak usaha sungguh sungguh sebab awak nak naik rank ke situ. Awak takmo lah selesa selesa gitu je kat rank sedia ada awak tu kan?

Snow Fight!!! 😂 Dundrum Dublin, Ireland

So, degil lah tu. Degil nak buat jugak, sampai dapat. Persistent kata mat salleh. Taknak kalah.

Ada ujian dan cabaran, rilek je sengih pastu redah. Buat lagi, lagi dan lagi. Kalau tak, tak dapat lah! Ini penting; kalau awak kat negara orang. Sebab apa? Sebab orang takleh pijak kepala kita.

Walaupun kita sorang saja Asian kat situ, tapi kalau kita strong dan persistent dan nak jugak apa yang kita nak buat tu; baru lah orang respek kat kita walaupun kita ni perempuan (ni apply kat perempuan je tau sentence ni. 

Kalau lelaki; STOP baca sampai part kita perlu persistent dan buat sehabis baik untuk benda yang kita betul betul nak). Baru orang tahu kita ada PENDIRIAN dan kita sangat sangat FIRM dengan diri kita sendiri. Baru lah they will take us seriously. 


Snow Man!!! 😂 Dundrum Dublin, Ireland
Ingat senang? Memang nampak saya gelak gelak, macam kanak kanak riang ria Ribena. Tapi, all the hurdles yang dah dilalui; hoih! Macam macam. 😆

Too many things yang dilalui untuk saya ada kat tempat saya sekarang ni. Macam macam jenis ragam orang jugak saya jumpa in betweens tu. Dan macam macam perasaan ada turun naik bukit untuk sampai di mana saya sekarang ni (Ecehh! TAPI, kenapa gaya cerita ni macam kekonon kata kata seorang Master Coordinator kepada anak anak buahnya? Hihi… Padahal, tak ke mana pun lagi ye dok? Haha… Ni amik feel ni, nanti esok esok nak cerita kan? Hihi… 😂).

So, rasa rasanya disebabkan saya ada 5 Nilai Diri Positif Dalam Diri Saya ni lah kot yang buat saya MAMPU nak bertahan dan dapat peluang nak kerja lama kat merata tempat tu kan?

Rasanya lah. Hihi. Tapi, nampak macam posting syok sendiri pulak ya? 🤣

Takpelah. Ini saya kongsi; kalau rasa boleh guna dan manfaatkan, alhamdulillah. Kalau tak, abaikan saja lah ya?

Tapi, bila pikir pikir balik. Ini lah antara benda yang saya MAMPU nak inspirasikan kawan kawan saya, sebab rasanya itulah puncak tertinggi saya daki selama saya hidup 35 tahun ni. ☺️

Dan inshaALLAH, soon nak beat puncak ni dan nak naik ke puncak yang lagi tinggi! Doakan saya ya? 


Terima kasih sebab sudi baca blog entri saya kali ni yang panjang lebaq! Haha. 


Assalamualaikum. 

Related Articles

2 comments:

Fazlinda Kamarudin berkata...

Best post ni. :D

Unknown berkata...

Hi Fazlinda! :)

Sorry, kita baru sempat nak buka blog ni. Lama dah berhabuk tak update. Alhamdulillah, awak suka posting ni. Haha. Cik Lisa selalu kongsi kisah hidup sendiri jer, jatuh bangun hidup sendiri. Hihi.

Terima kasih tauu singgah.

Love,
Cik Lisa.