In Bisnes Online Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Online Ahli Shaklee kolagen hanyir Kolagen Shaklee Kulit Cantik Dengan Shaklee Promosi VIVIX tsunami shaklee ultimate5

Best Sangat Ke Kolagen Shaklee Tu?

Kolagen? Dulu dulu kan, masa muda acah acah nak jaga kecantikan dan rasa ohsem nak melawa: time belajar kat uni kot sebab masa tu ada lah duit belanja lebih sikit kan? Ha, masa tu zaman nak beli cuci muka terbaik, masker best macam wangi wangi bagai tu, atau buah buah bagai: kekonon healthy option lah kiranya. Tapi, masa tu memang tak berkenan pun dengan kolagen. Sebab rasa kolagen ni adalah ’hype’.

Masuk zaman bekerja: lagi ada banyak duit berbanding study dulu kan. Tapi, ni bukan masa awal awal kerja. Ni masa dah balik dari Dublin, Ireland tu tapi sebelum pegi negara Pak Arab tu. Dalam tahun 2010-2013 (tak sampai pun 2013 kot, mungkin pertengahan je). 

Acah acah ‘happening’ sebab minum kolagen masa tu ‘is the IN THING’ yang semua pun pakat pakat buat. Habis semua retis lah dok teguk ke kolagen kan? Apa lagi?? Takkan nak terlepas dari naik bot sama sama dengan orang ohsem dan cantik menawan macam depa kan? Mula lah zaman teguk meneguk kolagen. Bertabung tabung kolagen saya pi beli ni. Lepas bulan ke bulan. Tapi, ‘hype’ je diriku ini, sebab pastu rasa takmo dah. Sebab rasa tak syok bila masuk tekak (jenama kolagen yang saya minum dulu tu takkan disebut kat sini; tapi saya cuma akan bagitau yang ia berbentuk liquid dan dalam botol dan super-manis sesangat! 😅). 

Kenapa tetiba je rasa takmo dah? What made me stop? Sebab lepas beberapa lama dok minum ke botol kecik tu; ada ‘after-taste’ yang rasa, “Eek!!! Apakah?! Kenapa rasa pelik and acidic ni?”. So, terus lah STOP lepas tu tak sentuh dah. Ada baki few bottles pun, pass kat makcik saya tu and cakap kat dia nak buang pun takpe, sebab rasa dia memang ‘off’ dan mungkin tak patut diminum dah!



Lepas tu, dah tak cari replacement pun sebab rasa eh tak perlu lah nak berkolagen. Sebab setiap kali dengar perkataan ‘kolagen’, terbayang bayang rasa pelik kat tekak bila teguk kolagen yang pelik dalam botol tu. Rasa dia terlalu ‘off’ sampai tak boleh lah nak tengok or dengar lagi anything pasal kolagen! That bad, kan? Taktau lah nak kata. Depa buat main main ke towards the end tu sebab tengok marketing dah hebat dan ramai beli, so buat lah kolagen main main and kualiti terus merudum? Sampai sekarang tak tahu kenapa rasa dia teruk sangat / merosot, tapi ada je nampak jualan kolagen tu masih bertahan kat farmasi farmasi femes kat negara kita ni. 

Dalam tahun 2013; jumpa Shaklee - masa ni mula dengan set kurus je. Tahun 2014 kot, mula beli VIVIX. Minum VIVIX (memula skeptikal, sebab dalam botol dan terbayang kolagen horror tu!) tapi pastu sengih dan suka terus dengan VIVIX. Minum secara hari hari (tapi tak sehebat hari ni sebab sekarang daily consumption saya, at least 3 x sehari! haha… acah acah mewah kan?!). Seronok. Teruja. Semua lah dengan VIVIX ni. Kira sangat puas hati lah! Terutamanya, bila dah mula Daftar Jadi Ahli Shaklee dan buat Bisnes Online Shaklee, makin banyak information pasal VIVIX ni saya tahu, hoih! Gila tak menyesal saya berpaling arah ke arah Sirap Anggur Resveratrol ni! Sungguh!

Bulan Disember 2016, Shaklee buat promosi Kolagen. Ini cerita bulan lepas kan? Ye lah. Baru bulan kedua buat bisnes kan? Sebelum ni pulak tak pernah ambik tahu pun pasal kolagen Shaklee ni. Tengok harga pulak, uish! Gila ke apa? 15 peket tu untuk RM350++ untuk harga runcit?! Aku nak jual kat sapa ni? Payahnya! Terus rasa kecewa dan down yang ekstrem! Ye lah kan. Nak cari sapa beli kolagen mahai ni? Dah lah pulak, saya ni tak berapa nak ada rekod ohsem dengan supplement nama ‘kolagen’ kan? Macamana nak buat ni? (bila saya jual mana mana jenis vitamin, saya lagi senang consume dulu so saya senang nak explain kat prospek). 

Nak taknak, saya pun try lah kolagen Shaklee ni. Lain daripada lain, kolagen ni dalam bentuk serbuk tau? Yang awak kena campur dengan any beverages lah. Campur air apa apa kan? Tapi, taklah campur dengan Coke ke, Sprite ke? Hihi. Tak elok lah cenggitu! Shaklee kata, serbuk sebab mereka tak campur dengan bahan kimia yang lain, kira se’pure yang mungkin. Dan kolagen Shaklee ni jugak mempunyai molekul halus. Halus bagus ke? Halus mudah nak diserap oleh sistem badan kita. 

Saya pun cuba lah. Ramai dah orang dok pakat advise. Kata better minum dengan Performance Orange (rasa macam glukos oren. best!). Tapi? Eek!!! 

Apa yang baru aku telan ni??? 😱

Apakah yang mereka fikir bila buat kolagen ni? 😱

Am I imagining things or ini memang betul betul berlaku sekarang ni??? 😱


Kenapa super-hanyir yucky maximum ni??? 😱


Okay. Serius. Buat apa nak tipu kan? The taste, okay je sebenarnya. Taklah nak bau se’horror yang bila kita actually minum! It smells so bad! Hanyir gila! Horror! Tapi, usahakan jugak. Cuba. Hari hari cuba sepeket demi sepeket. Lepas tiga hari, SUMPAH TAK SANGGUP! Bau dia sangat pengsan! Tapi, bila ter’accident tengok cermin and nampak muka sendiri dah semakin cantik (baca: parut jerawat lama macam dah menghilang, lopak lopak kat muka dah kurang melopak!), terus rasa macam eh! Okay. Teruskan. Now dah masuk bulan kedua saya cuba kolagen Shaklee ni. Dan sebenarnya; just lepas dua minggu, memang lah nampak perbezaan! Serius! 

Macamana boleh tahu? Apa yang buat saya yakin dah semakin cantik (baca: sedap mata memandang dan rasa yakin dan happy bila tengok cermin)? Lepas seminggu, saya dah mulai nampak perubahan ni:-

Saya dah berani untuk tak pakai compact (baca: bedak asas tapi bukan foundation tau) lagi bila melangkah keluar rumah. 😍

Kulit muka macam semakin anjal sebab boleh rasa efek “toing, toing, toinggg!” bila sentuh pipi sendiri! 😍

Kalau VIVIX bantu saya untuk anti-penuaan, kolagen dah tambahkan keanjalan kulit / pipi dan semua orang mula ingat saya 10-12 tahun muda dari umur sebenar! 😍

Saya semakin YAKIN dengan diri sendiri dan terutamanya bila nak jumpa orang asing yang saya memang tak kenal! 😍

So, yes? Apa pendapat saya? Tak perlu kisah apa rasa kolagen tu, sebab saya tahu manfaat kolagen Shaklee adalah awesome! Walaupun bau hanyir tu memang takleh nak disangkal lagi, tapi hasil setelah minum kolagen tu dengan tabah adalah sangat berbaloi baloi!!! Sekarang memang saya tak perlukan compact powder langsung! Bila nak keluar, capai tudung and 1,2,3 GO! Haha.

Apa pendapat saya kalau awak sebenarnya tengah dok pikir pikir nak beli kolagen tu ke tak? Advise saya? YES!!! Go for it! Amatlah berbaloi! Saya sesenang tu je, cakap boleh lah tapi tak consume? Hihi. Sapa kata? 

Set Cantik yang saya makan sekarang ialah; VIVIX, Kolagen, ESP (semua ni daily consumption saya; dan VIVIX saya minum 3 x sehari. Jadi? Masih nak kata saya hanya cakap dan tak buat? 😆)

Okay lah, penat dah pok pek. Ngantok pun ya jugak. 


Terima kasih sebab singgah dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: