In Beli Produk Shaklee Online Daftar Jadi Ahli Shaklee Nutriferon Shaklee Superstars Shaklee Vitamin Shaklee Kegemaran Saya Vitamin Shaklee Untuk Imunisasi vivix

Vitamin Shaklee Kegemaran Saya Untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Semua dah tahu bila saya mula sakit hari tu kan? Rasa rasanya dari hari Khamis lepas, tak tentu arah saya dibuatnya. Tak tahu lah perasaan ni cuma saya seorang, atau awak pun sama? Bila Sistem Imunisasi Badan Rendah badan mula rasa tak sedap. Makan tak lalu, semua serba tak kena. Buat benda mudah pun terkial kial. Rasa lemah longlai, serupa kain buruk di dapur. Tak seronok langsung dan pelan pelan kita dah mula rasa tak syok. Semua benda kita buat rasa lembab dan tak produktif. Masa tu mula lah nak marah kat diri sendiri. Dah kenapa nak sakit bersungguh. Baru nak menyesal dok skip supplements siap bagi alasan tak sempat. Ha, padan muka sendiri lah tanggung.

Mula mula, saya dok rasa peritnya tekak. Dah kenapa? Tapi siap awal awal pikir positif. Dok pikir ni mesti sebab cuaca tak menentu tu. Tengahari panas terik, matahari tegak meninggi. Bila malam, angin dok tiup sepoi sepoi bahasa, macam kat tepi pantai lagaknya. Masuk tengah malam, hujan mencurah curah. Suhu terus turun mendadak, walau dalam rumah peluh dok memercik sakan. Asyik asyik dok sedapkan hati, kata ni suhu turun naik. Gini lah jadi. Kejap panas, kejap sejuk. Badan tak reti nak suai diri. Sebab tu rasa panas, peluh semacam. Macam orang baru lepas marathon gitu. Tak tau lah berapa kilo dah lari, tapi confirm peluh memang sebaldi. Tapi, itu takpe lagi.

Makin melampau bila tetiba je suhu badan nak melonjak naik. Takdok lah amik temperature baby bagai tu. Itu adik dah bawak balik rumah dia hari tu untuk anak dia yang selalu nak demam tu. So, agak agak rasa dahi sendiri, pastu suruh Mama rasa sekali, memang confirm suhu badan dah naik! Tak tahu lah berapa, tapi serius memang dah tinggi. Panas semacam weh! Masa ni dah hari Khamis malam tak silap. Dok pulun lah minum air masak bergelen gelen. Sebab dok sibuk pikir, ni mesti sebab panas ni. Confirm sebab weather-change. Acah acah doktor gitu. Hoho.

Masuk je Friday, ha time ni lah nak gelupur! Mana taknya; pagi pagi dah sok sek sok sek. Hingus sakan dok mengalir laju. Alah. Ala ala Niagara Falls gitu. Bersin kejap kejap. Macam baru lepas pusing satu taman bunga! Sebab spora bunga bunga lah yang konon sangkut kat ceruk lubang hidung tu. Buat bersin bersin manja, sebab terkejut spora dok singgah! Haha. Alah. Konon cam simptom hay fever lah. Sama macam masa saya dok kat oversea dulu tu. 

Tapi, masalahnya… mana ada pi kebun bunga mana pun! Dok senang lenang kat rumah, kadang kadang pi hantor barang kat rumah customer / prospek. Sungguh takdak pun singgah mana mana kedai bunga. Taman bunga. Kebun bunga apatah lagi! Spora celah mana nak singgah dalam hidungnya? Memang takdok lah spora kebenda! Aduh. Masa ni, makin cuak. Mana tak, esok lusa tu banyak kot event Shaklee nak pi. Takkan nak pi muka lagu ni? Hidung merah kalah weh clown sewa untuk birthday tu! Dah rasa macam Krismas sikit. Sebab Rudolph Santa Claus pun bakal kecewa nampak kita hari tu. Sebab ingat kita nak ganti dia! Badan letih lesu habih! Kepala dah jadi carousel minda. Dok pusing pusing tang tu lah! Sakitnya, ya ALLAH tak tahu nak kata! Macamana aku ni esok lusa; tu lah dok pikir pusing pusing situ.

Demam? Ni lagi kelakor. Kejap panas gila, pastu sejuk gila. Tak tahu pulak demam ni pandai nak buat lawak jenaka. Apa ke hal tah! Dia ingat kelakor kot acah acah gitu. Langsung tak kelakor. Gelak pun tidak. Lagi cuak dan risau ada lah. Sebab saya sibuk dok plan nak jumpa Boss Hensem saya; Roger Barnett. Ada BIG EVENT kot, takkan nak skip gitu je kan? 

Makin lama, makin rasa serba tak kena. Nak mengamok pun ada gak. Sebab bila tak sihat, selalu rasa tak selesa. Nak tidur susah, nak makan susah, nak deliver products kepada prospek dan customer, GILA SUSAH. Rimas kot hidung tak selesa gitu. Kepala pening. Batuk toksah nak kata. Nak cerita pasal produk pun sangkut sangkut! Ingat dak tadi saya kata tekak pedih, perit… semua pun ada!

Bukan lah nak cakap apa, tapi syok woo time ni bila tahu kita ni tokey vitamins! Memang lah bukan doktor, tapi kita dilatih pasal nutrisi. Nutrisi mana yang perlu nak betulkan keadaan. Memang bukan ubat; tapi berbaloi weh tahu setiap nutrisi yang ada sebab kita tahu apa yang boleh bantu kita sihat - especially untuk Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan sendiri. Ingat mudah ke? Kena rajin, sebab pelan pelan mesti berjaya. InshaALLAH.

Biasanya, dok kalut propose kat prospek / customer tentang produk. Kali ni, buat buat contoh kalau kita ni sendiri existing customer yang nak consider produk kali ni. Set Tingkatkan Imunisasi Badan lah apa lagi. Bukanlah set yang standard pun, tapi lebih kepada supplements yang saya amalkan untuk tubuh badan sihat dan cergas! Hah, gitu.

😍 VIVIX
Ini saya makan untuk semua benda. Sebab kita tahu yang VIVIX ni fungsi dia mainly untuk pembinaan sel sel baru dan baiki sel sel lama kan? VIVIX jugak boleh tingkatkan sistem imunisasi badan kita. Sebab kandungan anti-oksida yang tinggi bantu untuk semua benda tu. Plus, ia jugak menghalang radikal bebas, so kita cepat cepat sembuh!





😍 Garlic & Rosemary
Macam kita tahu, garlic atau bawang putih kan boleh jadi antibiotik. Lawan virus dan bakteria dalam badan kita kan? So, saya pun makan lah supplement ni untuk bantu kita cegah semua penyakit dari melarat. Dah lah sedap, sebab rasa macam makan steak bila ada rosemary dan semua tu. Hihi. 

Serbuk ni sangat ohsem, sebab apa? Sebab ni pun untuk tingkatkan sistem imunisasi kita dan sekaligus jadikan badan kita cepat cepat sihat. Kalau demam ke kan, flu ke… batuk pun sama, cepat cepat lah campurkan serbuk ni dalam air dan teguk tanpa henti. Tapi saya togak gitu je tak campur air pun, alhamdulillah dah dalam perjalanan nak sihat ni. 

Bila selsema, obviously sistem imunisasi kita sedang lemah. So, memang perlukan sangat sangat lah semua yang ada untuk tingkatkan imunisasi. Vitamin C kan ada anti-oksida yang tinggi so dengan consume Vita C Plus kita mampu nak replenish kandungan vitamins yang hilang dalam badan tu. 

😍 Omega Guard
Dah batuk, mesti confirm ada kahak. Omega ni, amik mega-dosage memang bantu kita dengan  kahak kita tu sebab awal awal lagi kahak dah gone with the wind! Semudah tu je okeh. Tak sia sia kita makan Omega ni tau!

Dah sakit, badan perlukan lebih air dalam badan. Tapi bila dah sakit, mula lah malas sikit sikit nak minum air. Tapi bila saya ada Performance Drink ni, semua benda jadi mudah! Sebab dia merupakan air yang sportmen selalu minum tu. Kandungan Performance Drink ni boleh bantu dehydration, kekalkan air dalam badan. Rasa oren oren sikit, sedap! Macam glukos masa kita minum time kecil molek dulu. Hihi. Tapi rasa oren lah. Sedap! Dan elok elok kita lembik semacam, Performance Drink ni buat kita jadi lebih bertenaga! Best ke best?


Ha… itu lah senarai supplements yang saya amalkan bila badan saya tak sihat dua tiga hari lepas. Rasa nak cuba jugak? Rasa seronok dan tak sabar jugak nak try?

Vitamin Shaklee Kegemaran Saya Untuk Tingkatkan Imunisasi Badan

Boleh beli secara online dengan klik >>>Beli Produk Shaklee Online<<< atau >>>Hubungi Saya<<< dan saya akan bantu awak dapatkannya, inshaALLAH.

Eh eh. Ke ada rasa nak >>>Daftar Jadi Ahli Shaklee<<< pun boleh jugak. Saya akan bantu awak kalau awak berminat untuk >>>Daftar Jadi Ahli Shaklee<<< atau rasa gunah gulana dan nak borak dulu, boleh juga >>>Hubungi Saya<<< okay?

Okay lah dah panjang lebaq dah ni. Sampai jumpa lagi kat entri yang lain, okeh? 


Terima kasih semua dan assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: