In 2017 bisnes online shaklee Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Indahnya Kelebihan Bersedekah Sedekah Tazkirah Jumaat
Indahnya Kelebihan Bersedekah
Posted on Januari 06, 2017
Bersedekah?
Semua orang selalu ingat, nak bersedekah… kita nak kena kaya raya dulu. Duit juta juta, bodyguard kiri kanan depan belakang, baru rasa nak bersedekah? Baru rasa MAMPU nak bersedekah?
Saya pulak kata macam tu?
Lagi satu, ada jugak lah saya dengar, bila cakap pasal bersedekah… Siap nak cakap,
“Oh, takleh nak bersedekah. Sebab duit cukup cukup makan. Nanti aku sedekah, makin kurang lah duit aku satgi. Dah lah aku tengah pokai!”
Amboi, amboi. Haha. Macam macam lah pulak idealogi masayarakat kita ni kan? Tapi, saya pun rasa dan berfikiran macam tu jugak tu. Yang mula mula tu. Yang nak tunggu kaya raya baru rasa selesa nak bersedekah. Baru rasa LAYAK nak bersedekah. Haih, jahilnya saya ni dulu, ye dok? Hadoih! Pengsan!
Bila semakin lama saya tahu kelebihan bersedekah ni, tahu apa makna sedekah ni, YA ALLAH… jahilnya saya yang dulu tu. Satu apa pun tak tau. Hampeh! Oh, one more. Dulu kan, saya siap tahu secara general je. Idea basic. Asas. Yang bila kita bersedekah ni, kelebihan dia cuma lah, “DAPAT PAHALA”. Itu je lah, bila sedekah, okay dah, pahala confirm register! Semudah tu je lah makna asas yang saya tahu dulu! Horror ke horror? Haha.
Okay, so hari ni saya nak pok pek sikit sikit, sempena hari Jumaat ni… bertazkirah lah kita sama sama tentang Kelebihan Bersedekah. Bukan setakat dapat pahala semata mata okeh, tapi juga ada banyak kelebihan yang awesome bila kita ni bersedekah, tahu dok? Ha. Lepas ni, jom lah kita sama sama bersedekah sebanyak yang mungkin. Mudahnya nak dapat kelebihan bila bersedekah ni tahu tak?
5 Kelebihan Bersedekah
=================
Mendatangkan Keampunan ALLAH
Bila kita bersedekah, dosa dosa kita diampunkan. Tapi, kena lah jugak kena dengan niatnya, niat tu kena betul. Bukan niat macam ni, “Oh okay. Aku sedekah ni, gerenti dosa aku lupus. Dosa aku hilang dan aku bagaikan orang yang mukmin peribadi pas ni, sebab dosa aku dah set off dengan kebaikan bersedekah yang aku dah buat ni!”
Niat kita tu kena lah ikhlas. Ikhlas, nak bersedekah kerana ALLAH, sebab bersedekah ialah perbuatan terpuji. Semoga ALLAH ampunkan dosa dosa kita sebelum ni. Ha, baru lah okay. Sebab ada sesetengah tu, bila sebut tang bersedekah, awal awal dah angkat bendera putih. Awal awal dah cerita; “Oh, takleh. Aku takleh sedekah lagi, dosa yang ada pun dah setinggi gunung. Mana lah setakat nak sedekah, dosa aku tu hancus camtu?? So takpe, aku tak lah nak sedekah lagi sekarang ni kot.” Hoho. Bukan macam tu lah awak.
Tahu tak? Bila kita bersedekah, ALLAH ampunkan dosa dosa kita. Dengan cara bersedekah lah, ia mampu mendatangkan keampunan dari ALLAH. Sedekah lah, seikhlas yang kita boleh, inshaALLAH… ALLAH ampunkan dosa dosa lampau kita.
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong".
(HR Tirmizi)
Menambahkan Rezeki
Ha… tahu tak? Bila kita bersedekah, semakin bertambahlah rezeki kita tu. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki yang ketuk pintu kita tu, inshaALLAH. Sebelum ni, ada jugak orang cerita cerita; orang kaya, boleh lah nak bersedekah. Kita yang tak mampu ni, macamana nak sedekah?
Awak ada rumah, tempat berlindung? Awak boleh makan lunch, dinner oh dan breakfast? Kenyang tak perut awak tu? Ada bilik air yang ada bekalan air untuk mandi, makan dan minum? Ada elektrik malam malam yang kita boleh buka lampu dan pasang kipas bila nak tidur time musim panas, so tak tertido dalam keadaan peluh membasahi badan? Ada TV untuk tengok drama ke, berita dunia dan nasional? Ada line internet? Sebab tu awak boleh baca posting saya ni kan? Ha… ada telefon bimbit? Yang ada data dan skrin besar so boleh naik atas bawah untuk tengok blog entri saya yang macam macam ni? Haa… tu tak ke mampu tu? Tak ke berharta jugak, untuk hidup? Ada pekerjaan? Ada gaji bulan bulan? Jadi, tu mampu ke idok?
Jadi, jom lah kita sama sama bersedekah. InshaALLAH, akan buka pintu rezeki kita seluas luasnya.
Menyembuhkan Penyakit
Nak cakap ada kisah ni, directly atau secara langsung…? Mungkin saya takde lah nak kongsi. Tapi, ada orang orang lain yang pernah mengalami keajaiban bersedekah ni. Sakit teruk, tenat… bersedekah lah dan mintak pada ALLAH; untuk sembuhkan penyakit ni. InshaALLAH, Dia dengar doa hamba hamba-Nya. Bersedekah tu amalan mulia. Jadi, ada je kisah di luar sana tu… yang amalan bersedekah boleh menyembuhkan penyakit.
Menolak Bala
Bila seseorang tu bersedekah, ia mampu menolak bala. Seseorang yang selalu bersedekah, inshaALLAH Dia akan melindungi diri kita ni. Pernah dengar ada orang yang terlibat dalam kemalangan ngeri, tapi terselamat. Periksa kisah hidupnya, rupa rupanya, selama ni sangat mulia sebab selalu amalkan bersedekah. Tak kisah lah berapa nilai dia, sebab yang penting ialah niat yang ikhlas untuk bersedekah. ALLAH pasti akan lindungi kita sebaik baiknya, sebab ALLAH sayangkan umat-Nya yang bersedekah.
Memanjangkan Umur
Seseorang yang selalu bersedekah, ALLAH akan lindungi dia dari dapat kecelakaan dan mati dalam keadaan yang menakutkan. Keadaan yang hina dan teruk. Malah, ALLAH akan panjangkan umurnya untuk lebih masa beribadat dan kumpul saham akhirat. ALLAH juga akan melindungi setiap umat-Nya yang bersedekah dari sifat sombong, angkuh dan bangga diri. Bila takde sifat sifat tu dalam diri kita, better lah diri kita dari yang lain. Terpelihara akidah kita dari melakukan perkara perkara yang terkutuk dan lebih lah kita untuk melakukan benda benda yang baik dan terpuji.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah s.w.t. pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
=================
Indahnya kelebihan bersedekah kan? Senang kan? Mudah, semudah itu betul tak? Sekarang rasa senang ke senang nak bersedekah? Dan awesome ke awesome perkara perkara yang kita dapat bila bersedekah??
Oh dan saja nak tambah; tahu tak bersedekah tu bukan sahaja dari segi wang ringgit tahu? Tapi menghadiahkan sebuah senyuman tu pun salah satu dari cara untuk kita bersedekah. Senyum lah bila nampak orang lain, sedekah lah sebuah senyuman. Mana tahu orang tu ada masalah, nampak senyuman awak tu, terhibur sikit hati dia. Dah bantu dia untuk dapatkan kehidupan yang baik, lagi gembira, kurang kesedihan. Haa… Dan lagi satu, bila rasa gundah gulana tu, senyum je lah. Senyum. Sebab apa? Sebab bila kita senyum, kita salurkan aura positif tu dalam diri kita sekali, riang ria lah hati kita. InshaALLAH.
Ha… mudah kan?
Okay. Tu saja untuk hari ini.
Terima kasih dan assalamualaikum.
Indahnya Kelebihan Bersedekah
Unknown
Januari 06, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan