In Asid Amino Beli Produk Shaklee Cantik Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Online ESP Shaklee Kurus Shaklee Superstars Shaklee

Apakah Kelebihan ESP Shaklee?

Macamana nak dapat kulit cantik? Apa nak buat untuk kulit muka halus dan mulus? Pakai mekap ke? Aduh. Nak kena siap sejam awal lah setiap hari nak keluar kalau gitu ye dok? Letih lah camtu. Lagi letih kalau ada impromptu atau adhoc meeting, pengsan lah nak laju laju nak siap siap nak keluar kan? Macamana eh?

Orang selalu ingat mekap tu lah segalanya. Dulu saya pun gitu. Asyik asyik nak tepek bedak kat muka. Nak bagi flawless gitu so kulit nampak cantik dan mulus. Tapi kita lupa yang tu cuma nak cover luaran. Dalaman cemana pulak? Haru biru semua benda. Memang luar nampak ohsem dan cantik. Siap blusher bagai kan? Tapi cemana pulak dengan dalaman. 

Sama macam kita balut karipap. Karipap yang kulit luar abis bersungguh kita tengok kat gerai, “Wahhh!!! Cantik kelim karipap ni. Tak berbonjol pun goreng. Licin, cantik dan kemas je nampak!” Sekali tu, bila dah kunyah, eh eh… ada kentang dadu tiga ketul. And that was it! Berbaloi ke bayar tiga karipap untuk dua ringgit. Worth ke nak makan kuih semewah tu nilai dia? 

Macam kita jugak lah. Orang nampak gerek seh minah ni, muka comey mekap sana sini. Blusher pink matching siap dengan lipstick, muka nampak flawless kira macam model dah lah nampak. Macam retis gitu. Presentable. Cantik nak bawak ke majlis majlis. Sekali, bila cuci muka, aduh! Pengsan! Semua flawless tu karut. Sebab dah tepek bedak sana sini. Sistem dalam badan pun hancur. Tulang mereput. Naik tangga sakit sana sini. Macam macam hal. Nak buat guana kalau dah gitu? Nampak sangat kita ni macam karipap dua ringgit tadi tu kan? Horror ke horror? Oh. Takde pilihan! Haha.

Saya minum ESP. ESP tu ialah protein drink keluaran Shaklee. Apa best sangat pasal ESP ni yang buat saya pilih dia dan bukan yang lain in the market? 

KELEBIHAN ESP SHAKLEE BERBANDING MINUMAN PROTEIN YANG LAIN

😍 DIPERBUAT DARIPADA SOYA YANG NON-GMO

Haa… sebab ESP Shaklee banyak kelebihan, sebab tu lah! Pernah dengar tak apa itu GMO? Itu ialah singkatan untuk genetically modified organism. Basically, setiap benda (biasanya macam jagung, tembikai, soya, etc.) dibuat secara GMO. Maksudnya; mereka (saintis) dah mengubah organisma sebenar benda benda ni untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contohnya: tembikai yang takde bijik tu kan, ha tu GMO tu. Sebab bila saintis dah buat kajian dan bermacam ujian, mereka pun menghasilkan tembikai yang takde bijik tu. Kekonon untuk jadi lebih baik dari yang asal. Tapi, alih alih benda benda yang GMO ni lah yang mendatangkan musibah yang makin bermasalah. 

Untuk ESP Shaklee ni; ia diperbuat daripada soya non-GMO. Sebab tu lah harga dia mahal dari yang lain. Sebab saya selalu sangat dapat persoalan dari semua; kenapa mahal sangat ESP ni? Protein drink lain murah je, tak pun setinggi Shaklee harganya. Ini lah sebabnya. Sebab Shaklee menitikberatkan kesihatan semua pengguna dia. Sweet kan Dr. Shaklee tu? 

😍 MENGANDUNGI 9 JENIS ASID AMINO YANG PENTING

ESP Shaklee ni jugak ada 9 jenis asid amino yang berlainan dan sangat sangat diperlukan oleh badan kita. Dulu saya pernah pok pek tentang Asid Amino: Apa Beza ESP Shaklee Dengan Kolagen Shaklee tau. Sebab apa? Sebenarnya, jumlah asid amino yang ada dalam ESP adalah 21 jenis. Tapi, 12 jenis tu badan kita boleh hasilkannya. Cuma apa yang dalam ESP ni untuk tambah-nilai kat apa yang badan kita dah hasilkan. Tapi 9 jenis lagi tu ialah asid amino yang takleh nak dihasilkan oleh badan kita. Memang kena dapatkannya daripada any sumber makanan yang kita makan hari hari. Bila kita dah cukup dengan 9 jenis asid amino ni, badan kita akan lebih mudah nak cukup semua kandungan protein yang ada. Ayam? Daging? Memang lah ada. Tapi bila kita dah beria masak itu ini, kandungan protein tak mungkin dapat disamakan dengan protein yang cukup sebab dah lalui banyak sangat proses kan? Dan awak TAHU TAK yang dalam pasaran minuman protein sedunia, ESP Shaklee ialah satu satunya yang menyediakan kesemua 9 jenis asid amino yang badan kita perlukan! 😱 Ohsem ke ohsem?
😍 KANDUNGAN GLYSEMIC INDEX (GI) YANG RENDAH

Dengan kandungan GI yang rendah, kalori dilepaskan secara perlahan lahan ke dalam sistem badan kita dan sebab tu lah ianya sesuai untuk pesakit kencing manis. Walaupun ia adalah merupakan sumber protein, tapi dengan kandungan GI yang rendah, ia dapat mengawal kandungan gula dalam darah secara berperingkat. Walaupun, kalau awak dah cuba ESP ni dan awak akan mula nak soal betapa manisnya ESP Shaklee ni? Tapi ESP Shaklee ni takde gula tau! Hihi. Memang sedap, saya sendiri hanya campurkan air dan tepung ESP ni dan minum. Sebab rasa dia memang dah manis naturally! Best ke best?

😍 DIPROSES PADA SUHU YANG RENDAH (PROTEIN TAK ROSAK)

Pernah tak sebelum ni, kalau awak dah rasa ESP dan Shaklee Independent Distributor (SID) tu nasihatkan awak, “Jangan campurkan ESP ni dengan air panas ya? Sebab air panas akan menyebabkan kandungan / molekul protein dalam ESP akan terpecah dan khasiat protein tu akan rosak dan tak jadi syok dah?”

Protein tak boleh dihasilkan dengan suhu yang tinggi sebab ia akan merosakkan molekul protein (eceh, rasa macam acah acah doktor pulak bila dok bebel pasal protein molekul ni!) dan sekaligus rosak lah protein yang sepatutnya dihasilkan dan diabsorb tu? Untuk ESP, Shaklee proses soya non-GMO tu dengan suhu yang rendah untuk mengekalkan khasiat protein supaya kita ni yang dok consume ESP akan mendapat khasiat protein dari soya tu sepenuhnya! Ha, kan saya dah cakap betapa Dr. Shaklee ni sangatlah mementingkan pengguna pengguna dia! Syok kan?

==========

KENAPA SAYA MINUM ESP SHAKLEE?

😍 KULIT CANTIK, HALUS & MULUS

Siapa yang dah kenal saya, mesti dah tahu yang betapa saya ni sukakan kulit yang cantik, flawless dan mulus gitu. So, bila saya tahu ESP Shaklee boleh bantu saya dan saya toksah nak pepandai calit kaler itu ini kat muka untuk nampak cantik, well, I’m sold! Sapa tak suka kan, bila cuma minum ESP dan lepas tu kulit memang ohsem? Saya dah consume ESP Shaklee sejak 2013 tapi time dulu tu kejap on, kejap off. Lagipun saya busy keje luar (Europe lah, Middle East lah…, mana nak ada stok atau sempat nak full-time consume kan?) dan mula lalai nak consume. Tapi, lately ni sejak dari lepas raya saya bersungguh dan ambil secara konsisten. Alhamdulillah, sekarang saya tak pakai mekap dah! Sungguh!!! Kecuali lipstick! Itu bila rasa nak melawa, acah acah retis gitu. Haha. Tapi, muka memang tak pakai apa! Dulu tak confident nak buat gini… maklumlah lopak lopak kat muka bekas jerawat lama bersepah sepah kan? Tapi sekarang, syukur! Saya lebih yakin dan psstt… jangan bitau sesapa tau! Tapi, 15 minit pertama pagi pagi tengok cermin merupakan 15 minit harian yang saya paling suka sebab saya boleh tengok muka saya yang dah berubah jadi comey tanpa sebarang mekap dan saya sukakannya!

😍 KURUS

Betul tu. ESP boleh bantu kita kurangkan berat badan! ESP ni salah satu produk yang berjaya buat saya buang 13 kilo dari badan saya dalam masa 4.5 bulan. Sapa tak puas hati kan? Sebab ESP akan buat kita kenyang dan tak perlukan snek tambahan. So, saya memang suka sungguh lah dengan ESP ni. Hihi… 


ANTARA KEBAIKAN ESP SHAKLEE YANG LAIN:-

😍 PEKATKAN SUSU IBU BERSALIN
😍 MENCEGAH GASTRIK
😍 MEMBANTU SAKIT SENDI
😍 DAN BANYAK LAGI

Jadi, dah macam macam saya dok pok pek pasal ESP ni, kalau awak berminat nak dapatkannya… boleh terus pegi ke >>>Beli Produk Shaklee Online<<< atau >>>Hubungi Saya<<< dan saya akan bantu awak untuk dapatkannya. 

Eh eh. Kalau awak nak >>>Daftar Jadi Ahli Shaklee<<< pun saya boleh turut bantu dan kalau awak rasa tak sure dan mahukan  penjelasan lebih tentang Shaklee, boleh terus >>>Hubungi Saya<<< okay?


Terima kasih dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: