In Azam Tahun Baru 2017 Cara Buat Bisnes Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Superstar Tsunami tsunami shaklee Ultimate 5

Senarai Azam Tahun Baru 2017 Saya

Salam tahun baru untuk semua. Hari ni ialah hari pertama untuk tahun 2017. Hari ni lah orang ramai dok sibuk sibuk buat senarai resolusi baru, benda mereka nak hadap or matlamat yang nak dicapai untuk tahun akan datang ni, ye dok? Maksudnya, apa resolusi yang mereka pilih untuk jadi lebih baik dari mereka yang sebelum ni. Sebelum nak buat resolusi tahun baru, kita kenalah biasanya tengok balik apa yang kita dah achieved sebelum ni, sama jugak apa yang kita dah gagal? Kita guna semua tu untuk kebaikan kita untuk jadi lebih baik dari hari ini, ye dok? Saya mulakan Bisnes Online Shaklee saya tu tahun lepas, tahun 2016, November. Walaupun dah berkurun Daftar Jadi Ahli Shaklee, sejak 2014… tapi betul betul serius dengan Bisnes Online baru je sebulan dua ni. 


Pengalaman berbisnes? Memang takde lah. Nak kata langsung takde, boleh juga. Sebab tak pernah pun seumur hidup buat Bisnes Online. Tapi berniaga? Kalau kerja kedai as Sales Assistant tu kira berniaga ke? Itu takat tekan tekan mesin duit dengan bungkus barang ada lah. Hihi… Pendek kata gini lah, memang takdok pengalaman nak approach orang ni, nak cerita cerita pasal penyakit kronik, nak tahu and faham setiap vitamin yang ada, etc. memang takde kelas tambahan atau seminar kajian untuk semua ni. Cuma sangat sangat bernasib baik sebab ada Mami Salwa dan adik beradik Superstar Family yang bantu saya dari awal sampai sekarang. Saya sama je dengan awak semua dulu, saya taktau apa apa pasal supplements dan vitamins. Sungguh.

Macam yang kita selalu baca dalam buku buku motivasi kan, “if there is a will, there will always be a way.” Seteruk mana pun kita or ceteknya ilmu kita waktu tu, tapi dengan usaha dan minat yang ada dalam diri kita masing masing ni, inshaALLAH, suatu hari nanti kita mesti BERJAYA. Tapi, kita takleh lah pulak nak acah acah berjaya. 

Contohnya; kita nak beli kereta mewah. Nak beli BMW lah kononnya. Tapi, kita ni keje carwash je, basuh keta hari hari. Satu bulan, dapat lah dalam RM1,000. Rasa rasa dapat tak beli BMW???

Jawapan; mesti lah dapat. Tapi, bersyarat! Syaratnya kenalah usaha. Kalau nak beli kereta idaman, fikir lah cemana nak dapatkan kereta tu. Simpan duit, buat saving… then mungkin buat loan (dah lama sikit tu), pastu buka kedai cuci kereta sendiri. Lama lama, dengan sabar dan usaha yang tak pernah putus asa, dapat ke dapat beli BMW tu??? Cuba citer sikit?


Apa yang kita nak, apa yang kita aim, apa yang kita rasa kita nak achieve, PASTI boleh! Sebab itu semua bergantung pada tinggi mana kesabaran kita nak terima semua ujian yang datang. Jugak pada macamana  kita nak kawal emosi kita supaya tak cepat melatah bila sesuatu perkara tu terjadi. Eh, tu SABAR lah jugak eh? Hihi.. But basically, keyword dia senang je. Antara NAK dan TAKNAK. Antara USAHA dan LEPAK SAJA. Apa apa pun isu dia, yang penting dan paling basic ialah, AMBIK TAHU APA SEBENARNYA YANG AWAK NAK!

==========================

Refleksi 2016

Apa yang berlaku dalam tahun 2016 untuk saya, adalah sesuatu yang sangat sangat mencabar bagi saya. In terms of personal, kerja, keluarga dan kawan kawan. Semua pun ada klimaks masing masing dalam tahun tu, tahun 2016. And sampai satu tahap tu bila saya rasa nak ‘give up’ dan lepaskan semuanya! Itu lah bila saya tahu, ini dah ‘too much’ dan saya perlu berhenti kesiankan diri sendiri dan usaha dengan lebih baik untuk tingkatkan taraf hidup dari segi mental dan emosi. Kedudukan kewangan? Tak. Takde masalah sebenarnya untuk part ni, malahan tahun 2016 ialah tahun kegemilangan saya untuk kedudukan kewangan sebab gaji saya je dah memang lima angka!! Takde lah nak komplen part duit, sebab situ… alhamdulillah, EXCELLENT! But pernah dengar tak orang cakap, “apa guna ada duit banyak, tapi hati sakit?”

So, in short… walaupun macam macam hal berlaku dalam tahun 2016, tapi semua benda tu mengajar saya untuk jadi lebih cekal dan lebih berhati hati dari sekarang. Semua setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, baru lah betul! Bukan bermaksud tak payah bersedih, tapi tu lah. Ambik sebagai pengajaran. Gunakan sebagai guidance untuk hari selepas ini. 

==========================

Resolusi 2017

Resolusi ialah apa impian or benda yang kita nak capai? Cita cita kita. Contoh; beli kereta? Pegi Umrah? Semua tu lah. Tapi, takleh lah HANYA NAK BERMAIN DENGAN KATA KATA TANPA APA APA AKSI. Setakat nak cakap cakap macam bagus, tak yah lah weh. It doesn’t work that way. Bila cakap, kita kena buat (usaha) untuk dapatkan apa yang kita cita kan tu.

So, untuk saya ni lah kan… resolusi saya 3 je. Sikit je pun. Tak banyak. Ada orang tulis cantik cantik atas kertas berbelas belas item. Semua pun nak achieve! Bagus. The drive tu ada, kesungguhan. Tapi jangan lah bersungguh masa tulis resolution je, tapi nak execute fail! Biar sikit, takpe. Asalkan by end of the year, mostly dah TICK OFF. Bila sikit tapi clear, jelas dan firm; senanglah awak nak achieve kan??

==========================

Resolusi Saya Untuk Tahun 2017

Kalau awak ada tengok live video saya di FB LISA NAJIHA HALIM; saya ada nyatakan 3 Revolusi Saya Untuk Tahun 2017, iaitu:-

1. Saya nak NAIK JADI MASTER COORDINATOR dalam masa 12 BULAN! 

Kiranya, saya akan jadi MASTER COORDINATOR dalam masa setahun dan dalam tahun Disember 2917 inshaALLAH. Susah? Kalau kita USAHA dan YAKIN, kenapa perlu susah? Tuhan kan ada. Kita hanya perlu berdoa pada DIA mintak apa yang kita nak. JELAS dan FIRM, takleh nak goyang atau goyah nak buat keputusan. 


2. Saya nak KUMPUL PENDAFTARAN AHLI BARU SHAKLEE SEBANYAK 60 ORANG (AT LEAST)

Mana nak cari orang ramai ramai tu? Dalam Malaysia ni ada berapa juta orang? Tak semua or even separuh ialah AHLI SHAKLEE tahu tak? Ada banyak prospek lagi kat LUAR SANA TU. Kalau kita just duduk and sengih kat rumah, rasa rasa ada ke orang ketuk umah, “Assalamualaikum, saya nak register Shaklee ni?”

Usaha lah sikit, ye dok? Ha, tapi tu aim saya before Disember 2017 tamat. Pasti boleh, jom kita teruskan untuk KEKAL POSITIF dan YAKIN DENGAN ALLAH. InshaALLAH. Jom! Eh, awak yang baca ni nak Daftar Jadi Ahli Shaklee ke? Ha, mari lah. Jangan malu malu. Saya ada ceritakan tentang Cara Daftar Ahli Shaklee, ok?


3. Saya NAK JADI LEBIH BAIK DARI SIAPA SAYA SEBELUM NI


Terlalu general eh? Banyak lagi anak anak kecik tajuk ni ke sebenarnya? Okay, macamni lah. Ini lebih kepada keperibadian (personal attributes kot, namanya eh?) dan keagamaan. Macam saya pernah cerita dulu, waktu saya kerja dulu kan, saya ambik mudah je semua benda. Take things for granted, kata mat salleh! Hihi.. Ye lah, seronok dengan dunia, apa pun tak jadi ye dok? Tu lah sampai saya betul betul diuji dengan Allah, macam macam ujian saya lalui, tapi alhmdulillah… saya atasi semua tu. Walaupun dah ada satu tahap bila saya rasa betul betul putus asa lah. Masa tu rasa, payahnya. Sungguh!

Tapi, saya memang habis bersyukur sangat sangat, sebab ALLAH tak lupakan saya. Orang dulu dulu kata kan, setiap ujian yang diturunkan ALLAH kat kita tu, setanding dengan kemampuan kita. ALLAH takkan uji kita dengan benda yang kita takleh cope. Kita mesti boleh, sebab Dia turunkan ujian ikut standard kemampuan kita. Alhamdulillah, saya mampu akhirnya passed that phase. 

Ini semua tak lah bermakna saya dah selesa kat mana saya sekarang ni, tapi nak teruskan lagi jadi lagi awesome dan hebat, maksudnya nak jadi hamba-Nya yang hebat, yang mampu tepuk bahu sendiri dan cakap, “tahniah awak, awak berjaya dan mampu untuk jadi yang lebih baik dari awak sekarang” Ha… best kan bila kita dah achieve something. 

Antara benda benda yang saya nak polish supaya jadi lebih baik ialah dari segi; kesabaran mental + emosi, untuk kekal positif dan salurkan aura yang ada untuk dapat kekal dengan angkatan positif yang lain (jangkit menjangkiti positif ialah satu acara yang awesome! itu yang saya nak buat lepas ni!), kuatkan ilmu di dada untuk agama (baca Quran sekurang kurangnya 3 page sehari, baca Yassin selepas Subuh + Isya’, semayang on-time, Solat Dhuha takleh lompat lompat, praktikkan zikir zikir yang lain, etc.). Jom kita sama sama buat, nak? Ayuh!


==========================
Ha, itu lah dia basically azam tahun baru saya untuk tahun 2017. Nampak mudah? Kadang kadang benda yang kita ingat mudah tu, tak mudah tahu tak? So, doakan lah saya BERJAYA REALISASIKAN AZAM saya tahun ni. 

So, oklah. Ni je entri saya untuk saat ini. Kalau tadi awak singgah sini first tadi pastu macam blur blur tak tau apa yang saya dok mention pasal LIVE FB ha jemput lah ke post sebelum ni; Cerita Azam Tahun Baru 2017 Saya. Sebab saya dah post kat situ tau. ☺️ Boleh lah tengok saya pok pek tak benti pasal azam saya, hihi. Okay?

==========================

Eh chup! Dan juga, sapa sapa dok baca posting saya ni pastu rasa macam teringin atau seronok nak jadi Ahli Shaklee pastu rasa membuak buak pulak nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? Eh, tak yah risau risau lah kalau tak tahu Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee, saya boleh tolong tahu tak? Boleh sangat sangat!

Macamana nak buat? Saya ada explain Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee ok? Boleh cuba lah isi but if tak boleh jugak, boleh saja terus HUBUNGI SAYA dan saya akan bantu pendaftaran awak sampai selesai. Okay? Kenapa awak patut daftar dengan saya dan bukan yang lain? Disebabkan 5 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee lah, sebab apa lagi ye dok? 😁

Okaylah, sampai sini dulu ya? 


Assalamualaikum semua. 

Related Articles

0 comments: