In Bisnes Shaklee Online Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Online Jom Buat Bisnes Shaklee Tips Merancang Kewangan Dengan Bijak

Tips Merancang Kewangan Dengan Bijak

Bila saya mulakan Bisnes Online Shaklee  saya lepas beberapa tahun saya Daftar Jadi Ahli Shaklee, inti penyebab saya nak buat ialah untuk mencari sumber pendapatan. Sumber pendapatan ialah DUIT. Apart from the fact that saya taknak buat kerja gila duduk ofis lama lama dan abaikan perasaan hati sanubari saya yang meronta ronta nak kebebasan dari dunia kerja yang menggila, of course! Heh! 😅 Dalam menjalani kehidupan seharian, tipu lah kita kalau nak kata DUIT tu tak penting dan bukan sebahagian dari hidup kita. Keperluan atau kehendak? Sesetengah orang yang bermuka muka dan acah acah hebat, akan mula memperkatakan tentang bagaimana duit ni hanyalah satu satunya benda yang “overrated”; sebab katanya duit tu tak penting dan kita masih boleh berjaya menjadi seseorang yang hebat tanpa duit. Awak rasa betul ke tu? Awak rasa adakah pandangan sesetengah orang yang sebegitu logikal? Adakah ianya boleh diterima akal? Apa pendapat awak?

Bagi saya, itu ialah MENGARUT TERLAMPAU! Haha. Bagi saya, ia adalah sebaliknya. Bagi saya lah kan, DUIT ITU PENTING, lagi lagi kalau nak berjaya. Kenapa saya cakap camtu? Awak dah rasa macam saya ni seorang manusia yang bersifat begitu materialistik ke bila saya cakap duit tu penting? Duit tu penting dan bagi saya, DUIT ialah KEPERLUAN (needs) dan bukan lagi KEHENDAK (wants)! Jadinya, sekarang saya ni ialah seseorang yang materialistik ke bila saya mula bercakap cenggitu?



Dulu masa sekolah, saya ada belajar tentang KEPERLUAN dan KEHENDAK. Dan KEPERLUAN ialah sesuatu yang kita betul betul perlukan, macam rumah. Tempat tinggal. Sebab kalau hujan, kita ada tempat berteduh! Atau sebuah kereta Datsun bila kita tinggal jauh dalam ladang kelapa sawit, sebab senang kita nak keluar ke bandar untuk hal hal kecemasan (hospital, kedai, etc.) tapi KEHENDAK ialah benda benda yang kita tak berapa nak perlu, tapi kalau ada pun best jugak. Contohnya; macam siaran televisyen ASTRO, di mana kalau takde ASTRO kita masih boleh menggunakan siaran televisyen nasional. Tapi kita pilih untuk ada pilihan tambahan sebab tu lah kita ada ASTRO dan tentunya ASTRO tu dikenali sebagai KEHENDAK dan bukannya KEPERLUAN.

Apa kena mengena dengan main point yang saya nak bebelkan hari ni? 😅 Pasal duit lah, pasal apa lagi! Ingat tak time hari tu bila gula and tepung naik harga? Memang lah tak banyak naiknya; tapi dalam bersen sen jugak kan? Bagi kita kumpulan pengguna semata mata ni, takpe lagi. Ye lah, paling tidak pun kita cuma guna sepeket dua ye dok? Tapi, bayangkan peniaga kueh semua tu? Roti nan, canai, etc. tu? Berapa peket mereka nak kena beli? Kalau sepeket naik RM0.20, 1000 peket dah RM200. Itu kalau 1000 peket kan. Tapi kalau lebih? Berapa sangat lah untung nak jual kueh kan? Nanti naik harga kueh, pelanggan tarik muka, cakap macam bagus sangat kueh nya nak naik naik harga. Macamana. Tapi ada je golongan pengguna yang dok turut sama ‘join the crowd’ untuk beremosi sebab kenaikkan harga. 
Lagi satu, minyak petrol baru baru ni. Bukan tak biasa harga petrol naik turun ye dok? Rasa macam sekurang kurangnya, hmm.. selang sebulan kan? Naik RM0.20, pastu turun RM0.10 and camtu camtu lah. Ada yang bingit dok herdik cakap kerajaan melampau sebab naikkan harga petrol dan susahkan keadaan mereka, ada yang redha dan senyap sunyi menerimanya dan tak kurang jugak ada yang bergaduh bertumbuk sebab harga petrol kat Malaysia! Biar benar weh?

Apa apa pun, kat sini saya nak berkongsi 3 Tips Merancang Kewangan Dengan Bijak:-


1. Rancang Perbelanjaan

Perbelanjaan yang terancang biasanya akan lebih bermakna berbanding dengan perbelanjaan yang dibuat dengan tergesa gesa. Contohnya; di awal bulan… adalah digalakkan untuk merekod barang keperluan yang tiada atau sudah habis, untuk tujuan mengenalpasti barangan yang perlu dibeli. Tapi, senarai barang tu bukan lah untuk seminggu, kalau boleh sediakan senarai untuk penggunaan selama sebulan. Sebab bila senarai barangan adalah untuk stok sebulan, jadi kita tak perlu nak fikir untuk apa apa duit keluar lagi lepas tu betul tak? Oh, dan sila pastikan ianya adalah barangan “KEPERLUAN” dan bukan lah “KEHENDAK”. Tapi tak lah bermakna tak boleh nak bergembira dengan sikit KEHENDAK, ye dok. Berpada pada lah.

2. Berjimat Cermat

Lepas ni, cuba amik tahu apa barangan yang kita beli tu. Maksudnya; gula sebagai contoh. Ada berapa jenis brand gula kat Malaysia ni? Dalam pelbagai gula tu, ada berapa pulak variasi harga untuk gula gula tu? Tengok dan buat kaji selidik kecil kecilan. Acah acah kaji selidik lah kiranya. Sebab macamana sekalipun dia buat gula tu, ia hanya lah gula, ambik semua point penting dan buat timbang tara. Agak agak dah selesa dan tak was was, ambik lah gula yang murah sikit harga dia. Mungkin setakat RM0.20 dan RM0.30 macam tak nampak beza kan? Tapi sedikit saving akan rasa nanti, percayalah.

Walaupun macamtu, saya tak lah suruh awak amik produk yang kualitinya paling HORROR dan MENAKUTKAN! Jangan kerana HARGA MURAH, awak terus pilih untuk beli yang tu. Ambik kisah semua faktor sebelum decide, okay? Memang dan saya faham awak nak yang murah untuk saving kan, tapi takkan nak bagi produk yang tak bersih? Was was dengan cara pembuatan, etc.? Kann? Faham ke faham ni?

3. Join Bisnes Online 

Dan, obviously lah yang ketiga tentunya untuk awak menjana pendapatan sambilan! Banyak cara nak jana pendapatan sambilan sebenarnya. Boleh jual kueh karipap tepi jalan, buat tuisyen anak anak kecil sekolah rendah, buat kueh raya dan amik tempahan, buat kek harijadi dan pastries, upah jahit baju, upah jaga anak dan sebagainya. Tapi itu semua perlukan masa dan tenaga yang sama banyak dengan tenaga yang awak perlukan untuk mengasuh anak dan melayan suami kat rumah, betul tak? Mesti dah fikir dan cakap dalam hati, 

“gila lah penulis blog ni? Aku mana ada masa nak buat buat bisnes ni…”

Haha. Ya, betul tu. Sebab tak boleh pulak nak buat bisnes, pastu nak abaikan anak anak. Abaikan suami. Takkan semata mata nak kejar DUIT sampai nak jadi ISTERI DERHAKA dan IBU YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB? Ye dok? Lepas tu, taknak lah buat bisnes tapi nak kena keluar modal ribu riban? Mana pulak nak cari duit tu nak buat modal? Niat utama nak cari wang tambahan, tapi kalau ia lebih kepada nak cari hutang tambahan, adakah ia sebenarnya berbaloi? Atau TIDAK? Hati hati jugak nak memilih bisnes nak buat sebagai platform wang tambahan, sebab ye lah. Takut tersangkut pada yang silap, ha… habis duit di tangan. Apa pun tak dapat. Kan, kan, kan??

Sebab tu nak ajak Daftar Jadi Ahli Shaklee sebab saya sendiri buat Bisnes Online Shaklee. Takde pengalaman berbisnes? Saya pun takde jugak bila saya bermula dua bulan lepas. Dan seronoknya bila awak Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya, sebahagian dari Superstar Shaklee Group awak akan dibimbing dari mula. Sebab tu memanglah takde masalah langsung walaupun awak ni takde pengalaman macam saya. Awak bayangkan, saya dulu keje construction. Projek binaan. Dan sekarang saya kerja jual vitamin dan supplement. Masa mula mula berbisnes, saya taktau apa pun pasal vitamin dan supplement. 😅 Tapi semua tu boleh belajar, percayalah. Kalau saya boleh buat, awak pun mesti boleh buat! 
Jadi, jika awak BERMINAT untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee, awak boleh HUBUNGI SAYA  atau nak penerangan ringkas, awak boleh jugak hadam penerangan yang saya buat cantik cantik untuk awak baca di Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee. Bila dah Daftar Jadi Ahli Shaklee nanti, awak akan rasa perbezaan positif dalam diri awak, hari demi hari. Percayalah. 

Sampai sini dulu buat masa ni,  nanti kita sambung lagi ya? 


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: