In Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Kelebihan Bina Bisnes Shaklee Dengan Saya Perancangan Bisnes
Perancangan Tahun 2017 Untuk Anak Anak Bisnes Shaklee Saya
Posted on Januari 29, 2017
Macam yang semua tahu, keluarga bisnes saya baru saja memulakan langkah baru baru ini - rasa macam awal bulan ni kot. Memang dulu awalnya, masa Daftar Jadi Ahli Shaklee saya tak terfikir langsung lah nak buat bisnes ni. Lagi lagi pulak, ada time tu orang kata Shaklee Bisnes MLM: Adakah Shaklee Bisnes Haram? dan memang menyampah gila nak buat bisnes ni semua. Dulu pun beli sebab nak consume produk SAHAJA. Tapi, lama lama buat kajian sendiri sana sini, dapat tahu kisah sebenar tentang Shaklee dan sejarahnya, Akhirnya Saya Jatuh Cinta! . Tup tup, eh, terus berminat nak bina Bisnes Online Shaklee.
Bila dah buat satu bulan, dapat hasil yang ohsem; terus pikir… nak kena kongsi benda baik ni dengan orang. Bisnes Online Shaklee tak susah; kalau kita ikut paksi yang betul. Pelan pelan kita buat elok elok; tick semua yang perlu, inshaALLAH dapat pulangan yang lumayan. Yang penting, niat kita tu kena ikhlas. Kena tahu apakah yang menggerakkan hati kita untuk buat semua ni. Untuk buat Bisnes Online Shaklee. Bukan buat eh, bina tau! Buat is short-term; dapat cash time time tu jugak. Boleh lah nak buat bisnes. Tapi, untuk saya; its more of bina bisnes. Di mana ia adalah perancangan jangka panjang. Long term bebeh!
Sebab perancangan saya ialah untuk bina bisnes lah, saya mula kumpul anak bisnes di bawah ‘naungan’ saya (eceh, naungan! macam raja raja lah pulak eh? hihi). Orang kata bermula sikit sikit, takpe. Lama lama menjadi lah kan? Tak logik plak satu satu masa tu terus menderu 10 orang cari saya dan terus cakap, nak duduk di bawah naungan saya untuk Bisnes Online Shaklee ni kan? Pelan pelan, kata Mami Bisnes saya, Mami Salwa .
Kenapa kena pelan pelan? Sebab saya kena siapkan diri saya untuk menjadi seorang Mommy Biz yang cukup ilmu untuk turunkan kepada anak anak saya lah. Tapi, ni tak bermaksud nak tunggu bertahun then baru lah nak ada keyakinan untuk jadi Mommy. Bukan camtu. Tapi, pelan pelan, one at a time punya perancangan lah. Maksudnya; kita amik satu satu anak untuk train. Dan alhamdulillah, saya akhirnya dah berjaya ada seorang anak bisnes yang sedang bertatih buat masa ni; Fif.
Jadi, apa perancangan saya untuk Fif dan inshaALLAH anak anak didik saya yang bakal muncul tak lama lagi? Ada ke sediakan perancangan? Ke lebih kepada tengoklah apa nak jadi, jadi lah jenis situasi???
Hoih! Kalau saya pilih situasi kedua tu; meninggal lah jawabnya! Haha. Confirm Mami Salwa piat telinga saya kuat kuat dan tak ngaku anak (baca: anak bisnes) dah lepas ni. Sebab dia selalu cakap kat saya, “Kita kena pikir ahead, one step forward. Kita kena tahu apa kita nak, sebelum kita buat. Perancangan yang betul, akan betulkan langkah kita ke arah tu” or something macam tu lah. But basically, kan dia cerita pasal ‘PERANCANGAN’. Dalam bahasa mudah; JANGAN KAU NAK REDAH JE!
So, sini saya nak kongsikan 3 Perancangan Untuk Anak Anak Didik Group Bisnes Saya
😍 MINDSET UNTUK BINA BISNES TAPI BUKAN BUAT BISNES
Semua orang sibuk nak buat duit, betul? Saya faham tu. Tapi yang paling penting ialah untuk betulkan mindset ahli group / anak anak bisnes saya untuk fikir tentang BINA BISNES (long term) adalah pilihan terbaik. Sebab bila mereka fikirkan tentang BUAT BISNES (short term), mereka akan rasa horror bila walaupun baru bermula, sales tak masuk masuk! 😅 So, memang memula saya akan betulkan mindset setiap mereka. Kenapa beriya sangat? Sebab, saya sendiri ada mindset nak duit cepat masa mula mula tu! Hihi. So, saya taknak mereka masuk lubang hitam yang saya dah masuk tu; sebab tugas saya sebagai seorang Mommy bisnes ialah untuk guide mereka untuk tidak ulang kesilapan saya dulu. Kan?
😍 JADI YANG TERBAIK DAN BUKAN SETAKAT CUKUP CUKUP MAKAN
Kena fikir untuk jadi THE BEST bukan JUST ENOUGH. So, kena usaha lagi dan lagi dan mereka perlu tahu yang setiap bonus yang kita terima adalah tiada had. NO LIMITS! So, boleh pergi jauh, lagi dan lagi dan lagi.
Saya taknak mereka pikir setakat cukup cukup makan? Nanti kalau nasib malang menimpa (kena buang kerja ke sebab ekonomi?) tak ada wang sampingan, macam mana nak buat? Betul kan?
😍 JANA PENDAPATAN BERMULA DENGAN 4 ANGKA DAN LEBIH
Anak bisnes saya yang seorang ni, alhamdulillah. Dah mula dapat 3 angka bonus walaupun baru bermula akhir bulan lepas; 29 Disember 2017 to be exact! Saya akan terus melatih dia dengan setiap ilmu yang saya ada untuk dia dapat bonus lagi dan lagi, lebih angka tentunya! Saya akan melatih setiap anak bisnes saya mengikut kelebihan yang ada pada diri mereka masing masing. Saya akan gunakan kekuatan mereka untuk mereka berjaya dan akan menyediakan KPI untuk setiap ahli hingga hujung tahun.
Macam yang satu ni (the only anak bisnes buat masa ni); saya dah sediakan expectations saya untuk dia hingga akhir tahun dan berbincang dengan dia apa yang perlu nak belajar lebih dan apa yang dah faham, etc.
Berminat tak nak tahu lebih tentang ni? Sebab mana boleh saya nak cerita sesenang tu kat sini kan? Kalau nak, kena lah join team bisnes saya dulu.
Nak join? Sini ada informasi terperinci untuk join team saya; cuma klik CARA DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE dan semua dah diterangkan kat situ. Tapi, kalau nak bantuan saya, boleh WHATSAPP "NAK JADI AHLI" KE 012-2195 363 okay?
Sampai jumpa lagi.
Terima kasih dan assalamualaikum.
Perancangan Tahun 2017 Untuk Anak Anak Bisnes Shaklee Saya
Unknown
Januari 29, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan