In 3 Tips Mudah Bila Bersifu Adab Berbisnes. Bisnes Online Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Online pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju Superstars Shaklee

3 Tips Mudah Bersifu / Berguru Bila Buat Bisnes Online

Superstars Shaklee Bersama Tuan Azman Aziz
Workshop Close Sales 2 & 3 Februari 2017
Saya mula Bisnes Online Shaklee baru beberapa bulan. Masuk bulan ni, baru bulan keempat saya. Tapi alhamdulillah, Bisnes Online Shaklee saya mengorak langkah secara positif. Cantik tersusun. Syukur kepada Dia yang satu. Dulu, pernah saya cerita. Nak kira, Daftar Jadi Ahli Shaklee dah lama dulu; tahun 2013. Tapi, tergerak hati untuk mula Bisnes Online Shaklee baru baru ni je. Sebelum ni, dok keje macam orang lain. Keje ofis. Hari hari pakai cantik. Pakai tudung lilit seribu. Hihi. Eh eh! Sekarang cantik jugak! Cuma dah benti buat pusing pusing shawl gitu, sebab selempang lagi mudah, lagi selesa kot. 


Superstars Shaklee
Bila mula bina Bisnes Online Shaklee kan, sah sah cuak. Kalut semacam. Itu tak tahu. Ini tak tahu. Nak tahu cemana? Mana pernah bina bisnes apa apa pun sebelum ni. Cuma dulu pernah keja kedai sabun. Kedai tu nama dia LUSH. Kedai sabun buat sendiri. Eh eh. Bukan kedai saya, tapi kedai mat salleh. Masa saya dok Dublin dulu. Anak perantauan lah katakan. Ada saya becok dok pok pek semalam di blog entri tajuk “Apa Itu Random Act of Kindness?”. Itu je lah pun pengalaman berbisnes. Satu tu je pun. Yang lain haprak! Tak pernah ada lah. Mana lah tak cuak. Kalut macam ayam nak lintas jalan lah kiranya.

Awal awal dulu, berani angkat satu kaki dan masuk dalam dunia bisnes. Sibuk cerita nak try test tengok. Cemana nak buat bisnes ni. Dok tengok orang ramai rilek rilek je kan? Takkan kita tak boleh. Dulu dulu dok kata, buat bisnes. Tapi lama lama, baru tahu… bina bisnes patutnya. Sebab buat cuma sementara, tapi bina untuk masa panjang. Long term, kata orang kan?

Superstars Shaklee Bersama Mentor Ohsem Kami,
Mami Salwa untuk Workshop Close Sales
2 & 3 Februari 2016
Daftar Jadi Ahli Shaklee
Workshop Close Sales 2& 3 Februari 2017
Bersama Tuan Faisal Abdullah
Susah tak nak berbisnes? Mula mula, sumpah rasa susah. Tak tipu. Gila susah. Tak tahu apa. Knowledge ke laut. Eh. Ke laut apa? Knowledge pun habuk! Orang takde pengalaman gini lah. Caca merba! Kalut. Kan dah cakap tadi. Kalut semacam aih! First two weeks, memang nangis. Nangis kat bucu katil. Betul ke aku nak buat benda ni. Pandai ke aku? Boleh jadi ke benda ni? Ada untung ke nanti? Lambat ke cepat? Aduh! Memang serabut. Penuh kepala otak dok pikir itu ini. Dok pikir pulak, yang negatif saja. Mungkin time tu, kumpulan syaiton dok keliling. Jenuh dok tiup aura aura negatif masuk kepala saya kan? Possible sungguh, aih. Betul ni. 

Nasib baik ada Mami Bisnes yang ohsem time tu. Dia tak putus putus bagi semangat. In a way, dok fuuhh sana, fuuh sini… dok halau syaiton enterprise keliling saya lah kot! Kental semangat Mami saya tu, jangan tak tau! Syukur ALLAH bantu saya halau syaiton enterprise yang dok sibuk bisik bisik kata, “kau tak layak buat bisnes, kau tu bukan pandai apa, kau takkan berjaya, kau tu loser weh. Kau tu buat perabih beraih!” dan macam macam lagi. Stress weh! Sebab tu bila nak buat satu satu benda, kena make sure ada mentor. Ada sifu. Ada cikgu. Kalau tidak, tak ke mana. Sebab tak kisah hebat mana pun kita, untuk mulakan sesuatu; konfem kena ada yang dok tak putus asa perati kita. Awasi kita. Pastikan kita di track yan
g betul. Saya memang untung, sebab saya ada Mami Salwa.

MBK Majalah Niaga 17 Disember 2016
Superstars Shaklee di MBK 17 Disember 2016
Bersama Tuan Hasbul Ariff & Tuan Hasbul Aqill
Lepas sehari ke sehari, saya baru tahu berguru tu sangat penting. Tapi takleh nak berguru hanya dalam circle of business yang kita buat je. Kena keluar dari tempurung. Takleh jadi si katak malang. Duduk senyap bawah tempurung. Kena lah keluar kenal orang sana sini. Bagi orang tahu. Siapa kita? Bisnes apa? Kalau setakat duduk senyap bawah tu, sapa nak tahu kita? Dok harap prospek datang ketuk tempurung ke? Dok harap sifu yang ohsem datang serah diri tanya kita nak belajar dengan dia ke? Eh eh. Sapa sifu sekarang ni? Haaa… faham ke faham?

Superstars Shaklee Berdiskas!
Dah mula tahu erti bina bisnes, masa tu jugak lah mula cari ilmu sana sini. Ilmu Bisnes Online Shaklee memang ada Mami Salwa. Tapi bukan setakat produk kita nak tahu kan? Mesti nak tahu pasal iklan. Pasal strategi berbisnes. Pasal cemana nak cari prospek. Pasal cara ohsem nak bagi prospek terpesona dan terpikat dengan kita. Oih. Bukan suruh jatuh cinta gitu. Bukan macam Romeo & Juliet, tapi macam kita dan prospek, kita dan customer lah. 

Siapa patut saya refer? 



Nak tahu satu secret tak? Kita ni untung sungguh tahu tak? Sebab kita ada Facebook. Pastu sifu sifu ohsem pun berlambak kat Facebook. Pastu yang syok teramat tu, mereka ni rilek je kongsi tips. Kongsi ilmu. Kongsi gitu je. PERCUMA. FREE. Tahu tak? Tahu tak rugi ya amat kalau awak baca sambil angguk, pastu kata; 

“Eleh, ini aku dah tahu. Memang lah kena berguru. Perlu bersifu. Wajib bermentor. Itu pun nak explain. Ini aku dah tahu!”

Tapi, awak tu tahu tak? Bila berguru, kita kena beradab. Ada undang undang special tahu ke? Bukan boleh nak kata, 

Superstars Shaklee Manis Manis Semua Kan?
“Aku dah ada mentor. Aku dah cukup ilmu. Ini semua aku dah tahu… confirm lah boleh buat. Bukan susah mana pun”

Betul lah sifu sifu ni bagi ilmu percuma. Betul. Memang lah betul. Mereka kongsi benda baik. Biar kita dapat manfaat. Bagi tak jatuh tersadung masuk lobang kan? Lobang hitam yang depa jatuh tersungkur bagai. Baik kan sifu sifu ni? Sanggup bantu kita nak save time sikit; sebab kalau kita ikut sifu sifu ni rapat rapat, terselamatlah jadi mangsa masalah tipikal nak naik ke puncak. PERCUMA pulak tu!

Dah tu? Apa kita patut buat? Duduk sengih gitu, serap ilmu camtu je? Bukan ke kita ada adab? Faham ke faham? Okay, gini. Contohnya macam ni. Secara metafornya; 

“Awak nak masak sup ayam. Tiba tiba baru sedar bawang dah takde. Punggah satu dapur, bawang still tak jumpa. Last last, terus pegi rumah jiran nak mintak dua tiga biji bawang.  Maklumlah. Tekak nak makan sup ayam kan? Awak pi rumah sebelah, pintu dok bukak tapi sorang pun takde. Jenuh dok terpekik terlolong, panggil maid suruh bukak pintu pun takdok! Tapi, takkan lah awak nak redah masuk umah orang asing gitu je kan? Takkan meluru masuk dapur dia dan culik 3 biji bawang? Takut satgi, tak pasal ada orang datang cakap kita nak curi barang pulak! Kan? Sebab tu kita ada adab. Adab berguru pun mesti lah ada, betui dak?”

Awak nak tahu? Nak tahu adab bersifu? Nak ke nak?

3 Tips Mudah Bersifu Di FB
====================

👩🏻‍💻 Salin Pesan Sifu

MBK Majalah Niaga 17 Disember 2016
Superstars Shaklee di MBK 17 Disember 2016
Bersama Tuan Hasbul Ariff
Awak tu robot ke? Atau memang rasa yakin dengan memori sendiri? Toksah pikir awak hebat dan ada rasa dalam diri, “haih, ni aku tahu dah!” dan buat keputusan untuk buat buat pandai dah tahu? Atau jenis yang scroll laju laju dan baca lekas lekas sambil perasan sendiri yang konfem mesti ingat semua tu sebab rasa awak dah tahu semuanya. Rugi. Sebab sifu dah kongsi PERCUMA kot. Kalau boleh, tulis. Bila tulis kita ingat. Kalau rasa tulisan tu hodoh sangat, then pakai phone. Sebab kita tak tahu nanti bila nak refer, terkial kial nak cari balik. Ha! Itu konfem nangis kat bucu katil, sebab harap lah nak jumpa balik posting posting yang awak nak tu. 

👩🏻‍💻 Tekan Butang “LIKE” atau “LOVE” (atau etc.) 

Sekarang ni awak mengajar atau diajar? Kita student ke atau dia? Dia tu sifu kan? Tapi sebab ni virtually kan? Nak jumpa, mungkin payah. Kalau dulu dulu, kita buat air untuk mentor. Kat ofis, kena buat air untuk boss. Bukan nak kipas, tapi nak berkat mereka. Sebab nak serap ilmu. Nak belajar. Nak tahu. Lagi, lagi dan lagi. Itu tanda kita hargai mereka sebab sudi kongsi ilmu. Sebab sanggup bagi FREE. Tak kisah lah kalau dia kata, “Takpe. Saya buat ni ikhlas. Tak harapkan balasan” Memang lah! Tapi, awak tu dah baca then senyap kenapa? Mana adab? Sama lah macam lalu depan orang orang tu, awak jalan mendabik dada ke atau tundukkan badan sikit untuk tunjuk rasa respek kat mereka? Sama lah ni. Hormat. Appreciate. Ini tanda terima kasih yang paling mudah. Susah ke nak tekan button tu? Tak sampai 3 saat pun kan? Apa yang susah sangat? Tahu hormat orang ke tidak? Mudah ke mudah?

👩🏻‍💻 Berhenti Cakap Merapu

Komen. Boleh tak hentikan trend untuk penuhkan kotak komen sifu sifu ni dengan ikon ikon sengih atau stickers banyak banyak gitu? Kome ni darjah berapa? Sifu tu punyalah sedekah ilmu di dada masuk FB, niat nak bantu kita ni semua kan? Bagi tips tu, bagi tips ni. Panjang berjela depa taip. Ada yang pendek pendek pun, tapi isi padat. Ilmu tu tahu tak? Mereka sifu sebab apa? Sebab mereka dah lalui benda benda yang kita akan lalui. Mereka ni macam torchlight kita lah, bantu kita nak keluar dari terowong gelap! Nak bagi jalan. Jalan yang terang benderang. So takde lah nak tersadung, jatuh, luka bagai kan? Pastu kita buat apa as a return? Bagi sekor burung purple hangguk hangguk kepala? Tu je? Tu je kau mampu? Serius ni? Pengsan lah!
MBK 17 Disember 2016
Superstars Shaklee di MBK 17 Disember 2016
Bersama Tuan Hasbul Aqill 

Awak baca ke idok content posting sifu tu sebenarnya? Ke awak tengok dia posting, pastu laju laju pi LIKE, pastu letak sticker / icon dengan harapan mereka rasa terhibur dengan jenaka awak tu? Pengsan kali kedua!

Apa kata lepas ni, cuba baca dan faham ilmu yang depa kongsi tu. Komen sesuatu yang sesuai dengan umur awak tu. Nak kelakar boleh, tapi kelakar hari hari, naik bosan jugak kan? Awak buat bisnes apa? Kata nak berbisnes… jadi cuba lah pikir gaya orang bisnes. Orang bisnes dok buat kelakar hari hari, duit masuk juta juta ke hari hari? Kalau ye lah bisnes awak hari hari masuk juta juta, awak nak komen apa pun takpe. Tapi, bila dah namanya kita bersifu / berguru… means, banyak lagi yang kita tak tahu kan? Even sifu sifu yang ohsem pun masih lagi berguru sesama mereka, tak putus putus nak swap ilmu mereka tahu tak? So, cuba mulakan dengan komen yang bernas. Tak perlu nak jadi professor pun untuk fahamkan posting sifu dan respon dengan baik kan? 

Tahu tak? Entah entah, ada sifu sifu yang kecik hati dok tengok penuh stickers je kat kotak komen mereka. Penat penat depa kongsi ilmu, sekor burung je korang hadiah kat dia? Tahu dak depa tu sifu. Sifu means orang yang bijak dari kita lah obviously kan? Pastu, kita rate depa gitu gitu je? Haih. Tak tahu lah.

Daftar Jadi Ahli Shaklee
The Protege 3 Hari "Latih Tubi"
Bersama Tuan Hasbul Ariff & Tuan Hasbul Aqill
So, tu lah apa yang saya rasa. Saya bukan bagus mana, sebab saya sendiri masih belajar. Saya masih nampak diri saya ni macam bilis kecil yang baru nak belajar berenang di lautan dalam. Banyak sungguh nak belajar, pelan pelan cedok ilmu sifu itu sifu ini. Cuba tinggal komen yang logik dan bernas, sana sini. Bukan nak buat buat pandai, tapi nak ada two-ways communication. Seronok dapat berbual dengan sifu sifu tentang sesuatu yang bijak. Dan banyak kali lah saya nak ulang; sedar ke tidak kita ni sangat sangat untung sebab posting mereka kat FB tu PERCUMA / FREE, so gunakan lah peluang ni. 

Betul kan? Logik kan? 

Ha, so jom lah kita sama sama tunjukkan appreciation kita untuk sifu sifu yang dah banyak bantu kita dengan nasihat nasihat yang sangat berguna tu. Okay?

Sampai sini saja untuk hari ini dan baru sedar; uish… banyak betul saya pok pek hari ni ya? Saya mintak maaf untuk mana mana yang terkurang tu datangnya dari diri saya sendiri, dan yang baik itu datangnya dari ALLAH. Terima kasih untuk mereka yang sudi baca blog entri saya ni sampai habis, terima kasih. 


Selamat malam dan assalamualaikum. 😉

Related Articles

0 comments: